Sunday, January 24, 2016

Nak Turunkan Berat Badan, Turunkan Berat Badan Dengan Cara Sihat Ya

Berat badan adalah sesuatu yang bersifat subjektif.

Ada yang suka berat badannya rendah dan badan nampak "slim", ada yang lebih gemarkan sedikit "isi" supaya kelihatan comel.

Yang pasti, berat badan yang dikaitkan dengan "berlebihan" atau "obesiti" menjadi perkara yang menakutkan kerana risiko penyakit yang lebih tinggi.

Oleh sebab tu, tak kurang ramai orang yang cuba turunkan berat badan dengan cara yang salah - diet yang terlampau ketat sampai badan jadi kurus tapi lembik, ataupun terjebak dengan kancah diet yang langsung tak sihat (aneroxia atau bulemia).

Nak slim ke, nak comel ke, nak ada bentuk badan ke, penting untuk lakukan dan capai hasrat dengan cara yang betul.



Antara tips turunkan berat badan dengan sihat:

HIDANGAN SEHARI = TIGA

Pastikan pengambilan sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Makan dengan teratur akan membantu mengekalkan kadar metabolisme badan. Ambil makanan sesuai dengan cadangan piramid makanan, iaitu seimbang antara karbohidrat, protein dan juga sayuran. Jika rasa nak makan snek, ambil lah buah-buahan.

MINUM AIR DENGAN BANYAK

3-4 litre sehari secara am nya, atau pun 1 litre air bagi setiap 22.7 kg berat badan anda. Air penting untuk membantu serat dari makanan anda menjalankan tugasnya (perkumuhan dan buang toksin), dan air juga medium penting untuk pastikan nutrisi dari makanan yang anda ambil diserap elok oleh badan.

KURANGKAN GULA

Jauhi minuman bergas, atau minuman dalam tin yang kandungan gulanya memang dah ternyata ya ampun, tinggi banget

KURANGKAN KAFEIN

Berita buruk buat penggemar coffee, mungkin anda perlu "slow down" habit minum kopi sekiranya anda berniat untuk menguruskan badan. Kafein membantutkan penyerapan nutrisi. Sekiranya anda peminat kopi tegar, had kan kepada secawan kecil sahaja sehari.

JANGAN BIARKAN PERUT KOSONG

Satu kesalahan diet adalah dengan membiarkan perut kosong atau skip waktu makan dengan harapan lemak baru tak bertambah. Ini salah, ya. Makan yang teratur dan perut yang sentiasa berisi akan membantu usus untuk menjalankan fungsinya, memelihara kesihatan enzim pencernaan kita supaya berfungsi dengan  normal dan membolehkan kdar metabolisme dikekalkan.

AMBIL LEBIH PROTEIN

Sekiranya anda rajin bersenam, anda mungkin akan membakar lebih lemak dan bina lebih otot. Ambil protein seperti ayam, daging, telur, ikan atau dari sumber soya untuk memenuhi keperluan tubuh ini tanpa menambahkan lemak dalam badan.


Nah, nampak mudah sahaja kan tapi kenapa masih ramai yang obesiti?

Jawapannya mudah sahaja.

Tak disiplin dan salah teknik menguruskan badan.

Nak tahu bagaimana tips turunkan berat badan dengan sihat dengan bantuan vitamin semulajadi dari Shaklee?

Jeng jeng jeng... hehehhe

Hubungi Put di 017-6021189 untuk pertanyaan, ya!


Putri Zulaikha Amin
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com