Monday, February 29, 2016

Merawat Kanser Tekak - Kanser Yang Boleh Sembuh Sekiranya Dikesan Pada Tahap Awal!

Ada ke cara merawat kanser tekak bila dah terkena?

Ada.

Menurut Prof Madya Mohd. Razif Mohamad Yunus, Pakar Bedah Kanser Kepala dan Leher dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), sakit kanser di bahagian kepala dan leher (termasuklah tekak) masih mampu diselamatkan andai pesakit bertindak dari peringkat awal.

Mungkin tak akan pulih sepenuhnya 100%, tetapi hayat mereka mampu diselamatkan dan dipanjangkan dengan kehidupan yang lebih berkualiti berbanding pesakit kanser lain yang terpaksa menjalani kemoterapi berterusan atau lebih teruk, berakhir dengan kematian.

Kanser tekak lebih mudah dikesan, kerana simptom yang berlaku akan nampak terlalu "over".

Contohnya, kesukaran menelan makanan yang melampau. Kalau biasa-biasa sakit tekak, memang akan agak sukar menelan makanan sampaikan kita hanya mampu makan makanan lembik seperti bubur.

Tapi sekiranya kanser, bubur pun payah nak telan.

Disebabkan simptom "over" ni, ramai yang cepat pergi berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan, berbanding kanser lain yang "membunuh secara senyap"

Rawatan Sekiranya Boleh Sembuh

Sekiranya kanser masih belum merebak ke organ lain dan ada peluang cerah untuk sembuh (kanser masih di tahap satu atau dua), pembedahan akan dijalankan untuk membuang sel kanser.

Tetapi pembedahan untuk membuang kanser tekak adalah rumit dan melibatkan ramai pakar, dan tidak semua hospital mempunyai kepakaran dan kemudahan untuk menjalankan pembedahan ini.

Pembedahan untuk kanser tekak juga amat rumit dan berisiko tinggi.

Satu pembedahan pun ambil masa panjang, antara 12 hingga 24 jam.

Oleh yang demikian, walaupun boleh sembuh, siapa yang nak kena kanser, kan?

Perlu ambil langkah untuk elak dari terkena.

Elakkan Terkena Kanser Tekak dengan...

  • Berhenti merokok
  • Jika menggunakan gigi palsu, pastikan gigi palsu dibersihkan dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan
  • Makan makanan yang seimbang dan sihat. Amalkan sekurang-kurangnya 4 portion buah dan sayuran hijau.

Cadangan Supplemen

Selain daripada di atas, dengan keadaan sekarang yang buatkan badan terdedah dengan pelbagai radikel bebas dari pencemaran air, udara dan bunyi, penting untuk kita amalkan supplemen yang tinggi antioksidan untuk menentang radikel bebas yang boleh menyebabkan kanser.

Antara suplemen yang elok untuk diamalkan;

1. Vitamin C - membantu menyokong sistem imun


2. Vitamin E - tinggi antioksidan dan dilengkapi dengan selenium untuk penyerapan optimum


3. Vivix - minuman botani tinggi resveratrol, sebatian yang telah dikaji membantu membaiki DNA rosak (DNA rosak menyebabkan kanser) dan melambatkan penuaan sel.




Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser, bertambah lah kepentingan dan keperluannya untuk anda mengamalkan suplemen yang dicadangkan di atas.

Cegah dulu.

Whatsapp Put segera di 017-6021189 untuk order suplemen anda.


Putri Zulaikha Amin
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com