Sunday, November 27, 2016

Uji Pada Pengguna Lebih 20 Tahun untuk Tahu Shaklee Selamat Atau Tidak

Untuk yang belum pernah kaji secara mendalam dan tiba-tiba nampak orang dok share pasal Shaklee je, mesti akan terdetik dalam hati - Shaklee selamat atau tidak sebenarnya?

Boleh rosakkan buah pinggang tak?
Boleh sebabkan kanser tak?
Halal tak?
Ada ke doktor yang makan?
Shaklee ni buat kat mana? Belakang rumah je ke?
Kalau mula makan Shaklee sekarang, esok agak-agak terus sihat ke?
Berkesan sangat ke??

Nah...1001 persoalan yang mungkin bermain di minda bila dok tengok Shaklee orang suruh makan.

Hari ni Put taknak cerita panjang.

Cumanya Put nak cerita, Shaklee ni ada Landmark Study.

Signifikan dia tu, macam kalau kita ke Teluk Intan, apa yang kita terpikir?

Menara Condong kat Teluk Intan tu..

Kalau ke Paris?

Eiffel Tower.

Kalau ke KL?

KL Tower.

Hehe. 

Maksudnya kat sini, "landmark" adalah sesuatu yang signifikan.

Dalam bidang supplemen pulak, Shaklee je yang ada landmark study ni.

Landmark study ni, pihak ketiga yang jalankan untuk kaji kesan penggunakan JANGKA PANJANG supplemen.

Poin penting ni tau.

Sample pengguna yang diambil untuk kajian ni adalah yang dah makan vitamin Shaklee lebih dari 20 tahun.

Ni yang jadikan landmark study ni berbeza dari study study yang lain.

Sebab kebanyakan studies yang ada cuma look at short term samples. Ie. Bru makan vitamin 2-4 tahun lepas.

Tapi nak kajinya penyakit yang ambik masa bertahun2 untuk develop.

Tak berapa tepat la kalau buat kajian utk org yg makan vitamin 3 tahun, tp kesimpulan "makan vitamin boleh rosakkan buah pinggang dalam jangka masa 20 tahun lagi"

Kan?

Landmark study Shaklee cakap, makan Shaklee 20 tahun, kesihatan lagi baik.

Nah, lagi mudah nak yakin kan?

Macam prof ni.


47 tahun makan shaklee kot? Buah pinggang dia ermmmmmmm elok la tu masih boleh tulis status facebook tu, hehehe

So jangan ragu-ragu nak makan Shaklee ya.

Put sendiri dah guna Shaklee hampir 5 tahun.

Lebih sihat.
Lebih bertenaga.
Mampu menyusukan anak walaupun kerja sibuk.

Puas hati sangat!

Korang nak cuba jugak?

Contact Put ya...



Thursday, November 24, 2016

Aktiviti Cuti Sekolah Bermula dengan Didi & Friends!

Siapa sini suka cuti sekolah?

Hehe selain bebudak, Put pun suka sebab jalan akan kurang jem! Tapi yang agak tak best, nak memikirkan aktiviti cuti sekolah bebudak la kan..

Hari tu dalam group mama-mama, ada mama kongsikan tentang carnival Didi & Friends yang dah mula hari ni!



Wow.

Buntang kejap mata Put.

Anak Put dah lah peminat setia si Didi ni... sampai mak sekali dok terhafal-hafal lagu Tayar Bas Pusing Pusing tu. Ni wajib bawak ni...

Nah, summary ni Put ambik dari FB Didi & Friends;

******
MINI KARNIVAL DIDI & FRIENDS | 23-27 November 2016 | Alamanda Shopping Centre Putrajaya

Buat kali pertamanya Digital Durian menganjurkan Mini Karnival Didi & Friends pada cuti sekolah ini yang diceriakan oleh Caliph Kids Supplement - The Kids Expert :D

Mini karnival ini khas untuk peminat setia Didi & Friends. Anda bukan saja boleh berjumpa maskot Didi & Friends, tetapi anda juga dapat merasa berada di Dunia Didi & Friends.

Mini Karnival Didi & Friends akan berlangsung selama 5 hari dari 23 November sampai 27 November (Rabu - Ahad) di Alamanda Shopping Centre Putrajaya (Centre Court) dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Jumpa anda di sana! Hora Horey!
******

Yang  bagusnya bagi Put, karnivalnya sampai malam.

Ibu bapa yang kerja pada hari weekdays ni, kalau tak sabar sangat nak tunggu weekends, dah boleh bawak anak melawat didi kesayangan diorang ni selepas waktu bekerja.

Bagus jugak kalau nak elakkan crowd yang terlalu ramai.

Tapi.... apa salahnya ambik cuti kejap kan? Didi kot? <---- ni mesti kata anak Put, hehe.

Put share itinerari jugak kat sini, semoga bermanfaat!







Jom bawak anak anak kita tengok Didi! :)






Wednesday, November 16, 2016

Bayar Yuran Jadi Ahli Shaklee Tanda Anda Suka Berjimat? Cerita Saya, Mak dan Betik

Siapa yang tak sukakan diskaun?

Tak de siapa.

Orang yang dah kaya raya pun masih sukakan diskaun. 

Eh, dah apa kaitan pulak diskaun dengan yuran jadi ahli shaklee ni? Satu duit keluar, satu duit masuk?

Saya nak share satu cerita..

Mak saya adalah orang yang paling gigih nak beli barang pada harga yang PALING murah yang dia boleh dapat.



Contohnya, minggu depan ni saya nak buat detoks parasit. Bila saya google, satu makanan yang boleh bantu nyahkan parasite adalah bijik betik.

Dah mana pulak aku nak carik bijik betik…. Ha..ha..

Saya fikirkan nak beli di pasar saja. Senang. Dah tentu ada.

Tapi mak saya cakap “ Ko jangan beli di pasar tu. Sekilo RM 4 dia jual. Beli di pasaraya SEGI, sekilo RM3.90 je”

Saya tak faham sangat apa laa yang penting sangat nak dapat diskaun sepuluh sen tu. Bukannya murah sampai seratus ringgit pun.

Tapi mak saya balas, “Kalau setahun ko nak detoks makan 100 bijik betik, dah berapa ringgit boleh jimat tu? Boleh buat beli ayam pulak”

Hmm… betul jugak kan?

Konsep belian murah ni, kalau beli sikit, mungkin tak nampak. Tambah-tambah lagi kalau yang kita nak beli tu harganya dah memang murah, macam kisah saya nak beli betik tu.

Tapi kalau beli seratus betik? Eh banyak jugak boleh jimat tu.

Sama dengan supplemen.

Supplemen ni, fungsinya nak lengkapkan nutrisi dan zat yang kita tak dapat dari makanan biasa.

Kita cuma makan supplemen waktu tertentu saja ke? Takkan nak bulan ni zat Badan cukup, bulan depan tak cukup, bulan lagi satu separuh cukup… Tak bijak namanya tu.

Nak sihat berpanjangan, nutrisi dan zat badan mesti sentiasa cukup.

So, nak membeli supplemen pun saya rasa konsepnya sama jugak macam beli betik.

Bukan beli sekali. Dua kali. Lima kali.

Mungkin akan beli berpuluh-puluh kali sepanjang kita hidup. Logik lah kalau nak pastikan kita dapat harga yang berpatutan dan ada “diskaun”, kan?

So macam mana nak jimat kalau nak beli supplemen ni?

Pertama, beli supplemen yang berkualiti. Jangan dok membazir tak tentu hala beli supplemen tah hapa-hapa yang bukan sahaja membuang duit, tapi lagi sadis, tak berkesan pun.

Cari supplemen yang dah dikaji dengan saintifiknya kalau makan, akan berkesan dan tak beri kesan negatif buat sakit buah pinggang ke tiba-tiba sakit jantung ke. Saya cadangkan makan supplemen Shaklee.

Supplemen Shaklee ni, dikaji oleh saintis tau. Siap laburkan berjuta-juta USD setiap tahun nak buat kajian, supaya nak jamin siapa yang makan, akan rasa kesan. Lagi canggih, ada landmark study yang buktikan keberkesanan dan keselamatannya.

Nak makan pun tak risau.

Kedua, daftar lah jadi ahli. Shaklee tawarkan keahlian pada harga RM68.90 sahaja, lepas tu dapat manfaat keahlian yang pelbagai.

Antaranya; dapat bonus tunai, dapat akses portal online untuk buat order, dapat nikmati promosi produk, dan yang paling penting dan saya pasti mak saya mesti suka;

Dapat beli pada harga ahli, yang murah 10-20% dari  harga pasaran.

Berbaloi kan?

Lagi berbaloi kalau mendaftar bersama keluarga Shaklee saya yang sangat best sampai saya terus terjebak nak buat bisnes dan dapat jana income empat angka!

Apalagi?

Jom daftar ahli sekarang. Sambil lebih sihat, sambil lebih jimat.

Apa-apa pertanyaan berkenaan produk dan proses nak daftar keahlian, boleh hubungi saya ya.

Putri Zulaikha
Pengedar Shaklee Shah Alam (No ID 917819)
017-602 1189
FB : Putri Zulaikha Amin

Cara Menghilangkan Jeragat Dengan Cepat Supaya Tompok Hitam Tak Makin Tebal

Bulan lepas, Put terima satu panggilan dari adik berumur 22 tahun yang cari cara menghilangkan jeragat dengan cepat, sebab katanya dah lama dah orang dok cakap mukanya bertompok macam anjingnya Cruella Deville dalam cerita 101 Dalmation tuh!



Tak tau nak gelak ke ape dengar cerita adik ni, selamba betul...

Katanya, maknya memang ada masalah jeragat. Jadi mungkin keturunan.

"Saya dah try macam-macam kak, tak pernah jadi pun. So nak try Shaklee pulak, semulajadi kan and google macam ramai yang berhasil..."

Ye dik. Akak dah tolong ramai wanita selesaikan masalah jeragat mereka.

Ramai tak yang ada masalah macam adik ni?

Masih muda.
Belum berkahwin (kalau dalam kes adik ni)
Dah laburkan beribu ringgit pada ubat jeragat yang tak berkesan
Bukan tu saja, siap produk tu buatkan jeragat makin tebal je.

Sampai jadi apa tu.... 101 Dalmation?

Sobs.

Kesian akak dengar dik.

Nak hilangkan jeragat dengan cepat, kena faham punca jeragat dulu.

Antara punca jeragat adalah sinaran UV yang memberikan radiasi berlebihan pada kulit, ketahananan kulit yang rendah dan masalah hormon yang tak stabil.

Ya, ni je.

Masa mula-mula Put belajar dulu pun, macam whattt. Ini ke puncanya.

Masalahnya semua pencuci muka dan krim jeragat cuma atasi satu saja punca (iaitu sinaran UV), so tak heran lah kalau jeragat asyik naik dan naik je.

Pun pun, terus cecepat rajin pakai UV protection. Hoho.

Okay, dah faham punca, meh tengok apa produk Shaklee yang boleh bantu rawat jeragat.

Cadangan Produk Hilangkan Jeragat Dengan Cepat Dan Pantas

Put cadangkan dua jenis cara;

Pilihan 1: Produk Vivix, antioksidan paling kuat hasil kajian saintis terkemuka (Highly Recommended)


Kenapa Vivix pilihan pertama?

Sebab kuasa antioksidan Vivix, adalah 97% lebih kuat dari Vitamin E atau Vitamin C. Kita biasa dengar Vitamin E dan Vitamin C yang tinggi antioksidan kan, Vivix lebih lebih lagi.

Ini produk WAJIB buat wanita yang dah cuba bermacam produk TAPI TAK BERKESAN dan hampir putus asa.

Fungsi Vivix untuk jeragat termasuklah;

  • Memperbaiki sel-sel mati dari jadi tompokan jeragat yang hitam
  • Meningkatkan daya tahan kulit supaya tak mudah rosak
  • Menegang dan melicinkan kulit
  • Mencerahkan jeragat
  • Mengatasi punca utama jeragat seperti membetulkan hormon, meningkatkan kolagen kulit dan sebagainya
Jika anda serius nak hilangkan jeragat, anda mesti dapatkan Vivix. Kesannya memang sangat puas hati.

Pilihan 2 : Set Mini Jeragat

Walaupun kesannya tak sehebat Vivix, pengguna Set Mini Jeragat ni tetap berpuas hati sebab jeragat akan pudar secara perlahan, dalam tempoh 4-5 bulan.

Tak berapa cepat, tapi masih berbaloi jika nak dibandingkan dengan produk lain yang makan bertahun-tahun tapi macam buatkan jeragat makin hitam!

Kenapa Set Mini Jeragat ni berkesan?

Sebab gabungan vitamin di dalamnya akan target punca jeragat dari dalam dan luar. 

Hormon stabil, kulit lebih sihat dan kuat dan parut memudar. Of kos jeragat akan dihalau dari muka tu.

Dalam Set Mini Jeragat ni, ada vitamin C, vitamin E dan GLA complex.

Fungsi Set Mini Jeragat adalah;
  • Menstabilkan hormon punca jeragat
  • Melindungi kulit dari sinaran UV
  • Memudarkan parut jeragat
  • Meningkat kolagen kulit
  • Menjadikan kulit lebih tahan lasak
  • Menegang dan melembapkan kulit
  • Menghalang jeragat baru dari tumbuh
Pertanyaan / Order

Berminat nak cuba set jeragat ni sama ada produk 1 atau 2?

Anda boleh terus beli daripada Shaklee sendiri dan produk akan diposkan terus ke rumah anda. Hanya tekan butang di bawah dan isi kan maklumat penghantaran. Selepas buat bayaran, jangan lupa hubungi Putri untuk nasihat pemakanan.


Saya Mahu Order Vivix
Order Vivix

Order Set Mini Jeragat


Jika anda nak tanya lebih lanjut tentang set ni, boleh whatsapp Put atau tinggalkan soalan di ruang komen. Put akan jawab dengan sebaiknya. :)




Monday, November 14, 2016

Produk Hilangkan Parut Jerawat Tak Kan Jadi Kalau Tak Faham Punca

Dalam perkongsian Put yang lalu, Put ada sentuh secara ringkas punca jerawat yang boleh bantu kita atasinya.

Ye lah, nak atasi apa?

Kena tau puncanya dulu kan. Kalau tak tahu, itu yang jadi asyik cuba macam-macam tapi tak jadi apa pun.

Lepas Put buat banyak pembacaan dan kajian serta pergi ke kelas nutrisi, Put simpulkan jerawat boleh terjadi dari 5 punca utama.

Teruskan membaca kalau anda nak tahu anda jatuh dalam kategori mana.



5 Punca Utama Jerawat (Yang Boleh Melarat kepada Parut dan Jeragat)

#1 Hormon Tak Stabil

Walaupun selalunya hormon tak stabil ni kita kaitkan dengan remaja (sebab tu ramai remaja ada masalah jerawat!), tapi jangan salah faham.

Hormon wanita akan berubah-ubah sepanjang kitar hidupnya.

Contohnya ketika stress, sewaktu ibu mengandung, selepas melahirkan, menopaus dan sebagainya.

Di waktu macam ni, hormon kita akan menggila. Antara akibat hormon tak stabil adalah kilang sebum (minyak) di muka akan merembeskan minyak dengan terlalu banyak sampailah pori muka tersumbat.

Akibatnya, jadi lah jerawat,

#2 Kurang Daya Tahan Kulit

Kulit akan kurang daya tahan jika kolagen kulit tak mencukupi.

Ini masalah utama lebih-lebih lagi untuk perempuan yang dah berusia.

Tau tak kolagen kita akan mula berkurangan sejak umur 25 tahun, dan akan merudum dengan drastik bila mencecah umur 30 tahun ke atas?

Bila daya tahan kulit kurang, kulit akan mudah diserang oleh pencemaran udara dan sinaran UV dari matahari.

Lebih teruk lagi, bila jerawat dah tumbuh, kulit tak mampu nak perbaiki diri sendiri dengan kulit baru yang berkualiti - hasilnya, jadi lah parut!

#3 Jangkitan Bakteria

Siapa sini yang perangai suka picit jerawat?

Sila mengaku sekarang hahahha

Ni, pun salah satu sebab jerawat tak habis-habis.

Bila pori tersumbat dengan minyak, lama-lama bakteria akan ada dalam jerawat tu. Terutama jerawat yang merah-merah dan bernanah, tu lagi confirm ada bakteria.

Bila kita picit jerawat sesuka hati, memang jerawat nampak cepat kecut.

Tapi 'isi' jerawat yang ada bakteria tu akan merebak pulak kat tempat lain. Naik pulak jerawat kat situ.

Jerawat yang kita pecahkan tadi pulak, boleh jadi berparut kalau kulit tak sihat dan tak dapat repair diri sendiri.

Berulang lah kitaran jerawat tu...

#4 Pendedahan Kepada UV Berlebihan (Tanpa Protection)

Tau tak sinaran UV bukan saja datang dari matahari, tapi juga dari lampu dari dalam rumah?

Ha ramai yang tak tau ni. Kat dalam rumah mana pakai UV protection pun!

Awas jika anda berkulit cerah - sebab anda akan lebih tinggi risiko untuk dapat jeragat jika tak lindungi kulit dari sinaran UV!

#5 Tinggi Toksin dalam Badan

Ini biasa, rasanya semua tau. Jerawat akan tumbuh jika toksin dalam badan terlalu tinggi.

Ni satu cara badan nak keluarkan toksin dari badan. Badan akan keluarkan peluh dan minyak lebih, dan pori boleh tersumbat.

Macam mana nak tau toksin dalam badan banyak atau tak?

Cuba check sama ada anda ada rasa simptom kat bawah ni tak:

  • mudah lesu dan penat tanpa sebarang aktiviti berat
  • sukar buang air besar, kadang-kadang 3 hari sekali sahaja
  • kuat berpeluh
  • ketiak berbau
  • mudah sakit kepala
Ada? Anda mungkin perlu detoks untuk buang toksin dalam badan tu.

Paling mudah amalkan herblax atau alfalfa complex dari Shaklee untuk detoks badan dan pastikan buang air setiap hari. Takut lah kalau makan nasik berpinggan-pinggan tapi berak 3 hari sekali?


Nah, dah tau punca jerawat, anda dalam kategori mana?

Dah kenalpasti kategori, baru lah senang nak pilih produk yang selesaikan PUNCA. Baru nampak hasil.

Tambah lagi dengan cara pemakanan yang betul dengan panduan Put. Hasilnya sangat puas hati dan muka boleh terus licin berseri-seri, takde lagi nak mengeluh stress tengok jerawat naik setiap bulan tau.

Hehe.

Jom tengok pulak apa produk untuk masalah anda.


Put belanja satu gambar cik yang dah berjaya selesaikan masalah jerawat teruk beliau dengan Shaklee.

Teruja tak?

Put pun teruja. Nampak beza betul muka sebelum dan selepas beliau tu.

Ok, Put senaraikan kat sini produk yang ada, dan apa peranan masing-masing dalam mengatasi punca jerawat tu ya;

Vivix

Antioksidan semulajadi yang sangat kuat, dan bantu perbaiki sel yang rosak. Vivix jugak buatkan kulit kita tahan lasak, so tindakannya dua dalam satu.

Memperbaiki, dan mencegah.

Untuk yang dah bosan ada masalah jerawar, parut atau jeragat, Put sangat syorkan guna Vivix. Hasilnya pun sangat puas hati.

GLA Complex
GLA Complex ni, satu vitamin yang semua wanita perlu makan sebab dia akan bantu stabilkan hormon estrogen, progesteron dan testosteron dalam badan. Ingatkan tadi salah satu punca parut tak hilang-hilang adalah hormon yang tak stabil?

Alfalfa Complex
Alfalfa adalah sejenis pil herba yang ada 1001 khasiat, salah satunya adalah untuk detoks seluruh badan. Ni bagus diambil jika badan tinggi toksin.

Energizing Soy Protein (ESP)
Ni protein soya bermutu tinggi untuk pastikan sel kulit baru adalah sel yang sihat dan kuat.

Vitamin C
Vitamin C akan jadikan kulit kita tahan lasak. Macam mana?
Vitamin C bantu sintesis kolagen yang akan buatkan kulit lebih tahan mengatasi pencemaran dari luar.

Vitamin E
Nah, vitamin E ni juga salah satu antioksida yang sangat berkuasa menghilangkan parut.

Jom tengok testimoni jom!








Pertanyaan / Order

Kalau anda berminat nak cuba selesaikan masalah jerawat, parut dan jeragat macam mereka dalam testimoni di atas, hubungi Put segera.

Put akan ajarkan cara makan yang betul supaya kesannya wow! menakjubkan dan pantas.


Monday, November 7, 2016

Mak Kita Share Petua Hilangkan Jerawat Ni, Tapi Sebenarnya Salah ke Betul?

Sewaktu membesar, perubaha hormon akan buatkan kebanyakan dari kita ditumbuhi jerawat. Orang tua-tua akan cakap "sebab nak besar lah tu" (read: dewasa) sebagai punca jerawat..

Ingat kan? Lepas tu, mereka akan berikan tips-tips atau petua hilangkan jerawat tu, ada kan?

Antaranya
  • Jangan picit jerawat tu.. Nanti bertanda
  • Pergi berjemur bawah matahari, nanti jerawat tu kecut lah
  • Letak 'colgate' kat jerawat tu
  • Ha... ni ade la menggatal niii (hahah!)
  • Tu malas basuh muka la tu banyak jerawat tu. Basuh muka tu rajin-rajin sikit!
As entertaining as they are, kita perlu tahu kenapa dan dari mana datangnya tips-tips ni, dan sama-ada mereka ni betul-betul berkesan ke?



Teruskan membaca jika anda nak tahu sama ada pesanan mak kita ni betul atau tak, dan supaya kita tak tersalah pesan pulak dekat anak-anak kita nanti.

Malu mak! Hehe

Advise #1 : Jangan Picit Jerawat, Nanti Bertanda 

Dalam jerawat, adalah bakteria p.acne yang dah menyumbat pori yang penuh minyak. Bakteria ini boleh jadi jangkitan, dan jika jerawat dipicit dan tak diuruskan dengan betul, bakteria ni boleh berpindah pulak ke kawasan muka sekitar.

Itu yang lepas picit, satu..satu jerawat naik.

Yang tak berapa tepat, adalah "bertanda". Pecahkan jerawat akan menyebabkan jerawat tersebar, tapi tanda atau kita kenali sebagai "parut" terhasil daripada lapisan kulit rosak yang tak dapat sembuh dengan baik.

Kulit perlukan kolagen yang mencukupi dan sumber protein yang sihat (kulit terdiri dari protein) untuk sembuh.

Orang yang protein badannya baik dan cukup, dan kolagen nya tinggi, selalunya boleh elok dari jerawat tanpa "bertanda".

Risiko parut jerawat adalah jika badan tak cukup protein, atau kurang kolagen (untuk wanita berumur)

Okay?

Advise #2 : Pergi berjemur bawah matahari, nanti jerawat tu kecut lah

Menurut WomensHealth, Sekiranya kita ada kondisi ekzema atau psoriasis, dedahan pada cahaya matahari mungkin membantu mengurangkan keradangan.

Tetapi bukan sekiranya kita ada jerawat.

Kepercayaan berjemur boleh hilangkan jerawat tu tak berapa tepat.

Sebenarnya, sangat salah dan taktau la mana datangnya.

Pendedahan pada sinaran matahari (UV) berlebihan boleh menyebabkan jeragat, pigmentasi, dan kedutan di muka.

Advise #3 : Letak 'colgate' di jerawat

Dalam ubat gigi, ada sejenis bahan aktif yang akan menyebabkan appearance jerawat akan mengecut dengan cepat.

Tapi, dia jugak akan mengeringkan dan merosakkan sel kulit di sekelilingnya.

Bila sel rosak, akan lebih mudah berparut.

Hasilnya, jerawat mungkin cepat kecut, tapi kebarangkalian untuk nak berparut adalah lebih tinggi.

Advise #4 : Ni dah menggatal lah tu!

Ini...Put pun taktau apa sumbernya. Haha. 

Advise #5 : Tu malas basuh muka la tu banyak jerawat tu!

Walaupun kerap mencuci muka boleh bantu mengurangkan minyak berlebihan dan mengurangkan kebarangkalian pori tersumbat, basuh muka 100 kali sehari pun masih juga boleh menyebabkan jerawat tumbuh.

Punca jerawat, bukan sekadar minyak di muka yang boleh dibersihkan dengan cuci muka.

Nasihat ni ada betulnya, though, sebab kalau tak basuh muka, confirm akan ada masalah jerawat!



Kesimpulannya?

Mesti faham apa punca dan kenapa sesuatu nasihat tu diberi.

Supaya kita tak tersalah ambik tindakan yang mungkin akan merosakkan lagi kulit wajah kita, seperti 3 kesalahan yang sangat biasa orang buat dalam jaga kulit muka ni.

Bila tak faham punca sebenar masalah jerawat kita, itu yang jadi cerita melulu beli saja produk berdasarkan testimoni yang rupanya beracun dan menghakis!

Put kagum dengan kakak ni yang gigih cari jalan penyelesaian pada masalah jerawat beliau. Walaupun 7 tahun menderita jerawat teruk, oleh sebab beliau FAHAM punca jerawat, beliau kini akhirnya bebas jerawat. Ikut cerita nya di sini. Inspiring.

Tapi semua nya bermula kalau kita tak ikut nasihat membuta-tuli la, hehe.

So dah tau mana yang betul, mana yang salah kan?

Nah, turunkan ilmu yang betoi pada anak-anak korang!







Sunday, November 6, 2016

3 Kesalahan Cara Hilangkan Jerawat Yang 95% Orang akan TERbuat

Hah, cara hilangkan jerawat pun ada yang betul ada yang salah?

Of course darlings. Dunia ni dibezakan dengan baik dan buruk, right and wrong so bila kita dah selal cuba dok tenyeh muka dengan segala macam jenis tomato, dan beli segala mak nenek produk kat farmasi tapi jerawat masih jugak meriah, mungkin dah sampai masanya kita pause, and reflect;




Betul ke apa yang aku buat selama ni untuk hilangkan jerawat yang degil sedegil-degilnya ni?

So hari ni, Put nak kongsikan dengan pembaca tersayang, apa cara nak hilangkan jerawat, dan parut-parutnya sekali yang SALAH, tapi hampir 95% orang buat.

Ready?

Anda wajib baca sampai habis sebab di akhir artikel ini, anda akan rasa "ya rabbi, aku lah tu yang buat tu!" dan lepas ni, jangan buat dah.

Teruskan membaca jika anda;

  • Ada masalah jerawat yang selalu timbul waktu anda period
  • Jerawat sering bernanah dan busuk. Bila picit, dia menipis tapi kat tempat lain pulak dia tumbuh
  • Muka licin dan bersih, so RISAU sangat kalau tiba-tiba terbuat benda salah ni waktu jerawat naik nanti
  • Muka... okay-okay lah. Jerawat tak banyak sangat, tapi nak tahu jugak, apa yang orang selalu salah buat tu?
  • Ada kawan, saudara atau girlfriend yang muka berjerawat dan rasa maybe artikel ni boleh membantu
Kesalahan #1 : Tak Faham Punca Jerawat


Taktau lah sebabkan kurang pendedahan, malas membaca atau sikap sesetengah pengeluar produk kecantikan yang hanya fokus untuk menjual, ramai yang tak tahu kenapa sebenarnya jerawat datang.

Ikutkan logik, nak selesaikan masalah, kena tahu punca, kan?

Tapi ramai tak tau.

Terus pergi straight ke "penyelesaian" yang cuma atasi sebahagian punca jerawat, bukan semuanya.

Kesalahan #2 : Ikut-ikut kawan


Bila tak tau punca, kita akan ikut kawan-kawan.

Kawan cakap produk A elok, kita cuba produk A.

Kawan cakap tenyeh kayu manis la jerawat hilang, kita pun gigih beli kayu manis berbatang-batang.

Kawan cakap muka ko jangan tepek benda kimia, kita stop tak cuci muka.

Tapi.....

Jerawat ada jugak.

Kawan-kawan kita ni semua pembuhong ya?

Hahahaha..

Bukan sebenarnya. Sebenarnya saranan mereka pun berdasarkan apa yang mereka baca, dan mungkin apa yang berkesan untuk jenis kulit dan masalah jerawat mereka.

Bukan kita. Kita kena tahu punca jerawat kita dulu, baru boleh pilih mana cara yang sesuai nak praktik (atau cara mana yang patut di-bakul-sampahkan)

Kesalahan #3 : Fokus luaran sahaja




Ni pun, berkaitan dengan "tak faham punca". Bila tak faham punca, kita dengan mudah akan anggap jerawat yang di luar, perlu dihapuskan dari luar jugak.

Dan ini lah kebanyakan konsep yang diguna-pakai oleh ramai yang GAGAL atasi jerawat, sebab nampak jerawat je, penyelesaianya adalah sapu krim ini, pencuci muka itu.

Sapu-sapu tapi tak jadi, sebab?

Punca jerawat, bukan HANYA dari luar.

Itu saja, 3 kesalahan. Cuba check - kita pernah buat tak?

InshaAllah pernah. Tapi tak apa, sekarang kita dah tahu. Boleh mula ambil tahu dan kembali ke jalan yang benar (he..he...)

Jadi, apa punca jerawat?

Menurut WebMd, jerawat terjadi disebabkan perubahan hormon, yang menyebabkan penghasilan minyak / sebum berlebihan:
"the most common acne is the type that develops during the teen years. Puberty causes hormone levels to rise, especially testosterone. These changing hormones cause skin glands to start making more oil (sebum). Oil releases from the pores to protect the skin and keep it moist. Acne begins when oil mixes with dead cells and clogs the skin's pores. Bacteria can grow in this mixture. And if this mixture leaks into nearby tissues, it causes swelling, redness, and pus. A common name for these raised bumps is pimples"
TERJEMAHAN:

Jenis jerawat yang paling biasa adalah jerawat yang mula tumbuh pada umur remaja. Keremajaan / akil baligh akan sebabkan paras hormon meningkat, terutamanya hormon testosterone. Hormon yang berubah-rubah ni akan menyebabkan kelejar kulit mula menghasilan sebum (minyak) yang banyak. Minyak ini akan dibebaskan di kulit muka supaya muka kekal lembab dan terlindung.

Jerawat terjadi bila minyak ini bercampur dengan sel mai dan menyumbat pori-pori. Bakteria boleh hidup dalam  campuran ini, dan jika campuran (bakteria) ini merebak ke tembpat lain, boleh menyebabkan bengkak, merah dan nanah.

***

Kalau nak ikut sumber NHS.uk pulak, jerawat selain daripada hormon, boleh berlaku disebabkan

  • period
  • pregnancy
  • PCOS
  • pengambilan sesetengah ubat hormon seperti pil perancang, Hormone Replacement Therepahy (HRT)
  • Merokok
  • penggunaan sesetengah kosmetik
Apa yang kita boleh simpulkan bila tahu punca-punca jerawat macam kat atas ni?

Jerawat, puncanya dari dalam.

Maka - penyelesaiannya juga, perlu ada komponen DALAM, dan LUAR.

Okay? :)

Nantikan perkongsian Put dalam pos seterusnya untuk selesaikan masalah jerawat dari dalam, supaya luar pun lawa.

Selamat malam!

UPDATE: Boleh baca artikel lanjutan tentang cadangan selesaikan jerawat di SINI




Friday, November 4, 2016

Salah Ke Pilih Produk Hilangkan Parut Jerawat Ikut Testimoni Je? Tips Elak Tertipu

Dah cuba macam-macam cara nak hilangkan jerawat, tapi masih lagi dia meriah di sini..

Apa yang salah tu?

Bila ditanya kenapa pilih produk XX atau YY, cakap kastemer Put - " Sebab tengok testimoni dia macam okay je"

Kalau testimoni cakap okay, macam mana kita nak pastikan dia sememangnya betul2 okay, bukannya okaylah rosak kulit aku?

Hewhew

Hampir 95% kastemer Put cakap - sebelum ni diorang beli produk luaran berdasarkan testimoni semata.

Salah ke Beli Produk Guna Testimoni?



Tak salah. 

Lumrah manusia, nak tengok dulu sebelum percaya. Macam mana lagi cara yang ada untuk tengok berjaya ke tak, kalau bukan testimoni, kan?

Contohnya macam testimoni begini...betul ke ni?


Macam mana nak tahu kalau testimoni ni betul ke tipu?

Tahu tak ada penjual yang jual produknya berdasarkan testimoni semata. Produk tu dibuat dengan selamat ke tak ke, tak peduli asalkan testimoni cakap berjaya, dia pun jual.

Ya lah, kalau testimoni cakap licin dalam masa 3 hari and ada gambar, kira okay la kut?

Lagi hampeh, ada penjual yang tepek gambar produk A, tapi curik testimoni dari produk B. Hari tu kecoh di FB. Tsk. Kesian yang tertipu.

Harapnya bukan kita lah ok?

So hari ni, Put nak kongsikan DUA tips mudah yang kita semua sebagai pembeli MESTI buat, kalau ragu-ragu dengan kredibiliti produk tu.

TIPS #1 : Google dulu

Google adalah cara termudah nak 'judge' kredibiliti sesuatu produk. Kalau kat google berlambak orang kasi review pasal produk XX tu sampai ke page ke-10 pun masih ade review lagi, tu dah boleh jadi gauge pertama produk tu ramai orang guna.

Ramai orang guna tak semestinya bagus, tapi at least okay lah dari takde orang guna langsung. Cukup bagus lah ni untuk tengok kredibiliti.

Kalo nak lagi extreme, google nama produk tu, pastu letak "penipu" kat hujung. Tengok apa yang keluar. Kalo penuh satu page tu luahan hati orang-orang tak puas hati atau maki produk tu, sila now buat tips #2 dengan hati-hati.

Tips #2 : Contact Seller dan Mintak Bukti

Bukan contact seller dan terus tanya harga dan bank in!

Kalau produk tu tak lepas saringan Tips #1, tapi kita masih nak cuba sebab alah, serious nampak macam okay je produk ni, kita kena dapatkan bukti.

Apa bukti yang boleh yakinkan kita produk ni adalah bagus?

  • Apa bahan utama produk tu? 
  • Ada kajian saintifik ke dak produk ni bila dia claim boleh hilangkan jerawat tu?
  • Siapa yang buat produk ni?
Dah kalau seller sendiri pun tergagap-gagap nak reply whatsapp kita tu, sekejap nampak 'typing' pastu senyap, pastu 'typing' pastu senyap...

Pastu tiba-tiba jawab dengan tak berkaitan pulak (a.k.a tak jawab soalan)...

Hehe

Pepaham lah ye.

Seller produk yang bagus tak akan teragak-agak nak kongsikan fungsi produk, bahan produk, kenapa produk dia bagus BEYOND testimonial.

Testimoni memang ada, tapi bila kita mintak information lebih tentang kenapa dia berkesan, dia boleh jawab.

Kalau boleh jawab dan kita yakin, terpaksa lah kita cuba produk tu sendiri pulak untuk tau berkesan atau tak.

Kenapa Penting Nak Pilih Produk Dengan Bijak ESPECIALLY Produk Kesihatan?

Sebab kita cuma ada satu badan je.

Satu keping muka.

Dua tangan, dua kaki, dua mata, dua telinga.

Ni SAHAJA.

Dan kesalahan pilih produk berisiko rosakkan badan kita yang ada satu je ni.

Tinggi risiko nya tu.

Kalau makan produk beracun tiba-tiba jantung berhenti, tak ke naya?

So kita kena jadi pengguna bijak. Nak beli ikut testimoni boleh, tapi kena bijak untuk pastikan testimoni tu tepat dan betul dan produknya selamat!

Shaklee Faham Pentingnya Produk Selamat


Dan bukan sahaja selamat berdasarkan ujian ujian yang banyak kat atas ni, Shaklee pun berusaha keras untuk bantu pengguna supaya pilih Shaklee bukan sekadar TESTIMONI.

Kajian keberkesanan produk Shaklee dah diterbitkan dalam lebih 100 scientific papers. So kalau tak percaya testimoni, boleh baca kajian saintifik ni.

Konfem tak tertipu.

Kalau nak tau apa produk Shaklee yang sesuai untuk masalah jerawat, boleh baca di artikel yang lepas. Siap ada yang guna dua produk je, tapi kesannya, subhanallah.

Selamat memilih dengan bijak!




Wednesday, November 2, 2016

Stress Kulit Wajah Buruk Sampai Tak Nak Keluar Rumah


I WAS LIKE YOU, ONCE

Kan perasan Put selalu tekankan pemakanan supplemen untuk jaga kesihatan kulit muka, kan?

Sebabnya, dulu Put kulit lichin dan gebu lawo (self-proclaim mueheh πŸ˜‚tapi...ade aku kesah?)

Memang tak ada masalah jerawat yang over ke, kulit berminyak meleleh-leleh dekat Biore biru serap minyak tu ke, berlubang ke, bercapuk ke, semua takde.

Paling 'beauty' la konon.πŸ˜‚

Tapi macam biasa, beauty does not last so satu masa kat Melbourne dulu, tanpa sebarang amaran tiba-tiba muka Put dipenuhi jerawats.

Kecik-kecik, sikit-sikit dia naik kat muka especially dahi, menyebabkan Put tanpa sedar tangan selalu naik nak tonyoh-tonyoh jerawat kecik tu.

Subconciously wanting them to vanish and go away.

Malangnya ku tatau makin ku tenyeh, makin senang bakteria tu merebak dan makin bergumbira la diorang menapak hahahaha

Stress tauπŸ˜…πŸ˜…

Sekarang kalau ingat balik 'fasa kegelapan' tuh, Put dah tak ingat sangat betapa teruknya kulit muka. Teruk laaa tapi how teruk exactly, kene korek balik gambar-gambar lama.

Tapi yang Put PALING INGAT,

adalah rasa rendah diri melampau. 😞

Put bukan orang yang suka merendah diri tak tentu pasal, tapi jerawat kat muka dengan mudahnya buat Put rasa malu dan segan nak berhadapan dengan orang.

Put jugak ingat 'rasa taknak jumpa orang' sebab malu orang pandang and 'stare' muka kita. Tau kan feeling tu? Orang 'stare' sebab macam "weh tengok muka dia", tapi konon-konon courtesy tak cakap pape pun. Ceh. Aku tau la ko pikir apaaaa

Hohoho

Korang maybe cakap alah, rupa tak penting yang penting hati,

tapi bagi Put, untuk setiap wanita, memiliki kulit dan wajah yang sekurang-kurangnya SIHAT dan BEBAS JERAWAT adalah KEPERLUAN, bukan kehendak dah.

Perlu untuk kulit sihat, sebab itu tanda dalaman kita pun sama sihat.

Perlu untuk ada wajah yang bebas jerawat, sebab tekanan emosi tiap-tiap malam pandang cermin tengok jerawat tu boleh jadikan kita perempuan emosional, unhappy dan cranky.

Perlu juga untuk kulit sihat supaya kita tak senang terpengaruh dengan produk-produk hampeh yang jadikan kita sasaran untuk produk racun diorang!

KEPERLUAN, bukan KEHENDAK.

Setuju? Komen "Ya" please, and mohon share.
Supaya perempuan2 yang tengah conflicted kat luar sana tau, they are not alone.

#liveamazing #tsunamishaklee



Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com