Thursday, January 21, 2016

Pros & Cons Tinggal Dengan Mak Bila Dah Beranak-Pinak

Saya masih tinggal dengan mak saya (hewhew anak sulung yang tak pandai nak move-on). Dari lahir lagi (duh), sampailah sekarang dah hampir beranak dua.

Nasib baik bukan tinggal dengan mertua, yang saya pasti cabarannya lelebih lagi.

Secara generalnya, ada pros and cons tinggal dengan parents (baik sendiri mahupun mertua). 

Cons nya termasuklah:
  • Orang tua sibuk nak tolong sama men’didik’ anak kita. Iyalah orang tua dah lebih lama makan garam, mestilah diorang claim cara diorang yang terbaik
  • Nak jemput keluarga mertua dan member-member datang melepaks pun segan. Kita segan, diorang apatah lagi nak datang pun segan.
  • Nak bergaduh dengan suami pun susah. Yelah, muka masam sikit mak dah tanya “ni ngkorang ni ade problem ke ni?” Aduhai
  • Kena jaga aurat dalam rumah. Korang complain kena pakai tudung gi kerja tu panas? Dik, akak nak pergi tandas pun kena menutup aurat. Dah siap mandi, nak melintas masuk bilik pun kena berlitup gitu.
  • Susah nak bercakap atau berbincang hal peribadi dengan suami. Ya lah, makan ramai-ramai, duk lepak kat ruang tamu pun reramai. Ada masa pun bila dah masuk bilik. Boleh lah nak berbincang, tapi selalunya masuk bilik masing-masing dah mengantuk dan nak tidur. Kalau tak ngantuk pun, anak dah tidur so tutup lampu, mata sendiri dari tak ngantuk pun jadi ngantuk huwargh
  • Anak dapat ajaran yang tak konsisten. Nenek ajar doa tidur gaya lain, mak ajar lain, haha. Bapak nak didik anak jadi berani, makcik takut2kan anak dengan cicak.. haha
  • Dan sebagainya..
Kalau nak list pasal nak complain, memang berlambak. Tambah-tambah kalau jenis suka komplen, weh tak tidur nak listkan kat sini.

Tapi sebenarnya banyak jugak kebaikan tinggal dengan mak sendiri. Nak-nak kalau dapat mak sporting yang hormatkan orang lain - tak banyak masalah pun.

Tinggal kita kena pandang dari sudut positif aje lah, jangan terpengaruh dengan stigma ko dah kawin tapi masih duduk bawah ketiak mak? Malu lah!

Kebaikan tinggal dengan mak sendiri termasuklah:
  • Tak perlu risau tinggalkan anak nak keluar dengan suami. Nenek lagi sayang cucu dari anak
  • Barang-barang anak boleh pau dari atok nenek
  • Anak lebih ceria dan bersosial – ramai makcik, pakcik, atok, nenek yang nak melayan dan boleh lah kalau kau nak mandi lama sikit ke, layan movie ke, tidur ke
  • Kurang peluang nak gaduh ngan suami. Nak gaduh macam mana, keluar bilik je dah kena tegur manis muka. Nak mogok pun malas sebab nanti.... mak tahu. Hehe
  • Balik kampung sebelah lagi satu je. Jimat kos.
  • Jimat duit sebab makan minum elektrik semua mak pak yang bayarr muehehehee #bijaktanpaduakerja
  • Tak susah payah nak mintak tips memasak ke kemas rumah ke apa.. cuma perlu naik tangga ketuk bilik mak dan tanya
  • Rasa disayangi macam masih umur kecik-kecik (walaupun dah tua bangka)
  • Kurang rasa perlu keluar cari kawan-kawan untuk kemeriahan hidup sebab weh, tinggal serumah dengan mak dan 5 orang adik beradik campur tah berapa ramai ipar (dan bakal-bakal anak sedara) sudah cukup meriah dan memeningkan

Tambah huru-hara bila hujung minggu semua orang ada di rumah.. meriah lain macam..

Tapi yang paling penting, pros dan cons ni kita yang come-up with. Maksudnya ni semua buatan manusia dan ada dalam kawalan minda kita maka sebenarnya, terpulang kepada kita macam mana kita view semua benda ya.

Utama untuk pandai bertolak-ansur. Bukan rugi apa pun, ahli keluarga sendiri jugak.

Tapi bertolak-ansur dengan berhemah ya, jangan sampai dibuli atau dipijak kepala.

Kalau sampai kena bertolak ansur bab-bab agama, boleh lah mula cari rumah lain untuk pindah.


Putri Zulaikha Amin,
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189




0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com