Friday, March 18, 2016

Shaklee Tambah Susu Ibu - Fakta atau Auta?

Betul ke Shaklee tambah susu ibu sampai confirm boleh menyusu anak hingga dua tahun?

Tu salah satu intipati whatsapp message yang Put dapat dari seorang "bakal customer" dua hari lepas.
Hehe.

Sesungguhnya tak ada yang confirm dalam dunia ni, melainkan MATI

Hah sentap pulokkk kalau reply macam ni. Hehe..

Jangan tak tau, sebenarnya ramai ibu yang ada persoalan yang sama. Ye lah, ramai sangat guna Set Penyusuan Premium shaklee yang hots tu, yang belum pernah cuba mesti la nak tau..  - confirm boleh menyusukan sampai dua tahun ke kalau beli?

Jawapan Put, inshaAllah boleh, tetapi dengan syarats :

Syarat #1
Makan supplement tu mesti konsisten.  Tak boleh hari ni makan 2 pills, esok 3 pills, esok alamak terlupa nak bawak pergi ofis, lusa alah lupa letak botol kat mana

Syarat #2
Minum air banyak, minimum 3L sehari. Kalau lagi banyak lagi bagos. Biar kena ulang alik ke tandas, lagi bagos!

Syarat #3
Dah makan set menyusu shaklee ni, susu dah banyak --› Jangan malas kosongkan breast! Mak yang bekerja jangan skip sesi mengepam walaupon stok susu EBM dalam peti dah melimpah ruah sampai kena beli fridge baru. 

Berapa kali nak kena pam?
Untuk yang kerja ofis, usahakan untuk dapat pam sekurang-kurangnya 3 kali dalam office hour. Macam air, lagi banyak lagi bagos!

Pemilihan gear mengepam susu yang sesuai penting untuk membolehkan ibu mengepam susu dengan mudah dan pantas - baru lah kurang rasa malas!


Waktu malam, jangan syok sangat baby sleep thru the night ke hape. Kalau baby sleep thru the night, awok bangun jugak kosongkan breast sekurang2 nya sekali ke dua kali.

Syarat #4
Dan yang terakhir, dan paling penting, in fact ni la syarat terpenting nak jayakan penyusuan badan iaitu semangat ibu yang tinggi. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 

Beli lah set premium shaklee ke produk mana-mana pun, kalau ibu ada perasaan malas, goyah dan tak yakin boleh menyusukan bayi, bye bye breastmilk, hello formula la jawabnya.

Tu je.

Set Penyusuan shaklee inshaAllah boleh tambah susu ibu SEKIRANYA syarat-syarat kat atas dipatuhi

dan of cos, Put akan kongsikan tips2 berguna dan cara makan set penyusuan yang terbaik supaya perjalanan penyusuan ibu lebih mudah

APA YANG ADA DALAM SET PENYUSUAN SHAKLEE?

Untuk yang pertama kali dengar mengenai set penyusuan shaklee ni,  Put pernah kongsikan dengan mendalam apa vitamin yang ada, dan kategori ibu-ibu yang perlukan set basic, lengkap atau premium.

Secara amnya, set penyusuan shaklee ni tujuannya adalah untuk membantu ibu agar sihat dan ceria dalam proses penyusuan, memastikan susu ibu berkualiti dan tinggi DHA untuk perkembangan bayi dan semestinya, melimpah ruah cukup untuk bayi.

Antara yang membantu adalah Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa,  ESP,  Omega Guard dan Ostematrix.

Ha dah tau syaratnya, dan nak dapatkan set penyusuan premium dari shaklee ni?  Meh contact Put segera.

Bukan saja susu akan melimpah-limpah, bila mak lain tanya kita boleh lah jawab..  "Ya, saya exclusive BF"

Anda juga boleh terus membeli set Penyusuan Shaklee atau vitamin yang berkaitan terus daripada Shaklee Corporation dengan menekan gambar Set Menyusu di bawah. Hanya perlu terus membuat pesanan di website Shaklee, dan Shaklee akan terus poskan kepada anda.

Jangan lupa hubungi Put lepas beli pula supaya Put boleh berikan khidmat nasihat dan konsultasi yang kaw-kaw punyaaa :)



Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp : 0176021189

Wednesday, March 9, 2016

Buang Semua Susu Formula Di Rumah - Ibu Ini Nekad Walaupun Anak Menangis!

Selamat petang semua! Assalamualaikumm. Hari ni nak tulis santai tentang.... susu formula!



Teringat pengalaman Put waktu bersalinkan Iman Nasuha dulu.

Biasalah anak pertama, walaupun dah pergi kelas penyusuan bersungguh-sungguh, masih jugak tak bersedia bila waktu nak praktikal.

Malam pertama balik rumah, Iman Nasuha mengaum seperti harimau hehe. Harimau lapar ke harimau sakit perut ke harimau ketakutan ke, tak dapat dikenalpasti.

Tapi biasalah, sebab bayi cuma pandai nangis je untuk semua keperluan dia, paling senang orang nak assume adalah ---> ha baby dah masuk angin lah tu sebab tak cukup susu.

Ditambah dengan kekekokan Put waktu tu yang tak pandai pegang baby, akhirnya susu formula disuap pada Iman Nasuha. Susu formula dari sample yang hospital beri. Nasib baik tak buang. Phew. Nasib baik...ye ke?

Tak tidur jugak budak tu, nangis jugak, but at least "lapar" was out of the reason.

Kata kami lah.

Tiga hari. Tiga hari Iman Nasuha kami sumbat dengan susu formula untuk elakkan beliau "lapar".

Tiga hari itu juga la Put gigih mengepam pagi petang siang malam. Stress dan nak nangis bila tengok yang keluar tu sikit tak sampai 1oz pun (walaupun dah belajar dah kat kelas padahal, yang susu kolostrum memang sikit tu aje hoho), tapi nasib baik suami sangat membantu. 

Diusap-usap belakang sambil ucapkan kata-kata yang sejuk, tenang hati mendengar.

Tambah dengan semangat mak yang nak breastfeed anak.

Tak best langsung tengok baby togok susu formula dari botol. Dalam hati doa panjang "Ya Allahhh cepat la susu aku keluar!!"

Tiga hari.

Hari ketiga, susu yang Put perah sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit dah cukup untuk satu feeding dan alhamdulillah, Iman Nasuha minum tanpa ada masalah.

Hari ketiga jugak, susu matang dah terbit.

Hari ketiga dan seterusnya, Iman Nasuha jadi breastfed baby.

===

Kemudian Put mengandungkan anak kedua - Ali Imran. Baru berusia 3 minggu, tapi yang kedua lebih istimewa sebab mak dah ada pengalaman.

Sebaik saja lepas melahirkan, nurse kasi satu beg hijau. Hadiah dari hospital, katanya.

Bila suami datang dan bukak, rupanya sekotak susu formula (ingatkan sample je, sekali satu kotak daaa)

"Yang taknak susu ni. Jangan bawak balik rumah"

Sudahnya, packing-packing barang nak balik rumah tanpa bawak sekali beg "hadiah" tu. Tinggal saja di atas katil. Rezeki sesiapa yang jumpa.

Malam pertama, huuuuu kenangan berulang lagi.

Ali Imran menangis.

Kalau si kakak macam harimau, Ali Imran hari pertama memang hero. Macam singa luka. Ditepuk-tepuk perut nak check angin, perut nya okay pulak takde kembung ke ape. Tapi nangisnya ya rabbi....

Dan macam biasa..

"Baby ni lapar kot.."

Tambah dengan mak yang kepenatan dan mengantuk, proses nak menenangkan si Hero ni agak mencabar.

"Yang pam lah susu dalam botol, lepas tu nanti Ali bangun lagi Abang berikan guna botol, Yang rehat aja.." saran suami memberikan cadangan.

Niat beliau baik, nak si Ibu berehat.

Tapi banyak yang berlegar dalam kepala..

"Bang, bukan Yang tak nak rehat. Tapi nanti kalau Yang pam, and Abang pun tahu kan susu memang sekarang cukup untuk baby tapi memang sikit...perut baby pun kecik je..

Apa kata orang nanti kalau nampak susu sikit pastu baby nangis?

Orang yang tak tahu akan terus buat kesimpulan "susu tak cukup" dan suruh topup formula, kan?

Yang malas nak beri ruang orang buat kesimpulan macam tu.."

Maka bergigihlah mak bapak ambik turn pegang anak, tenangkannya dan juga, susukan dari badan.

Tough first three days, but worth every ounce of sweat and tears hehe.

Ali Imran is a fully breastfed baby til today, and for many more days to come inshaAllah!

Pengajaran:

Menyediakan susu formula pada malam pertama kelahiran bayi, boleh Put katakan salah satu punca utama kegagalan ibu memberikan susu badan.

Sudahlah sebenarnya kolostrum yang sikit tu tersangat-sangat penting untuk baby, tapi sebab anggapan "baby nangis sebab tak cukup susu", terus nak topap formula dan tak beri baby titisan emas tu? Ruginya.

Jangan berikan ruang untuk minda kita "second guess" kemampuan badan untuk penuhi keperluan bayi. Selagi baby kencing berak ok, kira okay lahhhh baby cuma nak manja dengan mak pak nye tu!

Selamat menyusukan mommies!


PS: Ibu menyusu pun sangat perlu pastikan badan cergas dan bertenaga, especially bila anak asyik menangis dan nak kena pegang aje. Amalan vitamin lengkap dalam Set Penyusuan Shaklee Premium boleh bantu kekalkan tenaga, elak ibu stress, banyakkan susu, bantu ibu dapat berat sebelum hamil dan kurangkan sakit badan. Order dari Put hari ini sekiranya anda ibu menyusu yang inginkan penyusuan berkualiti.




Putri Zulaikha Amin


Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189

Friday, March 4, 2016

Kenapa Patut Rasa Bersalah Makan Ayam Hari-Hari


Protein ada dua sumber, haiwan dan tumbuhan.

Ayam, ikan, kambing, lembu yang kita selalu makan tu lah protein haiwan. Mudah nak dapat sebab semua pasar ngan pasaraya pun jual.

Protein haiwan ni bekalkan 9 asid amino lengkap yang diperlukan badan - badan x dapat buat sendiri 9 asid amino ni, so penting untuk dapatkan dari sumber makanan.

Lagipun depa ni sodapp hehe

Jadi apa masalahnya dengan protein haiwan ni? Dah mudah dapat, cukup asid amino DAN SODAP plak tuh, apa susah-susah hype sangat nak suruh ambik protein tumbuhan ni?

Kita ambik contoh ayam.

Kenapa lahhh kita minat sangat ayam?

Kalau ikut website FAMA ni, harga ikan kembung fresh lebih kurang RM11/kg. Harga daging lembu fresh lagi lah mahal, lebih kurang RM27/kg. Daging kambing? Lagi toksah cerita lah.

Dalam banyak-banyak protein tu, ayam lah yang paling murahhhh --> hampir RM 6.80 /kg. Sebab tu pi mai pi mai mana pun, banyak orang akan pilih untuk makan ayam sebab jimat.
Ayam yang kita makan hari ni memang bekalkan 9 asid amino, tapi ayam dah disuntik dengan pelbagai jenis hormon;
  • hormon nak kasi antibodi dia kuat supaya tak sakit, tak mati sebelum sempat sembelih
  • hormon supaya besar cepat. kalau sepatutnya anak ayam jadi pak ayam dalam masa XX, hormon ni pendekkan masa XX tu supaya ayam jadi bapak lebih cepat. Cepat jadi bapak, cepat boleh sembelih, cepat jual, cepat lah masuk perut weolls
  • hormon supaya daging banyak. Kita kalau beli ayam kekurus pun macam apakah kan? Ketahuilah ayam yang sepanjang masa gebu banyak daging tu possibility ken cucuk hormon sangatlah tinggi

Jadi bayangkan bila kita cuma bergantung pada protein haiwan yang berhormon-hormon ni, apa yang masuk dalam badan kita?
Hormon hormon ayam a.k.a bahan kimia yang akan mengganggu fungsi badan.
Period awal sangat lah.
Dapat penyakit hormon tah hape-hape lah..

Oleh sebab yang tu, alternatif kepada protein haiwan, ramai yang cuba supplemen protein diorang dengan protein tumbuhan pulak...

Tapi awas!
Bila nak tukar protein haiwan kepada protein tumbuhan, kena pastikan benda-benda kat bawah ni dah cover:
  • protein tumbuhan tu boleh bekalkan 9 asid amino perlu. Tak mau lah tukar protein konon-konon nak sihat tapi aikkk ttbe badan dapat 5 je asid amino?
  • protein tumbuhan tu bukanlah jenis genetically-modified. Kalau ayam kena suntik, tumbuhan pun hampir 80% sekarang ni genetically modified untuk jadi produk. Tukar genetik supaya cepat matang lah, cepat boleh tuai, tak dimakan oleh haiwan perosak dan sebagainya. Protein tumbuhan yang genetically modified ni sama je kekdahnye dengan ayam-ayam suntik tu ya

Jadi apa pilihan yang ada?
Kita cerita next entry ya!

Putri Zulaikha Amin
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189



Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com