Wednesday, February 10, 2016

Alternatif Kepada Tayangan Video Untuk Anak (2 Tahun)

Iman Nasuha baru saja menjejak 2 tahun hari Ahad yang lalu! Alhamdulikkah, tak ada yang lebih menggembirakan hati seorang mak melainkan anak yang membesar dengan sihat dan ceria..

Kami tak buat celebration sangat pun, sekadar melayan keinginan makcik makcik Iman yang teruja nak belikan pelbagai macam hadiah hehe layankan sajaaa barang freee

Iman Nasuha dengan salah satu hadiahnya... whiteboard untuk menconteng main cikgu-cikgu..

Antara keletahnya anak sulung Put yang cerdik tu adalah kelebihannya nak negotiate. Tak tahu mana belajarrr tapi sejak kosa kata makin banyak, makin bijak pulak kepalanya nak "membuli" orang lain

Makan gula-gula dulu, baru nasik
Iman nak main dulu, baru mandii
Makan nutriferon dulu, baru lap hingus

Dan kalau disuruh suapan last nasik.. 

... Iman nak sikit aje jangan banyak..

Hehehe

Jenuh nak layan tapi menghiburkan jugak lah..

Satu lagi hadiah yang beliau sedang obses sekarang.. BabyDoll Come Alive..

Satu lagi kepakaran beliau adalah buat deal nak tengok "video" di handphone.

Selalunya handphone Put dah tak jadi mangsa sebab dah terang-terang cakap "Handphone Umi tak boleh main.. Umi nak buat bisnes"

Tapi handphone bapak, makcik, atok nekmi dan handphone2 lain kat rumah tu tak terlepas dari buruan beliau

Yang Put nak kongsikan adalah alternatif pada asyik tayang videoo aja kat anak kecik.

Kalau setakat seminit dua ok lah jugak, tapi untuk yang anak dah asyik melekat di skrin je mungkin boleh cuba alternatif ni.

Alternatifnya : Flashcard guna Google!

Hehe semua mesti dah dapat teka...

Semalam Iman menangis-nangis nak tengok video, bapaknya buat game teka gambar di google.

Bapak google gambar dan minta anak teka.

Put tengok leka juga lah si kecik tu hampir 30 minit bermain teka gambar.

Alternatif ni pada Put agak baik juga sebabkan:
  • promote interaksi antara anak dan orang besar. Tak adakah guna gajet tanpa pantauan
  • mak pak tak rasa bersalah sangat beri anak gajet (mcm kitorang yang nak cuba limitkan exposure ni.. boleylaaa)
  • boleh check kosa kata anak. Mula dengan gambar-gambar yang anak dah tahu dulu supaya beliau semangat, lepas tu bru ke gambar yg lebih sukar

Selamat mencuba ya!

Putri Zulaikha Amin
Shaklee Independent Distributor 917819
Sms / Whatsapp 017-6021189

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com