Sunday, November 6, 2016

3 Kesalahan Cara Hilangkan Jerawat Yang 95% Orang akan TERbuat

Hah, cara hilangkan jerawat pun ada yang betul ada yang salah?

Of course darlings. Dunia ni dibezakan dengan baik dan buruk, right and wrong so bila kita dah selal cuba dok tenyeh muka dengan segala macam jenis tomato, dan beli segala mak nenek produk kat farmasi tapi jerawat masih jugak meriah, mungkin dah sampai masanya kita pause, and reflect;




Betul ke apa yang aku buat selama ni untuk hilangkan jerawat yang degil sedegil-degilnya ni?

So hari ni, Put nak kongsikan dengan pembaca tersayang, apa cara nak hilangkan jerawat, dan parut-parutnya sekali yang SALAH, tapi hampir 95% orang buat.

Ready?

Anda wajib baca sampai habis sebab di akhir artikel ini, anda akan rasa "ya rabbi, aku lah tu yang buat tu!" dan lepas ni, jangan buat dah.

Teruskan membaca jika anda;

  • Ada masalah jerawat yang selalu timbul waktu anda period
  • Jerawat sering bernanah dan busuk. Bila picit, dia menipis tapi kat tempat lain pulak dia tumbuh
  • Muka licin dan bersih, so RISAU sangat kalau tiba-tiba terbuat benda salah ni waktu jerawat naik nanti
  • Muka... okay-okay lah. Jerawat tak banyak sangat, tapi nak tahu jugak, apa yang orang selalu salah buat tu?
  • Ada kawan, saudara atau girlfriend yang muka berjerawat dan rasa maybe artikel ni boleh membantu
Kesalahan #1 : Tak Faham Punca Jerawat


Taktau lah sebabkan kurang pendedahan, malas membaca atau sikap sesetengah pengeluar produk kecantikan yang hanya fokus untuk menjual, ramai yang tak tahu kenapa sebenarnya jerawat datang.

Ikutkan logik, nak selesaikan masalah, kena tahu punca, kan?

Tapi ramai tak tau.

Terus pergi straight ke "penyelesaian" yang cuma atasi sebahagian punca jerawat, bukan semuanya.

Kesalahan #2 : Ikut-ikut kawan


Bila tak tau punca, kita akan ikut kawan-kawan.

Kawan cakap produk A elok, kita cuba produk A.

Kawan cakap tenyeh kayu manis la jerawat hilang, kita pun gigih beli kayu manis berbatang-batang.

Kawan cakap muka ko jangan tepek benda kimia, kita stop tak cuci muka.

Tapi.....

Jerawat ada jugak.

Kawan-kawan kita ni semua pembuhong ya?

Hahahaha..

Bukan sebenarnya. Sebenarnya saranan mereka pun berdasarkan apa yang mereka baca, dan mungkin apa yang berkesan untuk jenis kulit dan masalah jerawat mereka.

Bukan kita. Kita kena tahu punca jerawat kita dulu, baru boleh pilih mana cara yang sesuai nak praktik (atau cara mana yang patut di-bakul-sampahkan)

Kesalahan #3 : Fokus luaran sahaja




Ni pun, berkaitan dengan "tak faham punca". Bila tak faham punca, kita dengan mudah akan anggap jerawat yang di luar, perlu dihapuskan dari luar jugak.

Dan ini lah kebanyakan konsep yang diguna-pakai oleh ramai yang GAGAL atasi jerawat, sebab nampak jerawat je, penyelesaianya adalah sapu krim ini, pencuci muka itu.

Sapu-sapu tapi tak jadi, sebab?

Punca jerawat, bukan HANYA dari luar.

Itu saja, 3 kesalahan. Cuba check - kita pernah buat tak?

InshaAllah pernah. Tapi tak apa, sekarang kita dah tahu. Boleh mula ambil tahu dan kembali ke jalan yang benar (he..he...)

Jadi, apa punca jerawat?

Menurut WebMd, jerawat terjadi disebabkan perubahan hormon, yang menyebabkan penghasilan minyak / sebum berlebihan:
"the most common acne is the type that develops during the teen years. Puberty causes hormone levels to rise, especially testosterone. These changing hormones cause skin glands to start making more oil (sebum). Oil releases from the pores to protect the skin and keep it moist. Acne begins when oil mixes with dead cells and clogs the skin's pores. Bacteria can grow in this mixture. And if this mixture leaks into nearby tissues, it causes swelling, redness, and pus. A common name for these raised bumps is pimples"
TERJEMAHAN:

Jenis jerawat yang paling biasa adalah jerawat yang mula tumbuh pada umur remaja. Keremajaan / akil baligh akan sebabkan paras hormon meningkat, terutamanya hormon testosterone. Hormon yang berubah-rubah ni akan menyebabkan kelejar kulit mula menghasilan sebum (minyak) yang banyak. Minyak ini akan dibebaskan di kulit muka supaya muka kekal lembab dan terlindung.

Jerawat terjadi bila minyak ini bercampur dengan sel mai dan menyumbat pori-pori. Bakteria boleh hidup dalam  campuran ini, dan jika campuran (bakteria) ini merebak ke tembpat lain, boleh menyebabkan bengkak, merah dan nanah.

***

Kalau nak ikut sumber NHS.uk pulak, jerawat selain daripada hormon, boleh berlaku disebabkan

  • period
  • pregnancy
  • PCOS
  • pengambilan sesetengah ubat hormon seperti pil perancang, Hormone Replacement Therepahy (HRT)
  • Merokok
  • penggunaan sesetengah kosmetik
Apa yang kita boleh simpulkan bila tahu punca-punca jerawat macam kat atas ni?

Jerawat, puncanya dari dalam.

Maka - penyelesaiannya juga, perlu ada komponen DALAM, dan LUAR.

Okay? :)

Nantikan perkongsian Put dalam pos seterusnya untuk selesaikan masalah jerawat dari dalam, supaya luar pun lawa.

Selamat malam!

UPDATE: Boleh baca artikel lanjutan tentang cadangan selesaikan jerawat di SINI




0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com