Thursday, February 16, 2017

Pencuci Muka Yang Tak Keringkan Kulit

Ramai tak sini yang tercari-cari pencuci muka yang tak keringkan kulit?

Apa yang korang tengok kalau nak cari pencuci muka ya?

Brand?
Bahan?
Testimoni?
Ramai orang guna?

Hari ni Put nak kongsikan satu pencuci muka yang diperbuat dari berbelas bahan semulajadi yang elok untuk kulit.

Ni ha dia - rangkaian Nutriwhite dari Shaklee.

Selain daripada Put sendiri merupakan pengguna tegar Nutriwhite Shaklee ni, Nutriwhite juga adalah skincare kegemaran ramai rakyat Malaysia.

Nutriwhite dah bantu ramai wanita untuk dapatkan kulit idaman yang cerah, glowing, bebas parut, berseri, gebu dan bebas jeragat SECARA SEMULAJADI.

Lebih menarik lagi, semua ni dapat dicapai tanpa menggunakan bahan kimia langsung!

Antara items yang ada dalam rangkaian Nutriwhite ni adalah;

NW Deep Cleanser--> membersihkan kulit dengan sempurna daripada segala kotoran dan minyak yang berlebihan.. Ada ekstrak strawberi begonia yang juga bertindak untuk mencerahkan kulit secara semuljadi..

NW Makeup Remover--> Membersihkan sisa mekap, habuk serta minyak dan membersihkan sehingga jauh ke dalam. Tahu tak kalau kita tak mekap pun perlu guna ni supaya kotoran dan habuk dari udara dan persekitaran kita tak tertinggal dan menyumbat pori?

NW Soothing Radiance Softener--> bertindak seperti toner untuk membantu memastikan kulit wajah bebas kotoran serta membantu merapatkan pori2.. Juga membantu mencerahkan kulit secara semuljadi dan menjadikan kulit berseri dari dalam

NW ultimate whitening lotion--> bertindak seperti losyen siang yang membantu melindungi kulit wajah daripada sinar uv berlebihan.. Melembapkan, Mencerahkan kulit dan membantu kulit kelihatan SIHAT dan GLOWING

NW defence whitening essence--> bertindak memberi perlindungan pada kulit dan tinggi dengan kandungan vitamin c untuk membantu mencerahkan lagi kulit. Yang ini adalah umpama serum yang akan melembapkan kulit dari dermis, iaitu bahagian kulit paling dalam. Jika digunakan berterusan, akan buatkan tona kulit semakin cerah dan sekata. Ada masalah sunburn? Cuba ini.

NW overnight renewal whitening cream--> krim malam terbaik! Bertindak memperbaiki sel kulit semasa anda tidur.. Bangun pagi dengan kulit yang lebih fresh, berseri dan cerah semulajadi

NW spot whitening treatment--> memudarkan PARUT dan JERAGAT di wajah.. Membantu mensekatakan warna kulit..

Satu testimoni dari yang guna Nutriwhite ni cakap muka makin licin, dan blackhead and whitehead yang degil dan susab nak hilang tu POOF! Licinnnnn

Bayangkan kalau kita selalu nampak blackheads tu bertandang, dah buat macam2 tapi masih juga tak hilang2?

Pencuci muka Nutriwhite ni sifatnya DEEP CLEANSING.

Maksudnya, bila cuci, pori muka akan dibuka dengan menyeluruh untuk kesan cucian yang lebih bersih.

Tu la kot sebab kenapa boleh tanggal habis segala warna heads tu... hihi

Yang ini pulak testimoni yang katakan pencuci muka tak sebabkan kulit rasa tegang, dan krim yang sangat tak melekit.

Bila kita cuci muka, sebenarnya kelembapan semulajadi (natural moisture) kulit akan dibuang. Kadar hakisan kelembapan ni bergantung pada berapa lembut pencuci muka kita bertindak.

Ada yang bertindak dengan sangat "keras", habis semua moisture dia rentap. Akibatnya, muka rasa sangat kering dan tegang lepas cuci.

Tapi bukan Nutriwhite.

Sama macam cik ni, ramai yang beri feedback pencuci muka nutriwhite buatkan muka rasa lembut dan lembap walaupun baru lepas cuci.

Apatah lagi lepas tepek moisturiser dia.

Mesti jadi asyik nak pegang pipi je.

Put nak kongsi jugak pengalaman sendiri guna moisturiser Nutriwhite.

Memang sangat TAK MELEKIT.

Sebelum ni Put sangat malas nak bermoisturiser bagai sebab produk sblm ni Put cuba, dia melekit sangat. Muka jadi mudah berpeluh.

Tapi lepas cuba NW, memang dah jadi sangat rajin pulak tepek moisturiser. Hehe.

Dan tahu tak muka yang kering atau tak dilembabkan dengan baik, akan mudah berkedut nanti?

Ihhh taknak lah kan! Jom jaga kulit dari sekarang!

Bayangkan setiap hari kita cuci muka dengan bahan bahan semulajadi macam ni?

Muka pun sayang kita tau hehehehe

Apa lagi, jom contact Put sekarang untuk Put bantu berikan nasihat produk skincare mana yang puan perlu cuba DAHULU untuk kulit puan.

Konsultasi terbaik, inshaAllah :)

SIAPA SAYA?

Nama saya Putri.

Saya adalah antara orang yang malas mekap (hehe) dan malas nak gunakan produk kecantikan yang macam macam untuk kulit saya.

Saya lebih utamakan amalan supplemen untuk jaga kulit dari dalam, dan juga sekarang adalah pengguna tegar produk skincare Nutriwhite dari Shaklee.

Bagi saya, rangkaian NW ni dah cukup lengkap dari pencuci kepada pelembao kepada perlindungan UV untuk kulit kita.

Ya, tak mekap tak bermaksud kita tak boleh ada kulit yang cantik.

Saya akan berikan khidmat nasihat dan panduan pemilihan produk skincare dan juga supplemen untuk penjagaan dalaman yang sesuai dengan keadaan kulit anda.

Menjadi impian saya untuk lihat lebih ramai rakyat Malaysia punyai kulit yang sihat dan cantik dengan produk yang selamat.

Kalau anda masih tercari-cari skincare, mungkin takdir tentukan anda untuk jumpa dengan saya?:)

Wassap lah ya!

Salam sayang,
Putri
SID 917819
No Contact : 017.602.1189

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com