Monday, November 7, 2016

Mak Kita Share Petua Hilangkan Jerawat Ni, Tapi Sebenarnya Salah ke Betul?

Sewaktu membesar, perubaha hormon akan buatkan kebanyakan dari kita ditumbuhi jerawat. Orang tua-tua akan cakap "sebab nak besar lah tu" (read: dewasa) sebagai punca jerawat..

Ingat kan? Lepas tu, mereka akan berikan tips-tips atau petua hilangkan jerawat tu, ada kan?

Antaranya
  • Jangan picit jerawat tu.. Nanti bertanda
  • Pergi berjemur bawah matahari, nanti jerawat tu kecut lah
  • Letak 'colgate' kat jerawat tu
  • Ha... ni ade la menggatal niii (hahah!)
  • Tu malas basuh muka la tu banyak jerawat tu. Basuh muka tu rajin-rajin sikit!
As entertaining as they are, kita perlu tahu kenapa dan dari mana datangnya tips-tips ni, dan sama-ada mereka ni betul-betul berkesan ke?



Teruskan membaca jika anda nak tahu sama ada pesanan mak kita ni betul atau tak, dan supaya kita tak tersalah pesan pulak dekat anak-anak kita nanti.

Malu mak! Hehe

Advise #1 : Jangan Picit Jerawat, Nanti Bertanda 

Dalam jerawat, adalah bakteria p.acne yang dah menyumbat pori yang penuh minyak. Bakteria ini boleh jadi jangkitan, dan jika jerawat dipicit dan tak diuruskan dengan betul, bakteria ni boleh berpindah pulak ke kawasan muka sekitar.

Itu yang lepas picit, satu..satu jerawat naik.

Yang tak berapa tepat, adalah "bertanda". Pecahkan jerawat akan menyebabkan jerawat tersebar, tapi tanda atau kita kenali sebagai "parut" terhasil daripada lapisan kulit rosak yang tak dapat sembuh dengan baik.

Kulit perlukan kolagen yang mencukupi dan sumber protein yang sihat (kulit terdiri dari protein) untuk sembuh.

Orang yang protein badannya baik dan cukup, dan kolagen nya tinggi, selalunya boleh elok dari jerawat tanpa "bertanda".

Risiko parut jerawat adalah jika badan tak cukup protein, atau kurang kolagen (untuk wanita berumur)

Okay?

Advise #2 : Pergi berjemur bawah matahari, nanti jerawat tu kecut lah

Menurut WomensHealth, Sekiranya kita ada kondisi ekzema atau psoriasis, dedahan pada cahaya matahari mungkin membantu mengurangkan keradangan.

Tetapi bukan sekiranya kita ada jerawat.

Kepercayaan berjemur boleh hilangkan jerawat tu tak berapa tepat.

Sebenarnya, sangat salah dan taktau la mana datangnya.

Pendedahan pada sinaran matahari (UV) berlebihan boleh menyebabkan jeragat, pigmentasi, dan kedutan di muka.

Advise #3 : Letak 'colgate' di jerawat

Dalam ubat gigi, ada sejenis bahan aktif yang akan menyebabkan appearance jerawat akan mengecut dengan cepat.

Tapi, dia jugak akan mengeringkan dan merosakkan sel kulit di sekelilingnya.

Bila sel rosak, akan lebih mudah berparut.

Hasilnya, jerawat mungkin cepat kecut, tapi kebarangkalian untuk nak berparut adalah lebih tinggi.

Advise #4 : Ni dah menggatal lah tu!

Ini...Put pun taktau apa sumbernya. Haha. 

Advise #5 : Tu malas basuh muka la tu banyak jerawat tu!

Walaupun kerap mencuci muka boleh bantu mengurangkan minyak berlebihan dan mengurangkan kebarangkalian pori tersumbat, basuh muka 100 kali sehari pun masih juga boleh menyebabkan jerawat tumbuh.

Punca jerawat, bukan sekadar minyak di muka yang boleh dibersihkan dengan cuci muka.

Nasihat ni ada betulnya, though, sebab kalau tak basuh muka, confirm akan ada masalah jerawat!



Kesimpulannya?

Mesti faham apa punca dan kenapa sesuatu nasihat tu diberi.

Supaya kita tak tersalah ambik tindakan yang mungkin akan merosakkan lagi kulit wajah kita, seperti 3 kesalahan yang sangat biasa orang buat dalam jaga kulit muka ni.

Bila tak faham punca sebenar masalah jerawat kita, itu yang jadi cerita melulu beli saja produk berdasarkan testimoni yang rupanya beracun dan menghakis!

Put kagum dengan kakak ni yang gigih cari jalan penyelesaian pada masalah jerawat beliau. Walaupun 7 tahun menderita jerawat teruk, oleh sebab beliau FAHAM punca jerawat, beliau kini akhirnya bebas jerawat. Ikut cerita nya di sini. Inspiring.

Tapi semua nya bermula kalau kita tak ikut nasihat membuta-tuli la, hehe.

So dah tau mana yang betul, mana yang salah kan?

Nah, turunkan ilmu yang betoi pada anak-anak korang!







0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com