Wednesday, December 2, 2015

Penapis Air Terbaik Mampu Milik Untuk Seisi Keluarga - Air Sihat Tiada Lagi Bau Klorin

Salam semua!

Hari ni saya nak kongsikan sesuatu yang sangat istimewa dari Shaklee.

Istimewa sebab semua orang perlukannya.

Istimewa sebab idea nak berkongsi ni datang bila tiba-tiba teringat adik bongsu yang borong berbotol-botol air mineral setiap kali nak pulang ke asrama.

Air!

Semua orang perlu minum air, kan?

Tapi tak semua orang dapat bekalan air yang bersih dan selamat untuk diminum.

Macam kes adik saya tu, sekolahnya agak susah nak berikan air bersih jadi setiap bulan . Tapi nak menuntut ilmu punya pasal, setiap bulan mesti beli bergelen-gelen air mineral buat stok.

Di rumah pula, rata-rata orang akan masak air dalam cerek, biar sampai sejuk dan kemudian minumlah sebanyak-banyaknya.

Tahu tak air masak hanya untuk membunuh kandungan kuman, tapi kandungan toksik lain tak pun dapat dikurangkan?

Ada kes juga air yang sudah dimasak tu masih berbau seperti klorin atau plumbum. Ewh!

Penyudahannya, nak kena beli water filter lah macam ni..



Tapi bila jalan-jalan tengok water filter, semuanya mahal-mahal. Harga cecah ribuan ringgit.

Tak semua orang mampu nak beli.

Tapi yang saya nak kongsikan ni serius sangat berpatutan harganya dan boleh dimiliki oleh semua orang.. termasuklah students!

Memperkenalkan penapis air terbaik....


Get Clean Water Pitcher

Get Clean Water Pitcher dari Shaklee ni adalah sustem penurasan air yang dah dipatenkan untuk hasilkan air yang lebih sihat.

Bukan sahaja bebas kuman, tapi juga bebas bahan kimia dan toksik lain.

Tak macam jag air berfilter yang ada di pasaran, Water Pitcher Shaklee ni gunakan sebatang blok karbon padu untuk menapis air dan mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan dari air (termasuklah plumbum!) sehingga hampir 99%.

Blok karbon ni pula boleh diganti (isi-semula) selepas habis tempoh kegunaannya – maksudnya anda tak perlu nak beli jag ni setiap kali dan kuranglah botol plastik yang perlu dibuang.

7 Sebab Wajib Miliki Water Pitcher Get Clean Shaklee

Pertama
Disahkan oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association (WQA) yang ia mampu mengurangkan kandungan bendasing dan toksik dari air seperti plumbum, merkuri, kadmium dan sebagainya.

Kedua
Penting – ia tidak membuang mineral penting dalam proses penapisannya! Hanya yang jahat-jahat sahaja dibuang

Ketiga
Disahkan mengurangkan kandungan klorin dalam air

Keempat
Boleh menuras 303 liter air dengan setiap turasan. Jag ni ada meter automatik (pertama tanpa elektrik di pasaran) yang boleh tunjukkan berapa banyak air yang dah dituras sebelum filter karbonnya perlu ditukar.

Maksudnya tak payah susah payah nak cuci filter. Macam penapis lain, nak kena bukak water filter tu bila nampak macam dah kuning dan cuci. Malas tu kadang-kadang!

Kelima
Kos untuk seliter air adalah hanya beberapa sen.

Keenam
Ringan dan mudah dibawa. Sangat sesuai untuk yang selalu travel dan pentingkan air bersih. Sesuai juga untuk tempat yang kurang plug elektrik sebab jag ni tak perlukan elektrik!

Ketujuh
Jimatkan kos – hanya tadah air paip dan voila! Dapat air bersih! Dah tak perlu nak beli air mineral yang sebotol 2L mungkin berharga hampir RM2 (ye ke? Tak pasti berapa harganya sekarang...)

Cara Gunakan Water Pitcher Shaklee

Semudah ABC sahaja.

Cuma perlu pasangkan mengikut manual yang akan diberikan untuk setiap pembelian.

Sekiranya anda beli starter kit, anda akan ada baki 3 filter yang boleh simpan dahulu dan guna untuk ganti apabila filter dah sampai 303 liter. 

Tak perlu risau mana nak tengok dah 303 liter ke belum, hehe. Macam yang saya ceritakan tadi, Water Pitcher ni ada penanda automatik yang tak perlukan elektrik untuk tunjuk dah berapa liter kita turas, dan sama ada dah sampai masa untuk tukar filter atau tak.

Tadah air dari paip (atau sumber air lain) ke dalam jag, dan sekejap aja dah ada air yang boleh diminum.

Ulang ulang sebanyak mana air yang kita nak minum :)

Mudahkan? 

Jom tengok testimoni pengguna water pitcher ni... 


"Portable dan boleh bawa ke mana-mana"

"Tak tapis mineral yang bagus dalam air"

"Air halus dan karat hilang. Tak perlu beli air mineral lagi, dan tak perlu beli water filter beribu ringgit!"

"Kualiti setanding water pitcher berjenama"

"Air tak berbau klorin dan mudah dibawa kemana-mana"

"Air sesuai untuk perut anak yang sensitive, kurangkan cirit birit"

Nak dapatkan water pitcher yang best ni untuk rumah anda?

Starter kit Water Pitcher Shaklee berharga RM 460 satu set, dan mengandungi:
  • Satu Pitcher / Jag beserta 1 Filter
  • Satu Housing Kit untuk pasang filter
  • 3-Pack Filter, yang mana setiap filter boleh menuras 303 liter air (purata penggunaan 3L sehari selama 3 bulan sebelum perlu tukar filter baru!) 
Dengan starter pack ni, kos air anda akan jadi serendah RM22 sebulan selama setahun setengah! (minum 2L sehari)

Selepas setahun setengah, anda cuma perlu beli filter baru dan kos air tentunya lebih rendah lagi, sebab dah tak perlu beli jag dan housing!


Apa salahnya melabur sikit (sikit lah ni kalau nak dibandingkan dengan beli water filter lain yang ribu riban tu..) untuk dapatkan air bersih.

Setiap hari minum air, mestilah kena pastikan yang bersih. Takkan nak masukkan bergelen-gelen bahan kimia dalam badan, ye tak?

Hubungi saya sekarang dengan SMS / Whatsapp di 017-6021189 untuk pesanan.



Putri Zulaikha Amin,
SID 917819
SMS / Whatsapp : 017-6021189



1 comment:

  1. Mmg penting air yg bersih utk kesihatan tubuh kita..

    ReplyDelete

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com