Wednesday, November 16, 2016

Bayar Yuran Jadi Ahli Shaklee Tanda Anda Suka Berjimat? Cerita Saya, Mak dan Betik

Siapa yang tak sukakan diskaun?

Tak de siapa.

Orang yang dah kaya raya pun masih sukakan diskaun. 

Eh, dah apa kaitan pulak diskaun dengan yuran jadi ahli shaklee ni? Satu duit keluar, satu duit masuk?

Saya nak share satu cerita..

Mak saya adalah orang yang paling gigih nak beli barang pada harga yang PALING murah yang dia boleh dapat.



Contohnya, minggu depan ni saya nak buat detoks parasit. Bila saya google, satu makanan yang boleh bantu nyahkan parasite adalah bijik betik.

Dah mana pulak aku nak carik bijik betik…. Ha..ha..

Saya fikirkan nak beli di pasar saja. Senang. Dah tentu ada.

Tapi mak saya cakap “ Ko jangan beli di pasar tu. Sekilo RM 4 dia jual. Beli di pasaraya SEGI, sekilo RM3.90 je”

Saya tak faham sangat apa laa yang penting sangat nak dapat diskaun sepuluh sen tu. Bukannya murah sampai seratus ringgit pun.

Tapi mak saya balas, “Kalau setahun ko nak detoks makan 100 bijik betik, dah berapa ringgit boleh jimat tu? Boleh buat beli ayam pulak”

Hmm… betul jugak kan?

Konsep belian murah ni, kalau beli sikit, mungkin tak nampak. Tambah-tambah lagi kalau yang kita nak beli tu harganya dah memang murah, macam kisah saya nak beli betik tu.

Tapi kalau beli seratus betik? Eh banyak jugak boleh jimat tu.

Sama dengan supplemen.

Supplemen ni, fungsinya nak lengkapkan nutrisi dan zat yang kita tak dapat dari makanan biasa.

Kita cuma makan supplemen waktu tertentu saja ke? Takkan nak bulan ni zat Badan cukup, bulan depan tak cukup, bulan lagi satu separuh cukup… Tak bijak namanya tu.

Nak sihat berpanjangan, nutrisi dan zat badan mesti sentiasa cukup.

So, nak membeli supplemen pun saya rasa konsepnya sama jugak macam beli betik.

Bukan beli sekali. Dua kali. Lima kali.

Mungkin akan beli berpuluh-puluh kali sepanjang kita hidup. Logik lah kalau nak pastikan kita dapat harga yang berpatutan dan ada “diskaun”, kan?

So macam mana nak jimat kalau nak beli supplemen ni?

Pertama, beli supplemen yang berkualiti. Jangan dok membazir tak tentu hala beli supplemen tah hapa-hapa yang bukan sahaja membuang duit, tapi lagi sadis, tak berkesan pun.

Cari supplemen yang dah dikaji dengan saintifiknya kalau makan, akan berkesan dan tak beri kesan negatif buat sakit buah pinggang ke tiba-tiba sakit jantung ke. Saya cadangkan makan supplemen Shaklee.

Supplemen Shaklee ni, dikaji oleh saintis tau. Siap laburkan berjuta-juta USD setiap tahun nak buat kajian, supaya nak jamin siapa yang makan, akan rasa kesan. Lagi canggih, ada landmark study yang buktikan keberkesanan dan keselamatannya.

Nak makan pun tak risau.

Kedua, daftar lah jadi ahli. Shaklee tawarkan keahlian pada harga RM68.90 sahaja, lepas tu dapat manfaat keahlian yang pelbagai.

Antaranya; dapat bonus tunai, dapat akses portal online untuk buat order, dapat nikmati promosi produk, dan yang paling penting dan saya pasti mak saya mesti suka;

Dapat beli pada harga ahli, yang murah 10-20% dari  harga pasaran.

Berbaloi kan?

Lagi berbaloi kalau mendaftar bersama keluarga Shaklee saya yang sangat best sampai saya terus terjebak nak buat bisnes dan dapat jana income empat angka!

Apalagi?

Jom daftar ahli sekarang. Sambil lebih sihat, sambil lebih jimat.

Apa-apa pertanyaan berkenaan produk dan proses nak daftar keahlian, boleh hubungi saya ya.

Putri Zulaikha
Pengedar Shaklee Shah Alam (No ID 917819)
017-602 1189
FB : Putri Zulaikha Amin

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com