Wednesday, January 20, 2016

Mindset Penting Yang Perlu Ada Untuk Ibu Menyusu Supaya Tak Kecundang

Dengan isu “brealfie”, dah tentu makin ramai ibu-ibu yang lebih aware tentang breastfeeding.

Walaupun kontroversi, tapi selalunya isu-isu viral ni lah yang bantu cipta awareness dengan cepat.
Tak perlu saya nak ulas tentang kontroversinya isu brealfie ni sebab dah meluas liputannya. Google aje, mesti jumpa.

Tinggalkan yang buruk, dan ambil yang baik, kata orang.

Jika anda salah seorang yang baru aware tentang breastfeeding ni, kepentingannya dan berniat nak menyusukan anak anda nanti, ketahuilah bahawa

Walaupun breastfeeding is natural, it takes a lot of work

Kebanyakan ibu yang gagal menyusukan anak pertama, kedua, kelima hatta kesepuluh dan seterusnya berjaya menyusukan anak seterusnya, akan jawab “kurang pengetahuan” bila ditanya kenapa gagal sebelum berjaya.

Mindset yang betul adalah penting untuk capai cita-cita

Thomas Edison takkan berjaya cipta lampu tanpa mindset “gagal sekali, tak bermakna gagal selamanya”

Jadi apa agaknya mindset untuk berjaya menyusukan bayi tanpa nak kena tunggu bayi kesepuluh (hoh…)?



Mindset #1 : Penyusuan Badan Itu Perlu – for Both Ibu & Anak

Sebagai manusia yang pentingkan diri sendiri, nak buat apa-apa mesti nak fikir apa manfaat pada diri sebelum fikir apa manfaat pada orang lain.

Tak apa, tak salah pun. Put pun sama hewhew

Mindset paling penting adalah mendidik minda untuk tak fikir yang breastfeeding ni membazir, atau sama saja dengan beri anak susu formula, atau susu rendah lemak Dutch Lady.

Antara kebaikan penyusuan badan untuk ibu termasuklah:

  • Ibu lebih cepat kembali ke berat badan asal. Satu sesi penyusuan membakar kalori sama dengan berjogging atau 1 jam di gymnasium. Mudah ke mudah?
  • Prevention semulajadi kepada kanser payudara dan ovari, dan  kurangkan risiko osteoporosis
  • Mengawal kehamilan secara semulajadi
  • Dan macam-macam lagi..


Kredit ciknursing.com


Dah puas hati tengok kebaikan untuk diri sendiri, terapkan pulak dalam minda kebaikan kepada bayi.

Untuk bayi pulak, susu ibu adalah sangat penting dan bermanfaat, sampaikan World Health Organization (WHO) galakkan penyusuan ibu eksklusif selama sekurang-kurangnya 6 bulan pertama bayi sebab manfaatnya yang tak dapat ditandingi dan dibuat oleh “kilang-kilang” susu formula di luar sana.

Dengan susu ibu,

  • Bayi akan kurang masalah alergi dan penghadaman
  • Susu ibu kaya dengan antibodi yang amat-amat diperlukan bayi – bayi menyusu badan ada track record untuk kurang jatuh sakit berbanding bayi yang tak menyusu dengan maknya
  • Perasan tak susu formula sibuk-sibuk nak masukkan “kaya dengan DHA la EPA la APA la” dalam formula nya? Susu ibu dah semulajadi kaya dengan nutrisi yang penting untuk perkembangan otak bayi ni. Lagi magik, komposisi dan kandungan susu ibu akan bertukar sesuai dengan umur bayi tau. 
  • Dan macam-macam lagi.


Kredit susuibu.com

Dengan tahu kehebatan susu ibu dan manfaatnya kepada diri kita (ahem) dan bayi, mindset untuk terus berusaha menyusukan walaupun susah akan terbina.

Mindset #2: Susu Ibu Ada dan Cukup

Ada Facebook atau Instagram?

Sekarang trend semua orang berkongsi segala macam benda di media sosial, termasuklah kongsi gambar susu yang melimpah ruah.

Jangan tertipu atau cepat berputus asa bila tengok orang lain punya susu mak ai, sekali pam sampai 50 botol? Aku dua botol pun tak penuh…

Jangan.

Mindset kedua adalah susu kita adalah cukup untuk keperluan anak kita, dengan syarat konsep demand&supply dah diamalkan kaw-kaw punya.

Susu ibu secara semulajadi dah dijadikan untuk cukup, sesuai dengan umur bayi. Bukan tak boleh dirangsang untuk jadi lebih banyak (khas untuk ibu yang mungkin banyak berjauhan dengan bayi atas tuntutan kerja), tapi secara naturalnya akan mencukupi untuk bayi anda.

Elakkan dari terperangkap dengan kerisauan susu tak cukup, sampai akhirnya buat kesilapan untuk topup dengan susu formula.

Dan jangan tak tahu, bila mula topup, selalunya konsep demand&supply dah lari sampai lah akhirnya, susu badan jadi susu formula.

Mindset #3: Feed Mom to Feed Baby

Lagi satu mindset penting adalah – ibu menyusu perlukan kalori yang lebih banyak.

Jangan dok tergedik-gedik nak badan kurus solid macam Jennifer Lopez dengan cara kebulurkan diri sendiri (tak makan) atau ambik pil_langsing_dalam_10_hari atau Ubat Kurus Magis untuk turunkan berat badan.

Ya, walaupun menyusu badan boleh menguruskan badan ibu dengan cepat, tapi ada juga ibu yang tak kurus-kurus akibat tabiat pemakanan yang tak sihat.

Seelok-eloknya, makan makanan seimbang. Sudahlah khasiat makanan ibu akan disalurkan kepada bayi melalui air susu – takkan nak beri makan khasiat maggi aja bayi yang dah susah payah kita lahirkan tu, kan? (cop.. megi ada khasiat ke ek?)

Elok juga untuk tambah regim suplemen yang semulajadi dan berkualiti dalam diet ibu, sebab let’s face reality kat sini, berapa banyak ibu yang

  • Tak suka sayur? Angkat tangan
  • Hari-hari makan nasik bajet je sebab nak.. bajet? 
  • Suka makan makanan rapu
  • Belum lagi termasuk dengan bahan makanan kita yang dah tercemar dengan unsur-unsur genetically modified dan cara masak yang musnahkan zat?

Untuk tambah DHA dan EPA untuk pertumbuhan otak bayi, ibu boleh cuba amalkan makanan tinggi DHA dan EPA seperti ikan salmon ataupun suplemen omega guard yang dibuat dari minyak ikan laut dalam berkualiti.

Mindset #4: Penyusuan itu natural, tapi tidak mudah!

Akhir sekali, walaupun setiap wanita dilahirkan dengan sepasang payudara yang inshaAllah mengeluarkan air susu selepas bersalin (nak kata semua orang boleh menyusukan la, au naturel la untuk semua perempuan, gitew), mindset paling penting adalah to anticipate challenges.

Jangan ingat proses penyusuan badan adalah semudah yang ditunjukkan oleh mak-mak di Facebook, Instagram atau mak hang.

Antara cabaran yang mungkin akan menjengah:

  • Puting luka, melecet dan berdarah-darah sebab tak biasa dengan hisapan bayi yang kuat. Menangis sakit tau
  • Susu terlampau banyak sampai bengkak dan tersumbat. Kes teruk mastitis, siap sampai kena buat pembedahan pada breast untuk keluarkan nanah
  • Untuk yang bekerja, anak pulak tak mahu minum susu badan yang dah dimasukkan dalam botol
  • Anak langsung taknak melekap di puting susu, dan nak botol aje pulak dahh
  • Tak ada masa nak pergi pam susu 
  • Susu drop waktu datang period, dan masa ni lah stok tak cukup
  • Biting-baby.. hehehe
  • Anak asyik nak melekat kat breast – tidur kat breast, minum kat breast, apa-apa pun mesti nak dekat breast mak. Tension.
  • Orang sekitar tengok anak kurus aje.. ni sebab kasi susu badan tak cukup khasiat lah ni! Tekanan dari persekitaran pun antara cabaran hebat tau!

Haaa… ingat semudah 1,2,3? Jadi sangat penting untuk ibu-ibu yang berniat nak menyusukan anak tahu yang penyusuan badan juga ada cabaran-cabaran tersendiri.

Untuk bantu hadapi cabaran ni, ibu boleh pergi ke kelas penyusuan, dan join group-group yang mesra breastfeeding di facebook ke di kawasan perumahan ke supaya senang nak bertukar-tukar cerita, berkongsi idea dan sebagainya.

Lagi satu, bila dah anticipate ada kesusahan, subconscious mind akan lebih bersedia bila cabaran tu datang.

Ala-ala askar la, mana lagi besar kemungkinan untuk kalah, askar yang bersiap sedia 25 jam atau pun askar yang kena serang hendap waktu sedang tidur?

Macam tu lah kita. :)

Happy breastfeeding mommies!

Putri Zulaikha Amin,
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com