Sunday, December 13, 2015

Bayi Tak Nak Menyusu Badan Sebab Keliru Puting Mak atau Puting Botol Lagi Best

Salah satu masalah penyusuan yang sering dialami ibu TERUTAMANYA ibu bekerja adalah anak yang tak mahu menyusu badan.

Ada banyak faktor yang mungkin buatkan bayi tak mahu melekap pada ibunya, dan salah satunya adalah masalah anak keliru puting ataupun "nipple confusion"

Keliru puting ni maksudnya bayi dah tak tahu beza puting susu ibu, dengan puting tiruan (botol atau pacifier).

Dan selalunya bila bayi dah keliru puting ni, bayi akan lebih cenderung untuk pilih puting tiruan.

Lama-kelamaan, bayi malas melekap pada ibu dan...

samaada ibu akan jadi Exclusive Pumping Mom (maksudnya pam susu dan masukkan ke dalam botol untuk beri pada bayi)

ataupun yang tak best, ibu langsung jadi malas nak breastfeed sebab ingatkan susunya tak cukup.

Sayang lah kan, awal-awal dah berazam nak menyusukan badan tapi belum sampai pun habis pantang, bayi dah taknak melekap.

Betul ke susu tak cukup bila bayi tak nak melekap?

Haaa ni lah masalahnya.

Ibu perlu tahu yang aliran susu (flow susu) bila guna puting tiruan adalah LEBIH LAJU berbanding aliran susu badan ibu yang perlukan masa untuk let-down.

Jadi bila bayi dah diperkenalkan dengan puting tiruan seawal kelahiran, teruatamanya dalam dua minggu pertama kelahirannya, bayi akan terbiasa dengan aliran yang laju bila mulut dapat je puting.

Bayangkan kita, kalau pergi restoran, mesti lagi prefer restoran yang servis laju berbanding yang kena tunggu lama sikit kan?

Bayi kita ni bijak tau.

Kalau pakai puting susu tiruan, flow susu akan laju je. Tak payah nak hisap lama-lama bersungguh-sungguh nak dapatkan susu.

Lain pulak kalau menyusu terus dari badan ibu.

Allah dah jadikan penyusuan badan ibu bukan sekadar untuk beri makanan, tapi jugak untuk berikan "bonding" dan regulate hormon badan ibu,

Makanya, dalam penyusuan susu ibu, hisapan awal bayi adalah lebih kepada untuk merangsang let-down. Susu pada peringkat awal akan perlahan, dan selepas beberapa saat (atau minit, bergantung kepada banyak faktor) baru lah akan ada let-down iaitu fasa susu laju.

Jadi bayi kecil yang dah terbiasa menyusu botol akan lebih suka kerja "mudah" untuk dapatkan susu.

Bayi pun akan mula meragam dan menolak-nolak bila menyusu badan

Dan ibu pun akan mula rasa gelisah.

Mula rasa susu sendiri tak cukup untuk anak.

Mula cari-cari formula untuk topup susu, tanpa sedari dengan lebih banyak men-topup susu dengan botol, semakin teruk la masalah nipple confusion ni.

Akhirnya niat nak menyusukan badan pun terbantut setengah jalan, walaupun mungkin belum pun habis pantang.

Sedih sangat.

Apa Perlu Buat untuk ELAK Masalah Keliru Puting



Disebabkan kita ibu-ibu bijak ni takmau pun melalui fasa keliru puting ni, perlulah ya nak tahu macam mana nak ELAK dari jadi.

Bukan lepas dah jadi baru nak menyesal.

Sediakan payung sebelum hujan, giteww.

Pertama sekali, tak perlu terburu-buru nak kenalkan bayi kecil dengan botol susu, walaupun anda akan pulang bekerja selepas pantang.

Ambil masa sebulan berpantang tu untuk "bonding" dengan bayi baru, kenalkan kepada bayi siapa ibunya dan biarkan bayi biasa dengan corak atau "pattern" penyusuan terus dari badan anda (direct-latch).

Ini sangat-sangat penting sebab kebanyakan ibu yang menghubungi saya untuk beli set tambah susu shaklee cakap susu mereka sedikit, dan bila dikorek-korek, rupanya anak dah tak mahu menyusu badan sebab seawal 3 hari lagi dah campur dengan penyusuan melalui botol!

Perlu ingat yang konsep asas penyusuan ibu yang utama adalah demand dan supply yang cukup. Lagi banyak baby menyusu dari badan / atau susu dikeluarkan dari breast, lagi banyok la susu kita!

Yang kedua, bayi kecil tak perlukan pacifier.

Pacifier adalah untuk mengganti keperluan bayi untuk menghisap atau "suckle".

Memang ada bayi yang nak suckle lebih banyak. Sambil tidur pun nak suckle. Tsk.

Sekali lagi, untuk tempoh sebulan pertama elakkan penggunaan pacifier. Sekiranya bayi anda ada keperluan menghisap atau suckling yang tinggi, biar lah beliau suckle dari breast anda. Susu pun makin banyak macam tu, tau!

Tapi anak saya macam dah keliru puting, macam mana?

Saya akan kongsikan tips lebih lanjut untuk ATASI masalah keliru puting, tapi salah satu yang agak popular adalah teknik skin-to-skin.

Apa tu? Tungguuuuu

Saya suka nak ingatkan ibu-ibu (dan diri sendiri) supaya set dalam otak yang LAGI BANYAK BABY MENYUSU, LAGI BANYOK LA SUSU YEAH!

Penat sedikit, terutamanya di awal-awal berpantang di saat badan kita pun masih lemah dan perlu recover, nak layan baby yang asyik nak mengempeng 24 jam dan tak tidur..

Tapi ingatlah Allah tak jadikan kita untuk gagal, ibu-ibu kuat sekalian.

Sejak trimester ketiga lagi waktu tidur kita dah terganggu dengan perut yang boyot, pinggang yang lenguh dan sebagainya.

Allah dah beri latihan untuk berjaga malam dan penat.

Kita dah lulus pun, baby pun dah keluar. :)

Jom lah lulus jugak nak berikan susu badan ni, jom? Jangan berputus asa. Jaga kesihatan, eat well, take your supplement, get the appropriate support dan paling penting sekali, betulkan mindset yang Allah takkan mahu kita gagal!



Salam sayang dari saya yang juga seorang ibu :)

Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp 017-6021189
Facebook Personal : Putri Zulaikha Amin
Facebook Page : putrizulaikha.com








1 comment:

  1. susah hati juga masa lepas berpantang dan nak masuk kerja..anak tak nak puting botol... cekal anak menangis sampai asyik tukar2 botol dan putingnya...

    ReplyDelete

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com