Thursday, February 4, 2016

Kisah Siti Yang Tercari-Cari Cara Menghilangkan Lesu Badan Supaya Tak Flat Setiap Hari

Ini adalah kisah Siti, seorang ibu dan wanita korporat yang tercari-cari cara menghilangkan lesu badan yang sering dialami akibat gaya hidupnya yang.... meh kita baca apa yang pelik sangat ngan gaya hidup si Siti ni?


Alkisah...

Siti seorang ibu yang bekerjaya.

Kerja Siti di office memerlukan beliau untuk duduk di depan komputer menganalisa spreadsheet yang beribu-ribu barisan, berhubungan dengan pelanggan dan juga macam biasa la, meeting sana sini untuk pastikan projek berjalan lancar.

Menjelang tamat waktu kerja, Siti terpaksa memandu pulang sambil meredah jem yang teruk (biasalah, kerja KL) sehingga kadang-kadang hampir 2 jam lamanya.

Sampai rumah, Siti dah melepek. Tenaga dah habis. Badan terasa lesu tak bermaya tapi.. eh sampai rumah kan nak kena jadi ibu dan isteri pulak? Lagi full time job ni.

Jadi Siti pun menggagahkan diri untuk bermain dengan anak, memasak, mengemas rumah dan berkhidmat untuk suami.

Menjelang tidur, Siti rasa kalau ada orang ambil gambar, mungkin beliau tidur terkangkang sambil mulut ternganga dengan dengkuran yang kuat setiap hari.

Penat oi.

Ulang senario yang sama setiap hari, lagi, lagi, lagi dan lagi....

Lama-lama Siti pun fed-up.

Sampai bila aku nak jadi macam ni, bisik hati kecil Siti. Takkan nak pancit selamanya... duit banyak pun hidup tak kualiti baik tak payah.

Aku mesti cari penyelesaiannya! Tekad Siti.

Maka Siti pun mula membaca dan menyelidik apaaaa yang beliau boleh buat supaya tak flat setiap hari.

Ikut apa yang Siti baca dari pakcik google, badan lesu boleh cuba diatasi dengan cara:
  • Tidur yang mencukupi
  • Melakukan senaman berkala
  • Pemakanan berkhasiat dan bernutrisi tinggi
  • Kurangkan melihat komputer
Siti pun tengok satu-satu.

Tidur yang mencukupi. Memang tak cukup lah rasanya, sebab tidur jam 12 malam, pukul 430 pagi Siti dah bangun terpacak siapkan bekal anak-anak, bekal sendiri dan suami untuk ke nurseri dan ofis. Kalau tidur sikit tapi berkualiti, ada ke?

Senaman berkala. Ni okay, sebab hujung minggu Siti dan suami akan bawa anak-anak beriadah di taman. Mungkin Siti perlu join anak-anak bermain sama daripada duduk dan menghadap handphone... Baik, akan tukar!

Pemakanan berkhasiat dan bernutrisi tinggi... Alamak yang ni, agak susah. Siti tak cukup masa nak masak bermacam-macam menu stim segala macam. Selalunya akan masak apa-apa yang ringkas, atau pun beli drive-thru sebelum pulang. Jadi Siti perlu tukar menu makanan (biar ringkas tapi sihat).. dan mungkin mula ambik vitamin? Tengok dulu.

Kurangkan melihat komputer? Alamak.. kerja dah guna komputer macam mana nak kurangkan... Siti akan berikan masa untuk mata rehat. Setiap satu jam menghadap komputer, Siti akan berhenti dan memandang benda-benda hijau. Kurangkan juga skroll Facebook yang boleh penatkan mata dan otak..

Dan Siti pun mulakan perubahan dalam gaya hidup beliau...

Setelah hampir seminggu, Siti terasa ada perubahan positif. Badan tak selesu dulu, tapi masih lagi penat.

Yang belum sempat Siti lakukan adalah cari vitamin yang sesuai. Tak tahu nak makan vitamin apa.... mana nak tanya?

Tapi Siti perasan, ada kakak di ofis yang umurnya lebih tua dari Siti, tapi wah sentiasa ceria dan bertenaga saja!

Siti pun, walaupun segan, gagahkan jugak la diri nak tanya... apa rahsia akak ceria sokmo nih?

Akak makan Shaklee.

Shaklee?

Google punya google, barulah Siti tahu ada rangkaian suplemen di pasaran yang semulajadi dan banyak orang guna untuk dapatkan kualiti hidup yang lebih sihat.

Siti tak risau kena tipu produk yang ada bahan merbahaya lah ape lah, sebab dari research yang Siti buat, syarikat Shaklee kat US tu laburkan hampir 500 juta setiap tahun untuk buat kaji selidik pada bahan, ketulenan dan kualiti produknya.

Siti pun macam berminat lah nak cuba kan....

Siti tanya seorang distributor yang beliau jumpa online untuk cadangan suplemen yang sesuai untuk badannya yang asyik-asyik nak lesu tu..

dan beliau dicadangkan untuk ambil
  • Kalsium Ostematrix untuk bantu berikan tidur yang berkualiti walaupun waktunya sedikit.
  • Multivitamin Vitalea yang kaya dengan zat dan galian yang badan Siti perlukan untuk lengkapkan nutrisi badan
  • Vitamin B Complex, supaya Siti tak moody dan stress dengan kerja, dan boleh pulang rumah tanpa rasa nak marah-marah dan lebih tenang
  • Vitamin C untuk imun badan. Siti kan banyak bergerak sana sini untuk kerja, jadi penting untuk ada sistem imuniti badan yang tinggi supaya tak mudah jatuh sakit.
Vitamin yang dicadangkan kepada Siti 


Siti tanya, ada ke yang tak perlu makan pil banyak-banyak kak? Siti ni kadang-kadang terlupa jugak nak makan pil jadi kalau ada yang bukan pil, senang sikit nak konsisten.

Kakak tu cadangkan Vivix.




Vivix ni katanya diperbuat dari anggur muscadine yang sah-sah lah takda di Malaysia, dan kandungan antioksidannya sangat tinggi untuk bantu sel-sel badan Siti jadi semuda remaja.

Remaja banyak tenaga - macam tu la sel Siti akan jadi nanti kalau konsisten amalkan Vivix.

Siti tak berlengah lagi, terus beli semua vitamin yang dicadangkan sekali dengan VIVIX, tambah-tambah bulan Februari ni ada promo Vivix beli 2 dapat
  • Keahlian Shaklee percuma - Siti boleh beli pada harga ahli yang jauh lebih murahh
  • Diskaun 5% untuk dua botol Vivix tu
  • Confirm dapat cashback bulan depannya
Siti rasa macam sangat-sangat berbaloi lah pembeliannya tu, tambah-tambah lagi bila kakak tu kongsikan testimoni-testimoni memberangsangkan dari pengguna-pengguna lain yang dah cuba dan berpuas hati.

Siti teruja sangat dan tak sabar nak cuba!








Selepas mengamalkan suplemen yang dicadangkan dengan betul dan juga tips lain yang beliau google tu..

Siti tak lagi merungut badan lesu sakit-sakit tak bermaya setiap kali pulang kerja.

Siti lebih bertenaga nak berikan sepenuh komitmen beliau di ofis, dan tentunya di rumah untuk suami dan anak-anak tersayang.

Siti lebih ceria dengan badan yang sihat dan kuat. Lebih bersemangat nak buat kerja kasi perfect, lagi semangat nak masak yang sedap-sedap dan sihat dan paling penting..

Siti tak lagi risau dan rasa bersalah tak dapat menjalankan tanggungjawab beliau sebagai pekerja, ibu, isteri dan hamba Allah dengan baik. Badan sihat dan bertenaga, lebih bersemangat nak beri yang terbaik.

Anda nak jadi macam Siti? Nak dapatkan kualiti kesihatan yang lebih baik yang tentunya akan bermanfaat untuk kualiti hidup yang lebih lebih lagi baiknya?

Hubungi Put di 017-6021189 untuk pesanan dan konsultasi supplemen kesihatan yang semulajadi dan berkesan, macam yang Siti makan.

Ataupun, beli terus dari Shaklee melalui sistem eSellnya yang canggih. Cuma klik-klik produk mana yang berkenan di hati, bayar dengan kredit / debit kad dan Shaklee akan terus pos ke muka pintu. Klik dilink eSell di bawah untuk mulakan belian.




Jadilah macam Siti - tak mengeluh dan kalah dengan keadaan. Sebaliknya, bangkit dan cari penyelesaian!

Putri Zulaikha Amin
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189






0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com