Friday, November 4, 2016

Salah Ke Pilih Produk Hilangkan Parut Jerawat Ikut Testimoni Je? Tips Elak Tertipu

Dah cuba macam-macam cara nak hilangkan jerawat, tapi masih lagi dia meriah di sini..

Apa yang salah tu?

Bila ditanya kenapa pilih produk XX atau YY, cakap kastemer Put - " Sebab tengok testimoni dia macam okay je"

Kalau testimoni cakap okay, macam mana kita nak pastikan dia sememangnya betul2 okay, bukannya okaylah rosak kulit aku?

Hewhew

Hampir 95% kastemer Put cakap - sebelum ni diorang beli produk luaran berdasarkan testimoni semata.

Salah ke Beli Produk Guna Testimoni?



Tak salah. 

Lumrah manusia, nak tengok dulu sebelum percaya. Macam mana lagi cara yang ada untuk tengok berjaya ke tak, kalau bukan testimoni, kan?

Contohnya macam testimoni begini...betul ke ni?


Macam mana nak tahu kalau testimoni ni betul ke tipu?

Tahu tak ada penjual yang jual produknya berdasarkan testimoni semata. Produk tu dibuat dengan selamat ke tak ke, tak peduli asalkan testimoni cakap berjaya, dia pun jual.

Ya lah, kalau testimoni cakap licin dalam masa 3 hari and ada gambar, kira okay la kut?

Lagi hampeh, ada penjual yang tepek gambar produk A, tapi curik testimoni dari produk B. Hari tu kecoh di FB. Tsk. Kesian yang tertipu.

Harapnya bukan kita lah ok?

So hari ni, Put nak kongsikan DUA tips mudah yang kita semua sebagai pembeli MESTI buat, kalau ragu-ragu dengan kredibiliti produk tu.

TIPS #1 : Google dulu

Google adalah cara termudah nak 'judge' kredibiliti sesuatu produk. Kalau kat google berlambak orang kasi review pasal produk XX tu sampai ke page ke-10 pun masih ade review lagi, tu dah boleh jadi gauge pertama produk tu ramai orang guna.

Ramai orang guna tak semestinya bagus, tapi at least okay lah dari takde orang guna langsung. Cukup bagus lah ni untuk tengok kredibiliti.

Kalo nak lagi extreme, google nama produk tu, pastu letak "penipu" kat hujung. Tengok apa yang keluar. Kalo penuh satu page tu luahan hati orang-orang tak puas hati atau maki produk tu, sila now buat tips #2 dengan hati-hati.

Tips #2 : Contact Seller dan Mintak Bukti

Bukan contact seller dan terus tanya harga dan bank in!

Kalau produk tu tak lepas saringan Tips #1, tapi kita masih nak cuba sebab alah, serious nampak macam okay je produk ni, kita kena dapatkan bukti.

Apa bukti yang boleh yakinkan kita produk ni adalah bagus?

  • Apa bahan utama produk tu? 
  • Ada kajian saintifik ke dak produk ni bila dia claim boleh hilangkan jerawat tu?
  • Siapa yang buat produk ni?
Dah kalau seller sendiri pun tergagap-gagap nak reply whatsapp kita tu, sekejap nampak 'typing' pastu senyap, pastu 'typing' pastu senyap...

Pastu tiba-tiba jawab dengan tak berkaitan pulak (a.k.a tak jawab soalan)...

Hehe

Pepaham lah ye.

Seller produk yang bagus tak akan teragak-agak nak kongsikan fungsi produk, bahan produk, kenapa produk dia bagus BEYOND testimonial.

Testimoni memang ada, tapi bila kita mintak information lebih tentang kenapa dia berkesan, dia boleh jawab.

Kalau boleh jawab dan kita yakin, terpaksa lah kita cuba produk tu sendiri pulak untuk tau berkesan atau tak.

Kenapa Penting Nak Pilih Produk Dengan Bijak ESPECIALLY Produk Kesihatan?

Sebab kita cuma ada satu badan je.

Satu keping muka.

Dua tangan, dua kaki, dua mata, dua telinga.

Ni SAHAJA.

Dan kesalahan pilih produk berisiko rosakkan badan kita yang ada satu je ni.

Tinggi risiko nya tu.

Kalau makan produk beracun tiba-tiba jantung berhenti, tak ke naya?

So kita kena jadi pengguna bijak. Nak beli ikut testimoni boleh, tapi kena bijak untuk pastikan testimoni tu tepat dan betul dan produknya selamat!

Shaklee Faham Pentingnya Produk Selamat


Dan bukan sahaja selamat berdasarkan ujian ujian yang banyak kat atas ni, Shaklee pun berusaha keras untuk bantu pengguna supaya pilih Shaklee bukan sekadar TESTIMONI.

Kajian keberkesanan produk Shaklee dah diterbitkan dalam lebih 100 scientific papers. So kalau tak percaya testimoni, boleh baca kajian saintifik ni.

Konfem tak tertipu.

Kalau nak tau apa produk Shaklee yang sesuai untuk masalah jerawat, boleh baca di artikel yang lepas. Siap ada yang guna dua produk je, tapi kesannya, subhanallah.

Selamat memilih dengan bijak!




0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com