Thursday, November 24, 2016

Aktiviti Cuti Sekolah Bermula dengan Didi & Friends!

Siapa sini suka cuti sekolah?

Hehe selain bebudak, Put pun suka sebab jalan akan kurang jem! Tapi yang agak tak best, nak memikirkan aktiviti cuti sekolah bebudak la kan..

Hari tu dalam group mama-mama, ada mama kongsikan tentang carnival Didi & Friends yang dah mula hari ni!



Wow.

Buntang kejap mata Put.

Anak Put dah lah peminat setia si Didi ni... sampai mak sekali dok terhafal-hafal lagu Tayar Bas Pusing Pusing tu. Ni wajib bawak ni...

Nah, summary ni Put ambik dari FB Didi & Friends;

******
MINI KARNIVAL DIDI & FRIENDS | 23-27 November 2016 | Alamanda Shopping Centre Putrajaya

Buat kali pertamanya Digital Durian menganjurkan Mini Karnival Didi & Friends pada cuti sekolah ini yang diceriakan oleh Caliph Kids Supplement - The Kids Expert :D

Mini karnival ini khas untuk peminat setia Didi & Friends. Anda bukan saja boleh berjumpa maskot Didi & Friends, tetapi anda juga dapat merasa berada di Dunia Didi & Friends.

Mini Karnival Didi & Friends akan berlangsung selama 5 hari dari 23 November sampai 27 November (Rabu - Ahad) di Alamanda Shopping Centre Putrajaya (Centre Court) dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Jumpa anda di sana! Hora Horey!
******

Yang  bagusnya bagi Put, karnivalnya sampai malam.

Ibu bapa yang kerja pada hari weekdays ni, kalau tak sabar sangat nak tunggu weekends, dah boleh bawak anak melawat didi kesayangan diorang ni selepas waktu bekerja.

Bagus jugak kalau nak elakkan crowd yang terlalu ramai.

Tapi.... apa salahnya ambik cuti kejap kan? Didi kot? <---- ni mesti kata anak Put, hehe.

Put share itinerari jugak kat sini, semoga bermanfaat!







Jom bawak anak anak kita tengok Didi! :)






0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com