Wednesday, December 2, 2015

Elakkan Sawan Demam! Petua Turunkan Demam Anak Tanpa Ubat

Demam anak bukan boleh dibuat main.

Anak yang masih kecil kadang-kadang tak tahu nak beritahu bila suhu badan mereka terlalu tinggi, dan ibu bapa lah yang akan jadi paling risau nak check suhu setiap setengah jam.

Demam yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan yang boleh beri kesan kecacatan kekal kepada otak, jadi semestinya demam tak boleh dipandang ringan.

Ada anak yang demam tak turun-turun walaupun dah makan ubat yang diberi dari klinik.

Apa alternatif yang boleh kita buat supaya demam anak tak terus menerus menaik tinggi?



Perlu disuruh mandi!

Salah satu kesalahan ibu bapa bila anak demam adalah... alah, tak payah mandi. Nanti sejuk.

Salah sangat! 

Walaupun anak dok mengeluh sejuk dan nampak menggigil-gigil, mandi adalah penting supaya ada air yang bertemu dengan permukaan kulit untuk membantu mengeluarkan haba dari badan.

Jika anak tahan, boleh dimandikan dengan air sejuk / suhu bilik.

Sekiranya anak macam tak tahan, mulakan dengan air suam.

Kalau anak tak larat untuk mandi (dan mak ayah pun tak larat nak angkat), boleh “jelom” anak dengan tuala basah di seluruh badannya, dan utamakan pelipat-pelipat seperti ketiak, leher, lipatan kaki, dan sebagainya.

Ulang sekerap yang mungkin.

Rawatan stokin bawang putih / lemon


Salah satu teknik semulajadi untuk turunkan suhu badan anak adalah rawatan stokin bawang putih / lemon.

Caranya:
  • Hiris atau tumbuk bawang putih dan letakkan di tapak kaki anak.
  • Sarungkan kaki anak dengan stokin dan biarkan bawang putih melekat di kaki.
  • Elok dilakukan sewaktu anak tidur malam, inshaAllah suhu badan tak akan naik mendadak.
  • Untuk anak kecil atau anak yang mungkin tak tahan dengan panas bawang putih, boleh buat “double” stokin. Caranya: sarungkan stokin lapisan pertama. Kemudian baru letakkan bawang putih, dan sarung dengan lapisan stokin yang kedua.

Tips #1: Tak perlu letak terlalu banyak bawang putih kerana bimbang anak tak tahan panas bawang putih.

Tips #2: Untuk pastikan anak tahan dengan panas bawang putih, boleh buat ujian tampalan. Caranya - letakkan sedikit bawang putih di lengan anak dulu dan biarkan 15 minit untuk lihat ada reaksi alergik atau sebagainya.

Tips #3: Boleh juga gantikan bawang putih dengan hirisan lemon.

Bawang putih / lemon kaya dengan antioksidan dan vitamin C yang boleh meningkatkan imun badan anak untuk melawan demam.

Sifatnya yang berasid pun dapat membantu  menarik haba dari kulit dan menggerakkan haba ke seluruh badan dan tidak bertumpu. Ini akan menyebabkan haba lebih mudah dilepaskan dari badan.

Mandian garam / epsom salt

Bertujuan untuk memandikan anak dengan air berasid, ibu bapa boleh larutkan lebih kurang 2 sudu epsom salt dalam sebesen air suam dan biarkan anak berendam.

Jangan lupa untuk jirus kepala anak dan ratakan air ke seluruh badan.

Boleh juga ganti epsom salt dengan cuka epal asli.

Lakukan 2-3 kali sehari, atau sekerap yang diperlukan.

Sapuan Lendir Bunga Raya

Salah satu lagi petua orang-orang tua adalah menggunakan lendir bunga raya untuk kawal suhu badan.

Ambil beberapa helai bunga raya, bersihkan dengan basuhan air dan rendam dalam air suam selama sepuluh minit.

Selepas sepuluh minit, ambil bunga raya dan ramas-ramas hingga keluar lendirnya. Lendir tersebut boleh disapukan ke kepala dan badan anak, inshaAllah panasnya akan berkurangan.

Boleh juga buat mandian bunga raya. Ramas bunga raya dalam air suam yang digunakan untuk merendam tu supaya lendirnya bercampur dengan air dan gunakan untuk mandian.


Teknik-teknik semulajadi ni nampak sedikit leceh untuk dilakukan, tetapi orang-orang tua dah cuba dan hasilnya memang positif.

Sesuai lah untuk alternatif bagi ibu bapa yang tak mahu terlalu bergantung kepada ubat klinik atau pun untuk anak yang dah makan ubat tapi suhu masih tinggi!

Selain itu, boleh juga cuba untuk "boost" imun sistem anak dengan

  • Pastikan anak tidak dehidrasi. Berikan air minuman dengan kerap. Bagi bayi yang masih menyusu, susukan dengan lebih banyak dari biasa
  • Pastikan anak makan. Anak yang demam mungkin malas makan sebab terlalu lemah atau tekak sakit jadi masakkan makanan yang lembut dan mudah dihadam. Boleh juga berikan multivitamin dalam bentuk air untuk bekalkan nutrisi pada badan. Saya cadangkan mealshakes yang kaya dengan nutrien. Hanya perlu bancuh dan suapkan kepada anak.
  • Vitamin C! Vitamin C membantu kuatkan ketahanan badan untuk melawan penyakit, dan kanak-kanak tentunya suka dan mudah untuk kemam Chewable Vita-C dari shaklee yang rasanya masam-masam manis.


Selamat mencuba.

Untuk yang sukar nak beri anak makan sewaktu demam dan anak nampak lemah aje, dan mahu mencuba MealShakes dari Shaklee, boleh tempah dan buat pesanan dengan saya di 017-6021189.


Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp : 0176021189











0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com