Monday, October 17, 2016

Umur Dah 3 Series Soon, Jom Audit Pencapaian Diri

Ceritanya, 2 hari lepas, Put dan kawan-kawan Put bajet-bajet kelaparan so waktu makan tengah hari, pergi lah menapak ke ayam penyet. Order makanan masing-masing, melahap dengan bersungguh sambil sekejap-sekejap berborak benda-benda tak penting. Iyalah, makan berjemaah.

Senyap je nanti apa yang jemaahnya dok?

Seusai makan, sambil berehat-rehat tiba-tiba Put tercakap...

"Kita umur dah 3 series soon, weh.."

Semua terkedu.

Angka 3x yang merujuk pada umur ni memang agak menggerunkan, sebabnya
1. Dah tua!
2. Dah 30 tahun hidup, apa pencapaian kita setakat ni?



"Thirty and Fabulous"

Bagi Put, umur 30 ni agak kritikal.

Satu sebab they say "life begins at 30" ahaks, tapi lebih pada dah 30 tahun berpijak kat bumi Allah ni, apa pencapaian / sumbangan kita?

So kitorang pun cecepat share target masing2.

Ada yang nak pastikan by the time umur 30 tahun, nak jejak semua continents dalam dunia. WOW kan.

Ada yang nak have kids by then.

Ada yang nak own a house.

Lain-lain kan, then perbincangan tu datang kepada "income".

"Aku nak income 5 figures by the time I'm 30"

Pastu semua senyap... krik krik masing masing..

sebab siries gila tak logik nak income 5 figures kot dengan keadaan kerja sekarang ni.

Or is it?

Situasi Hidup Zaman Sekarang ni.

Put suami isteri, bekerja.

Income masing2 kerja gomen boleh la. Sebab dua orang kerja, cukup lah. Masih boleh simpan.

Tapi sekarang masih tinggal dengan mak. InshaAllah tahun depan kalau ada rezeki, nak pindah ke rumah sendiri.

Perangai kitorang suami isteri = duit kena simpan sebanyak yang boleh. So bila mula ada ura-ura nak pindah duduk sendiri, secara otometiknya kepala akan terfikir "berapa banyak lagi yang boleh savings nih?"

So kitorang pun kembali mengadap Excel File financial planning kitorang dan setelah tolak tambah, well, kalau masih nak menyimpan, kena banyak berjimat dan potong mana-mana expense yang tak perlu.

Kami sepakat nak utamakan menyimpan.

Persoalannya, berapa ramai antara kita yang bila duduk tengok balance sheet gaji sendiri dan perlu pilih antara "menyimpan" dan "enjoy dulu la, duit boleh carik", akan buat pilihan yang pertama tu?

Rasanya 1/3 pun tak sampai. Hoho.

Kenapa Put berani cakap macam tu?

Kalau tak, takkan September lepas Bank Negara keluarkan statistik berani mati

...hanya 18% rakyat Malaysia yang mampu bertahan hingga TIGA bulan jika mereka hilang sumber pendapatan utama. Dan hanya 6% yang boleh bertahan hingga ENAM bulan....
Maksudnya apa tu?

  • Lagi 88% rakyat Malaysia ni pendapatan cukup2 je, sampai nak simpan sepuluh sen sebulan pun konfem tak mampu, atau
  • Dari 88% ni, semua jenis takde kesedaran nak menabung. Asal dapat, spend!

Walaupun pada kami suami isteri macam logik je kot untuk

  • Mulakan simpanan untuk anak-anak sejak lahir
  • Asingkan duit gaji bulanan untuk perbelanjaan berkala yang CONFIRM akan jadi (contohnya : servis kereta, bayar loan rumah, loan PTPTN, loan ASB, dsb)
  • Asingkan simpanan untuk diri sendiri
  • Menabung untuk perbelanjaan holiday (hehe)
Tapi bayangkan perasaan terkejut kami bila borak dengan rakan-rakan dan dapat tahu semua ni BUKAN BENDA BIASA.

Bila tanya, respon biasa kawan-kawan adalah alah, gaji pun tak banyak mana, nak simpan apanya?

So logiklah kalau 88% masuk dalam golongan takleh survive TIGA bulan kalau kena buang kerja.

Logik jugak kalau bila bayangkan income 5 angka by the time umur 30, semua orang terus geleng kepala kata TAK LOGIK.

Tapi with age, comes responsibility. 

Makin tua, makin banyak tanggungjawab

Yang cakap nak beli rumah by the time they are 30 tu, perlu faham yang bila beli rumah, pakej nya datang sekali dengan loan rumah yang kena bayar bulan-bulan.

Yang cakap nak mulakan keluarga dan dapatkan anak menjelang 30 pun kena tahu, dapat anak bukan setakat ehhhh dah pregnant, ehhhh dah ada baby and thats it.

Baby comes with another spectrum of expenses yang ko tak pernah terpikir tapi kang tiba-tiba je dah terjoin kelab mak-mak untuk komplen "WEH MAHAL SEYH BARANG BABY KAN!"

Yang nak travel, well setelah adventure kita tamat dan kita refresh, are you going to go back to work yang berikan gaji 4-angka tu untuk mulakan semula tabung simpanan for the next adventure?

Kita ada PILIHAN untuk BERSEDIA.

Bila dok fikirkan perbelanjaan yang inshaAllah confirm makin besar ni lah yang jadi pendorong Put untuk berusaha keras besarkan income.

Kalau kerja office tak mampu berikan Put income yang Put perlukan untuk SELESA, Put takkan duduk meritih nasib kutuk kutuk company, tapi tak buat apa-apa.

Put yang bertanggungjawab PILIH untuk ambik tindakan dan bebaskan diri.

Sebab tu Put berShaklee.

Supaya bila umur 30 tahun datang, Put dah ada minimum 5-figures income FROM SHAKLEE ALONE.

Supaya ada pilihan.

Supaya tak tersepit dengan keadaan dan terpaksa hidup dengan "cukup-cukup aje lah..."

Dan Put seru kawan-kawan yang baca artikel ni untuk sama-sama take some time to reflect.

Ambik kertas, atau kalau tech-savvy sikit macam suami Put, bukak le excel file. Tulis pendapatan sekarang dan perbelanjaan.

Tengok betapa keciknya income kita sekarang dan betapa PERLUNYA untuk kita buat sesuatu untuk besarkan kemampuan.

Bila dah tengok dan rasa nak tahu apa peluang dengan Shaklee, then contact Put. Kita discuss dan kita sama-sama dapatkan income 5-angka sebelum umur 30 tahun.

JOM!

Putri
Shaklee Biz Mentor
017-6021189


3 comments:

  1. Dulu saya letak impian 'i want to make my 1st million before 30' tapi masa tu tak tau cara. Alhamdulillah jumpa jalan masa umur 30. So, skang my mission is to make my 1st million before 40 or below that. In conclusion, betul tu. Sesekali pandanglah belakang dan tanya diri sendiri. Apa yg telah kita capai dalam hidup ini?

    Keep on blogging sis!

    ReplyDelete

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com