Friday, September 16, 2016

Cabaran Bisnes Dari Rumah - Perlu Ke SOHO?

Hari ni Put nak kongsikan gambar SOHO Put..

SOHO tu apa? Small Office, Home Office, term yang slalu orang buat bisnes dari rumah guna untuk rujuk pada work station dia kat rumah..

Ya lah, ada work station, lebih tersusun dan teratur la nak kerja kan..

Tapi SOHO Put skrg, adalah laptop kesayangan ni dan kat mana2 sahaja yang selesa untuk diri dan anak hehehe




Kadang2 anak nak meniarap kat lantai, ku hangkut laptop ni ke lantai jugak

Bila anak agak2 nak main dalam playpen, ku setup laptop ni kat meja makan sebelah playpen - sambil update blog, sambil agah baby

Fleksibel la, kira.. mana2 pun belasah je.. 


Tapi sebenarnya, Put rasa lebih efisyen dan fokus kalau ada SOHO khas. Meja khas. Laptop pun biar je terbukak kat meja tu, sambil-sambil singgah lalu sambil update status Facebook ke, follow up customer ke... kan kan?

Impian Put satu hari nanti nak ber-SOHO yang cenggini:

1. Kat bucu bilik mana2, dengan meja dan kerusi yang selesa plus soft board besarrr untuk nak tampal target, harga2 vitamin, jadual follow-up customer, etc

2. Sebelah dia ada karpet bebudak untuk bebudak ni main situ, sambil main sambil teman (or kacau) mak diorang nih.. Baru la Put nampak bebudak ni depan mataa

Syok kan? Bayangkan je pun hati dah berbunga heheh  Mintak tolong kawan2 sama2 doakan supaya SOHO impian Put ni jadi kenyataan ya.


Ameen ameen ya Rabb perkenankan!

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com