Friday, November 20, 2015

Susu Badan Kurang Semasa Period – 5 Langkah Yang Ibu Boleh Ambil SEKARANG Untuk Elak Merudum

Ada ibu yang beranggapan bila beliau menyusu badan, period takkan datang. Benar sekiranya penyusuan ibu adalah eksklusif dan menepati beberapa lagi syarat lain seperti yang ditulis di website Parenting.com.

Sekiranya tak cukup syarat, kebanyakan ibu akan didatangi haid sewaktu masih menyusukan bayi dan satu masalah yang sering dihadapi adalah susu badan kurang semasa period menjengah.



Maka ibu-ibu mungkin panik tergagau-gagau nak pastikan bekalan susu masih cukup untuk bayi tersayang.

Iyalah, takkan nak duduk termenung biarkan aja susu kurang semasa period kan?

Sudahlah period akan datang setiap bulan.

Mahu menangis kalau setiap bulan susu makin kurang, dan kurang, dan kurang..

Lain wanita lain pola berkurangnya susu. Ada yang:
  • Susu mula berkurang beberapa hari sebelum period, dan kembali meningkat ke normal selepas 1-2 hari period datang
  • Susu mula berkurang sebaik sahaja hari pertama period, sehingga 3-4 hari period
  • Susu kurang sepanjang tempoh period

Tak kisah lah bila-bila pun, kebanyakan ibu akan mengalami susu yang “drop” waktu period dan ada beberapa langkah yang ibu boleh ambil dalam waktu ni untuk elakkan susu lebih jatuh dengan teruk.

Ini mengikut pengalaman saya dan perkongsian dari mak-mak dibilik pam susu lah.. (kami turut berkongsi pengalaman-pengalaman yang baik tau selain perhatikan ragam-ragam mak di bilik menyusu je hehe), jom tengok!

Ambil Kalsium / Magnesium Suplemen

Kalau tengok di forum-forum ibu menyusu dan juga cakap-cakap mak di bilik menyusu, mereka ambil suplemen kalsium/magnesium waktu period. 

Mostly cakap susu tak merudum dengan teruk dan kembali ke tahap normal cepat sikit berbanding kalau tak makan suplemen.

Ada yang memang ambil sepanjang tempoh menyusu sebab beliau tak tahu bila nak mai period tu

Sebenarnya, tahap kalsium dalam darah akan berkurang sekitar waktu ovulasi, menyebabkan adanya perkaitan antara period dengan kurangnya supply susu.

Suplemen kalsium / magnesium boleh bantu menaikkan semula paras kalsium dalam darah.

Sekiranya ibu nak cuba, pastikan juga suplemen kalsium yang dipilih mempunyai kandungan magnesium dan Vitamin D bersamanya, sebab penyerapan kalsium lebih optimum dengan adanya dua kawan baik dia ni.

Waktu makan?

Terpulang ibu. Boleh dimakan sekitar dua minggu sebelum period, sekiranya ibu tahu bila akan period.

Kalau tak pun, ambil aja for the whole month. Ibu menyusu memang perlukan kalsium extra.. J

Untuk saya, dalam set penyusuan yang saya ambil memang dah lengkap dengan suplemen kalsium lengkap magnesium dan vitamin D jadi tips ni memang dah buat hehe

Pam Lebih Lama untuk Dapatkan “Let Down” extra

Kesalahan ibu bila tengok susu makin sikit adalah berhenti pam.

Ibu ingat – alah perlu ke pam lagi ni? Susu macam dah habis aje.. stop lah..

Oh no no...

Perasan tak kalau kita pam lebih lama, ada masa yang tiba-tiba “breast” akan rasa kembang dan tiba-tiba ehhhh laju pulak susu ni mengalir?

Tu namanya “Let Down”

Salah satu tips untuk kumpul susu lebih waktu-waktu period ni adalah dengan test tengok badan kita boleh “Let Down” lagi tak.

Tips nya : Selepas sesi pam biasa dan bila tengok susu macam dah berhenti mengalir, rehat 5 minit dan sambung pam. Badan berkemungkinan boleh ada “let down” lagi sekali jadi ibu boleh simpan stok lebih sikit.

Minum Nursing Tea

Kalau survey di kedai-kedai bayi, ada jual nursing tea.

Nursing tea ni ada kandungan “galactagogue” yang boleh banyakkan susu badan ibu. Contoh “galactagogue” termasuklah fenugreek, thistle dan alfalfa.

Kandungan “galactagogue” dalam nursing tea ni selalunya tak banyak, jadi ibu perlu minum setiap hari untuk nampak kesannya.

Again, elok kalau minum seminggu dua sebelum waktu period.

Ada juga tablet-tablet galactagogue yang ibu boleh cuba ambil – contohnya alfalfa shaklee yang dibuat dalam bentuk tablet untuk ibu yang tak berapa rajin nak membancuh.

Minum Air Yang Banyak (Lebih Banyak Dari Kebiasaan)

Memang ibu menyusu memerlukan air yang banyak, sekurang-kurangnya 3L pada hari-hari biasa.

Ketika waktu period, cecair badan ibu akan berkurang melalui keluarnya darah haid dan boleh menyebabkan dehidrasi dan badan kurang air.

Maka,

Waktu period perlu minum air lebih dari 3L untuk gantikan cecair badan yang hilang tu.

Ada ibu di forum BabyCentre cakap beliau minum gatorade dan supply meningkat dengan cepat. 

Tahu tak gatorade sebenarnya minuman yang tinggi elektrolit, selalunya atlet-atlet akan minum untuk kurangkan dehidrasi badan bila berpeluh-peluh akibat bersukan?

Sama lah tu konsepnya. Elakkan badan dari terhidrasi dan inshaAllah kuantiti susu akan meningkat sedikit demi sedikit.

Makan Oat

Banyak ibu yang kongsi – mereka perasan hari yang mereka ambil oat sebagai sarapan, kuantiti susu yang diperah banyaknya lain macam.

Saya tak berapa suka oat, tapi saya pernahlah makan oat dan memang perasan kuantiti susu untuk sesi pagi tu lebih dari biasa.

Tiada bukti saintifik, tapi apa salahnya mencuba kan? Mana tahu boleh bantu dengan kuantiti susu yang “drop” waktu period ni!


Yang penting, ibu jangan rasa "down" pulak bila tengok susu tiba-tiba sikit bila period / haid datang.

Semua tu adalah kitaran badan yang Allah dah buat untuk kesihatan badan kita, dan ibu boleh cuba tips2 mudah di atas supaya susu tak terus menerus drop.

Selamat mencuba!

P/S: Sekiranya ibu berminat nak cuba suplemen kalsium / magnesium semulajadi yang saya guna dan amalkan ni, boleh whatsapp / sms saya di 017-6021189. Harganya RM61 sebotol dan lengkap dengan kawan-kawan dia si magnesium dan vitamin D tu.

Nak lagi best, boleh try set menyusu lengkap terus - badan sihat baby pun happy :)


Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp : 017-6021189


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com