Friday, January 29, 2016

Cara Cepat Kira BMI Tanpa Kalkulator

Salah satu cara nak tentukan tahap kegemukan seseorang adalah dengan kira BMI.

Selalunya formula matematiknya adalah kira kombinasi antara berat dan tinggi.

Semestinya perlukan kalkulator, eheh.

Ataupun senang, banyak jugak online calculator yang boleh digunakan, contohnya di sini, atau di sini.

Tapi hari ni Put nak kongsikan cara mudah dapat "indikator" BMI kita sama ada kurus ke overweight ke obese ke ape tanpa perlukan nombor! Waaaahhhhhhhhhh

Teruja kan hehe

Memperkenalkan teknik yang kujumpa di internet ni...



Semestinya tak tepat (paling tepat adalah masukkan berat dan tinggi dalam kalkulator!) tapi untuk nak quickly check di manakah tahap keseriusan berat badan kita, good enough, kan?

Bye! Nak pergi ukur pergelangan tangan sendiri niiii


Putri Zulaikha Amin
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS/WA 017-6021189

Thursday, January 28, 2016

Lelaki Tak Boleh Ambil B Complex, Ada Asid Folik! (Lelaki Bukan Nak Hamil Pun?)

Bila tengok semua artikel tentang asid folik dok cerita tentang kepentingan asid folik untuk ibu hamil untuk elakkan risiko spina bifida pada bayi, habis kecoh pulak bila cadangkan B complex untuk lelaki.

Saya bukannya nak lahirkan anak pun? - antara respon normal yang Put terima bila Put sarankan lelaki untuk ambil B complex juga.

Suplemen Vitamin B biasanya berwarna kuning pekat

Sebenarnya apa asid folik tu?

Asid folik, atau sumber semulajadinya folate adalah sejenis vitamin B (B9) yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Kalau nak tengok dari sumber makanan, telur antaranya adalah sumber semulajadi yang bekalkan folate.

Lelaki makan telur, kan? Hehe

Kalau ikut kajian, asid folik memang beri manfaat yang banyak kepada ibu hamil - dari segi kawalan emosi dan paling penting, untuk kurangkan risiko kecacatan spina bifida pada janin.

Kajian menunjukkan ibu yang merancang (baru rancang tau, belum hamil lagi) untuk hamil sangat sangat digalakkan untuk mulakan pengambilan asid folik secara konsisten sekurang2nya 4 bulan sebelum hamil untuk menyediakan badan buat janin.

Untuk lelaki pula, jangan pulak risau akan hamil kalau ambil B Complex ni.

Antara kebaikan B complex untuk lelaki, terutamanya asid folik tu termasuklah:

  • Membantu merawat masalah kesuburan lelaki
  • Membantu mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki, untuk elakkan janin tidak hidup lama
  • Membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah merah baru - penting untuk elakkan penat, lemah dan rasa tidak bertenaga
  • Memberi manfaat pencegahan kanser kolon, strok dan penyakit jantung

Dalam artikel di Infertility website, katanya;
Folate levels measured in semen have been associated with sperm count and health. One study found that low folate levels in semen were associated with poor sperm DNA stability.

Dalam set shaklee yang mana lelaki boleh ambil B complex?

120 tablets sebotol, tahan untuk penggunaan selama 4 bulan. Berbaloi-baloi!


Buat yang nak menjaga kesihatan secara am - B complex adalah salah satu vitamin asas untuk menyokong fungsi badan

Buat yang nak berikan set Vitamin anak bijak untuk anak lelaki - B complex membantu mengawal emosi dan menjadikan pelajar lebih ceria dan tenang untuk belajar

Buat yang sering migrain - gabungan B Complex dan Ostematrix (kalsium magnesium) boleh mengurangkan frekuensi serangan

Dan banyak lagi lah!

Oleh sebab tu, dapatkan nasihat dari pengedar yang betul ya. Jangan sampai salah dan terlepas peluang untuk nikmati kebaikan2 yang B complex ni boleh tawarkan!

Putri Zulaikha Amin
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / Whatsapp 017-6021189

Tuesday, January 26, 2016

Kenapa Perlu Ambil Vitamin C Walaupun Dah Makan Oren

Ramai yang dah memang consume vitamin C, kan?

Kalau pergi farmasi and rasa-rasa macam nak beli vitamin untuk lebih sihat and tatau nak beli vitamin apa, paling simple nak start is dengan vitamin C.

And why not, right? A boost on the immune system is what everyone needs nowadays with the polluted air, crazy work hours and all.

For me, I choose vitamin C from shaklee for 3 reasons:

1. Shaklee buat research and studies untuk vitamin-vitamin dia. Walaupun supplemen tak perlukan kelulusan testing macam drugs (i.e smorang sebenarnya boleh je cipta vitamin sendiri), tapi Shaklee tetap subject their vitamins to these testings and approvals untuk pastikan berkesan.

2. Teknologi sustained release yang ada dalam vitamin C Shaklee ni. Dulu belajar Chem ke Bio ntah, vitamin C ni larut air. Maksudnya makan banyok2 pun tak guna sebab nanti sikit je yang serap, selebihnya keluar kot kencing hewhew. Shaklee's Sustained Release tech lepaskan 100mg vitamin C for 5 hours (1 tab 500mg) so chances untuk badan serap adalah lebih banyokkk mihmihmih I is liking&128081;

3. Tak mahal!1 botol ada 180 tabs pada harga RM 92. Which means like lima ploh sen sebijik for all the goodness my body will be getting? Totally worth it.  Beli sebotol makan sampai 6 bulan pulak tuu


So kalau masih terpinga-pinga nak mula vitamin apa, Put suggest mulakan hari anda dengan Vitamin C dari Shaklee ni! Hehe PM for order ya! 017-6021189

Putri Zulaikha Amin
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189


Lecithin dan Omega Guard Bantu Bakar Lemak Berbeza

Kalau yang dah familiar dengan konsep vitamin untuk kuruskan badan dengan shaklee, akan tahu yang formulanya adalah:

Bakar + Buang + Bina

Konsep 3B ni penting supaya berat badan turun dengan sihat, bukan kurus tapi sakit.

Untuk "Bakar", produk yang dicadangkan adalah sama ada Lecithin, atau Omega Guard.

Atau kedua-duanya.

Soalan yang sering Put dapat adalah orang tanya - apa beza lecithin dan omega guard untuk bakar lemak?



Sebelum tu, jom kita tengok dulu apa beza fungsi kedua vitamin ni jom.

Lecithin



Lecithin adalah agen pengemulsi lemak yang mantap.

Bayangkan kita makan malam.

Lemak-lemak dalam gumpalan besar yang masuk dalam badan akan dipecah-pecahkan oleh Lecithin dan disaluti lecithin untuk elakkan lemak tersebut dari termendap dalam badan.

Lemak-lemak kecil ni dah tentu kemudiannya lebih mudah untuk dibuang melalui exercise atau oleh agen detox alfalfa / herblax.

Manakala Omega Guard pula...

Omega Guard


Omega Guard bertindak sebagai agen pembakar lemak.

Lemak yang dibakar pula adalah lemak-lemak degil yang dah termendap dalam badan dan sangat sukar disingkirkan.

Omega guard juga kaya dengan minyak ikan omega-3 yang mengawal selia penghasilan hormon leptin, iaitu hormon yang mengawal rasa lapar. Makin banyak hormon leptin, makin kurang rasa nak makan sebab rasa kenyang lama :)

Jadi jika persoalannya yang mana nak ambil?

Jawapannya ikut budget dan tujuan diet anda.

Nak kurus secepat mungkin sebab nak kahwin in 6 months, atau ok untuk nampak kesan perlahan-lahan?

Budget penting, atau tak kisah berapa harga?

Analoginya adalah seperti naik kapal terbang vs naik kereta untuk sampai ke destinasi. Naik kapal terbang semestinya lebih cepat dan laju, tapi kosnya mahal sikit lah (atau mahal banyak, bergantung kepada berapa "jauh" destinati). Ini adalah omega - kesannya lebih pantas selalunya, tapi harganya lebih mahal.

Atau pun boleh pilih untuk naik kereta - lebih murah dari segi kos, tapi sampai tentunya lebih lewat dari kapal terbang.


Salah satu kombinasi bajet popular adalah Lecithin, digabungkan dengan alfalfa complex sebagai agen detox. Pengambilan konsisten selama 4-6 bulan akan menampakkan hasil positif. 



Kalau masih keliru, jangan risau-risau. SMS Put 017-6021189 untuk bantuan mana yang sesuai ya :)


Putri Zulaikha Amin,
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189


Monday, January 25, 2016

Set Slimming Shaklee Tawarkan Nutrisi Sesuai Untuk Elak Diet Lepastu Gemuk Semula

Bagi yang nak cuba pengambilan makanan tambahan untuk kurus, boleh cuba set slimming Shaklee yang terdiri dari rangkaian vitamin semulajadi.

Konsep kuruskan badan yang Shaklee tawarkan adalah konsep 3B - Bakar, Buang dan Bina.

Tapi sebelum tu, untuk yang nak diet, Put nak ingatkan konsep diet

  • Kalori in < kalori out. Maksudnya apa yang masuk dalam badan mestilah kurang daripada yang dikeluarkan / dibakar / dikumuhkan dari badan - baru lah ada weight loss.
  • Diet = 80% food and nutrition, 20% exercise.


Okay jom kita tengok satu-satu apa nutrisi yang ada untuk 3B ni!



BUANG

Buang atau dalam erti kata lain = detox.

Salah satu aspek yang banyak orang tertinggal / terlupa waktu diet adalah nak pastikan setiap nutrisi yang masuk dalam badan tu diserap dengan baik.

Detox penting untuk membersihkan usus dan mengeluarkan toksin, menjadikan penyerapan nutrien lebih mudah dan paling penting, berkesan.

Iya lah, waktu diet kita nak limitkan pengambilan makanan kan? Jadi nak pastikan walaupun sedikit kuantiti yang masuk, semuanya (atau close to 100%) diserap dengan baik.

Untuk detox, ada tiga produk pilihan;

Herb-Lax

Herblax bertindak khas untuk detox usus, dan komponen utamanya adalah Daun Senna.

Menariknya, daun senna ni dah digunakan sejak zaman Rasulullah lagi untuk melancarkan pergerakan usus besar (rujukan dari Tibb an-Nabawi).


Alfalfa Complex

Alfalfa adalah sejenis herba semulajadi yang mempunyai pelbagai kegunaan, dan salah satunya adalah untuk detox seluruh badan secara lembut.


DTX Complex

DTX Complex mempunyai kandungan milk thistle yang digunakan dalam perubatan Islam, dan fungsinya lebih kepada mendetoks hati.


Yang mana satu nak kena beli untuk detoks? Satu atau semua atau yang mana?

Jawapannya ikutlah bajet anda. Jika beli semua pun, tak semua perlu di makan setiap hari (contohnya kita "detox" rumah kita dari habuk dan kekotoran, tak buat setiap hari pun, kan).

Selalunya produk yang jadi pilihan adalah alfalfa complex (untuk detox lembut harian) dengan kombinasi herblax (untuk detox intensif permulaan, dan juga maintenance selang beberapa hari).

BAKAR

Selain bakar, Shaklee juga menawarkan produk untuk membakar lemak dari badan.

Lecithin

Lecithin adalah nutrisi yang tak dapat dihasilkan sendiri oleh badan, dan perlu didapati dari sumber makanan atau suplemen. Fungsinya sebagai pengemulsi lemak sangat berguna untuk diet - lemak-lemak dari makanan baru akan dipecahkan kepada molekul-molekul yang lebih kecil supaya mudah dibakar dan dibuang dari badan.

Ia juga berguna untuk ibu menyusu bagi mengelakkan bengkak susu.


Omega Guard

Omega guard mengandungi asid lemak omega-3 yang penting. Kajian menunjukkan asid lemak omega-3 berhubung rapat dengan pengawalan hormon leptin, iaitu sejenis hormon yang mengawal selia rasa lapar.

Kajian juga menunjukkan pengamalan minyak ikan yang kaya dengan omega-3 boleh menguraikan lemak-lemak lama yang termendap di dalam badan untuk dinyahkan, seolah-olah kita ni adalah mesin pembakar lemak.

BINA

Setelah susah payah detox dan bakar, salah satu aspek penting adalah untuk pastikan jisim otot tak berkurangan.

Jisim otot yang terjejas melalui diet yang tak betul hanya akan berikan ilusi kurus sementara - bila dah tak diet, berat kemungkinan naik mendadak. Kesan ini dipanggil kesan yo-yo, dan sangat biasa terjadi dalam proses diet.

Oleh itu, Shaklee mementingkan konsep bina otot supaya metabolisme yang baik dapat dikekalkan (atau ditingkatkan) dan tak terjadi efek yo-yo ni.

Ada dua produk pilihan untuk bina otot dengan sihat, iaitu:

Cinch Shake Mix

Keistimewaan Cinch Shake Mix adalah protein Leucine yang memelihara jisim otot

Energizing Soy Protein

Alternatif kepada cinch shake mix adalah ESP, yang mempunyai kandungan protein soya non-gmo berkualiti tinggi.


Selamat memilih produk anda. Yang penting Putri nak ingatkan, nak kurus sebenarnya bagus, tapi pilihlah diet dengan cara yang sihat.

Untuk sebarang nasihat tentang produk yang sesuai diambil, whatsapp Putri di 017-6021189 ya.


Putri Zulaikha Amin
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189

Sunday, January 24, 2016

Nak Turunkan Berat Badan, Turunkan Berat Badan Dengan Cara Sihat Ya

Berat badan adalah sesuatu yang bersifat subjektif.

Ada yang suka berat badannya rendah dan badan nampak "slim", ada yang lebih gemarkan sedikit "isi" supaya kelihatan comel.

Yang pasti, berat badan yang dikaitkan dengan "berlebihan" atau "obesiti" menjadi perkara yang menakutkan kerana risiko penyakit yang lebih tinggi.

Oleh sebab tu, tak kurang ramai orang yang cuba turunkan berat badan dengan cara yang salah - diet yang terlampau ketat sampai badan jadi kurus tapi lembik, ataupun terjebak dengan kancah diet yang langsung tak sihat (aneroxia atau bulemia).

Nak slim ke, nak comel ke, nak ada bentuk badan ke, penting untuk lakukan dan capai hasrat dengan cara yang betul.



Antara tips turunkan berat badan dengan sihat:

HIDANGAN SEHARI = TIGA

Pastikan pengambilan sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Makan dengan teratur akan membantu mengekalkan kadar metabolisme badan. Ambil makanan sesuai dengan cadangan piramid makanan, iaitu seimbang antara karbohidrat, protein dan juga sayuran. Jika rasa nak makan snek, ambil lah buah-buahan.

MINUM AIR DENGAN BANYAK

3-4 litre sehari secara am nya, atau pun 1 litre air bagi setiap 22.7 kg berat badan anda. Air penting untuk membantu serat dari makanan anda menjalankan tugasnya (perkumuhan dan buang toksin), dan air juga medium penting untuk pastikan nutrisi dari makanan yang anda ambil diserap elok oleh badan.

KURANGKAN GULA

Jauhi minuman bergas, atau minuman dalam tin yang kandungan gulanya memang dah ternyata ya ampun, tinggi banget

KURANGKAN KAFEIN

Berita buruk buat penggemar coffee, mungkin anda perlu "slow down" habit minum kopi sekiranya anda berniat untuk menguruskan badan. Kafein membantutkan penyerapan nutrisi. Sekiranya anda peminat kopi tegar, had kan kepada secawan kecil sahaja sehari.

JANGAN BIARKAN PERUT KOSONG

Satu kesalahan diet adalah dengan membiarkan perut kosong atau skip waktu makan dengan harapan lemak baru tak bertambah. Ini salah, ya. Makan yang teratur dan perut yang sentiasa berisi akan membantu usus untuk menjalankan fungsinya, memelihara kesihatan enzim pencernaan kita supaya berfungsi dengan  normal dan membolehkan kdar metabolisme dikekalkan.

AMBIL LEBIH PROTEIN

Sekiranya anda rajin bersenam, anda mungkin akan membakar lebih lemak dan bina lebih otot. Ambil protein seperti ayam, daging, telur, ikan atau dari sumber soya untuk memenuhi keperluan tubuh ini tanpa menambahkan lemak dalam badan.


Nah, nampak mudah sahaja kan tapi kenapa masih ramai yang obesiti?

Jawapannya mudah sahaja.

Tak disiplin dan salah teknik menguruskan badan.

Nak tahu bagaimana tips turunkan berat badan dengan sihat dengan bantuan vitamin semulajadi dari Shaklee?

Jeng jeng jeng... hehehhe

Hubungi Put di 017-6021189 untuk pertanyaan, ya!


Putri Zulaikha Amin
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189

Saturday, January 23, 2016

Bagaimana Pemakanan Minyak Ikan Dengan Konsisten Bantu Kuruskan Badan

Untuk yang dah baca nutrisi yang boleh bantu kuruskan badan dari Shaklee, mesti dah tau yang salah satu suplemen untuk bakar lemak adalah Omega Guard a.k.a minyak ikan tulen yang best.

Kalau anda nak turunkan berat badan, salah satu usaha mudah yang boleh anda ambil adalah makan beberapa kapsul suplemen minyak ikan setiap hari.

Tak seperti suplemen kuruskan badan yang lain, minyak ikan takkan membuatkan anda merasa resah, nervous atau kesan sampingan tangan berpeluh dan sebagainya.

Dan lebih best, selain kuruskan badan, minyak ikan memberikan pelbagai lagi manfaat kesihatan lain (seperti mengurangkan asma, membantu kecerdasan otak, mengurangkan inflamasi / radang sendi) tanpa disangka-sangka.

Mana ada produk kuruskan badan yang boleh buat claim macam ni, kan?



Dalam artikel ni, Put senaraikan 4 cara minyak ikan boleh bantu anda kuruskan badan, atau dapatkan berat badan idaman anda with less work. Selamat membaca!

Minyak Ikan Mengurangkan Lemak dan Bina Otot

How?

Dalam kajian, pengambilan minyak ikan yang konsisten  secukupnya boleh bantu anda kurangkan peratusan lemak dan bina otot dalam badan - tanpa sedikitpun mengubah diet harian!

Dalam kajian tersebut, subjek mengambil 2g minyak ikan setiap hari selama 6 minggu, dan di akhir kajian mereka dapati mereka telah hilang lebih dari 3 kg of body fat.


Hanya tambah minyak ikan dalam diet harian.

Berbalik kepada Shaklee, dos maksimum yang dicadangkan untuk bakar lemak (bagi sesiapa yang nak kuruskan badan tu) adalah 6 kapsul sehari = bersamaan 2000mg / 2g minyak ikan.

Nampak tak nampak takk

Minyak Ikan Buat Rasa Kenyang Lebih Lama

Salah satu masalah orang nak berdiet adalah asyik-asyik rasa lapar sampai tak sabar nak makan.

Makan beberapa kapsul minyak ikan selepas setiap sajian makanan mungkin boleh menyelesaikan masalah ni.

Dalam satu kajian, wanita-wanita yang mempraktikkan ini (makan minyak ikan selepas makan makanan berat) melaporkan mereka rasa kenyang lebih lama dan secara keseluruhannya, makan dalam kuantiti yang sedikit.

Tiada kajian yang cakap kenapa atau bagaimana minyak ikan membantu kawal rasa lapar ni, tapi antara kemungkinan besar adalah kemampuan minyak ikan untuk membantu mengawal hormon serotonin.

Hormon serotonin membantu dalam mengawal mood dan selera makan.

Minyak Ikan Bantu Kurangkan Pemendapan Lemak

Satu kajian menunjukkan minyak ikan mengurangkan risiko makanan yang kita makan tu disimpan sebagai lemak.

Ini akibat daripada peranannya meningkat sesuatu yang dipanggil "sensitiviti terhadap insulin".

Semakin sensitif sel badan kita terhadap insulin, semakin kurang kemungkinan makanan untuk disimpan menjadi lemak.

Apa nak tengok bila nak beli minyak ikan?

Pastikan anda memilih minyak ikan yang dijamin selamat dari bahan kimia berbahaya dan tinggi kandungan omega-3 nya.

Jangan cepat membeli minyak ikan di pasaran yang terlalu murah tapi nampak banyak kuantiti kapsulnya. Minyak ikan berkualiti selalunya perlu datang dari laut dalam yang sejuk, yang mana ikan-ikannya perlu tinggal jauh ke dalam laut supaya minyak yang diambil bebas dari bahan kimia berbahaya seperti merkuri.

Proses nak menghasilkan minyak ikan pun bukannya mudah - perlu berperingkat-peringkat dengan teknik khas supaya kandungan zat omega-3 tidak musnah.

Jadi... macam tak logik kalau dijual murah-murah melampau-lampau, kan?

Minyak ikan Shaklee yang mempunya lebih kandungan EPA dan DHA berbanding selected other brands


Dah baca dan tau kebaikan minyak ikan, apa lagi?

Jangan tunggu lama-lama untuk dapatkan sebotol Omega Guard hari ini. Harga sebotol adalah RM 136, dan tentunya lebih murah sekiranya anda mendaftar sebagai ahli dan terus buat belian menggunakan keahlian anda tu.

Hubungi Putri untuk pertanyaan, pesanan atau pun sekiranya berminat untuk menjadi ahli. 
017-6021189 tau!


Putri Zulaikha Amin,
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189

Thursday, January 21, 2016

Manfaat Kerap Pam atau Selalu Susukan Anak Sampai Breast Tak Pernah Penuh

Satu lagi perkongsian yang saya selalu sharing dengan customer yang berniat nak jayakan penyusuan sampai bertahun-tahun adalah PERLU SELALU PAM ATAU SUSUKAN ANAK.

Tak perlu risau
  • Alah susu bukan ada pun kalau pam kerap, breast lembik je ni
  • Asyik susukan anak je nanti dia asyik nak melekat, susah lah nak tinggal

Manfaat Kerap Pam Susu

Adalah pertamanya ibu akan perasan lama-kelamaan, susu akan bertambah-tambah. Syok sangat.


Syok tak kalau susu melimpah-limpah macam air terjun ni? Tak yah risau stok tak cukup.. hehe

Badan akan ingat bayi nak menyusu dengan banyak, dan automatik akan hasilkan susu sebanyak yang diminta.

Badan kita pemurah dan rasional.

Lagi banyak mintak susu (melalui pam atau susukan anak secara direct), makin banyak susu yang dihasilkan.

Dan sebaliknya.

Lagi kerap tak pam atau malas nak lekapkan anak, lama-kelamaan susu akan drop dengan sendirinya.

Waktu awal-awal kerap pam, ibu mungkin akan perasan yang susu tak berapa banyak, ataupun breast masih lembik.

Tapi jangan tertipu.

Jangan tangguhkan sesi mengepam sampai breast dah penuh, berat dan bengkak.

Manfaat kedua yang kebanyakan ibu tak tahu adalah

Semakin kerap ibu mengosongkan breast, kandungan hindmilk akan bertambah.

Secara teori, semakin sedikit susu yang ada di payudara, semakin pekat keadaan susu.

Susu yang pekat ni dipanggil hindmilk, iaitu jenis susu yang kaya dengan protein, kalori dan berlemak yang sangat penting untuk
  • Naikkan berat badan bayi
  • Buatkan bayi kenyang
Jadi walaupun ibu berikan pelbagai sebab dan alasan untuk tak kerap mengepam atau susukan bayi secara direct, ketahuilah yang sedikit kesusahan sebenarnya menjanjikan pulangan yang lumayan.

Siapa yang tak gembira bila lihat wajah bayi yang membesar sihat berkat susu ibu yang kita susah-payah “latih badan” untuk melimpah ruah, kan?


Untuk ibu yang sering merasa lesu, penat dan letih untuk mengepam dan bangun malam menyusukan bayi, dapatkan set penyusuanspecial dari saya untuk bantu cergaskan badan dan hilangkan lesu (bonus : tips istimewa tambah susu). Hubungi saya di 017-6021189 hari ini.



Putri Zulaikha Amin
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189

Pros & Cons Tinggal Dengan Mak Bila Dah Beranak-Pinak

Saya masih tinggal dengan mak saya (hewhew anak sulung yang tak pandai nak move-on). Dari lahir lagi (duh), sampailah sekarang dah hampir beranak dua.

Nasib baik bukan tinggal dengan mertua, yang saya pasti cabarannya lelebih lagi.

Secara generalnya, ada pros and cons tinggal dengan parents (baik sendiri mahupun mertua). 

Cons nya termasuklah:
  • Orang tua sibuk nak tolong sama men’didik’ anak kita. Iyalah orang tua dah lebih lama makan garam, mestilah diorang claim cara diorang yang terbaik
  • Nak jemput keluarga mertua dan member-member datang melepaks pun segan. Kita segan, diorang apatah lagi nak datang pun segan.
  • Nak bergaduh dengan suami pun susah. Yelah, muka masam sikit mak dah tanya “ni ngkorang ni ade problem ke ni?” Aduhai
  • Kena jaga aurat dalam rumah. Korang complain kena pakai tudung gi kerja tu panas? Dik, akak nak pergi tandas pun kena menutup aurat. Dah siap mandi, nak melintas masuk bilik pun kena berlitup gitu.
  • Susah nak bercakap atau berbincang hal peribadi dengan suami. Ya lah, makan ramai-ramai, duk lepak kat ruang tamu pun reramai. Ada masa pun bila dah masuk bilik. Boleh lah nak berbincang, tapi selalunya masuk bilik masing-masing dah mengantuk dan nak tidur. Kalau tak ngantuk pun, anak dah tidur so tutup lampu, mata sendiri dari tak ngantuk pun jadi ngantuk huwargh
  • Anak dapat ajaran yang tak konsisten. Nenek ajar doa tidur gaya lain, mak ajar lain, haha. Bapak nak didik anak jadi berani, makcik takut2kan anak dengan cicak.. haha
  • Dan sebagainya..
Kalau nak list pasal nak complain, memang berlambak. Tambah-tambah kalau jenis suka komplen, weh tak tidur nak listkan kat sini.

Tapi sebenarnya banyak jugak kebaikan tinggal dengan mak sendiri. Nak-nak kalau dapat mak sporting yang hormatkan orang lain - tak banyak masalah pun.

Tinggal kita kena pandang dari sudut positif aje lah, jangan terpengaruh dengan stigma ko dah kawin tapi masih duduk bawah ketiak mak? Malu lah!

Kebaikan tinggal dengan mak sendiri termasuklah:
  • Tak perlu risau tinggalkan anak nak keluar dengan suami. Nenek lagi sayang cucu dari anak
  • Barang-barang anak boleh pau dari atok nenek
  • Anak lebih ceria dan bersosial – ramai makcik, pakcik, atok, nenek yang nak melayan dan boleh lah kalau kau nak mandi lama sikit ke, layan movie ke, tidur ke
  • Kurang peluang nak gaduh ngan suami. Nak gaduh macam mana, keluar bilik je dah kena tegur manis muka. Nak mogok pun malas sebab nanti.... mak tahu. Hehe
  • Balik kampung sebelah lagi satu je. Jimat kos.
  • Jimat duit sebab makan minum elektrik semua mak pak yang bayarr muehehehee #bijaktanpaduakerja
  • Tak susah payah nak mintak tips memasak ke kemas rumah ke apa.. cuma perlu naik tangga ketuk bilik mak dan tanya
  • Rasa disayangi macam masih umur kecik-kecik (walaupun dah tua bangka)
  • Kurang rasa perlu keluar cari kawan-kawan untuk kemeriahan hidup sebab weh, tinggal serumah dengan mak dan 5 orang adik beradik campur tah berapa ramai ipar (dan bakal-bakal anak sedara) sudah cukup meriah dan memeningkan

Tambah huru-hara bila hujung minggu semua orang ada di rumah.. meriah lain macam..

Tapi yang paling penting, pros dan cons ni kita yang come-up with. Maksudnya ni semua buatan manusia dan ada dalam kawalan minda kita maka sebenarnya, terpulang kepada kita macam mana kita view semua benda ya.

Utama untuk pandai bertolak-ansur. Bukan rugi apa pun, ahli keluarga sendiri jugak.

Tapi bertolak-ansur dengan berhemah ya, jangan sampai dibuli atau dipijak kepala.

Kalau sampai kena bertolak ansur bab-bab agama, boleh lah mula cari rumah lain untuk pindah.


Putri Zulaikha Amin,
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189




Wednesday, January 20, 2016

Mindset Penting Yang Perlu Ada Untuk Ibu Menyusu Supaya Tak Kecundang

Dengan isu “brealfie”, dah tentu makin ramai ibu-ibu yang lebih aware tentang breastfeeding.

Walaupun kontroversi, tapi selalunya isu-isu viral ni lah yang bantu cipta awareness dengan cepat.
Tak perlu saya nak ulas tentang kontroversinya isu brealfie ni sebab dah meluas liputannya. Google aje, mesti jumpa.

Tinggalkan yang buruk, dan ambil yang baik, kata orang.

Jika anda salah seorang yang baru aware tentang breastfeeding ni, kepentingannya dan berniat nak menyusukan anak anda nanti, ketahuilah bahawa

Walaupun breastfeeding is natural, it takes a lot of work

Kebanyakan ibu yang gagal menyusukan anak pertama, kedua, kelima hatta kesepuluh dan seterusnya berjaya menyusukan anak seterusnya, akan jawab “kurang pengetahuan” bila ditanya kenapa gagal sebelum berjaya.

Mindset yang betul adalah penting untuk capai cita-cita

Thomas Edison takkan berjaya cipta lampu tanpa mindset “gagal sekali, tak bermakna gagal selamanya”

Jadi apa agaknya mindset untuk berjaya menyusukan bayi tanpa nak kena tunggu bayi kesepuluh (hoh…)?



Mindset #1 : Penyusuan Badan Itu Perlu – for Both Ibu & Anak

Sebagai manusia yang pentingkan diri sendiri, nak buat apa-apa mesti nak fikir apa manfaat pada diri sebelum fikir apa manfaat pada orang lain.

Tak apa, tak salah pun. Put pun sama hewhew

Mindset paling penting adalah mendidik minda untuk tak fikir yang breastfeeding ni membazir, atau sama saja dengan beri anak susu formula, atau susu rendah lemak Dutch Lady.

Antara kebaikan penyusuan badan untuk ibu termasuklah:

  • Ibu lebih cepat kembali ke berat badan asal. Satu sesi penyusuan membakar kalori sama dengan berjogging atau 1 jam di gymnasium. Mudah ke mudah?
  • Prevention semulajadi kepada kanser payudara dan ovari, dan  kurangkan risiko osteoporosis
  • Mengawal kehamilan secara semulajadi
  • Dan macam-macam lagi..


Kredit ciknursing.com


Dah puas hati tengok kebaikan untuk diri sendiri, terapkan pulak dalam minda kebaikan kepada bayi.

Untuk bayi pulak, susu ibu adalah sangat penting dan bermanfaat, sampaikan World Health Organization (WHO) galakkan penyusuan ibu eksklusif selama sekurang-kurangnya 6 bulan pertama bayi sebab manfaatnya yang tak dapat ditandingi dan dibuat oleh “kilang-kilang” susu formula di luar sana.

Dengan susu ibu,

  • Bayi akan kurang masalah alergi dan penghadaman
  • Susu ibu kaya dengan antibodi yang amat-amat diperlukan bayi – bayi menyusu badan ada track record untuk kurang jatuh sakit berbanding bayi yang tak menyusu dengan maknya
  • Perasan tak susu formula sibuk-sibuk nak masukkan “kaya dengan DHA la EPA la APA la” dalam formula nya? Susu ibu dah semulajadi kaya dengan nutrisi yang penting untuk perkembangan otak bayi ni. Lagi magik, komposisi dan kandungan susu ibu akan bertukar sesuai dengan umur bayi tau. 
  • Dan macam-macam lagi.


Kredit susuibu.com

Dengan tahu kehebatan susu ibu dan manfaatnya kepada diri kita (ahem) dan bayi, mindset untuk terus berusaha menyusukan walaupun susah akan terbina.

Mindset #2: Susu Ibu Ada dan Cukup

Ada Facebook atau Instagram?

Sekarang trend semua orang berkongsi segala macam benda di media sosial, termasuklah kongsi gambar susu yang melimpah ruah.

Jangan tertipu atau cepat berputus asa bila tengok orang lain punya susu mak ai, sekali pam sampai 50 botol? Aku dua botol pun tak penuh…

Jangan.

Mindset kedua adalah susu kita adalah cukup untuk keperluan anak kita, dengan syarat konsep demand&supply dah diamalkan kaw-kaw punya.

Susu ibu secara semulajadi dah dijadikan untuk cukup, sesuai dengan umur bayi. Bukan tak boleh dirangsang untuk jadi lebih banyak (khas untuk ibu yang mungkin banyak berjauhan dengan bayi atas tuntutan kerja), tapi secara naturalnya akan mencukupi untuk bayi anda.

Elakkan dari terperangkap dengan kerisauan susu tak cukup, sampai akhirnya buat kesilapan untuk topup dengan susu formula.

Dan jangan tak tahu, bila mula topup, selalunya konsep demand&supply dah lari sampai lah akhirnya, susu badan jadi susu formula.

Mindset #3: Feed Mom to Feed Baby

Lagi satu mindset penting adalah – ibu menyusu perlukan kalori yang lebih banyak.

Jangan dok tergedik-gedik nak badan kurus solid macam Jennifer Lopez dengan cara kebulurkan diri sendiri (tak makan) atau ambik pil_langsing_dalam_10_hari atau Ubat Kurus Magis untuk turunkan berat badan.

Ya, walaupun menyusu badan boleh menguruskan badan ibu dengan cepat, tapi ada juga ibu yang tak kurus-kurus akibat tabiat pemakanan yang tak sihat.

Seelok-eloknya, makan makanan seimbang. Sudahlah khasiat makanan ibu akan disalurkan kepada bayi melalui air susu – takkan nak beri makan khasiat maggi aja bayi yang dah susah payah kita lahirkan tu, kan? (cop.. megi ada khasiat ke ek?)

Elok juga untuk tambah regim suplemen yang semulajadi dan berkualiti dalam diet ibu, sebab let’s face reality kat sini, berapa banyak ibu yang

  • Tak suka sayur? Angkat tangan
  • Hari-hari makan nasik bajet je sebab nak.. bajet? 
  • Suka makan makanan rapu
  • Belum lagi termasuk dengan bahan makanan kita yang dah tercemar dengan unsur-unsur genetically modified dan cara masak yang musnahkan zat?

Untuk tambah DHA dan EPA untuk pertumbuhan otak bayi, ibu boleh cuba amalkan makanan tinggi DHA dan EPA seperti ikan salmon ataupun suplemen omega guard yang dibuat dari minyak ikan laut dalam berkualiti.

Mindset #4: Penyusuan itu natural, tapi tidak mudah!

Akhir sekali, walaupun setiap wanita dilahirkan dengan sepasang payudara yang inshaAllah mengeluarkan air susu selepas bersalin (nak kata semua orang boleh menyusukan la, au naturel la untuk semua perempuan, gitew), mindset paling penting adalah to anticipate challenges.

Jangan ingat proses penyusuan badan adalah semudah yang ditunjukkan oleh mak-mak di Facebook, Instagram atau mak hang.

Antara cabaran yang mungkin akan menjengah:

  • Puting luka, melecet dan berdarah-darah sebab tak biasa dengan hisapan bayi yang kuat. Menangis sakit tau
  • Susu terlampau banyak sampai bengkak dan tersumbat. Kes teruk mastitis, siap sampai kena buat pembedahan pada breast untuk keluarkan nanah
  • Untuk yang bekerja, anak pulak tak mahu minum susu badan yang dah dimasukkan dalam botol
  • Anak langsung taknak melekap di puting susu, dan nak botol aje pulak dahh
  • Tak ada masa nak pergi pam susu 
  • Susu drop waktu datang period, dan masa ni lah stok tak cukup
  • Biting-baby.. hehehe
  • Anak asyik nak melekat kat breast – tidur kat breast, minum kat breast, apa-apa pun mesti nak dekat breast mak. Tension.
  • Orang sekitar tengok anak kurus aje.. ni sebab kasi susu badan tak cukup khasiat lah ni! Tekanan dari persekitaran pun antara cabaran hebat tau!

Haaa… ingat semudah 1,2,3? Jadi sangat penting untuk ibu-ibu yang berniat nak menyusukan anak tahu yang penyusuan badan juga ada cabaran-cabaran tersendiri.

Untuk bantu hadapi cabaran ni, ibu boleh pergi ke kelas penyusuan, dan join group-group yang mesra breastfeeding di facebook ke di kawasan perumahan ke supaya senang nak bertukar-tukar cerita, berkongsi idea dan sebagainya.

Lagi satu, bila dah anticipate ada kesusahan, subconscious mind akan lebih bersedia bila cabaran tu datang.

Ala-ala askar la, mana lagi besar kemungkinan untuk kalah, askar yang bersiap sedia 25 jam atau pun askar yang kena serang hendap waktu sedang tidur?

Macam tu lah kita. :)

Happy breastfeeding mommies!

Putri Zulaikha Amin,
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189

Mahu Tak Kalau Hilangkan Jerawat Selama-Lamanya, Kulit Jadi Licin dan Gebu?

Paling menakutkan untuk orang perempuan (mungkin lelaki jugak kut, tapi Put tak pasti lah sebab Put bukan lelaki, hehe) adalah jerawat yang timbul di wajah yang halus mulus ni.

Tu kalau kulit dah sedia halus mulus.

Lagi sakit hati kalau dia tumbuh, tumbuh, tumbuh dan terus tumbuh tanpa henti di luar kawalan. Stress tahu! Lintang pukang cari cara nak hilangkan jerawat dengan cepat, sampai produk kat instagram yang cakap hilang_jerawat_instantly pun rasa macam nak beli. 

Tengok cermin, muka yang dulu licin (okay lah, kalau pun tak licin, tak adalah berjerawat teruk) tiba-tiba diserang bintik-bintik merah yang bernanah dan menggelikan.

Lagi teruk pulak tu, lepas tumbuh tak hilang-hilang walaupun dah bermacam-macam produk kita cuba.

Duit habis, tapi jerawat masih bermaharajalela.

Sedihnya hati.

Masalah jerawat adalah masalah yang paling common. Hampir semua orang mesti pernah diserang penyakit jerawat ni, cuma bezanya ada yang kena teruk, ada yang kena jarang-jarang, ada yang jerawat macam nak singgah tapi malu-malu. Sekejap je pastu dia chow. Hehe.

Menurut Medical News Today, jerawat boleh berpunca dari:
  • Masalah hormon dalam badan - hormon androgen akan meningkat apabila umur meningkat dan menyebabkan minyak atau sebum dihasilkan berlebihan di kulit
  • Genetik
  • Pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi hormon tertentu
  • Pemakaian kosmetik yang tinggi kandungan kimia dan penjagaan muka yang tidak betul (pakai kosmetik, pehtu malas cuci terus tidur kekdahnye)
  • Perubahan hormon sewaktu mengandung
  • Stress melampau
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Tidur yang tak cukup
Hah banyaknya? Macam mana nak sembuh ni?

Menderita Jerawat Selama 7 Tahun, Akhirnya Kembali Berseri

Kakak ni tak berputus asa untuk dapatkan wajah yang bersih, bebas jerawat dan paling penting, kembalikan semula keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Jom tengok apa yang beliau lakukan.





Walaupun banyak punca jerawat, antara kesalahan ramai orang adalah cuma merawat luaran, tapi dalaman dibiarkan bersepah-sepah dan sakit.

Kan dah tengok antara penyebab jerawat adalah masalah dalaman, hormon dan sebagainya, kan?

Untuk mula merawat dalaman untuk masalah jerawat, saya cadangkan Set Kecantikan Kulit yang terbukti semulajadi, berkesan (tengok testimoni kakak dalam video di atas) dan paling penting, bebas kimia.

Vitamin apa yang sesuai untuk pulihkan wajah berjerawat?

Antara vitamin yang boleh dikategorikan dalam set kecantikan shaklee terdiri daripada Vitamin E, Vita C, GLA Complex, B Complex dan ESP



Kalau ambil semua, hasilnya tentu lebih baik tapi jom tengok dulu apa kelebihan setiap vitamin ni sampai boleh bantu kulit dan hilangkan jerawat?

Vitamin E
Vitamin E kaya dengan selenium dan antioksidan yang membantu mengurangkan garis halus, parut jerawat dan bintik di muka

Vitamin B Complex
Membantu pembinaan sel-sel baru. Muka yang berjerawat perlu diganti sel nya, dan vitamin B Complex ni bantu pastikan sel baru yang tumbuh tu segar dan tak cacat. B Complex juga menggalakkan hormon "gembira" yang mengurangkan stress dan tekanan emosi untuk wajah yang lebih berseri

Vitamin C
Vitamin C merangsang penghasilan kolagen yang merawat kedutan, mencantikkan kulit dan melambatkan penuaan

Energizing Soy Protein (ESP)
Kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan sel  dan wajah yang awet muda. Protein merangsang pembentukan sel dan kulit baru yang cantik.

GLA Complex berfungsi khas untuk membetulkan hormon dan mengelakkan jerawat dari terus tumbuh.


Nah, kalau masih ragu-ragu mana satu nak cuba, boleh lah SMS atau whatsapp Put di 017-6021189 untuk pertanyaan. Put akan bantu suggest yang sesuai untuk masalah kulit anda.

Jangan tunggu lama-lama, dan paling penting, kena selesaikan dari dalam, ya!

Putri Zulaikha Amin,
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / Whatsapp 017-6021189





When the Going Gets Tough, Remember Why You Started

Hari ni dapat feedback yang elok dari customer yahoooooo!

Such a special moment that warrants a blog post sebab feedback yang ni lebih bermakna dari biasa kerana!:

  • Dah beberapa hari tak close sales (sobs)
  • Dah buat sharing dan promo berkali-kali, tapi masih tak ada yang beli. Yang tanya ramai, tapi close deal belum lagi
  • Hampir rasa putus asa dan momentum nak sharing terasa agak lemah. Macam iman agaknya. Ada turun naik. Hewhew.

Dan hari ni tiba-tiba datang seorang hamba Allah yang tiba-tiba PM nak beli barang, dan tak banyak songeh terus nak daftar membership.

Dan sebelum pengakhiran pesanannya melalui Whatsapp, beliau cakap:

“Terima kasih ya atas sharing info banyak-banyak ni. Selalu baca sharing di blog awak. Banyak info berguna. Teruskan menulis ya”

Jiwa rasa berat. Bercampur baur perasaan sebak dan syukur.

Sebak bila dapat feedback elok macam ni at time like this.

Syukur sebab rasa macam Allah tengah bagi ingatan secara direct – remember why you did this in the first place.

Kau nak tolong orang.

Kau nak orang tahu kebaikan dan betapa best-nya ada badan yang sihat dan cergas supaya tak lesu tak dapat buat banyak benda.

Kau nak kongsi ilmu breastfeeding sebab kau sendiri dah rasa betapa bestnya dan pentingnya penyusuan badan untuk ibu dan anak, dan kau nak semua orang tahu how you did it with your firstborn.

And on top of everything, you wanted to share. To contribute. 

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Al-Ankabut, 69)

So a reminder to myself,

Keep on sharing. Setiap ilmu yang diamalkan will give your credits for the hereafter inshaAllah!



Putri Zulaikha Amin,
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189


Foremilk dan Hindmilk Yang Ibu Perlu Tahu Beza Supaya Bayi Naik Berat Cantik

Kalau banyak baca tentang penyusuan badan, pasti ibu akan terbaca istilah kolostrum, foremilk dan hindmilk.

Apa bezanya, dan kenapa penting nak tahu? Jom tengok!

Kolostrum

Susu pekat kekuningan yang terhasil selepas beberapa jam atau beberapa hari selepas bayi dilahirkan.

Kuantitinya sedikit sahaja cukup untuk perut bayi yang masih kecil, tapi kaya dengan antibodi yang sangat-sangat diperlukan bayi yang baru lahir.

Selepas beberapa hari kelahiran, susu ibu akan mula keluar dan boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu foremilk dan hindmilk.



Foremilk

Merupakan susu yang mula-mula dikeluarkan sewaktu penyusuan.

Kandungannya lebih cair dan warnanya putih kehijauan atau kebiruan.

Foremilk tinggi kandungan air, vitamin larut air, karbohidrat dan protein, dan berfungsi untuk menghilangkan dahaga bayi.

Kalau ikut orang tua-tua, foremilk ni dikenali sebagai susu awal, sebab dia akan keluar awal sekali setiap kali proses penyusuan berlaku.

Hindmilk

Merupakan susu yang keluar selepas foremilk.

Susu belakang ni selalunya lebih pekat, berwarna lebih “rich” ala-ala susu penuh krim berbanding foremilk (yang nampak seperti low fat milk pun iya) dan mengandungi kalori dan lemak yang tinggi.

Fungsi utama kandungan susu hindmilk ni adalah untuk mengenyangkan bayi dan juga pastikan berat badan bayi naik cantik sesuai dengan graf pertumbuhannya.

Mana satu yang lebih penting, foremilk atau hindmilk?

Jawapannya, kedua-dua pun penting.

Macam yang saya tulis di atas tu, foremilk kaya dengan protein, karbohidrat dan vitamin yang penting untuk perkembangan otak bayi dan tenaga.

Hindmilk pula sarat dengan kalori dan lemak yang penting untuk tumbesaran badan bayi dan juga berat badannya.

Bayi tak cukup hindmilk akan kurang air dan mungkin dehydrate. Tak cukup hindmilk, berat naik tak cantik pulak.

Sebab tu penting untuk susukan anak pada satu-satu breast sampailah breast terasa “ringan” atau “kosong”. Tu tanda bayi dah dapat foremilk dan hindmilk yang mencukupi.

Kesan ketidakseimbangan foremilk-hindmilk

Kalau bayi nampak ada simptom-simptom di bawah, kemungkinan adalah bayi dapat foremilk dan hindmilk yang tak seimbang.
  • Bayi meragam
  • Selalu kembung atau sakit perut
  • Najis bayi menjadi kehijauan
  • Berat bayi tak meningkat dengan sepatutnya
  • Bayi asyik terberak-berak

Jika bayi ibu nampak macam ada simptom-simptom di atas, sebabnya mungkin
  • Susu ibu tak seimbang. Foremilk lebih banyak dari hindmilk
  • Ibu cepat sangat tukar breast sewaktu menyusu. Bayi tak sempat dapat hindmilk, dah tukar breast
  • Susu ibu terlalu banyak (oversupply) – bayi dah kenyang menyusu foremilk sahaja tanpa sempat dapatkan hindmilk
  • Bayi mengantuk. Hisap sedikit dah tertidur – tak sempat dapat hindmilk

Jika ibu hidapi masalah di atas, boleh cuba tips-tips di sini:
  • Pam sedikit susu untuk keluarkan hindmilk (bagi kes oversupply) sebelum menyusukan bayi. Bila menyusu, bayi akan sempat dapat minum hindmilk
  • Pam lebih konsisten untuk kerap kosongkan breast – makin kosong breast, makin tinggi kandungan hindmilk
  • Susukan sebelah payudara sahaja (kurangkan tukar breast). Sebelah lagi pam buat stok.

Untuk ibu-ibu baru, jangan mudah berputus asa. Dengan tahu jenis susu anda, lebih mahir untuk adjust dan sesuaikan dengan keperluan bayi!

Untuk ibu yang sering merasa lesu, penat dan letih untuk mengepam dan bangun malam menyusukan bayi, dapatkan set penyusuan special dari saya untuk bantu cergaskan badan dan hilangkan lesu (bonus : tips istimewa tambah susu). Hubungi saya di 017-6021189 sekarang.

Atau, klik saja di butang di bawah untuk belek-belek katalog online, dan terus beli guna kredit / debit kad!






Putri Zulaikha Amin
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / WA 017-6021189





Friday, January 8, 2016

Kasihan Ahmad Kena Tipu - Makan Vitamin Tapi Tak Ada Kesan!

Ahmad dah tak percaya lagi dengan syarikat-syarikat suplemen yang cakap suplemennya semulajadi lah selamat lah berkesan lah.

Dah beratus-ratus ringgit duit beliau laburkan untuk beli bermacam jenis vitamin dan suplemen.

Tapi malangnya semangat nak ubah gaya hidup kepada lebih sihat dan beri nutrisi pada badan hanya tinggal angan-angan sahaja.

Lepas makan suplemen, macam tak ada perubahan... Makan suplemen tapi tak berkesan pun!

Penipu punya syarikat suplemen!



Adakah anda rasa macam senasib dengan Ahmad?


Dok tengok orang lain gah cakap suplemen berkesan la elok la, tapi bila kita yang makan.... mehhh. Ape yang best sangat?

Nasihat saya kepada Ahmad,

Jangan putus asa! Suplemen bukan ubat, dan kebanyakan suplemen ambil masa dari 2 minggu hingga berbulan-bulan sebelum hasilnya dapat dilihat.

Selain tu, untuk pastikan badan kita betul-betul dapat manfaat suplemen tu, ada beberapa tips mudah:

Tips #1 : Banyakkan minum air

Kajian cakap kuantiti air yang sepatutnya kita minum adalah 1L untuk setiap 22.7kg berat badan. 

Lagi berat, lagi banyak air nak kena teguk.

Air sangat penting untuk kesihatan badan dan pastikan fungsi asas dapat berjalan lancar, dan nutrisi dari makanan dan suplemen boleh diserap dengan baik.


Tips #2 : Kurangkan pengambilan kafein

Kafein dan suplemen tak ngam.

Kalau boleh berhenti, berhenti.

Kalau tak, kurangkan dengan significant dan jangan ambil suplemen pada waktu yang sama teguk kopi starbucks pulak.

Tips #3 : Usus tak berapa nak bersih

Untuk yang tak biasa makan suplemen, usus mungkin berkeladak dan kotor. Usus kotor buatkan semua nutrisi baik dari suplemen atau makanan ruji sekalipun tak diserap dengan berkesan.

Macam makan ayam dan nasik, tapi cuma setakat mengenyangkan je lah tapi khasiat tak masuk dalam badan.

Dinasihatkan untuk mula dengan detox usus dulu menggunakan produk detox (untuk kes Shaklee, ada herblax / alfalfa / dtx complex – sila PM untuk tahu apa beza ketiga-tiga detox ni dan mana yang patut ambik)

Tips #4 : Lupa untuk istiqamah

Hari ni makan vitamin, esok skip, lusa skip, minggu depan baru makan lagi.

Haiya acaner tu?

Badan pun konfius nak bagi reaksi macam mana... nak improve ke tak nak ni?

Contohnya makan vitamin untuk cantikkan kulit. Kulit kita akan diganti sel nya setiap 21 hari tapi baru 2 hari makan dah stop sebab tak nampak kesan positif.

Mana nak jadi...

Paling senang buat reminder dekat handphone untuk makan suplemen ikut waktu. Teknologi kan banyak – selain gunakan untuk berhubung dengan dunia luar dan bersosial, boleh gunakan untuk menghubungkan memori dan aksi. (ingat makan vitamin, dan makan!)



Mudahkan?
Cuma perlukan sedikit disiplin dan keteguhan hati untuk jadikan gaya hidup kita ni, gaya hidup yang sihat..

Jangan jadi macam Ahmad - rugi laburkan duit beli suplemen tapi tak pandai nak makan. Pastikan anda dapat panduan yang baik untuk makan vitamin-vitamin tu..

Khas untuk customer Put, inshaAllah akan dapat panduan makan yang baik dan kalau tak berkesan, kita sama-sama brainstorm cari punca dan penyelesaian supaya vitamin yang beli tu berbaloi-baloi kesannya.

PM Put hari ni untuk pesanan!



Salam sayang,

Putri Zulaikha Amin
SID 917819
017-6021189

Thursday, January 7, 2016

Tips Minum Air Gula Semasa Mengandung Dengan Cool Dan Bergaya Tanpa Muntah

Bila doktor beritahu berat saya naik agak melampau dan terpaksa buat ujian minum air gula, hati terus rasa berdebar-debar.

Bukan berdebar-debar sebab takut ada diabetes, tapi lebih pada berdebar sebab dengar-dengar cerita orang yang pernah minum air gula semasa mengandung ni, katanya

Air gula tak sedap langsung dan nak muntah yucks!

Haha

So of course, untuk yang first time kena minum air gula tentunya jenuh den meng-google dan menanya pada orang-orang berpengalaman.


Kenapa kena minum air gula?


Minum air gula ni lebih dikenali dengan ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) untuk test ibu mengandung ni ada masalah GDM (Gestational Diabetes Mellitus) a.k.a diabetes lah.

Specialnya perempuan mengandung - waktu mengandung boleh dapat diabetes yang selalunya akan hilang lepas dah deliver, tapi

Kalau ikutkan, orang yang berisiko tinggi sahaja yang perlu buat ujian MGTT ni, antaranya termasuklah:

  • wanita yang obese (BMI lebih dari 30)
  • wanita yang pernah hamil anak yang besar ketika dilahirkan (mempunyai berat 4kg ketika dilahirkan)
  • wanita yang pernah hamil dan mengalami diabetes mellitus.
  • wanita yang ada keturunan diabetes (mak, bapak, adik beradik, etc) 

Tapi sekarang rasanya semua ibu mengandung berumur 25 tahun ke atas kena buat ujian MGTT ni untuk keselamatan.

Apa kesannya kalau ada GDM?


Gula dalam darah yang berlebihan akan dipindahkan kepada bayi melalui plasenta dan komplikasi seperti bayi terlalu besar, lahir lebih awal, komplikasi waktu kelahiran seperti tulang bahu tersangkut dan sebagainya boleh berlaku.

Prosedur buat ujian MGTT


Mudah sahaja - puasa malam sebelumnya dan pergi klinik / hospital pagi-pagi untuk ambil darah sebelum minum air gula, dan selepas minum air gula.



Memang bunyi senang tapi untuk ibu mengandung memanglah susah sebabnya:

  • Puasa dari pukul 10 malam tanpa makan dan minum? Cabaran hebat untuk mak buyung yang selalu dahaga ni hoho
  • Bangun pagi-pagi ke klinik dalam pukul 7:30pagi - 8 pagi untuk ambil darah dengan perut kosong berdendang sayang? I want my sarapannnn
  • Lepas tu dengan perut kosong hampir masuk angin, cuma boleh masukkan air gula pekat dan lepas tu tak boleh makan tak boleh minum selama 2 jam? Nangis sekarang
Tapi apakan daya, terpaksa sebab kalau tak takda doktor nak layan bersalin pulak, setiap kali bukak buku rekod tengaok MGTT belum buat hoho

Muka cuak ambik darah (berpeluh-peluh tunggu jari kena "ketip"), dan secawan air gula untuk breakfast


Alhamdulillah dapat minum air gula tanpa muntah dan resultnya tak ada GDM syukur..

Nak tahu lulus ke tak, panduannya macam ni:


Bacaan daripada sampel darah sebelum meminum air gula
~ Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L

Bacaan daripada sampel darah selepas 2 jam minum air gula
~ Normal : kurang daripada 7.8 mmol/L



So sedikit tips untuk melalui ujian minum air gula semasa mengandung ni tanpa muntah (sebab kalau muntah, kena ulang semula ujiannn waaaaa takmau!):

1) Minum dan cuba habiskan air gula dengan cepat

Kata kunci nya = CEPAT. Nurse akan beri masa 15 minit untuk habiskan 200ml air gula tu tapi tips utama supaya dapat habiskan sebelum rasa loya adalah minum cepat-cepat sementara masih suam / sejuk. (Ikut klinik - sesetengah beri dalam keadaan suam, sesetengah beri dalam keadaan sejuk)

Bila dapat je gelas, terus minum. Saya habiskan dalam tiga teguk kurang 20 saat. Kalau perlu tutup hidung, tutup lah dan habiskan secepat mungkin.

Tak payah nak teguk sikit-sikit sambil berbual dengan orang sebelah.

Bila dah mula rasa loya, teruk dan selamatlah nak habiskan secawan..

Lagi teruk nak jaga supaya tak muntah

2) Kumur-kumur selepas minum

untuk elakkan rasa gula yang manis leting tu melekat kat dalam mulut dan terasa-rasa lagi sampai nak meloya.

Biasanya memang akan rasa loya sebab perut kan kosong.. lepas tu yang masuk pulak cumalah gula. Mana tak pening.

Jadi kurangkan ingatan memori terhadap air gula dengan berkumur-kumur serta merta.

3) Jangan pergi tempat berbau yang tak best

Macam saya, lepas minum air gula terus teman suami pergi sarapan roti canai.

Entah kenapa bau minyak buatkan kepala rasa teringat-ingat tentang air gula tu (tak ada kaitan pun tapi haihh dunno why) dan terasa nak meloya.

Seelok-eloknya pergi berehat dan habiskan masa 2 jam di tempat yang tak berbau sangat.

4) Sekiranya rasa nak muntah dan pening?

Berbaring dan cuba untuk tidur. 

Saya lepas bau roti canai memang rasa nak muntah sangat-sangat so terus masuk kereta, pasang aircond kuat-kuat, tutup mata dan cuba kosongkan fikiran.

Sampai tertidur.

Dan tidur, tak  terasa sangat lapar nak tunggu 2 jam tu hehe..

Tu saja 4 tips! Selamat minum air gula.. 

Tak perlu stress sangat kena minum air gula waktu hamil - kita patut rasa special sebab tak semua orang kena minum tau! Hehe

Waktu jumpa doktor lepas tahu keputusan ujian MGTT tu, doktor puji berat baby naik elok, HB cantik.

Dan tanya bekalan vitamin masih cukup atau tak.

Saya cakap okay tak apa, vitamin masih banyak.

Ye lah stok vitamin dalam set mengandung shaklee tu bukan je semulajadi, tapi sekali beli siap tahan berbulan-bulan so I am good for now :)



Boleh rujuk entri saya yang lalu tentang pelbagai kebaikan vitamin semulajadi ni, antaranya:



Sekiranya anda nak cuba, boleh order vitamin semulajadi kesayangan ramai ni dengan saya (SMS / Whatsapp 017-6021189) hari ni.

Selamat jalani tempoh kehamilan dengan ceria.. dan kalau perlu minum air gula, senyum! Kita ibu istimewa!


Salam sayang,

Putri Zulaikha Amin
SID 917819
017-6021189

Wednesday, January 6, 2016

Atok ni Dah Tak Lupa Mana Kunci lagi Selepas Ambil Resveratrol

Best kan kalau kita adalah atok yang tak ada masalah pelupa atau alzheimer bila tua?

Bayangkan.

Seperti yang saya pernah ceritakan sebelum ni, salah satu kandungan tertinggi dalam suplemen kesayangan ramai dari Shaklee (a.k.a Vivix - terpaksa tulis sebab eh tiba-tiba macam banyak pulak suplemen Shaklee yang jadi kesayangan) adalah resveratrol.

Nak tahu apa kandungan istimewa dalam Vivix ni yang buatkan dia tinggi resveratrol, boleh baca di sini.

Makin tua manusia, memori atau ingatan akan semakin kurang. Tambah-tambah lagi yang kena penyakit Alzheimer, memori terutamanya akan makin merudum dan merosot.

Orang cakap, makin tua makin pelupa.

Kajian cakap, dalam bahasa mudahnya bila tua, sel-sel otak banyak yang mati dan tak digantikan lagi. Sambungan sel-sel otak pun akan kurang - yang bersambung putus, yang tak bersambung memang haram nak bersambung sampai bebila..

Tambah-tambah untuk pesakit Alzheimer, kadar kematian sel otak dengan penjanaan sel otak sangat lah berbeza - mati lagi banyak dari jana dengan melampau so ke-pelupa-an akan jadi lebih teruk dalam masa yang lebih cepat.

Tapi kan.. sebenarnya kan..

Tak payah tunggu alzheimer, kita yang muda-muda ni pun kadang-kadang ada masalah memori yang cam tah hapa-hapa mengalahkan tok nenek... Hehe

Macam mana nak kurangkan masalah lupa?


Selain daripada makan makanan sihat, bersenam dan ambil nutrisi / suplemen yang elok untuk otak macam protein ESP, Omega Guard, Lecithin dan sebagainya, salah satu nutrisi yang terbukti berkesan untuk sambung sel-sel otak adalah... RESVERATROL!

Mana nak cari resveratrol?

Jangan tersalah pilih suplemen.. HealthyFoodHouse dah bongkarkan banyak suplemen yang "claim" ada kandungan tertentu, tapi bila test sebenarnya kandungan yang dia "claim" utama tu alamak seciput je ataupun tarak langsung!

Mana yang selamat?

Tentunya Shaklee - Selamat, Semulajadi dan Berkesan...

dan produk Shaklee yang tinggi kandungan resveratrolnya adalah Vivix! Taraaaaaa



Bukan sahaja terbukti untuk bantu pesakit kanser, gout dan diabetes untuk dapat kesihatan yang lebih baik, Vivix pun terbukti boleh membantu memperbaiki memori dan ingatan.

Mengikut kajian, kandungan  resveratrol dalam Vivix membantu meningkatkan sambungan dalam sel-sel otak untuk memperbaiki memori (A. V. Witte et al, Journal of Neuroscience, 34: 7862-7870, 2014)

Jadi apa lagi?

Jangan tunggu sakit baru nak cuba Vivix.

Terutama untuk mereka yang dah berumur 30 tahun ke atas dan metabolisma dah makin turun, cuba Vivix hari ni untuk kesihatan otak yang berpanjangan. Kita nak la jadi atok nenek yang kuat ingatan, kan?

Istimewa bulan Januari 2016 ni promosi Vivix masih berterusan:

Beli 6 Percuma 1.
Beli 2 botol, diskaun 5%.
Wah wahhhh


Hubungi saya sekarang di 017-6021189 untuk buat belian sebelum terlambat untuk nak hubungkan sel-sel otak tu.




Putri Zulaikha Amin
SID 917819
017-6021189





Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com