Tuesday, February 2, 2016

5 Tips Awet Muda Secara Semulajadi Dari Dalam Tanpa Perlu Pakai Produk Merbahaya

Dengan kecohnya isu beberapa produk kecantikan Qu Pu*** yang disahkan mengandungi merkuri, Put tak dapat bayangkan betapa risaunya orang yang dah terkena.

Hajat hati nak awet muda secara semulajadi, tapi malangnya penggunaan produk yang nampak macam selamat dan berkesan rupanya tak adalah semulajadi sangat pun :(

Banyak sebab orang nak nampak awet muda.

Walaupun rata-rata mentafsirkan awet muda hanya pada kulit wajah, bagi Put awet muda bermaksud kesihatan yang sama taraf dengan usia sebenar, atau lebih muda dari usia sebenar.

Tak semestinya merujuk pada kecantikan kulit wajah sahaja.

Awet muda boleh ditafsirkan sebagai:

  • Wajah yang bersih dan tidak nampak kusam dan sedih. Wajah yang awet muda adalah wajah yang nampak segar, kurang kedutan
  • Fungsi badan yang "muda" - semua pun tahu kan kanak-kanak pada usia muda tenaga masih banyak, ceria, sangat aktif nak buat pelbagai aktiviti. Nak kan kalau badan kita "awet muda" macam kanak-kanak walaupun dah berusia?
  • Tulang yang sihat - tulang awet muda adalah tulang yang masih gagah nak panjat tangga tanpa termengah-mengah, masih boleh join marathon dan main dengan cucu tanpa semput. Syok. Hehe.

Jadi hari ni Put nak kongsikan 5 tips awet muda secara semulajadi dari dalam - yang inshaAllah jika diamalkan berterusan, bukan je buat muka nampak awet muda, tapi badan pun mengalahkan orang-orang muda lain yang tak buat tips ni, hehe.



Tips #1 : Jaga Hubungan Dengan Tuhan

Walau apapun agama kita, sekiranya kita percaya akan kewujudan Tuhan, jaga lah hubungan dengan Tuhan kita.

Bagi yang beragama Islam, jaga hubungan dengan Allah.

Hati yang hubungannya rapat dengan pencipta akan lebih tenang. Hati yang tenang akan dipancarkan melalui air muka yang lebih menyejukkan.

Pernah nampak tak orang kulit muka je lawa, tapi nampak kusut dan tak terurus? Orang macam ni, walaupun kulit cantik, tapi masih juga tak nampak muda dengan muka berkerut-kerut tu.

Jaga solat dan bersihkan hati, inshaAllah langkah pertama untuk menjadi manusia awet muda yang disenangi ramai.

Tips #2 : Minum Air Secukupnya

Paling senang nak ingat adalah minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari, atau sekurang-kurangnya 2L.

Lagi banyak lagi cun

Sebabnya, badan kita adalah 2/3 terdiri daripada air, dan SEMUA fungsi badan kita akan berjalan dengan lebih lancar sekiranya badan cukup air a.k.a tidak dehydrated.

Air yang cukup pastikan nutrisi diserap elok ke dalam badan kita supaya tak lesu dan lemau.

Kulit yang cukup air lebih tegang dan tak kendur berbanding kulit yang kering.

Tips mudah untuk pastikan minum air secukupnya:

  • Disiplinkan diri untuk cuba minum dua gelas air sebelum setiap waktu makan
  • Susah nak ingat berapa liter dah minum? Gunakan botol air yang berskala. Contohnya kita ada botol saiz 1L, pastikan sehari refill dua kali dan habiskan.
  • Boleh cuba infused water kalau tak lalu sangat nak togok air kosong bergelen-gelen. Boleh jenguk resepi infused water yang nampak yummy kat sini - infused water pun ada health benefits tersendiri tawww check it out!

Tips 3: Berikan Nutrisi Yang Sepatutnya Melalui Suplemen

Semua pun tahu semakin tua, kulit akan semakin kurang kolagen dan nutrisi penting untuk mengekalkan keanjalan dan keseriannya.

Nutrisi tambahan seperti Vitamin E, kolagen dan vitamin C boleh membantu berikan booster kepada kulit dan organ-organ kita untuk kekal "muda" dalam menjalankan fungsinya.

Vitamin E membantu mengembalikan keremajaan kulit melalui kandungan antioksidannya yang tinggi.

Kolagen pula adalah komponen yang penting untuk keanjalan kulit dan kesihatan sendi jadi untuk yang berumur, kolagen sangat sesuai untuk dijadikan suplemen tambahan supaya kulit cantik dan sendi pun tak bunyi krup krap krup krap bila naik tangga

Vitamin C pun bantu dalam proses awet muda untuk kekalkan imun badan (badan yang sihat akan nampak segar berbanding badan sakit yang akan menampakkan seseorang itu lesu dan tidak bermaya) dan juga penting untuk sintesis kolagen dalam badan.

Pilih supplementation dari bahan semulajadi (sebab awas, tak mahu lah pulak ambil produk berbahaya sampai aik, dari nak nampak muda tetibe terjadi tua pulekk) dan disokong dengan kajian saintifik yang boleh dipercayai.

Tips #4 : Tidur yang Mencukupi

Seboleh mungkin, dapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi.

Sel-sel badan akan diperbaharui sewaktu kita sedang tidur - so bayangkan betapa ruginya orang yang tak cukup tidur?

Kesian sel dia tak boleh bertukar jadi baru.

Jika dibiarkan, lama-kelamaan kesan sel yang tak diperbaharui dengan berkesan ni akan nampak di muka, sendi, dan kesihatan badan yang makin lama semakin "tua".

Bila tak cukup tidur juga, sistem badan akan jadi tonggang terbalik.

Jerawat mula la nak naik, badan stress asyik rasa nak beremosi aje, berat badan naik, lingkaran hitam bawah mata mula timbul, dan sebagainya.

Jadi cuba elakkan ya

Tips #5 : Ubah Gaya Pemakanan dari Junk to Healthy

Cuba kurangkan makan makanan yang tak berfaedah (junk food) dan tukar kepada healthy meals.

Makanan junk food yang tinggi kandungan garam boleh menyebabkan water retention di muka, menyebabkan muka kelihatan sembab.

Makanan tinggi garam juga akan menyebabkan berat badan naik, dan komplikasi akibat berat badan tinggi boleh menyerang.

Junk food pun entah diproses macam mana dan ditambah dengan pelbagai bahan kimia yang tentu-tentunya tak sihat untuk badan kita.

ADA TAK SUPLEMEN UNTUK AWET MUDA?

Tentunya ada.

Sekiranya anda tercari-cari produk suplemen semulajadi untuk buat Tips #3, saya sarankan cuba pelbagai rangkaian nutrisi dari Shaklee yang boleh membantu.

Antaranya

  • Collagen Powder Shaklee - diekstrak dari sisik ikan merah dengan saiz molekul yang sangat kecik, supaya mudah diserap ke dalam badan (tak adalah beli dan makan sungguh-sungguh, tapi tak berhasil)
  • Sustained Release Vitamin C - keistimewaannya yang "sustained-release" tu buatkan badan kita sentiasa ada vitamin C di dalamnya berbanding produk lain yang tak sustained release.
  • Vitamin E Complex - dilengkapi dengan ekstrak selenium yang membantu penyerapan vitamin E dengan lebih berkesan

Saya suka dengan perkongsian dari Dr Zubaidi berkenaan proses penuaan atau "aging". Kata beliau:
Setiap hari kita mengalami proses penuaan. Sel-sel dalam tubuh menjalani proses ini secara semulajadi dan perlahan-lahan. Akhirnya sel-sel ini akan mati. Penjagaan kesihatan adalah penjagaan dan pengawalan proses penuaan ini agar ia berlaku secara alami dan perlahan-lahan. Ia tidak menghalang penuaan atau menjadikan kita kekal muda,tetapi menguruskan proses ini supaya kita tidak menjadi tua sebelum masanya.
Tapi Saya Tak Rajin Nak Telan Banyak-Banyak Suplemen... Macam Mana Niiiii?

Bagi yang rasa malas nak ambil banyak-banyak produk untuk kekal awet muda, satu lagi produk baru dari Shaklee yang sangat tinggi antioksidan adalah Vivix.



Hanya dengan satu sudu kecil setiap hari, VIVIX dapat membekalkan keperluan antioksidan yang amat-amat tinggi kepada badan dan mengatasi masalah penuaan sebelum masanya bermula dari akar umbi - repair dari tahap sel.

Yang bestnya, dengan konsisten makan VIVIX yang semudah bukak botol, tadah dalam sudu dan minummm (tak perlu nak bancuh ke ape), boleh nampak kesannya dengan sangat cepat.


Source : http://adaa-inspiration.com/


Encik ni muka yang pada mulanya teruk, ambil keputusan untuk detoks badan dengan Vivix selama 14 hari berturut-turut dengan dos special.

Tengok je lah berapa banyak perubahan yang beliau alami, kan?

Wajah selepas 14 hari detoks tu pun nampak lebih sihat dan Put pasti beliau rasa lebih muda dan bertenaga.


Source : http://adaa-inspiration.com/

Pada umur 70 taun, wanita ni beriktiar dengan VIVIX untuk kembalikan kesihatan kulit dan fungsi badan.

Tengok hasilnya selepas sebulan?

Wajah lebih bersih, muka nampak lebih sihat dan warna kulit lebih segar. 

Berbaloi-baloi.

Lagi berbaloi sebab VIVIX bukan sahaja berfungsi untuk awet muda, tapi dah terbukti mampu membantu meningkatkan kualiti hidup bagi yang berpenyakit kronik seperti diabetes, alzheimer, kanser, strok dan gout. Boleh rujuk testimoni yang Put pernah kongsikan sebelum ni ya.

Bulan Februari 2016 ni promosi VIVIX beli 2 botol at 5% diskaun. Banyak tu boleh jimat, terutamanya untuk yang pertama kali nak cuba - lagi best grab masa ada promosi macam ni hehe

Jangan segan untuk hubungi Put segera (017-6021189) sekiranya anda perlukan consultation dan saranan berkenaan produk yang sesuai untuk jadi awet muda secara semulajadi dari dalam. Kita bantu dan advise sampai jadii

Jangan lupa juga amalkan lain yang Put kongsikan tu, semoga kita semua diberi kesihatan yang mantap dan awet muda sentiasaaa hehe


Putri Zulaikha Amin
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189







0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com