Saturday, February 11, 2017

Percutian Pendek di Thistle Port Dickson (Part 1)




Selamat pagi semua!

Hari ni nak pergi staycation dengan anak-anak dan suami guna bonus Shaklee, hasil usaha keras bulan lepas.

Salah satu niat Put berbisnes Shaklee ni is supaya dapat bawak family (dan diri sendiri, oppsss) jalan-jalan tanpa risau nak kene curik duit dapur lah, duit pampers lah...

So pagi tadi dah book hotel dan zasssss we're on our way now!

Kawasan staycation yang Put pilih kali ni adalah PD.

Sebabnya nak bawak si Ali tu pijak-pijak pasir, almaklum lah hari biasa kerjanya dpk di taska pijak lantai je... nak kasi sel otak berkembang pulak pijak tekstur pasir.

Iman pulak, rasanya pernah dua kali je jejal pantai, sampaikan tadi bila Put beritahu kita akan ke pantai, dia macam terpinga pastu tanya "pantai tu apa?"

lols ni ha umi nak bawak la nihhhhh

Put pilih Thistle sebab dari survey;

pool besar and ada slides
ada private beach
ada lego room and play room (untuk bebudak)
breakfast sedap!

Nasib baik ade duit bonus Shaklee... book last minute pun layannn hehehe


Dalam perjalanan, sempat singgah penuhi jemputan kenduri kahwin kawan sekerja suami di Banting.

Mulanya macam malas nya nak pergi tapi nasib baikkkkkkkkk pergi sebab makanannya sodap gilos!

Ada sup daging weh. Kenduri mana sekarang ada sup kambing????

Ada cendol. Put kasi can suami makan dulu pastu suami pegang anak, ai melantakkk puas2 heehe...

Iman pun enjoy makan nasik habis, siap melantak ais krim dua kon..

Ni ha rupa budak comot yang makan eskrem tu...

Sebab makan nasik habis, boleh lahh umi upah.. hihi

Masih lagi dalam perjalanan, jumpa pulak nangka madu yang lazatt nih!

Sebekas polisterin tu dia jual rm5. Kami beli sebekas saja.

Iman dah merengek2 nak makan tapi yang ni umi tak beri, nanti melekit dalam kereta pulak. Tunggu sampai hotel nanti.

Oh sebab kami lalu jalan dalam, jumpa jugak orang jual buah naga tepi jalan. Meleleh air liur sebab suami bawak laju sangat, tak sempat nak suruh stop..

Maybe dia sengaja kot sabotaj

Jam 2:20petang macam tu kami sampai di Thistle PD.

Ramai juga orang tengah tunggu nak check in. Sambil tunggu tu, menjakun kan diri tengok pemandangan yang subhanallah, cantik yang amatttttt

Ada kolam luas, dan jauu sikit nampak pantai!

Pantaiiiiii tunggu aiiiii

Pengurusan untuk check in boleh tahan bagus.

Sebab ramai orang, ada seorang staff hotel yang tukang beri nombor, dan bila sampai turn kita, dia akan panggil.

Ni nombor kami, nombor 21.

Sebelah tu budak yang dah bosan menunggu.

Walaupun ada nombor, Put rasa pergerakan check in boleh laju sikit kalau ada lebih banyak kaunter yang dibuka.

Ini dia buka dua saja.

Mungkin nak berkejar dengan housekeeping sekali agaknya. Kang laju sangat check in, bilik tak ready pulak?

Ni masih lagi menunggu...

Konon konon nak baca paper dengan bebudak dua ni, tak dapek lah bang.

Yang sulung asyik nak tolong belek, yang bongsu menggelepar nak turun atas lantai....

Mula2 rajin nak pegang sebab lantai ni bukan bersih pun ek..

Tapi...

Dah ganas sangat, nah ko duduk je la atas lantai tu nak..u

Nanti kita mandi...

Kami dapat bilik jam 3:00pm.

Sekarang ni baru masuk bilik. bebudak dan suami tengah ngoroks.

Tilam empuk sangat dan nak charge tenaga untuk kecebur sat lagi....

Umi?

Umi tulis blog :)

Nanti sambung part 2 pulak lah yaaa

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com