Tuesday, December 29, 2015

Kenapa Susu Ibu Kurang Bila Jauh Dengan Baby?

Pernah dengar tak kalau baby tak ada dengan ibu, susu ibu kurang lebih cepat berbanding bila baby ada dengan ibu?

Tambah-tambah zaman sekarang ni, banyak sebab yang buatkan ibu jauh dengan baby. Antaranya
  • Ibu bekerja yang perlu outstation berhari-hari
  • Belum masuk lagi outstation berminggu-minggu
  • Ibu pergi menunaikan umrah waktu bayi masih menyusu
  • Kekangan nak cari pengasuh yang sesuai sampai bayi terpaksa ditinggalkan dalam jagaan nenek di kampung
  • Ibu sakit sehingga masuk wad berhari-hari
Dan lain-lain lagi yang saya tak terbayangkan

Persoalannya, habis kalau semua yang di atas terjadi, tak dapat lah nak menyusukan baby sebab ye lah.. susu ibu kurang bila jauh dengan baby, ya?

Susu kurang akibat kurang stimulasi

Ibu perlu tahu konsep asas penyusuan adalah demand dan supply.

Allah dah jadikan badan ibu sebagai badan yang hebat. Makin banyak permintaan susu, makin banyak kuantiti susu yang akan dihasilkan.

Bila ibu dekat dengan bayi, kemungkinan susu badan untuk kurang tu amatlah nipis sebab bayi ni dia akan mintakkkkk aje susu dekat mak dia. Menangis ke.. merengek ke.. 

Bayi demand, mak beri, badan pun akan supply dengan sepatutnya.

Masalahnya bila ibu jauh dengan bayi, stimulasi / demand berkurangan.

Tak ada bayi yang nak demand susu.

Lama-kelamaan bila dibiarkan, habislah badan pun ingat bayi dah taknak susu dan kurangkan production.

Susu jadi sikit, makin sikit dan makin sikit, akhirnya mungkin terus kering.. (kebanyakan ibu bila susu sikit, akan mula nak topup dengan susu alternatif dan jadikan demand susu badan semakin berkurangann)


Tipu badan dengan cipta "Demand"


Haaaaaaaaa nasib baik lah manusia ni bijak!

Demand untuk susu badan boleh kita cipta tau, walaupun tanpa bayi di sisi!

Caranya mudah sahaja - Tiru kekerapan bayi kita menyusu dan kosongkan breast.

Beli pam yang sesuai

Di pasaran sekarang ada pelbagai breast pumps yang ditawarkan sesuai dengan bajet, fungsi dan keistimewaan masing-masing.

Ibu boleh invest dalam pam yang sesuai untuk bantu kosongkan payudara.

Kalau outstation, jangan lupa bawa pam sekali dan pam dengan tekun. Kalau biasanya bayi menyusu 4 kali sepanjang tempoh 9am - 5pm, usahakan untuk dapat pam 4 kali juga.

Lagi banyak lagi bagus.

Kalau tak ada pam?

Gunakan teknik marmet.

Tak ada alasan tak dapat nak kosongkan breast tanpa baby sebab tak mampu beli pam.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Teknik marmet ni adalah teknik menggunakan tangan sendiri untuk mengosongkan breast. Boleh rujuk di link ni untuk tengok macam mana nak bermarmet dengan betul.

Marmet yang betul tak akan menyakitkan badan, pinggang dan payudara, dan dapat mengosongkan payudara dengan efisyen.

Kalau anda pelajar visual, boleh tengok video pendek sekitar 2 minit ni untuk belajar.





Itu sahaja punca utama kenapa susu boleh merudum kalau ibu jauh dengan baby...

Demand yang berkurangan.

Cara penyelesaian : pastikan demand sentiasa ada dan konsisten!

Selain itu, ibu jangan pula abaikan faktor-faktor lain seperti makan makanan berkhasiat, amalkan suplemen yang sepatutnya untuk maintain kesihatan badan, air yang mencukupi dan paling penting, mindset untuk terus menjayakan penyusuan badan!

Selamat maju jaya ibu! Semoga Allah permudahkan perjalanan ibu untuk istiqamah berikan khasiat yang terbaik untuk bayi masing-masing :)

Boleh jenguk artikel-artikel saya sebelum ini yang menyentuh serba-sedikit tentang tips menjayakan penyusuan badan:

3 Cabaran Ibu Bekerja Yang Confirm Gagalkan Niat Nak Menyusu Badan

Jangan Beralasan Lagi.. Mahu atau Tak Mahu Menyusukan Badan?

Tips Tambah Susu Badan Cepat 

Wajib Baca untuk Ibu Bekerja... 9 Tips Jayakan Penyusuan Untuk Ibu Bekerjaya





Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp 017-6021189
Facebook Personal : Putri Zulaikha Amin
Facebook Page : putrizulaikha.com




0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com