Wednesday, December 7, 2016

3 Cara Turunkan Kolesterol Yang SEMUA Perlu Amal Elak Mati Mengejut

Semalam, Put baru sahaja kehilangan Atok akibat serangan jantung mendadak.

Petangnya, kawan seofis beritahu neneknya meninggal akibat sakit jantung mengejut jugak.

Sungguh, ajal maut di tangan tuhan jua, tapi sebolehnya tak mahu lah yang mengejut macam ni. Terkejut dan terasa kehilangan sangat.

Bila disiasat, Atuk punca sakit jantungnya tak pasti kenapa tapi kawan seofis Put, jantungnya gagal akibat paras kolesterol yang agak tinggi.

Penting tak nak tahu cara turunkan kolesterol cepat supaya benda macam ni boleh dielakkan?

Bagi Put, penting.



Jadi hari ni, Put nak kongsikan cara turunkan kolesterol yang mudah nak buat untuk jantung yang sihat.

Sebelum tu, apa tu kolesterol dan kenapa bahaya sangat? Jahat ke?

Waktu Put ke kelas dengan nutritionist, beliau terangkan yang kolesterol sebenarnya bagus untuk penghasilan hormon.

Tapi kolesterol berlebihan boleh membunuh.

Kolesterol yang berlebihan akan berkumpul dalam salur darah, dan kemudiannya melekat pada organ penting dan boleh membawa kepada penyakit yang fatal seperti sakit jantung, darah tinggi, strok dan sebagainya.

Jadi, penting untuk kita kawal paras kolesterol dalam badan supaya kekal di paras sihat.

Kalau tak, itu yang tiba-tiba dapat penyakit berbahaya secara mengejut tu.

Tiba-tiba sakit jantung, mati.

Tiba-tiba darah tinggi, jadi strok.

Ngeri.

Lagi mudah kalau kawal sebelum teruk.

Cara Turunkan Kolesterol Mudah

Cara #1 : Makan Makanan Berserat

Makanan berserat akan tolong angkut kolesterol keluar dari badan. Caranya, dia akan serap kolesterol tu.

Lepas tu, serat akan dibuang melalui najis, sekali dengan kolesterol yang dah diserap tadi.

Mudah jugak kan?

Antara makanan tinggi serat termasuklah sayuran, buahan, oat dan sebagainya.

Cara #2 : Banyakkan Makan Ikan

Kenapa?

Sebab ikan ada kandungan omega-3 yang tinggi, yang bantu kawal paras kolesterol.

Tapi jangan tersalah pilih ikan yang tercemar.

Cara masak ikan pun perlu tengok juga. Seeloknya stim atau rebus atau masak sup lah paling elok.

Kalau hari hari bedal ikan goreng, tu bukan makin turun kolesterolnya nanti tu!

Cara #3: Minum Teh Hijau

Hah sudah, macam mana pulak teh boleh tolong kurangkan kolesterol?

Begini --> Teh hijau ni antioksidan yang bagus.

Dalam badan kita, kolesterol akan terhasil secara semulajadi. Ni dipanggil HDL atau pun kolesterol baik. Fungsinya macam yang put cerita tadi, untuk hasilkan hormon dan sebagainya.

Tapi bila badan kita terdedah pada radikel bebas dari pencemaran, stress dan sebagainya, HDL boleh teroksida kepada LDL, iaitu kolesterol yang jahat.

Cara untuk neutral kan semula radikel bebas ni?

Ambik antioksidan yang tinggi.

Sebab tu minum teh hijau boleh membantu.

Mudah kan 3 cara ni? Semua orang pun boleh buat..

Tapi ada orang yang tak gemar kan teh, malas makan sayuran dan ikan sebab lebih minat ayam. Macam mana nak buat?

Ambil dalam bentuk supplemen, lah.


Pakar nutrisi Shaklee cadangkan pengambilan Omega Guard dan Phytocol-ST untuk bantu turunkan kolesterol dengan berkesan, bergaya dan cepat.

Dua supplemen ni akan mimik pemakanan natural.

Contohnya Omega Guard akan bekalkan asid lemak Omega-3 yang berkualiti tinggi diekstrak dari ikan laut dalam supaya tiada pencemaran.

Phytocol-ST pula, produk paten Shaklee yang dah diuji dan dikaji oleh saintis bertauliah untuk guarantee keberkesanannya untuk bantu turunkan paras kolesterol.

Cara PhytocolSt bekerja lebih kurang dengan serat tadi. Dia akan halang kolesterol dari masuk ke saluran darah dengan 'membalut' kolesterol tersebut, dan terus balut sampai kolesterol dibuang dari badan melalui najis.


Berkesan ke?

Kalau ikut kajian, memang berkesan.

Disokong pulak oleh testimoni pengguna yang puas hati, macam ni;







 Testimonial Ethan Wang

"Kolesterol turun 50%"


"Doktor pun beri Omega, tapi tak turun. Cuba Omega Guard, ada perubahan"


"Lepas tambah Phytocol, kolesterol turun"


Nah, inshaAllah kolesterol tinggi boleh dikawal.

Dengan syarat, mesti rajin dan istiqamah makan dengan betul dan makan supplemen.

Kalau nak order, boleh whataspp Put. Mana tau dengan amalan supplemen yang konsisten, tak ada lagi risiko untuk mati mengejut akibat sakit bahaya.





0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com