Thursday, January 7, 2016

Tips Minum Air Gula Semasa Mengandung Dengan Cool Dan Bergaya Tanpa Muntah

Bila doktor beritahu berat saya naik agak melampau dan terpaksa buat ujian minum air gula, hati terus rasa berdebar-debar.

Bukan berdebar-debar sebab takut ada diabetes, tapi lebih pada berdebar sebab dengar-dengar cerita orang yang pernah minum air gula semasa mengandung ni, katanya

Air gula tak sedap langsung dan nak muntah yucks!

Haha

So of course, untuk yang first time kena minum air gula tentunya jenuh den meng-google dan menanya pada orang-orang berpengalaman.


Kenapa kena minum air gula?


Minum air gula ni lebih dikenali dengan ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) untuk test ibu mengandung ni ada masalah GDM (Gestational Diabetes Mellitus) a.k.a diabetes lah.

Specialnya perempuan mengandung - waktu mengandung boleh dapat diabetes yang selalunya akan hilang lepas dah deliver, tapi

Kalau ikutkan, orang yang berisiko tinggi sahaja yang perlu buat ujian MGTT ni, antaranya termasuklah:

  • wanita yang obese (BMI lebih dari 30)
  • wanita yang pernah hamil anak yang besar ketika dilahirkan (mempunyai berat 4kg ketika dilahirkan)
  • wanita yang pernah hamil dan mengalami diabetes mellitus.
  • wanita yang ada keturunan diabetes (mak, bapak, adik beradik, etc) 

Tapi sekarang rasanya semua ibu mengandung berumur 25 tahun ke atas kena buat ujian MGTT ni untuk keselamatan.

Apa kesannya kalau ada GDM?


Gula dalam darah yang berlebihan akan dipindahkan kepada bayi melalui plasenta dan komplikasi seperti bayi terlalu besar, lahir lebih awal, komplikasi waktu kelahiran seperti tulang bahu tersangkut dan sebagainya boleh berlaku.

Prosedur buat ujian MGTT


Mudah sahaja - puasa malam sebelumnya dan pergi klinik / hospital pagi-pagi untuk ambil darah sebelum minum air gula, dan selepas minum air gula.



Memang bunyi senang tapi untuk ibu mengandung memanglah susah sebabnya:

  • Puasa dari pukul 10 malam tanpa makan dan minum? Cabaran hebat untuk mak buyung yang selalu dahaga ni hoho
  • Bangun pagi-pagi ke klinik dalam pukul 7:30pagi - 8 pagi untuk ambil darah dengan perut kosong berdendang sayang? I want my sarapannnn
  • Lepas tu dengan perut kosong hampir masuk angin, cuma boleh masukkan air gula pekat dan lepas tu tak boleh makan tak boleh minum selama 2 jam? Nangis sekarang
Tapi apakan daya, terpaksa sebab kalau tak takda doktor nak layan bersalin pulak, setiap kali bukak buku rekod tengaok MGTT belum buat hoho

Muka cuak ambik darah (berpeluh-peluh tunggu jari kena "ketip"), dan secawan air gula untuk breakfast


Alhamdulillah dapat minum air gula tanpa muntah dan resultnya tak ada GDM syukur..

Nak tahu lulus ke tak, panduannya macam ni:


Bacaan daripada sampel darah sebelum meminum air gula
~ Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L

Bacaan daripada sampel darah selepas 2 jam minum air gula
~ Normal : kurang daripada 7.8 mmol/L



So sedikit tips untuk melalui ujian minum air gula semasa mengandung ni tanpa muntah (sebab kalau muntah, kena ulang semula ujiannn waaaaa takmau!):

1) Minum dan cuba habiskan air gula dengan cepat

Kata kunci nya = CEPAT. Nurse akan beri masa 15 minit untuk habiskan 200ml air gula tu tapi tips utama supaya dapat habiskan sebelum rasa loya adalah minum cepat-cepat sementara masih suam / sejuk. (Ikut klinik - sesetengah beri dalam keadaan suam, sesetengah beri dalam keadaan sejuk)

Bila dapat je gelas, terus minum. Saya habiskan dalam tiga teguk kurang 20 saat. Kalau perlu tutup hidung, tutup lah dan habiskan secepat mungkin.

Tak payah nak teguk sikit-sikit sambil berbual dengan orang sebelah.

Bila dah mula rasa loya, teruk dan selamatlah nak habiskan secawan..

Lagi teruk nak jaga supaya tak muntah

2) Kumur-kumur selepas minum

untuk elakkan rasa gula yang manis leting tu melekat kat dalam mulut dan terasa-rasa lagi sampai nak meloya.

Biasanya memang akan rasa loya sebab perut kan kosong.. lepas tu yang masuk pulak cumalah gula. Mana tak pening.

Jadi kurangkan ingatan memori terhadap air gula dengan berkumur-kumur serta merta.

3) Jangan pergi tempat berbau yang tak best

Macam saya, lepas minum air gula terus teman suami pergi sarapan roti canai.

Entah kenapa bau minyak buatkan kepala rasa teringat-ingat tentang air gula tu (tak ada kaitan pun tapi haihh dunno why) dan terasa nak meloya.

Seelok-eloknya pergi berehat dan habiskan masa 2 jam di tempat yang tak berbau sangat.

4) Sekiranya rasa nak muntah dan pening?

Berbaring dan cuba untuk tidur. 

Saya lepas bau roti canai memang rasa nak muntah sangat-sangat so terus masuk kereta, pasang aircond kuat-kuat, tutup mata dan cuba kosongkan fikiran.

Sampai tertidur.

Dan tidur, tak  terasa sangat lapar nak tunggu 2 jam tu hehe..

Tu saja 4 tips! Selamat minum air gula.. 

Tak perlu stress sangat kena minum air gula waktu hamil - kita patut rasa special sebab tak semua orang kena minum tau! Hehe

Waktu jumpa doktor lepas tahu keputusan ujian MGTT tu, doktor puji berat baby naik elok, HB cantik.

Dan tanya bekalan vitamin masih cukup atau tak.

Saya cakap okay tak apa, vitamin masih banyak.

Ye lah stok vitamin dalam set mengandung shaklee tu bukan je semulajadi, tapi sekali beli siap tahan berbulan-bulan so I am good for now :)



Boleh rujuk entri saya yang lalu tentang pelbagai kebaikan vitamin semulajadi ni, antaranya:



Sekiranya anda nak cuba, boleh order vitamin semulajadi kesayangan ramai ni dengan saya (SMS / Whatsapp 017-6021189) hari ni.

Selamat jalani tempoh kehamilan dengan ceria.. dan kalau perlu minum air gula, senyum! Kita ibu istimewa!


Salam sayang,

Putri Zulaikha Amin
SID 917819
017-6021189

1 comment:

  1. Hebat betul..3 teguk dlm 20 saat..nafsu apakah ini? Hahaha...

    ReplyDelete

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com