Wednesday, January 20, 2016

Foremilk dan Hindmilk Yang Ibu Perlu Tahu Beza Supaya Bayi Naik Berat Cantik

Kalau banyak baca tentang penyusuan badan, pasti ibu akan terbaca istilah kolostrum, foremilk dan hindmilk.

Apa bezanya, dan kenapa penting nak tahu? Jom tengok!

Kolostrum

Susu pekat kekuningan yang terhasil selepas beberapa jam atau beberapa hari selepas bayi dilahirkan.

Kuantitinya sedikit sahaja cukup untuk perut bayi yang masih kecil, tapi kaya dengan antibodi yang sangat-sangat diperlukan bayi yang baru lahir.

Selepas beberapa hari kelahiran, susu ibu akan mula keluar dan boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu foremilk dan hindmilk.



Foremilk

Merupakan susu yang mula-mula dikeluarkan sewaktu penyusuan.

Kandungannya lebih cair dan warnanya putih kehijauan atau kebiruan.

Foremilk tinggi kandungan air, vitamin larut air, karbohidrat dan protein, dan berfungsi untuk menghilangkan dahaga bayi.

Kalau ikut orang tua-tua, foremilk ni dikenali sebagai susu awal, sebab dia akan keluar awal sekali setiap kali proses penyusuan berlaku.

Hindmilk

Merupakan susu yang keluar selepas foremilk.

Susu belakang ni selalunya lebih pekat, berwarna lebih “rich” ala-ala susu penuh krim berbanding foremilk (yang nampak seperti low fat milk pun iya) dan mengandungi kalori dan lemak yang tinggi.

Fungsi utama kandungan susu hindmilk ni adalah untuk mengenyangkan bayi dan juga pastikan berat badan bayi naik cantik sesuai dengan graf pertumbuhannya.

Mana satu yang lebih penting, foremilk atau hindmilk?

Jawapannya, kedua-dua pun penting.

Macam yang saya tulis di atas tu, foremilk kaya dengan protein, karbohidrat dan vitamin yang penting untuk perkembangan otak bayi dan tenaga.

Hindmilk pula sarat dengan kalori dan lemak yang penting untuk tumbesaran badan bayi dan juga berat badannya.

Bayi tak cukup hindmilk akan kurang air dan mungkin dehydrate. Tak cukup hindmilk, berat naik tak cantik pulak.

Sebab tu penting untuk susukan anak pada satu-satu breast sampailah breast terasa “ringan” atau “kosong”. Tu tanda bayi dah dapat foremilk dan hindmilk yang mencukupi.

Kesan ketidakseimbangan foremilk-hindmilk

Kalau bayi nampak ada simptom-simptom di bawah, kemungkinan adalah bayi dapat foremilk dan hindmilk yang tak seimbang.
  • Bayi meragam
  • Selalu kembung atau sakit perut
  • Najis bayi menjadi kehijauan
  • Berat bayi tak meningkat dengan sepatutnya
  • Bayi asyik terberak-berak

Jika bayi ibu nampak macam ada simptom-simptom di atas, sebabnya mungkin
  • Susu ibu tak seimbang. Foremilk lebih banyak dari hindmilk
  • Ibu cepat sangat tukar breast sewaktu menyusu. Bayi tak sempat dapat hindmilk, dah tukar breast
  • Susu ibu terlalu banyak (oversupply) – bayi dah kenyang menyusu foremilk sahaja tanpa sempat dapatkan hindmilk
  • Bayi mengantuk. Hisap sedikit dah tertidur – tak sempat dapat hindmilk

Jika ibu hidapi masalah di atas, boleh cuba tips-tips di sini:
  • Pam sedikit susu untuk keluarkan hindmilk (bagi kes oversupply) sebelum menyusukan bayi. Bila menyusu, bayi akan sempat dapat minum hindmilk
  • Pam lebih konsisten untuk kerap kosongkan breast – makin kosong breast, makin tinggi kandungan hindmilk
  • Susukan sebelah payudara sahaja (kurangkan tukar breast). Sebelah lagi pam buat stok.

Untuk ibu-ibu baru, jangan mudah berputus asa. Dengan tahu jenis susu anda, lebih mahir untuk adjust dan sesuaikan dengan keperluan bayi!

Untuk ibu yang sering merasa lesu, penat dan letih untuk mengepam dan bangun malam menyusukan bayi, dapatkan set penyusuan special dari saya untuk bantu cergaskan badan dan hilangkan lesu (bonus : tips istimewa tambah susu). Hubungi saya di 017-6021189 sekarang.

Atau, klik saja di butang di bawah untuk belek-belek katalog online, dan terus beli guna kredit / debit kad!






Putri Zulaikha Amin
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189





0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com