Wednesday, March 9, 2016

Buang Semua Susu Formula Di Rumah - Ibu Ini Nekad Walaupun Anak Menangis!

Selamat petang semua! Assalamualaikumm. Hari ni nak tulis santai tentang.... susu formula!



Teringat pengalaman Put waktu bersalinkan Iman Nasuha dulu.

Biasalah anak pertama, walaupun dah pergi kelas penyusuan bersungguh-sungguh, masih jugak tak bersedia bila waktu nak praktikal.

Malam pertama balik rumah, Iman Nasuha mengaum seperti harimau hehe. Harimau lapar ke harimau sakit perut ke harimau ketakutan ke, tak dapat dikenalpasti.

Tapi biasalah, sebab bayi cuma pandai nangis je untuk semua keperluan dia, paling senang orang nak assume adalah ---> ha baby dah masuk angin lah tu sebab tak cukup susu.

Ditambah dengan kekekokan Put waktu tu yang tak pandai pegang baby, akhirnya susu formula disuap pada Iman Nasuha. Susu formula dari sample yang hospital beri. Nasib baik tak buang. Phew. Nasib baik...ye ke?

Tak tidur jugak budak tu, nangis jugak, but at least "lapar" was out of the reason.

Kata kami lah.

Tiga hari. Tiga hari Iman Nasuha kami sumbat dengan susu formula untuk elakkan beliau "lapar".

Tiga hari itu juga la Put gigih mengepam pagi petang siang malam. Stress dan nak nangis bila tengok yang keluar tu sikit tak sampai 1oz pun (walaupun dah belajar dah kat kelas padahal, yang susu kolostrum memang sikit tu aje hoho), tapi nasib baik suami sangat membantu. 

Diusap-usap belakang sambil ucapkan kata-kata yang sejuk, tenang hati mendengar.

Tambah dengan semangat mak yang nak breastfeed anak.

Tak best langsung tengok baby togok susu formula dari botol. Dalam hati doa panjang "Ya Allahhh cepat la susu aku keluar!!"

Tiga hari.

Hari ketiga, susu yang Put perah sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit dah cukup untuk satu feeding dan alhamdulillah, Iman Nasuha minum tanpa ada masalah.

Hari ketiga jugak, susu matang dah terbit.

Hari ketiga dan seterusnya, Iman Nasuha jadi breastfed baby.

===

Kemudian Put mengandungkan anak kedua - Ali Imran. Baru berusia 3 minggu, tapi yang kedua lebih istimewa sebab mak dah ada pengalaman.

Sebaik saja lepas melahirkan, nurse kasi satu beg hijau. Hadiah dari hospital, katanya.

Bila suami datang dan bukak, rupanya sekotak susu formula (ingatkan sample je, sekali satu kotak daaa)

"Yang taknak susu ni. Jangan bawak balik rumah"

Sudahnya, packing-packing barang nak balik rumah tanpa bawak sekali beg "hadiah" tu. Tinggal saja di atas katil. Rezeki sesiapa yang jumpa.

Malam pertama, huuuuu kenangan berulang lagi.

Ali Imran menangis.

Kalau si kakak macam harimau, Ali Imran hari pertama memang hero. Macam singa luka. Ditepuk-tepuk perut nak check angin, perut nya okay pulak takde kembung ke ape. Tapi nangisnya ya rabbi....

Dan macam biasa..

"Baby ni lapar kot.."

Tambah dengan mak yang kepenatan dan mengantuk, proses nak menenangkan si Hero ni agak mencabar.

"Yang pam lah susu dalam botol, lepas tu nanti Ali bangun lagi Abang berikan guna botol, Yang rehat aja.." saran suami memberikan cadangan.

Niat beliau baik, nak si Ibu berehat.

Tapi banyak yang berlegar dalam kepala..

"Bang, bukan Yang tak nak rehat. Tapi nanti kalau Yang pam, and Abang pun tahu kan susu memang sekarang cukup untuk baby tapi memang sikit...perut baby pun kecik je..

Apa kata orang nanti kalau nampak susu sikit pastu baby nangis?

Orang yang tak tahu akan terus buat kesimpulan "susu tak cukup" dan suruh topup formula, kan?

Yang malas nak beri ruang orang buat kesimpulan macam tu.."

Maka bergigihlah mak bapak ambik turn pegang anak, tenangkannya dan juga, susukan dari badan.

Tough first three days, but worth every ounce of sweat and tears hehe.

Ali Imran is a fully breastfed baby til today, and for many more days to come inshaAllah!

Pengajaran:

Menyediakan susu formula pada malam pertama kelahiran bayi, boleh Put katakan salah satu punca utama kegagalan ibu memberikan susu badan.

Sudahlah sebenarnya kolostrum yang sikit tu tersangat-sangat penting untuk baby, tapi sebab anggapan "baby nangis sebab tak cukup susu", terus nak topap formula dan tak beri baby titisan emas tu? Ruginya.

Jangan berikan ruang untuk minda kita "second guess" kemampuan badan untuk penuhi keperluan bayi. Selagi baby kencing berak ok, kira okay lahhhh baby cuma nak manja dengan mak pak nye tu!

Selamat menyusukan mommies!


PS: Ibu menyusu pun sangat perlu pastikan badan cergas dan bertenaga, especially bila anak asyik menangis dan nak kena pegang aje. Amalan vitamin lengkap dalam Set Penyusuan Shaklee Premium boleh bantu kekalkan tenaga, elak ibu stress, banyakkan susu, bantu ibu dapat berat sebelum hamil dan kurangkan sakit badan. Order dari Put hari ini sekiranya anda ibu menyusu yang inginkan penyusuan berkualiti.




Putri Zulaikha Amin


Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com