Wednesday, February 10, 2016

Bahaya Sakit Jantung Dan Cara Mengurangkan Risiko Terkena Serangan

Sakit jantung adalah sangat berbahaya, kerana ia boleh menyerang pada bila-bila masa tanpa tanda.

Apa itu sakit jantung?

Sakit jantung terjadi apabila edaran darah ke jantung terhalang, selalunya disebabkan penompokan lemak di dinding salur darah yang lama-lama menjadikan salur darah sempit.

Darah yang tak sampai kepada jantung dengan efektif ni akan merosakkan atau menghancurkan otot jantung dan menyebabkan jantung tak dapat mengepam dengan baik.

Serangan jantung adalah merbahaya kerana ia boleh menyebabkan maut.

Ada tak simptom untuk tahu kita bakal dapat serangan jantung atau tak?

Simptom serangan jantung selalunye berbeza di setiap individu. Sesetengah individu mungkin langsung tak ada simptom, sesetengah mungkin dapat simptom yang sedikit tetapi teruk, atau mungkin simptom banyak yang tidak begitu "intense".

Secara amnya, anda mungkin sedang mengalami serangan jantung sekiranya terdapat satu atau lebih simptom di bawah:
  • Tekanan, rasa sesak, sakit seperti dihimpit di dada atau tangan. Sakit ni seolah-olah menjalar dan merebak ke leher, rahang dan belakang
  • Rasa loya, sakit abdomen dan "heartburn"
  • Nafas yang pendek dan tersekat-sekat
  • Peluh sejuk
  • Kepenatan tiba-tiba
  • Pening secara tiba-tiba
Anda lebih berisiko untuk diserang penyakit jantung sekiranya:
  • Berumur - Lelaki berumur 45 tahun ke atas dan wanita berumur 55 tahun ke atas lebih berisiko diserang sakit jantung berbanding yang lebih muda
  • Merokok - Orang merokok lebih berisiko berbanding tak merokok
  • Mempunyai masalah tekanan darah tinggi
  • Tinggi kolesterol
  • Diabetes yang tidak terkawal
  • Sejarah keluarga yang diserang sakit jantung
  • Obesiti
  • Stress
Sekiranya anda termasuk dalam golongan "tinggi risiko" dan mengalami simptom di atas secara tiba-tiba, elok segera terus berjumpe dengan doktor untuk membuat pemeriksaan.

Tak usah ditunggu-tunggu untuk tengok sekiranya simptom jadi lebih teruk..

Ingat, sakit jantung adalah pembunuh senyap.

Bagi yang tergolong dalam golongan berisiko tinggi juga, salah satu cara untuk mengurangkan risiko adalah dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.

Antara perubahan mudah yang boleh dilakukan termasuklah:
  • Kurangkan merokok. Jika boleh berhenti terus, lagi bagus
  • Incorporate sedikit aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Jika sebelum ini anda sering menggunakan lif, apa salahnya sekali-sekala menggunakan tangga. Jantung anda akan berterima kasih.
  • Kurangkan makanan berlemak. Makanan berlemak yang tak dapat dibakar dengan efektif oleh badan akan termendap di dinding-dinding salur darah
Dari segi nutrisi pula, elok untuk amalkan suplemen yang target spesifik kepada nutrisi untuk elakkan sakit jantung dari menyerang.

Antara yang baik termasuklah:

Omega Guard
Membantu merendahkan tahap kolesterol yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung



COQ10
COQ10 Health adalah antara nutrisi yang amat penting kepada jantung kita. Antara peranannya termasuklah:
  • menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
  • bertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins (LDL) )
  • melindungi arteri dari kolestrol 'jahat'.
  • membantu menggalakkan fungsi yang sihat untuk saluran darah termasuklah  yang menyalurkan darah ke jantung
Kebaikan utama COQ10 adalah ia dapat mengurangkan kemungkinan serangan jantung.  
Ia juga turut mengurangkan simptom-simptom masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. 




Phytocol-ST
Bagi yang mempunyai masalah kolesterol, elok berikhtiar dengan Phytocol-ST. Kandungan fitosterol dalam Phytocol-St ni membantu menghalang kolesterol dari masuk ke dalam saluran darah dan menyebabkan arteri tersumbat.



Vivix
Vivix pula adalah ramuan botani yang kaya dengan antioksidan untuk memelihara kesihatan jantung dari peringkat sel lagi. Kandungan resveratrol yang tinggi berfungsi memberi perlindungan kepada jantung, dan juga mengurangkan risiko akibat dari diabetes, darah tinggi dan obesiti.




Jom tengok testimoni pengguna yang dah berikhtiar dengan set Jantung Shaklee dan dapat manfaatnya ni, jom!


Kredit : www.vitaminsuci.com




Nah, terbukti dengan sedikit perubahan dalam gaya hidup, aktiviti fizikal dan nutrisi harian, serangan jantung dapat dikurangkan kemungkinan dan frekuensinya.

Siapa taknak 10 atau 20 tahun hidup lebih lama, kan? Kurang-kurang dapat jugak kita langsaikan tanggungjawab pada mak ayah, tengok anak kahwin dan sebagainya.

Lebih-lebih lagi jika kita dalam golongan berisiko, elok cuba amalkan gaya hidup dan juga suplemen suplemen di atas.

Hubungi Put untuk order, ya!

Istimewa Feb 2016, setiap pembelian VIVIX Twin Pack akan dapat bonus istimewa, iaitu:

  • Belian pada harga promosi, beli 2 diskaun 5% (hampir diskaun RM100 sebotol tauuu)
  • Keahlian percuma bernilai RM69
  • Confirm cash rebate pada bulan hadapan
  • Kesihatan yang tak ternilai :)
Jangan tunggu lama-lama lagi ya!


Putri Zulaikha Amin
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com