Wednesday, December 30, 2015

Air susu ibu kurang di awal kelahiran adalah normal!

Tu adalah antara nasihat dan kata-kata yang saya sering utarakan kepada ibu-ibu baru ataupun bakal customer yang mengadu susu nya sedikit.

Tentu saja sedikit jika nak dibandingkan dengan ibu yang anaknya berumur 6 bulan, atau 8 bulan, atau mempunyai bayi kembar.



Sedangkan pili air pun ada penutupnya untuk kita tutup jika tak mahu guna.

Manakan mungkin Allah ciptakan susu badan ibu mengalir-ngalir dengan melimpah ruah kalau yang melimpah-limpah tu tak memberikan manfaat pun kepada bayi yang baru lahir?

Aik... apa pulak tak bermanfaat, kan susu makanan bayi?

Jom tengok carta di bawah ni, kredit kepada website Health and Parenting yang tunjukkan saiz perut bayi mengikut usia.



Bayi baru lahir, perutnya sangat kecil. Sekecil sebijik ceri pada awal kelahiran, dan dalam satu bulan baru aja sebesar telur.

Jadi bayangkan kalau awal-awal lahir lagi susu ibu dah melimpah-limpah penuh semangkuk besar, tapi perut bayi yang nak terima cumalah sebesar ceri?

Allah tu Maha Adil.

Sebesar ceri yang perlu, sebanyak itu juga lah yang dihasilkan.

Jadi kenapa bayi selalu menangis awal-awal tu kalau tak lapar?

Ada banyak sebab bayi menangis.

Salah satunya memang sebab lapar. Kajian menunjukkan bayi akan menyusu sekerap 10 – 15 kali sehari (ie. Setiap 2 jam sekurang-kurangnya).

Tapi ada banyak lagi sebab lain untuk bayi menangis.

Contohnya pampers basah.

Perut tak selesa

Rasa takut

Rasa sejuk / panas

Dan sebagainya lah.. Bayi baru lahir lah katakan. Baru nak menyesuaikan diri dengan dunia.. 

Yang penting, ibu jangan terburu-buru nak sumbat susu kalau bayi menangis. Sekiranya bayi menyusu ok, periksa dan kenalpasti sebab lain yang mungkin buatkan bayi tak selesa.

Jangan terus buat kesimpulan susu tak ada ya.

Sebab bila dah buat kesimpulan tak ada atau tak cukup susu, mula lah nak topup dengan susu formula, dan macam yang saya ceritakan sebelum ni - topup susu formula adalah langkah pertama yang boleh gagalkan penyusuan ibu.

Bagi ibu yang ingin kembali ke tempat kerja selepas pantang, tak perlu tergopoh-gapah nak susu banyak. Ambil masa seminggu dua pertama untuk bonding dengan bayi.

Kemudian baru boleh fikir nak tambah stok susu. Boleh cuba Set Tambah Susu Shaklee yang dah terbukti bantu berikan badan nutrien yang selengkap-lengkapnya supaya susu badan tak terbantut, malah tambah meriah!

Rujuk juga tips jayakan penyusuan yang semua wanita bekerjaya wajib tahu untuk bantu sediakan fizikal dan emosi untuk berjaya susukan bayi, inshaAllah!


Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp 017-6021189
Facebook Personal : Putri Zulaikha Amin
Facebook Page : putrizulaikha.com



0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com