Wednesday, December 30, 2015

Air susu ibu kurang di awal kelahiran adalah normal!

Tu adalah antara nasihat dan kata-kata yang saya sering utarakan kepada ibu-ibu baru ataupun bakal customer yang mengadu susu nya sedikit.

Tentu saja sedikit jika nak dibandingkan dengan ibu yang anaknya berumur 6 bulan, atau 8 bulan, atau mempunyai bayi kembar.



Sedangkan pili air pun ada penutupnya untuk kita tutup jika tak mahu guna.

Manakan mungkin Allah ciptakan susu badan ibu mengalir-ngalir dengan melimpah ruah kalau yang melimpah-limpah tu tak memberikan manfaat pun kepada bayi yang baru lahir?

Aik... apa pulak tak bermanfaat, kan susu makanan bayi?

Jom tengok carta di bawah ni, kredit kepada website Health and Parenting yang tunjukkan saiz perut bayi mengikut usia.



Bayi baru lahir, perutnya sangat kecil. Sekecil sebijik ceri pada awal kelahiran, dan dalam satu bulan baru aja sebesar telur.

Jadi bayangkan kalau awal-awal lahir lagi susu ibu dah melimpah-limpah penuh semangkuk besar, tapi perut bayi yang nak terima cumalah sebesar ceri?

Allah tu Maha Adil.

Sebesar ceri yang perlu, sebanyak itu juga lah yang dihasilkan.

Jadi kenapa bayi selalu menangis awal-awal tu kalau tak lapar?

Ada banyak sebab bayi menangis.

Salah satunya memang sebab lapar. Kajian menunjukkan bayi akan menyusu sekerap 10 – 15 kali sehari (ie. Setiap 2 jam sekurang-kurangnya).

Tapi ada banyak lagi sebab lain untuk bayi menangis.

Contohnya pampers basah.

Perut tak selesa

Rasa takut

Rasa sejuk / panas

Dan sebagainya lah.. Bayi baru lahir lah katakan. Baru nak menyesuaikan diri dengan dunia.. 

Yang penting, ibu jangan terburu-buru nak sumbat susu kalau bayi menangis. Sekiranya bayi menyusu ok, periksa dan kenalpasti sebab lain yang mungkin buatkan bayi tak selesa.

Jangan terus buat kesimpulan susu tak ada ya.

Sebab bila dah buat kesimpulan tak ada atau tak cukup susu, mula lah nak topup dengan susu formula, dan macam yang saya ceritakan sebelum ni - topup susu formula adalah langkah pertama yang boleh gagalkan penyusuan ibu.

Bagi ibu yang ingin kembali ke tempat kerja selepas pantang, tak perlu tergopoh-gapah nak susu banyak. Ambil masa seminggu dua pertama untuk bonding dengan bayi.

Kemudian baru boleh fikir nak tambah stok susu. Boleh cuba Set Tambah Susu Shaklee yang dah terbukti bantu berikan badan nutrien yang selengkap-lengkapnya supaya susu badan tak terbantut, malah tambah meriah!

Rujuk juga tips jayakan penyusuan yang semua wanita bekerjaya wajib tahu untuk bantu sediakan fizikal dan emosi untuk berjaya susukan bayi, inshaAllah!


Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp 017-6021189
Facebook Personal : Putri Zulaikha Amin
Facebook Page : putrizulaikha.com



Tuesday, December 29, 2015

Kenapa Susu Ibu Kurang Bila Jauh Dengan Baby?

Pernah dengar tak kalau baby tak ada dengan ibu, susu ibu kurang lebih cepat berbanding bila baby ada dengan ibu?

Tambah-tambah zaman sekarang ni, banyak sebab yang buatkan ibu jauh dengan baby. Antaranya
  • Ibu bekerja yang perlu outstation berhari-hari
  • Belum masuk lagi outstation berminggu-minggu
  • Ibu pergi menunaikan umrah waktu bayi masih menyusu
  • Kekangan nak cari pengasuh yang sesuai sampai bayi terpaksa ditinggalkan dalam jagaan nenek di kampung
  • Ibu sakit sehingga masuk wad berhari-hari
Dan lain-lain lagi yang saya tak terbayangkan

Persoalannya, habis kalau semua yang di atas terjadi, tak dapat lah nak menyusukan baby sebab ye lah.. susu ibu kurang bila jauh dengan baby, ya?

Susu kurang akibat kurang stimulasi

Ibu perlu tahu konsep asas penyusuan adalah demand dan supply.

Allah dah jadikan badan ibu sebagai badan yang hebat. Makin banyak permintaan susu, makin banyak kuantiti susu yang akan dihasilkan.

Bila ibu dekat dengan bayi, kemungkinan susu badan untuk kurang tu amatlah nipis sebab bayi ni dia akan mintakkkkk aje susu dekat mak dia. Menangis ke.. merengek ke.. 

Bayi demand, mak beri, badan pun akan supply dengan sepatutnya.

Masalahnya bila ibu jauh dengan bayi, stimulasi / demand berkurangan.

Tak ada bayi yang nak demand susu.

Lama-kelamaan bila dibiarkan, habislah badan pun ingat bayi dah taknak susu dan kurangkan production.

Susu jadi sikit, makin sikit dan makin sikit, akhirnya mungkin terus kering.. (kebanyakan ibu bila susu sikit, akan mula nak topup dengan susu alternatif dan jadikan demand susu badan semakin berkurangann)


Tipu badan dengan cipta "Demand"


Haaaaaaaaa nasib baik lah manusia ni bijak!

Demand untuk susu badan boleh kita cipta tau, walaupun tanpa bayi di sisi!

Caranya mudah sahaja - Tiru kekerapan bayi kita menyusu dan kosongkan breast.

Beli pam yang sesuai

Di pasaran sekarang ada pelbagai breast pumps yang ditawarkan sesuai dengan bajet, fungsi dan keistimewaan masing-masing.

Ibu boleh invest dalam pam yang sesuai untuk bantu kosongkan payudara.

Kalau outstation, jangan lupa bawa pam sekali dan pam dengan tekun. Kalau biasanya bayi menyusu 4 kali sepanjang tempoh 9am - 5pm, usahakan untuk dapat pam 4 kali juga.

Lagi banyak lagi bagus.

Kalau tak ada pam?

Gunakan teknik marmet.

Tak ada alasan tak dapat nak kosongkan breast tanpa baby sebab tak mampu beli pam.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Teknik marmet ni adalah teknik menggunakan tangan sendiri untuk mengosongkan breast. Boleh rujuk di link ni untuk tengok macam mana nak bermarmet dengan betul.

Marmet yang betul tak akan menyakitkan badan, pinggang dan payudara, dan dapat mengosongkan payudara dengan efisyen.

Kalau anda pelajar visual, boleh tengok video pendek sekitar 2 minit ni untuk belajar.





Itu sahaja punca utama kenapa susu boleh merudum kalau ibu jauh dengan baby...

Demand yang berkurangan.

Cara penyelesaian : pastikan demand sentiasa ada dan konsisten!

Selain itu, ibu jangan pula abaikan faktor-faktor lain seperti makan makanan berkhasiat, amalkan suplemen yang sepatutnya untuk maintain kesihatan badan, air yang mencukupi dan paling penting, mindset untuk terus menjayakan penyusuan badan!

Selamat maju jaya ibu! Semoga Allah permudahkan perjalanan ibu untuk istiqamah berikan khasiat yang terbaik untuk bayi masing-masing :)

Boleh jenguk artikel-artikel saya sebelum ini yang menyentuh serba-sedikit tentang tips menjayakan penyusuan badan:

3 Cabaran Ibu Bekerja Yang Confirm Gagalkan Niat Nak Menyusu Badan

Jangan Beralasan Lagi.. Mahu atau Tak Mahu Menyusukan Badan?

Tips Tambah Susu Badan Cepat 

Wajib Baca untuk Ibu Bekerja... 9 Tips Jayakan Penyusuan Untuk Ibu Bekerjaya





Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp 017-6021189
Facebook Personal : Putri Zulaikha Amin
Facebook Page : putrizulaikha.com




Sunday, December 13, 2015

Bayi Tak Nak Menyusu Badan Sebab Keliru Puting Mak atau Puting Botol Lagi Best

Salah satu masalah penyusuan yang sering dialami ibu TERUTAMANYA ibu bekerja adalah anak yang tak mahu menyusu badan.

Ada banyak faktor yang mungkin buatkan bayi tak mahu melekap pada ibunya, dan salah satunya adalah masalah anak keliru puting ataupun "nipple confusion"

Keliru puting ni maksudnya bayi dah tak tahu beza puting susu ibu, dengan puting tiruan (botol atau pacifier).

Dan selalunya bila bayi dah keliru puting ni, bayi akan lebih cenderung untuk pilih puting tiruan.

Lama-kelamaan, bayi malas melekap pada ibu dan...

samaada ibu akan jadi Exclusive Pumping Mom (maksudnya pam susu dan masukkan ke dalam botol untuk beri pada bayi)

ataupun yang tak best, ibu langsung jadi malas nak breastfeed sebab ingatkan susunya tak cukup.

Sayang lah kan, awal-awal dah berazam nak menyusukan badan tapi belum sampai pun habis pantang, bayi dah taknak melekap.

Betul ke susu tak cukup bila bayi tak nak melekap?

Haaa ni lah masalahnya.

Ibu perlu tahu yang aliran susu (flow susu) bila guna puting tiruan adalah LEBIH LAJU berbanding aliran susu badan ibu yang perlukan masa untuk let-down.

Jadi bila bayi dah diperkenalkan dengan puting tiruan seawal kelahiran, teruatamanya dalam dua minggu pertama kelahirannya, bayi akan terbiasa dengan aliran yang laju bila mulut dapat je puting.

Bayangkan kita, kalau pergi restoran, mesti lagi prefer restoran yang servis laju berbanding yang kena tunggu lama sikit kan?

Bayi kita ni bijak tau.

Kalau pakai puting susu tiruan, flow susu akan laju je. Tak payah nak hisap lama-lama bersungguh-sungguh nak dapatkan susu.

Lain pulak kalau menyusu terus dari badan ibu.

Allah dah jadikan penyusuan badan ibu bukan sekadar untuk beri makanan, tapi jugak untuk berikan "bonding" dan regulate hormon badan ibu,

Makanya, dalam penyusuan susu ibu, hisapan awal bayi adalah lebih kepada untuk merangsang let-down. Susu pada peringkat awal akan perlahan, dan selepas beberapa saat (atau minit, bergantung kepada banyak faktor) baru lah akan ada let-down iaitu fasa susu laju.

Jadi bayi kecil yang dah terbiasa menyusu botol akan lebih suka kerja "mudah" untuk dapatkan susu.

Bayi pun akan mula meragam dan menolak-nolak bila menyusu badan

Dan ibu pun akan mula rasa gelisah.

Mula rasa susu sendiri tak cukup untuk anak.

Mula cari-cari formula untuk topup susu, tanpa sedari dengan lebih banyak men-topup susu dengan botol, semakin teruk la masalah nipple confusion ni.

Akhirnya niat nak menyusukan badan pun terbantut setengah jalan, walaupun mungkin belum pun habis pantang.

Sedih sangat.

Apa Perlu Buat untuk ELAK Masalah Keliru Puting



Disebabkan kita ibu-ibu bijak ni takmau pun melalui fasa keliru puting ni, perlulah ya nak tahu macam mana nak ELAK dari jadi.

Bukan lepas dah jadi baru nak menyesal.

Sediakan payung sebelum hujan, giteww.

Pertama sekali, tak perlu terburu-buru nak kenalkan bayi kecil dengan botol susu, walaupun anda akan pulang bekerja selepas pantang.

Ambil masa sebulan berpantang tu untuk "bonding" dengan bayi baru, kenalkan kepada bayi siapa ibunya dan biarkan bayi biasa dengan corak atau "pattern" penyusuan terus dari badan anda (direct-latch).

Ini sangat-sangat penting sebab kebanyakan ibu yang menghubungi saya untuk beli set tambah susu shaklee cakap susu mereka sedikit, dan bila dikorek-korek, rupanya anak dah tak mahu menyusu badan sebab seawal 3 hari lagi dah campur dengan penyusuan melalui botol!

Perlu ingat yang konsep asas penyusuan ibu yang utama adalah demand dan supply yang cukup. Lagi banyak baby menyusu dari badan / atau susu dikeluarkan dari breast, lagi banyok la susu kita!

Yang kedua, bayi kecil tak perlukan pacifier.

Pacifier adalah untuk mengganti keperluan bayi untuk menghisap atau "suckle".

Memang ada bayi yang nak suckle lebih banyak. Sambil tidur pun nak suckle. Tsk.

Sekali lagi, untuk tempoh sebulan pertama elakkan penggunaan pacifier. Sekiranya bayi anda ada keperluan menghisap atau suckling yang tinggi, biar lah beliau suckle dari breast anda. Susu pun makin banyak macam tu, tau!

Tapi anak saya macam dah keliru puting, macam mana?

Saya akan kongsikan tips lebih lanjut untuk ATASI masalah keliru puting, tapi salah satu yang agak popular adalah teknik skin-to-skin.

Apa tu? Tungguuuuu

Saya suka nak ingatkan ibu-ibu (dan diri sendiri) supaya set dalam otak yang LAGI BANYAK BABY MENYUSU, LAGI BANYOK LA SUSU YEAH!

Penat sedikit, terutamanya di awal-awal berpantang di saat badan kita pun masih lemah dan perlu recover, nak layan baby yang asyik nak mengempeng 24 jam dan tak tidur..

Tapi ingatlah Allah tak jadikan kita untuk gagal, ibu-ibu kuat sekalian.

Sejak trimester ketiga lagi waktu tidur kita dah terganggu dengan perut yang boyot, pinggang yang lenguh dan sebagainya.

Allah dah beri latihan untuk berjaga malam dan penat.

Kita dah lulus pun, baby pun dah keluar. :)

Jom lah lulus jugak nak berikan susu badan ni, jom? Jangan berputus asa. Jaga kesihatan, eat well, take your supplement, get the appropriate support dan paling penting sekali, betulkan mindset yang Allah takkan mahu kita gagal!



Salam sayang dari saya yang juga seorang ibu :)

Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp 017-6021189
Facebook Personal : Putri Zulaikha Amin
Facebook Page : putrizulaikha.com








Monday, December 7, 2015

Kulit Licin Gebu Gebas Dalam Masa 8 Minggu... Boleh Raya Cina 2016 dengan Flawless!

Hari ni nak share tentang satu lagi produk Shaklee yang menarik dan diminati ramai Ladies kat luar sana.

Minat sebab produk ni akan berikan kesan kulit yang cantik mulus, gebu, kurang jeragat.. yang penting kulit licin lah!

Memperkenalkan Shaklee Collagen Powder, atau dikenali sebagai SCP!

Untuk yang tak pernah dengar tentang Colagen, mesti tertanya-tanya ape kebendenya SCP ni?

Best ke?

Berkesan sangat ke... ke propaganda yahudi je? Hoho

Sebelum saya ceritakan ape kebendanya kolagen ni, meh kita tengok testimonial dulu sikit..









Haaaaa

Bayangkan tahun baru ni kita masuk balik kerja lepas cuti lama dan orang tegur..

Eh, berseri lah muka!

Flawless lah!

Licinnya kulit kauu gebuu

Tak ke syok?Hehe

Apa sebenarnya kolagen ni?

Kolagen ni adalah tisu penyambung yang membantu mengekalkan keanjalan dan kekuatan kulit, kuku, rambut, ligamen, tulang rawan, sendi dan mata.

Menurut website Medicalnewstoday, hampir 70% kulit kita terdiri daripada kolagen. Kolagen ni terletak di bawak kulit. Makin banyak kolagen, makin tegang, lembap dan sihat kulit kita ni kekdahnye

Tapi usia makin meningkat, kolagen akan semakin kurang dihasilkan oleh badan.

Kolagen yang sedia ada pun akan hancur, dan menyebabkan kulit menjadi lemah.

Itu yang kita nampak macam kedut dan kulit mengendur atau "sagging"..

Sebab tu semakin berusia, semakin penting untuk ambil suplemen kolagen bukan sahaja untuk kulit yang kurang berkedut, tapi juga untuk kesihatan tulang, sendi, mata, rambut, kuku dan sebagainya.

Tapi awas, jangan sebarangan ambil kolagen kerana kolagen dari sumber luaran perlu mempunyai beberapa kriteria supaya badan dapat serap dengan berkesan, antaranya:
  • saiz molekul kolagen yang kecil supaya usus boleh serap dengan baik
Apa yang bestnya Kolagen Shaklee?

Saiznya yang halus!

Molekul kolagen Shaklee adalah sangat ringan, lebih kurang 1,000 dalton aje (Dalton = unit kiraan saiz molekul).

Kalau jisim molekul biasa, boleh sampai lebih dari 300,000 dalton tau.

Beza sangat tu!

Lagi halus saiz kolagen ni, lagi senang lah nak diserap oleh usus kita. Bila dah serap, lagi senang lah badan nak guna untuk hasilkan kolagen dekat kulit ke tulang ke kan

Selain tu, SCP ni diekstrak dari sisik ikan merah yang tulen yang sangat berkualiti, tahan lasak dan dan elastik. Kita panggil kolagen ni kolagen RSS (Red Snapper Scale). Jarang orang gunakan ikan ni sebab ikannya hidup di laut dalam dan sukar untuk nak didapati.

Bukan tu je, SCP bukan takat masukkan RSS bodoh-bodoh je.. tidak..

Dia tambah lagi bahan-bahan lain supaya RSS ni lagi berkesan pada badan.

Antaranya biji  benih camellia Japonica, ade estrak Pfaffia, estrak kerang kerangan, lactobacillius acidophilus, vitamin C dan vitamin B. 

Semua bahan-bahan ni dimasukkan sekali dalam SCP untuk naikkan lagi kadar keberkesanan RSS tu.

Sebab tu la Shaklee berani jamin kolagennya berkesan.

Kajian klinikal cadangkan pengambilan berterusan sekurang-kurangnya 8 minggu untuk hasil yang menarik.

Dan ramai yang dah cuba dan rasa kesan positif first hand walaupun tak sampai 8 minggu pun..- macam dalam testimoni yang kita baca awal-awal tadi.

Best kan?

Ambil saja sachets magik ni untuk dapatkan all these goodness. 

Lagi? Apa yang best?

Dah siap-siap dipaketkan satu sachet sekali makan, dan mudah sangat larut dalam air. Tak payah nak kacau beriya-iya dalam gelas.

Apa Manfaatnya Kolagen Shaklee ni?

Ohh dah tentu banyak sangat. Antaranya:

Mengembalikan keanjalan kulit
Meningkatan kelembapan kulit
Mengelakkan kulit kering
Mencerah dan mengurangkan pigmentasi dan jeragat di wajah
Menegangkan payudara dan punggung
Anti-penuaan
Mengurangkan kedutan
Mengecilkan lubang pori-pori di wajah
Mengurangkan 'eye bag'
Meningkatan kecergasan tubuh badan
Memberikan kesuburan rambut

Anda Nak Kulit Licin Macam Pengguna-Pengguna Kolagen Lain?

Jangan ketinggalan. Takkan nak tengok saja orang lain kulit cantik dan sihat, sendi tak sakit-sakit. Kita pun kena lah ambil berat tentang kesihatan kulit sendiri.

Sekotak kolagen berharga RM298.

Tentunya lebih murah sekiranya anda mendaftar sebagai ahli.

Malahan, khas untuk Disember 2015 ni Shaklee tengah buat promotion SCP tau!

Beli 2 kotak, dapat 5% diskaun.
Beli 7 kotak pada harga 6 kotak sahaja, a.k.a Beli 6 Percuma Sekotak!







Tambah lah berbaloi-baloinya jadi kalau anda nak mulakan langkah Dapatkan kulit licin mulus macam dalam testimony-testimoni kat atas tu, jangan segan-segan hubungi saya untuk pesanan ya.

Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp : 017-6021189












Wednesday, December 2, 2015

Penapis Air Terbaik Mampu Milik Untuk Seisi Keluarga - Air Sihat Tiada Lagi Bau Klorin

Salam semua!

Hari ni saya nak kongsikan sesuatu yang sangat istimewa dari Shaklee.

Istimewa sebab semua orang perlukannya.

Istimewa sebab idea nak berkongsi ni datang bila tiba-tiba teringat adik bongsu yang borong berbotol-botol air mineral setiap kali nak pulang ke asrama.

Air!

Semua orang perlu minum air, kan?

Tapi tak semua orang dapat bekalan air yang bersih dan selamat untuk diminum.

Macam kes adik saya tu, sekolahnya agak susah nak berikan air bersih jadi setiap bulan . Tapi nak menuntut ilmu punya pasal, setiap bulan mesti beli bergelen-gelen air mineral buat stok.

Di rumah pula, rata-rata orang akan masak air dalam cerek, biar sampai sejuk dan kemudian minumlah sebanyak-banyaknya.

Tahu tak air masak hanya untuk membunuh kandungan kuman, tapi kandungan toksik lain tak pun dapat dikurangkan?

Ada kes juga air yang sudah dimasak tu masih berbau seperti klorin atau plumbum. Ewh!

Penyudahannya, nak kena beli water filter lah macam ni..



Tapi bila jalan-jalan tengok water filter, semuanya mahal-mahal. Harga cecah ribuan ringgit.

Tak semua orang mampu nak beli.

Tapi yang saya nak kongsikan ni serius sangat berpatutan harganya dan boleh dimiliki oleh semua orang.. termasuklah students!

Memperkenalkan penapis air terbaik....


Get Clean Water Pitcher

Get Clean Water Pitcher dari Shaklee ni adalah sustem penurasan air yang dah dipatenkan untuk hasilkan air yang lebih sihat.

Bukan sahaja bebas kuman, tapi juga bebas bahan kimia dan toksik lain.

Tak macam jag air berfilter yang ada di pasaran, Water Pitcher Shaklee ni gunakan sebatang blok karbon padu untuk menapis air dan mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan dari air (termasuklah plumbum!) sehingga hampir 99%.

Blok karbon ni pula boleh diganti (isi-semula) selepas habis tempoh kegunaannya – maksudnya anda tak perlu nak beli jag ni setiap kali dan kuranglah botol plastik yang perlu dibuang.

7 Sebab Wajib Miliki Water Pitcher Get Clean Shaklee

Pertama
Disahkan oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association (WQA) yang ia mampu mengurangkan kandungan bendasing dan toksik dari air seperti plumbum, merkuri, kadmium dan sebagainya.

Kedua
Penting – ia tidak membuang mineral penting dalam proses penapisannya! Hanya yang jahat-jahat sahaja dibuang

Ketiga
Disahkan mengurangkan kandungan klorin dalam air

Keempat
Boleh menuras 303 liter air dengan setiap turasan. Jag ni ada meter automatik (pertama tanpa elektrik di pasaran) yang boleh tunjukkan berapa banyak air yang dah dituras sebelum filter karbonnya perlu ditukar.

Maksudnya tak payah susah payah nak cuci filter. Macam penapis lain, nak kena bukak water filter tu bila nampak macam dah kuning dan cuci. Malas tu kadang-kadang!

Kelima
Kos untuk seliter air adalah hanya beberapa sen.

Keenam
Ringan dan mudah dibawa. Sangat sesuai untuk yang selalu travel dan pentingkan air bersih. Sesuai juga untuk tempat yang kurang plug elektrik sebab jag ni tak perlukan elektrik!

Ketujuh
Jimatkan kos – hanya tadah air paip dan voila! Dapat air bersih! Dah tak perlu nak beli air mineral yang sebotol 2L mungkin berharga hampir RM2 (ye ke? Tak pasti berapa harganya sekarang...)

Cara Gunakan Water Pitcher Shaklee

Semudah ABC sahaja.

Cuma perlu pasangkan mengikut manual yang akan diberikan untuk setiap pembelian.

Sekiranya anda beli starter kit, anda akan ada baki 3 filter yang boleh simpan dahulu dan guna untuk ganti apabila filter dah sampai 303 liter. 

Tak perlu risau mana nak tengok dah 303 liter ke belum, hehe. Macam yang saya ceritakan tadi, Water Pitcher ni ada penanda automatik yang tak perlukan elektrik untuk tunjuk dah berapa liter kita turas, dan sama ada dah sampai masa untuk tukar filter atau tak.

Tadah air dari paip (atau sumber air lain) ke dalam jag, dan sekejap aja dah ada air yang boleh diminum.

Ulang ulang sebanyak mana air yang kita nak minum :)

Mudahkan? 

Jom tengok testimoni pengguna water pitcher ni... 


"Portable dan boleh bawa ke mana-mana"

"Tak tapis mineral yang bagus dalam air"

"Air halus dan karat hilang. Tak perlu beli air mineral lagi, dan tak perlu beli water filter beribu ringgit!"

"Kualiti setanding water pitcher berjenama"

"Air tak berbau klorin dan mudah dibawa kemana-mana"

"Air sesuai untuk perut anak yang sensitive, kurangkan cirit birit"

Nak dapatkan water pitcher yang best ni untuk rumah anda?

Starter kit Water Pitcher Shaklee berharga RM 460 satu set, dan mengandungi:
  • Satu Pitcher / Jag beserta 1 Filter
  • Satu Housing Kit untuk pasang filter
  • 3-Pack Filter, yang mana setiap filter boleh menuras 303 liter air (purata penggunaan 3L sehari selama 3 bulan sebelum perlu tukar filter baru!) 
Dengan starter pack ni, kos air anda akan jadi serendah RM22 sebulan selama setahun setengah! (minum 2L sehari)

Selepas setahun setengah, anda cuma perlu beli filter baru dan kos air tentunya lebih rendah lagi, sebab dah tak perlu beli jag dan housing!


Apa salahnya melabur sikit (sikit lah ni kalau nak dibandingkan dengan beli water filter lain yang ribu riban tu..) untuk dapatkan air bersih.

Setiap hari minum air, mestilah kena pastikan yang bersih. Takkan nak masukkan bergelen-gelen bahan kimia dalam badan, ye tak?

Hubungi saya sekarang dengan SMS / Whatsapp di 017-6021189 untuk pesanan.



Putri Zulaikha Amin,
SID 917819
SMS / Whatsapp : 017-6021189



Elakkan Sawan Demam! Petua Turunkan Demam Anak Tanpa Ubat

Demam anak bukan boleh dibuat main.

Anak yang masih kecil kadang-kadang tak tahu nak beritahu bila suhu badan mereka terlalu tinggi, dan ibu bapa lah yang akan jadi paling risau nak check suhu setiap setengah jam.

Demam yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan yang boleh beri kesan kecacatan kekal kepada otak, jadi semestinya demam tak boleh dipandang ringan.

Ada anak yang demam tak turun-turun walaupun dah makan ubat yang diberi dari klinik.

Apa alternatif yang boleh kita buat supaya demam anak tak terus menerus menaik tinggi?



Perlu disuruh mandi!

Salah satu kesalahan ibu bapa bila anak demam adalah... alah, tak payah mandi. Nanti sejuk.

Salah sangat! 

Walaupun anak dok mengeluh sejuk dan nampak menggigil-gigil, mandi adalah penting supaya ada air yang bertemu dengan permukaan kulit untuk membantu mengeluarkan haba dari badan.

Jika anak tahan, boleh dimandikan dengan air sejuk / suhu bilik.

Sekiranya anak macam tak tahan, mulakan dengan air suam.

Kalau anak tak larat untuk mandi (dan mak ayah pun tak larat nak angkat), boleh “jelom” anak dengan tuala basah di seluruh badannya, dan utamakan pelipat-pelipat seperti ketiak, leher, lipatan kaki, dan sebagainya.

Ulang sekerap yang mungkin.

Rawatan stokin bawang putih / lemon


Salah satu teknik semulajadi untuk turunkan suhu badan anak adalah rawatan stokin bawang putih / lemon.

Caranya:
  • Hiris atau tumbuk bawang putih dan letakkan di tapak kaki anak.
  • Sarungkan kaki anak dengan stokin dan biarkan bawang putih melekat di kaki.
  • Elok dilakukan sewaktu anak tidur malam, inshaAllah suhu badan tak akan naik mendadak.
  • Untuk anak kecil atau anak yang mungkin tak tahan dengan panas bawang putih, boleh buat “double” stokin. Caranya: sarungkan stokin lapisan pertama. Kemudian baru letakkan bawang putih, dan sarung dengan lapisan stokin yang kedua.

Tips #1: Tak perlu letak terlalu banyak bawang putih kerana bimbang anak tak tahan panas bawang putih.

Tips #2: Untuk pastikan anak tahan dengan panas bawang putih, boleh buat ujian tampalan. Caranya - letakkan sedikit bawang putih di lengan anak dulu dan biarkan 15 minit untuk lihat ada reaksi alergik atau sebagainya.

Tips #3: Boleh juga gantikan bawang putih dengan hirisan lemon.

Bawang putih / lemon kaya dengan antioksidan dan vitamin C yang boleh meningkatkan imun badan anak untuk melawan demam.

Sifatnya yang berasid pun dapat membantu  menarik haba dari kulit dan menggerakkan haba ke seluruh badan dan tidak bertumpu. Ini akan menyebabkan haba lebih mudah dilepaskan dari badan.

Mandian garam / epsom salt

Bertujuan untuk memandikan anak dengan air berasid, ibu bapa boleh larutkan lebih kurang 2 sudu epsom salt dalam sebesen air suam dan biarkan anak berendam.

Jangan lupa untuk jirus kepala anak dan ratakan air ke seluruh badan.

Boleh juga ganti epsom salt dengan cuka epal asli.

Lakukan 2-3 kali sehari, atau sekerap yang diperlukan.

Sapuan Lendir Bunga Raya

Salah satu lagi petua orang-orang tua adalah menggunakan lendir bunga raya untuk kawal suhu badan.

Ambil beberapa helai bunga raya, bersihkan dengan basuhan air dan rendam dalam air suam selama sepuluh minit.

Selepas sepuluh minit, ambil bunga raya dan ramas-ramas hingga keluar lendirnya. Lendir tersebut boleh disapukan ke kepala dan badan anak, inshaAllah panasnya akan berkurangan.

Boleh juga buat mandian bunga raya. Ramas bunga raya dalam air suam yang digunakan untuk merendam tu supaya lendirnya bercampur dengan air dan gunakan untuk mandian.


Teknik-teknik semulajadi ni nampak sedikit leceh untuk dilakukan, tetapi orang-orang tua dah cuba dan hasilnya memang positif.

Sesuai lah untuk alternatif bagi ibu bapa yang tak mahu terlalu bergantung kepada ubat klinik atau pun untuk anak yang dah makan ubat tapi suhu masih tinggi!

Selain itu, boleh juga cuba untuk "boost" imun sistem anak dengan

  • Pastikan anak tidak dehidrasi. Berikan air minuman dengan kerap. Bagi bayi yang masih menyusu, susukan dengan lebih banyak dari biasa
  • Pastikan anak makan. Anak yang demam mungkin malas makan sebab terlalu lemah atau tekak sakit jadi masakkan makanan yang lembut dan mudah dihadam. Boleh juga berikan multivitamin dalam bentuk air untuk bekalkan nutrisi pada badan. Saya cadangkan mealshakes yang kaya dengan nutrien. Hanya perlu bancuh dan suapkan kepada anak.
  • Vitamin C! Vitamin C membantu kuatkan ketahanan badan untuk melawan penyakit, dan kanak-kanak tentunya suka dan mudah untuk kemam Chewable Vita-C dari shaklee yang rasanya masam-masam manis.


Selamat mencuba.

Untuk yang sukar nak beri anak makan sewaktu demam dan anak nampak lemah aje, dan mahu mencuba MealShakes dari Shaklee, boleh tempah dan buat pesanan dengan saya di 017-6021189.


Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp : 0176021189











Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com