Monday, October 31, 2016

Nak Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Supaya Selfie Tak Perlu Filter?

Haha.

Artikel ni inspirasi nya datang dari adik Put yang bersekolah menengah, waktu kami selfie hari tu. Lepas selfie, lama dia dok tekan-tekan handphone dia. Bila tanya, jawabnya

"Tengah edit gambar ni letak filter. Buruk muka nampak parut jerawat"

Hhahahahaha

Tergelak Put. Teringat sorang kastemer yang baru beli Set Parut Premium sebab nak hilangkan parut jerawat dengan cepat. "Nak konvo, nanti gambar buruk" kata beliau.

Sama pulak kes macam adik Put nih.

Korang ada ke?



Nak Hilangkan Parut Jerawat, Kena Tahu Puncanya Dulu

Punca utama jerawat adalah hormon yang tak stabil. Hormon tak stabil akan buatkan kilang sebum (minyak) di muka keluarkan TERlalu banyak minyak, sampai pori tersumbat dan mengeluarkan jerawat.

Parut pulak jadi bila jerawat ni dah surut, sel kulit kita tak sihat dan tak mampu nak hasilkan kulit baru yang baik. Hasilnya, jadilah parut jerawat yang buatkan kulit nampak berlubang, menggerutu dan hodoh.

Berita baiknya?

Dah ramai wanita bermasalah jerawat yang berjaya keluar dan bebas dari masalah ni dengan amalkan produk Shaklee.

Jangan risau, memang ramai yang dah berjaya dapatkan kulit yang licin berseri lepas amalkan produk Shaklee ni, macam kakak ni. Dah 7 tahun berjerawat tau, sekarang dah halus berseri seri.

Berita buruk pulak?

Anda perlu konsisten makan vitamin dan MINUM AIR SECUKUPNYA untuk vitamin ni berkesan dengan CEPAT.

Tapi, alah, bukan susah pun. Hari-hari kita minum air pun kan?

Vitamin yang Put maksudkan adalah GLA Complex, Vitamin C dan Vitamin E.

GLA Complex bantu:

  • stabilkan hormon dengan cepat
  • kurangkan ke-aktif-an kilang minyak
  • kurangkan possibility pori tersumbat
  • lembabkan kulit secara semulajadi
  • kurangkan mood swing yang buatkan penghasilan jerawat
Vitamin C bantu:
  • rangsang penghasilan kolagen untuk bina sel baru yang sihat
  • mencerahkan parut jerawat
  • menghasilkan kulit muka yang halus
  • tingkatkan ketahanan kulit dari serangan bakteria penyebab jerawat
  • mengecutkan jerawat dengan cepat
  • memudarkan parut jerawat
Vitamin E pula bantu:
  • Antioksidan tinggi untuk kulit muda remaja
  • Kandungan Vitamin E bantu pudarkan parut jerawat
  • Jana sel kulit yang sihat dan tahan lasak

Ni rupa tiga vitamin kulit yang bantu hilangkan jerawat, dan parut-parutnya sekali tu!


Betul-betul berkesan ke?

InshaAllah, dengan panduan dan cara makan yang betul yang akan Put berikan bila anda beli produk, akan berkesan.

Perlu rajin, konsisten, dan tunggu je satu hari perasan eh muka jerawat dan parut dah tak ada?

Ya, macam tu.

Macam kakak di bawah ni. Tengok perubahan kulit dia tu, hehehe. 



Bukan dia sahaja yang berpuas hati. Ramai lagi dah cuba dan sangat sangat gembira.

Dah, tak perlu lah fikir lama-lama.

Tak rugi melabur dalam produk Shaklee ni, kerana Shaklee sendiri jamin produknya berkesan.

Shaklee Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan yang SEMUA produknya

  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

[Shaklee Malaysia]

Maksudnya, anda tak perlu risau beli produk Shaklee untuk kulit ni, pakai seminggu dua dan besoknya bukak surat khabar tiba-tiba nampak produk Shaklee mengandungi racun!

Oh tidak. Dijamin selamat dan berkesan.

Sekiranya dah tak sabar nak beli dan cuba, boleh beli terus dengan klik pada link ni ---> Set Parut Jerawat 

Beli dengan Pakar?

Ya, nasihat Put, jangan sampai tersalah beli dengan yang tak tahu cara nak berikan panduan dengan betul.

Put sendiri pergi ke bermacam kelas nutrisi untuk pastikan ilmu produk sentiasa updated demi customer Put. Tak mahulah beli barang, tapi akibat tak tahu cara guna yang betul, tak dapat hasil yang diinginkan, kan?

Jika anda beli melalui Put, tak perlu risau ada masalah macam ni tau.

Jangan risau :)

Pakar kecantikan produk Shaklee,





Sunday, October 30, 2016

Cara Menghilangkan Jerawat Guna DUA Produk JE

"Kak, saya dah give up nak hilangkan jerawat ni. Redha je saya, entah-entah ni dugaan Allah untuk saya kak..."

Begitu bunyi whatsapp message yang Put dapat satu hari. Dari seorang junior sekolah. Tanya punya tanya, rupanya dia ni dah cuba 1001 macam cara menghilangkan jerawat batu dia.

Jerawat dia bukan main-main tau. Batu bernanah besar merah-merah!

Lebih kurang gini lah jerawatnya. Put tak sampai hati nak publish gambar nya kat sini... huhu

Saya dah makan bermacam produk tau kak. 

"Satu set semua saya beli, tapi macam mula-mula ja elok, lama-lama dia naik lagi teruk!"

Serious junior Put ni, ala-ala dah hilang harapan je Put dengar. Put pun sedih tengok keadaan kulit nya. Umur masih muda. Kulit dah teruk rosak macam ni.

Belum jumpa pasangan hidup lagi pulak tu.

Ya, memang rupa paras bukan ukuran..

Tapi korang tau tak keadaan kulit muka adalah refleksi kesihatan dalaman jugak?

Tengok carta kat bawah ni...


Kalau tengok gambar kat atas tu, kedudukan jerawat adalah "indicator" masalah dalaman.

Apatah lagi kalau jerawat meriah macam bunga api di musim Deepavali. Lagi lah PERLU untuk ambik tau dan betulkan. Dah bukan setakat nak cantik dah ni.

75% perempuan gagal menyelesaikan masalah jerawat sebab HANYA FOKUS pada luaran 

Luaran apa?

Luaran tu cuma sapu krim-krim penghapus jerawat tu.

Yang dok jual RM35 satu tub, pastu label jerawat_hilang_cepat atau pun NOJERAWATS (konon-konon brand dia). 

Kemungkinan besar, krim-krim jerawat yang "claim" jerawat akan hilang dalam masa seminggu ni 
  • dikeluarkan dari kilang yang sama secara pukal, pastu diorang re-branding je
  • merupakan agen penghakis yang buatkan seolah-olah jerawat hilang dengan cepat
  • takde kajian pun! apa yang ada dalam krim ni sebenarnya ni?
Tapi sebab murah dan kita dah terdesak, bantai je la....

Akibatnya?

Akibatnya bukan setakat jerawat tak hilang, tapi makin tumbuh dengan meriahnya!

Jadi, apa nak buat?

Put nak kenalkan pada korang satu produk dari bunga borage yang dihasilkan secara semulajadi yang TERBUKTI boleh bantu hilangkan jerawat.


Produk kecik ni namanya GLA Complex.

Fungsi utama GLA Complex ni adalah betulkan semula hormon kita dari dalam. Hormon yang tak betul adalah salah satu punca jerawat yang PRODUK LUARAN TAK BOLEH ATASI.

Perlu atasi dari dalam.

Apa kesan yang anda boleh expect dari GLA Complex ni?
  • Kawalan minyak muka
  • Kurang pengeluaran jerawat baru
  • Mempercepatkan pengeringan jerawat lama
  • Hormon lebih stabil dan jerawat kurang keluar
  • Muka lembab semulajadi (bukan berminyak)

Nah, bila dalaman dah sihat cergas, baru lah tepek skin-care pun nampak kesan yang lebih laju, kan?

Yang kedua pulak, adalah vitamin C.


Ini bukan sebarang Vitamin C ye kawan-kawan.

Ni vitamin C terbaik di dunia. Put cakap terbaik sebab formula dia pastikan tak ada sikit pun yang terbuang dek air kencing. Semua akan diserap oleh badan. Setiap jam, dia akan lepaskan 100mg vitamin C dalam badan untuk serapan, selama 5 jam.

Lama tu. 

Apa yang anda boleh expect dari Vitamin C ni?
  • Ketahanan kulit dari serangan meningkat, elakkan jerawat bernanah
  • Memudarkan parut jerawat
  • Memulihan kerosakan kulit akibat jerawat
  • Mencerahkan kulit
  • Menegangkan kulit
  • Mengecutkan jerawat (seawal 10 hari dengan cara pemakanan yang Put akan ajarkan nanti)

Dua produk in je dah digunakan oleh ramai wanita di luar sana, dan rata-rata mereka berpuas hati dengan keberkesanannya sampai dah tak nak dah beli produk ntah hape-hape kat luar tu!

Setia pada dua ni ja...

Takkan anda nak tengok je diorang berjaya selesaikan masalah jerawat dan anda nangis sorang-sorang kan?

Masih tak percaya?

Jom lihat testimoni

Nah, nampak tak jerawat merah-mera tinggal cuma parut je, dan dah tak ada tumbuh baru hanya dalam masa 2 bulan? Susah tu nak dapat macam tu......



Ni semua pengakuan ikhlas pengamal Vitamin C terbaik tu tau..



Nah, apa lagi? 

Jangan takut sebab inshaAllah dengan dua produk ni, masalah jerawat anda akan dapat diselesaikan.

Apatah lagi kalau beli dari Put. Put memang takkan tinggal anda terkapai sorang-sorang tak tahu macam mana nak guna barang.

Put akan guide sampai jerawat licin.

Kalau berminat, boleh terus order set jerawat ni dari sini (klik link) --> Set Hilang Jerawat Bajet

Atau sms/ whatsapp Put di 017-6021189.









Saturday, October 29, 2016

Cara Licinkan Kulit Wajah Semulajadi Tanpa Perlu Pakai Produk Pemutih Yang Tah Hape Hape

Kecantikan tu subjektif, dan akan dipengaruhi oleh pelbagai aspek - spiritual, nutrisi dalaman dan produk kecantikan luaran.

Hari ni Put nak share tentang nutrisi dalaman. Ramai yang pikir, cara licinkan kulit wajah cuma lah dengan belanja beribu-ribu ringgit melalui produk skincare sahaja, tapi betul ke?

Apa yang selalunya terjadi adalah kita dok cari-cari produk skincare sampai TERJEBAK cuba produk yang pakai bancuh belakang rumah, jual pukal dan ditampal brand-brand berbeza sampaikan kulit rosak dan hancur!

Sobs.... sedih tau. Nak pulihkan pulak bukannya senang.

So nak tak kalau Put kongsikan apa amalan nutrisi dalam yang Put sendiri lakukan supaya kulit cantik licin semulajadi dari dalam?



Teruskan membaca jika anda
  • ada masalah kulit dan tak tahu nak buat apa lagi
  • nak licinkan kulit muka, tapi sebelum ni dah cuba produk tah hape2 sampai kulit muka pun dah rosak sangat dah
  • takda masalah kulit sangat, tapi dah lanjut usia mesti lah nak maintain, kan?

PERTAMA : Melambatkan Proses Penuaan 

Macam mana? Ambik antioksidan yang tinggi. Antioksidan sangat penting untuk lambatkan penuaan.

Sebenarnya bila sebut penuaan, kita kena fikir bukan setakat kedut sahaja.

Semakin tua, sel kulit muka akan kurang tenaga, menyebabkan dia jadi kusam. Kurang ketahanan, menyebabkan jeragat mudah naik dan jerawat mudah tumbuh.

Kebanyakan produk antioksidan lain - cuma fokus pada kedut sahaja. Kita tak kan? Kita nak semua yang berkaitan dengan penuaan pun dibasmi sekali.

Kalau dalam Shaklee, kita ada Vivix. Vivix ni, dia tengok pada penuaan secara menyeluruh.

Vivix bantu lambatkan proses penuaan secara semulajadi. Sesudu vivix, ada lebih dari 10x ganda resveratrol tau!

Apa yang Vivix buat?
  • Pembaikan sel kulit
  • Pertahanan kulit supaya elakkan serangan dari parasit dan kuman
  • Kasi tenaga kat sel : contohnya kulit kusam, tu tandanya mitokondria kulit kurang. Tu yang nampak lesu kusam lemah tak bermaya tuuu
  • Membaiki DNA : setiap hari DNA kita akan rosak. So sel kulit kita setiap hari akan mati dengan banyak dan kalau tak di-repair, akan buatkan kulit berkedut dengan cepat!
Kalau yang sangat kulit bermasalah tu, boleh cuba buat Detox Darah menggunakan vivix. Seorang pelanggan Shaklee buat ni, dalam masa 14 hari sahaja kulitnya kelihatan muda 10 tahun. Wow sangat macam tak boleh percaya, tapi percayalah. Hehe.

Vivix ni, Shaklee dah patenkan rumusannya. 

Nak paten, bukan mudah. Banyak kos dan masa. Tak logik kot nak patenkan produk yang tak berkesan dan bodoh-bodoh je? So inshaAllah berkesan.


KEDUA : Membaiki peredaran darah dan lindungi kulit dari matahari

Jangan tak tahu, sinaran UV sebenarnya adalah musuh ketat kulit kita. Punca utama jeragat, adalah sinaran UV yang melampau pada kulit.

Dan tahu kan - UV bukan je dari matahari, tapi jugak dari lampu2 dalam bangunan! Huhuuhuhu so maknanya, seharian kulit kita di bawah serangan UV tau, jadi sangat sangat la perlu nak protect kulit ni.

Guna apa? Guna Vitamin E!

Vitamin larut lemak ni, adalah ejen elindung dari UV yang sangat bagus. Telan je setiap hari untuk tingkatkan ketahanan kulit dari sinaran UV.

Bila kita makan vitamin E, dia akan protect kulit kita dari radiasi, sinaran UV dari matahari dannnn bantu lempabkan kulit.

Siap kalau hari ni nak bermain kat pantai, ada tips camne nak makan vitamin E untuk kurankan sunburn tau :)

KETIGA : Tingkatkan Penghasilan Kolagen

Bukan setakat kolagen di kulit muka, tapi kolagen kat satu badan!

Takkan nak suami kita cakap "aik muka tegang, tapi yang lain semua macam kendur kedut je?" hahaha maluuuuuu

Kolagen Powder Shaklee akan target semua bahagian badan, so bukan muka je yang comey, tapi rambut pun kuat segar, pergerakan sendi pun jadi elok.

Dan tau tak, kita perlu mula ambil kolagen bermula umur 18tahun! Sebab kolagen kita akan mula hilang bermula umur 20tahun, dan bila dah sampai umur 30 tahun ke atas, uuuu lagi laaaa dahsyat tahap berkurangannya kolagen ni. So penting untuk ambik. Umur 30 tahun ke atas WAJIB makan kolagen!

Kolagen Shaklee diambil dari sisik ikan merah. Sebab? Sebab ikan merah dia selam sampai 5000m dalam laut, so sisik dia boleh tahan tekanan yang tinggi. So kolagen akan lebih berkesan :)

Baca lebih lanjut tentang Shaklee Kolagen Powder dan testimoni orang yang dah guna untuk tengok kesan menakjubkan.

KEEMPAT : Perlindungan antioksidan

melalui pengambilan vitamin C yang berterusan.

Sustained release vitamin C Shaklee ni adalah sustained release so dia takkan dibuang membazir melalui air kencing.

Bila kulit ada perlindungan antioksidan yang baik, ketahanan kulit akan meningkat. Jangkitan kulit pun susah nak jadi.

KELIMA : Tingkat Khasiat Kulit

melalui pengambilan protein yang bagus untuk hasilkan sel-sel sihat.

Kenapa penting protein ni?

Sebab SEMUA sel kulit kita adaah terdiri daripada protein. 

Yang nampak kusam dan tak sihat tu, kalau kita tak ambil protein bagus, sel baru yang akan gantikan sel lama tu pun tak sihat jugak. Alih-alih bertahun-tahun pun kulit tang tuuuu je

Bila makan protein yang sihat, sel kulit yang baru akan sihat. Lama-kelamaan, sel kulit kita akan diganti dengan batch baru yang sihat-sihat je... Hehe

Boleh ambil protein soya ESP Shaklee yang ada 9 kandungan asid amino lengkap untuk kulit sihat.

Nah, lima produk ni sahaja akan bantu kulit supaya sihat, segar dan licin dari dalam.

Bila dalaman dah ok, produk luaran pun mudah nak bekerja. Tak perlu lagi pakai produk luaran yang menghakis, putih_dalam_masa_seminggu dan sebagainya.

Buat rosak kulit saja tuh!

Nak order, boleh terus klik pada gambar di bawah. Masukkan alamat, bayar dan Shaklee akan terus poskan pada anda. Jangan lupa pula hubungi Put lepas tu supaya Put boleh berikan guidance terbaik tau!



Selamat meng-order dan selamat mula dapatkan kulit licin idaman hati anda!





Putri Zulaikha
Shaklee Independent Distributor
017.602.1189






Friday, October 21, 2016

Kisah Mak Google "Makanan Untuk Anak Cerdik" Akibat Tak Sampai Hati Tengok Anak Ketinggalan

Ini kisah benar. Put tak tipu. In fact, masa Put tahu kisah Kak Mariam, hati Put dah menjerit-jerit untuk kongsikan di blog.

Sebab Put yakin, ramai lagi yang ada masalah macam Kak Mariam, yang dah cuba macam-macam teknik dan makanan sampai akhirnya terpaksa google 'makanan untuk anak cerdik' sebab tak sampai hati tengok anaknya macam tersangat lembik dan tak mampu lagi bersaing dengan kawan-kawan sebayanya di sekolah.

Baca sampai habis ya.



Cerita Kak Mariam

"Anak akak, tak bijak macam anak orang lain", beritahu Kak Mariam membuka bicara. Waktu tu Put tengah sedap melantak nasik lemak lauk paru. Biasa lah di pejabat, sebelum kerja, makan dulu.

Akak nampak hari-hari dia balik sekolah, memang terus flat. Melepet. Tidur siang, tapi malam pun tak larat langsung nak bangun belajar.

Fokus pun kurang. Nampak sangat nak suruh dia tumpu belajar tu, susah sangat..

Dulu masa dia sekolah rendah ada Akak berikan diorang jus makanan sunnah tu, dulu nampaknya okay. Tapi sejak masuk sekolah menengah ni, nampak macam otak diorang tu dah tepu. Macam dah tak leh masuk lagi, dah tak dapat nak catch up dengan jadual sekolah yang pack and pelajaran yang banyak.

"So camne akak tetibe nak try Shaklee, kak?" tanya Put. Mulut masih lagi rancak mengunyah nasik lemak, sambil sekejap-sekejap teguk air. Pedas woi.

"Akak google google la. Makanan untuk minda. Makanan supaya anak cerdik. Makanan untuk otak. Pastu tengok ooooo rupanya boleh try supplemen ni... tu yang akak cuba tu"

Put terangguk-angguk.

Rasa macam biasa je kisah dia kan? Memang biasa pun. Semua orang yang ada masalah memang akan gunakan google, paling cepat dan pantas nak tengok apa potential solutions out there.

Tapi agaknya Kak Mariam tak habis lagi luahkan perasaan puas hati dia kat produk Shaklee ni, dia sambung lagi;

"Lepas makan set yang untuk otak beli dari Put tu, alhamdulillah nampak okay sangat dah budak-budak tu.

Makan pun berselera, balik sekolah pun tenaga banyak lagi. Malam-malam belajar sampai kadang-kadang tu pukul 11,12 malam pun okay. Results pun akak tengok memang nampak ada peningkatan.
Bagus lah Put.."

Put sengih.

"B Complex tu kak, dia tinggikan hormon 'gembira' dalam badan. Kalau amalkan, kita kurang stress. Relax je, minda pun tenang dan happy. Sebab tu kot selera makan naik, and kepala senang nak tangkap pelajaran semua - ye lah, tak serabut kan.

Lecithin tu pulak memang research cakap dia bantu improve memori.

Omega Guard tu omega-3, DHA ngan EPA yang dok ada dalam susu-susu baby tu kak. Dia improve IQ kita. Tu bukan anak akak je bleh makan, akak pun skali... he he he.."



Set vitamin yang kak Mariam belikan untuk anaknya..


Nasik lemak Put habis.

Perut pun happy, emosi pun rasa happy dengar feedback positif macam ni. Nampak sangat Kak Mariam sangat puas hati dengan kesan supplemen untuk bantu anaknya tu.

Tapi.....

Kemudian Kak Mariam sambung lagi

Akak bukan apa. Akak sedih tengok anak akak macam struggle je sebelum ni.

Anak akak, bukan nye kategori bijak semulajadi. So akak fikir, akak kena bantu. Akak kena cari cara untuk bantu diorang. Tak guna akak kerja sungguh-sungguh kalau nak spend untuk anak sendiri benda macam ni pun berkira...

Nanti satu hari kalau diorang pandang kita and cakap "Ni Ibu lah dulu, tak kasi pun Abang makan benda benda camni?", apa akak nak jawab?

----

Tu je ceritanya.

Kak Mariam ni, beli set vitamin untuk kasi anak dia cerdik dari Put. Dah berbulan dah, cuma tak sempat nak follow up.

Jadi hari ni bila dapat peluang follow up dengan dia, allahu, rasa kagum sangat tengok semangat dia.

Berapa ramai mak-mak kat luar sana yang tak kisah spend duit untuk belikan mainan yang berkualiti, brain-stimulating, beli apa je yang anak mintak tapi TAK TERFIKIR nak berikan nutrisi terbaik untuk perkembangan otak mereka?

Berapa ramai jugak yang ignorant - tak mahu mengkaji, nampak anak struggle tapi fikir "aku takleh buat apa-apa, dia memang cenggini", and teruskan hidup macam biasa?

Dan Put terfikir.. Put sangat-sangat terfikir..

Berapa ramai YANG TAK TAHU PUN ada supplemen yang

sangat bagus
sangat berkualiti
dijamin berkesan
semulajadi
dah dikaji untuk memang beri impak

untuk develop otak anak-anak kita?

I have no idea berapa ramai yang tak tahu.

Tapi Put yakin masih ramai "KAK MARIAM" di luar sana yang masih mencari-cari. Masih mencuba-cuba. Masih berharap akan jumpa sesuatu yang boleh tolong anak masing-masing punyai otak dan daya fokus dan fikir yang hebat.

Jom cuba Shaklee.

Cuba dulu. Ketepikan rasa skeptik atau tak percaya sebab... Put tak tipu. These supplements help.

Put, macam kalian, juga seorang ibu yang punyai anak.

Put, macam kalian, juga punya harapan yang sama untuk anak-anak Put.

Beli supplemen untuk anak anda dengan tekan butang 'Beli' di bawah, kemudian whatsapp Put untuk Put ajarkan cara makannya.




Sekiranya anda rasa ada ibu lain yang boleh mendapat manfaat dari artikel ini, mohon Share. Share benda baik dan bawa manfaat, inshaAllah akan tambah bekalan kita ke akhirat nanti.


Putri
Spreading & Sharing Love
017.602.1189






Tuesday, October 18, 2016

Cerita Budak Yang Makan Vitamin untuk Minda Sejak Umur 0 Hari

Nak dengar cerita budak yang makan vitamin untuk minda sejak kecik tak?
Tengok gambar ni.


Tangan kecik yang kabur, sebab laju2 nak kira and curik vitamin mak dia.

Umi ni apa
Ni apa ni mi
Yang hitam ni omega hitammmm
Yang "omega" ni umi makan kenapa mi

Gigih... nak jadi SID gak ke iman?

----

Yang kuning ni, GLA. Supaya umi tak slalu marah2 kak iman....
Yang putih ni, oste... supaya kaki umi kuat nak kejar kak iman...
Yang ni pulak, vitamin C orang tua, sebab umi selsema..
Yang itam ni vitamin E supaya umi tak sakit jantung tengok kak iman kianat baby Ali..

"Nanti kak Iman besar kak Iman pun nak macam yang Umi makan ni!!"

Boleh. Tapi beli sendiri la ye..

Hihi.

Ni anak sulung Put.

Mulut memang mengalahkan murai, cakap dah macam orang besar padahal 3 tahun pun belum masuk lagi.

Mungkin faktor persekitaran dia yang dikelilingi oleh pakcik makcik atok nenek yang rajin melayan cakap.

Dan jugak sejak kecik, satu supplemen yang Put tak pernah tinggal adalah minyak ikan Shaklee. Omega Guard namanya.

Hasil kajian dah cakap yang minyak ikan (berkualiti) akan bantu tingkatkan kecerdasan otak.
Tambah lagi kalau diambik oleh mak (waktu menyusu badan) atau budak - ye lah, masa kecik ni perkembangan otak lebih pesat kan?

Sebab tu hari ni bila Iman ni aktif semacam, suami Put siap komen "dah dah le tu kasi omega tu..."

Korang ada yang nak pesatkan lagi perkembangan otak anak?

Boleh tiru amalan Put konsisten omega guard shaklee nih. InshaAllah.

Putri
017.602.1189

Monday, October 17, 2016

Umur Dah 3 Series Soon, Jom Audit Pencapaian Diri

Ceritanya, 2 hari lepas, Put dan kawan-kawan Put bajet-bajet kelaparan so waktu makan tengah hari, pergi lah menapak ke ayam penyet. Order makanan masing-masing, melahap dengan bersungguh sambil sekejap-sekejap berborak benda-benda tak penting. Iyalah, makan berjemaah.

Senyap je nanti apa yang jemaahnya dok?

Seusai makan, sambil berehat-rehat tiba-tiba Put tercakap...

"Kita umur dah 3 series soon, weh.."

Semua terkedu.

Angka 3x yang merujuk pada umur ni memang agak menggerunkan, sebabnya
1. Dah tua!
2. Dah 30 tahun hidup, apa pencapaian kita setakat ni?



"Thirty and Fabulous"

Bagi Put, umur 30 ni agak kritikal.

Satu sebab they say "life begins at 30" ahaks, tapi lebih pada dah 30 tahun berpijak kat bumi Allah ni, apa pencapaian / sumbangan kita?

So kitorang pun cecepat share target masing2.

Ada yang nak pastikan by the time umur 30 tahun, nak jejak semua continents dalam dunia. WOW kan.

Ada yang nak have kids by then.

Ada yang nak own a house.

Lain-lain kan, then perbincangan tu datang kepada "income".

"Aku nak income 5 figures by the time I'm 30"

Pastu semua senyap... krik krik masing masing..

sebab siries gila tak logik nak income 5 figures kot dengan keadaan kerja sekarang ni.

Or is it?

Situasi Hidup Zaman Sekarang ni.

Put suami isteri, bekerja.

Income masing2 kerja gomen boleh la. Sebab dua orang kerja, cukup lah. Masih boleh simpan.

Tapi sekarang masih tinggal dengan mak. InshaAllah tahun depan kalau ada rezeki, nak pindah ke rumah sendiri.

Perangai kitorang suami isteri = duit kena simpan sebanyak yang boleh. So bila mula ada ura-ura nak pindah duduk sendiri, secara otometiknya kepala akan terfikir "berapa banyak lagi yang boleh savings nih?"

So kitorang pun kembali mengadap Excel File financial planning kitorang dan setelah tolak tambah, well, kalau masih nak menyimpan, kena banyak berjimat dan potong mana-mana expense yang tak perlu.

Kami sepakat nak utamakan menyimpan.

Persoalannya, berapa ramai antara kita yang bila duduk tengok balance sheet gaji sendiri dan perlu pilih antara "menyimpan" dan "enjoy dulu la, duit boleh carik", akan buat pilihan yang pertama tu?

Rasanya 1/3 pun tak sampai. Hoho.

Kenapa Put berani cakap macam tu?

Kalau tak, takkan September lepas Bank Negara keluarkan statistik berani mati

...hanya 18% rakyat Malaysia yang mampu bertahan hingga TIGA bulan jika mereka hilang sumber pendapatan utama. Dan hanya 6% yang boleh bertahan hingga ENAM bulan....
Maksudnya apa tu?

  • Lagi 88% rakyat Malaysia ni pendapatan cukup2 je, sampai nak simpan sepuluh sen sebulan pun konfem tak mampu, atau
  • Dari 88% ni, semua jenis takde kesedaran nak menabung. Asal dapat, spend!

Walaupun pada kami suami isteri macam logik je kot untuk

  • Mulakan simpanan untuk anak-anak sejak lahir
  • Asingkan duit gaji bulanan untuk perbelanjaan berkala yang CONFIRM akan jadi (contohnya : servis kereta, bayar loan rumah, loan PTPTN, loan ASB, dsb)
  • Asingkan simpanan untuk diri sendiri
  • Menabung untuk perbelanjaan holiday (hehe)
Tapi bayangkan perasaan terkejut kami bila borak dengan rakan-rakan dan dapat tahu semua ni BUKAN BENDA BIASA.

Bila tanya, respon biasa kawan-kawan adalah alah, gaji pun tak banyak mana, nak simpan apanya?

So logiklah kalau 88% masuk dalam golongan takleh survive TIGA bulan kalau kena buang kerja.

Logik jugak kalau bila bayangkan income 5 angka by the time umur 30, semua orang terus geleng kepala kata TAK LOGIK.

Tapi with age, comes responsibility. 

Makin tua, makin banyak tanggungjawab

Yang cakap nak beli rumah by the time they are 30 tu, perlu faham yang bila beli rumah, pakej nya datang sekali dengan loan rumah yang kena bayar bulan-bulan.

Yang cakap nak mulakan keluarga dan dapatkan anak menjelang 30 pun kena tahu, dapat anak bukan setakat ehhhh dah pregnant, ehhhh dah ada baby and thats it.

Baby comes with another spectrum of expenses yang ko tak pernah terpikir tapi kang tiba-tiba je dah terjoin kelab mak-mak untuk komplen "WEH MAHAL SEYH BARANG BABY KAN!"

Yang nak travel, well setelah adventure kita tamat dan kita refresh, are you going to go back to work yang berikan gaji 4-angka tu untuk mulakan semula tabung simpanan for the next adventure?

Kita ada PILIHAN untuk BERSEDIA.

Bila dok fikirkan perbelanjaan yang inshaAllah confirm makin besar ni lah yang jadi pendorong Put untuk berusaha keras besarkan income.

Kalau kerja office tak mampu berikan Put income yang Put perlukan untuk SELESA, Put takkan duduk meritih nasib kutuk kutuk company, tapi tak buat apa-apa.

Put yang bertanggungjawab PILIH untuk ambik tindakan dan bebaskan diri.

Sebab tu Put berShaklee.

Supaya bila umur 30 tahun datang, Put dah ada minimum 5-figures income FROM SHAKLEE ALONE.

Supaya ada pilihan.

Supaya tak tersepit dengan keadaan dan terpaksa hidup dengan "cukup-cukup aje lah..."

Dan Put seru kawan-kawan yang baca artikel ni untuk sama-sama take some time to reflect.

Ambik kertas, atau kalau tech-savvy sikit macam suami Put, bukak le excel file. Tulis pendapatan sekarang dan perbelanjaan.

Tengok betapa keciknya income kita sekarang dan betapa PERLUNYA untuk kita buat sesuatu untuk besarkan kemampuan.

Bila dah tengok dan rasa nak tahu apa peluang dengan Shaklee, then contact Put. Kita discuss dan kita sama-sama dapatkan income 5-angka sebelum umur 30 tahun.

JOM!

Putri
Shaklee Biz Mentor
017-6021189


Wednesday, October 12, 2016

Terdesak Nak Hilangkan Parut Jerawat Berkawah Tanpa Krim Penghakis? Baca Ni


Bayangkan kalau ini lah rupa jerawat kat muka kita, dan bayangkan tinggalan dia nanti. 

Euwww kalau Put, mesti akan sangat TERDESAK nak hilangkan parut jerawat yang macam ni, hodoh sangat dah rupenye tu kan...

TAPI AWAS DENGAN PRODUK HILANGKAN PARUT CIKAI

Tau tak korang yang kebanyakan produk hilangkan parut yang ada di pasaraya atau farmasi, sebenarnya hilangkan parut dengan cara mengikis kulit muka?

Ya, kikis.

Dia guna bahan penghakis.

Elok2 kulit muka kawasan lain sihat, bila kita pakai pencuci muka yang menghakis - memang lah parut jerawat nampakkk je macam hilang tapi sebenarnya?

Muka makin nipis
Kulit muka jadi LEBIH sensitip kat pencemaran etc, makin MUDAH nak naik jerawat lagi
Bila berhenti guna produk haaaa, makin LEBAT la jerawat tumbuh.

Lagi menakutkannnnnnnnnn!


Sebaiknya, rawat parut dari dalam.

Apa maksudnya tu?

Maksudnya guna rangkaian nutrisi semulajadi untuk sembuhkan kulit kita dari dalam.

Kesannya, menakjubkan tau.

Parut jerawat hilang tanpa kesan, kulit pulak makin gebu, pinkish dan nampak glowy.

Nak tak?

Meh Put cerita apa yang boleh bantu.

Nutrisi Terbaik Untuk Hilangkan Parut Jerawat

Dalam rangkaian produk Shaklee, ada beberapa vitamin yang sangat berkesan untuk menghilangkan parut jerawat.

Ini dengan anggapan, masalah jerawat dah tak ada ya, tinggal parut-parutnya aje. 

Kalau jerawat masih ada, ada yang perlu ditambah, untuk selesaikan masalah jerawat sekalian.

Produknya adalah

1. Vitamin E Complex

Vitamin E yang kaya antioksidan ni sejak azali dah diketahui membantu memudarkan parut jerawat.

Istimewanya vitamin E Shaklee ini - dilengkapi dengan grape seed extract yang akan mengoptimumkan lagi penyerapan vitamin E.

Parut pun takut, hehehehe

2. Energizing Soy Protein

Sel kulit kita akan diganti setiap 28 hari. Sel kulit diperbuat daripada protein.

Maka penting untuk kita makan protein berkualiti tinggi supaya sel kulit yang baru itu sihat dan mampu "renew" kulit dari berparut kepada "baru".

ESP ni merupakan protein tumbuhan rendah kalori terbaik yang sangat digalakkan untuk makan. Ramai yang dah rasa kesan yang sangat positif tau!

3. Vivix

Vivix pula, akan memperbaiki sel-sel rosak dari peringat DNA. Kenapa penting ni?

DNA yang rosak akan hasilkan sel yang rosak. Sel rosak, daya tahannya akan kurang jadi bayangkan sel yang berdaya tahan rendah. Penat-penat kita betulkan muka berparut tu, tapi oleh sebab daya tahan kulit kita tak tinggi?

Bila naik jerawat seketul je later, parut melampau-lampau.

Amalan Vivix konsisten akan buatkan kulit kita umpama "benteng kebal". Gitu. 

Nah, mudahkan?

Ramai tau yang dah cuba dan berpuas hati dengan cara pemulihan parut dari dalam ni. Dah tak perlu bersusah hati guna produk pengikis lah pemutih la, yang dah tentu-tentu akan burukkan lagi keadaan.

Menariknya,

Siapa yang nakkkk? Hihi

Boleh PM Put untuk pertanyaan lanjut, atau sekiranya kalian perlukan khidmat konsultasi.

Jika nak terus order dari Shaklee dan bayar menggunakan kredit atau debit kad, boleh order dengan tekan link di bawah. Lepas tu, roger-roger Put supaya Put boleh berikan panduan makan yang tip top!





Putri Zulaikha
SID 917819
SMS  / Whatsapp : 017-602 1189

Thursday, October 6, 2016

Ubat Kolesterol Supaya Tak Melarat Sakit Jantung Pulak

Yang ada masalah kolesterol, jenuh tak dah pantang mcm sungguh2 dah, makan berbagai jenis ubat kolesterol dah, tapi bila check dokter, sama je!!

Hahaha emo kan. Rasa macam nak suruhhh je dokter tu test sekali lagi sebab buntu dah, dah habeh control diet but why laaaa its like this always?

Tau tak kolesterol dlm badan kita, ada yg baik dab jahat?

Dn tau tak, kolesterol, 80% terhasil secara semulajadi dalam badan (thru aktiviti badan) dan 20% melalui pemakanan?

So apa maksudnya tu?

Maksudnya,
1. Kita kena turunkan / kurangkan kolesterol jahat
2. Kena pastikan badan tak lelebih lak kluarkan yang jahat tu

So, selain jaga pemakanan, kita actually boleh influence yang 80% tu melalui supplementation.


Salah satu supplemen yang terbukti secara saintifik membantu rendahkan kolesterol jahatand tinggikan kolesterol baik is omega-3. Kalau Shaklee, omega-3 ni namanya Omega Guard.

Punya lah tulennye minyak ikan dalam omega guard ni, dalam landmark study yang dijalankan oleh profesor emerita di US (pangkat profesor plg tinggi in research), cakap makan omega guard shaklee ni lagi bagus paras kolesterolnya berbanding

Tak makan pape vitamin, or

Makan vitamin brand tah hape2 kat Guardian (cth je petik nama guardian ni )

Yang agak2 tengah battling cholesterol tu, kalau dah buntu apa nak buat, cuba omega guard. 

InshaAllah, kajian saintifik tunjuk improvement. Elok la dari cuba jus apa2 yang claim kat botol tu je.

Nak cuba omega guard? Promo oktober tengah berlangsung nih

Putri
017.602.1189
#tsunamishaklee
#10wave

Pengajaran dari kisah Nabi Luth - effort matters

Dulu masa kat Melb, ade le ikut usrah ngan kakak2 usrah

Hehehe

Ttbe tengah drive tadi teringat satu slot tu, diorang share pasal kisah2 nabi, salah seorangnya Nabi Luth alaihissalam.

Hari ni baru betul2 terkesan dengan pengajaran kisah nabi Luth.

Kakak tu cakap,

Bersyukurlah sebab Allah tak tengok result je

Allah tengok usaha.

Kalau ikutkan, Nabi Luth ni kira macam failure kot ye? 😂Family sendiri tak ikut pun ajaran dia. Beratus tahun pun masih "gagal" jugak..

Punya lah failure nyaaa. Tapi?

Allah masih sebut dalam Quran.

Cerita Nabi Luth ni masih juga dari sebahagian cerita 25 nabi.

Kan.

Kalau kat ofis tu, pernah tak rasa aku punya la susah payah usaha buat itu ini, tapi KPI 3 je jugak. Orang cakap tak "competent" jugak. Apa lagi korang nak?

Tapi Allah tak macam tu.

Dia pandang usaha.

So don't get discouraged ya kawan-kawan  bila usaha kita belum dapat results yang kita nakkan. Or bila manusia tak kisahkan usaha kita.

Sebab Pencipta manusia kisah.

#motivasiPut
#remindertoself

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com