Thursday, November 19, 2015

Sebab Sukar Hamil Bagi Wanita Yang Dah Cuba Bertahun-Tahun




Sesetengah pasangan, walaupun dah cuba bersungguh-sungguh untuk dapatkan zuriat, masih tak berjaya.

Ada yang cuba satu bulan, 6 bulan, setahun, malah ada yang mencecah bertahun-tahun.

Tengok orang lain macam senang je nak dapat anak, jadi di mana silapnya? Masalah sukar hamil ni agak "common" pada pasangan-pasangan yang sedang cuba mendapatkan zuriat.

Walaupun kajian menunjukkan ketidaksuburan boleh datang dari suami dan isteri (kedua-dua pihak), tapi dah normal kalau tak subur tu orang akan terus tuding jari pada perempuan dulu.

Tak tahu lah kenapa.

Untuk membolehkan kehamilan, perkara di bawah perlu berlaku:

  • Salah satu dari dua ovari mestilah mengeluarkan ovum yang sihat
  • Ovum sihat perlu melalui tiub fallopio
  • Persenyawaan antara ovum dan sperma akan berlaku di tiub fallopio, dan telur yang disenyawakan akan melekat di uterus dan terus membesar.
Jadi untuk kaum wanita, penting untuk kita faham faktor-faktor yang boleh memberi sebab sukar hamil kepada wanita supaya boleh cari jalan untuk kurangkannya.

Faktor Berat Badan


Berat badan yang tidak ideal adalah salah satu sebab masalah sukar untuk dapat anak.

Sekiranya pasangan pergi check di klinik, salah satu saranan doktor bagi wanita yang mempunyai berat badan berlebihan adalah untuk “slim down” sikit.

Berat badan pada BMI yang elok boleh menaikkan peratusan kejayaan untuk mengandung.

Anda boleh check BMI anda menggunakan kalkulator online ini. Hanya perlu isikan berat dan tinggi sekarang.

Faktor Usia


Umur sekitar 35 tahun ke atas merupakan tempoh “berisiko tinggi” untuk hamil.

Dan badan secara semulajadi akan cuba untuk mengurangkan risiko ini untuk berlaku.

Namun, masih tak mustahil untuk mengandung sekiranya badan masih sihat dan tiada masalah lain.

Masalah Tiub Fallopio


Tiub Fallopio adalah tempat persenyawaan antara ovum (telur wanita) dengan sperma.

Sekiranya terdapat masalah di tiub fallopio seperti tiub tersumbat, ovum akan terhalang dari persenyawaan dengan sperma.

Tiub fallopio boleh bermasalah disebabkan masalah seperti fibroid (ketumbuhan), endometriosis dan sebagainya.

Masalah tiub fallopio tersumbat ini juga salah satu punca utama perempuan tak mampu hamil – kajian menunjukkan 25% ketidaksuburan wanita adalah berpunca dari masalah ini.

Masalah Ovulasi 


Menurut BabyCentre, masalah ovulasi selalunya disebabkan ovum yang tidak matang atau ovari gagal mengeluarkan telur matang pada waktu yang sepatutnya.

Masalah ovulasi selalunya akan dapat dikesan melalui simptom haid yang tidak teratur atau tidak datang haid sama sekali.

Menghidap PCOS


Pesakit PCOS mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan kehamilan menjadi sukar.

Endometriosis


Endometriosis adalah satu keadaan di mana tisu di dinding uterus menebal dan ditemui di luar uterus.

Tisu yang sepatutnya keluar setiap kali datang haid ini akan tinggal di dalam badan dan membengkak, menyebabkan pendarahan dalaman, kesakitan pelvik dan juga menyumbang kepada ketidak-suburan wanita.

Boleh rujuk di Persatuan Endometriosis Online untuk maklumat lanjut berkenaan endometriosis.



Bagi punca-punca yang disebabkan masalah biologi dan ketumbuhan, kaum wanita disarankan untuk segera berjumpa doktor pakar untuk mendapatkan rawatan.

Selain itu, setelah mengetahui kemungkinan penyebab seperti di atas, pasangan boleh cuba amalkan bantuan alternatif untuk meningkatkan kesuburan.

Menurut website Bidanku, salah satu usaha untuk meningkatkan kehamilan adalah dengan mengambil makanan tambahan / suplemen.

Wanita yang mengambil asid folik sebelum kehamilan akan lebih bersedia untuk hamil

Pengambilan vitamin E akan meningkat kesuburan lelaki dan wanita.

Boleh rujuk perkongsian saya sebelum ni untuk tahu bagaimana vitamin shaklee untuk kesuburan boleh membantu membetulkan hormon, kembalikan haid pada kitar yang normal.

Ada juga pesakit PCOS yang berjaya hamil setelah konsisten mengamalkan vitamin shaklee!


Semestinya zuriat adalah rezeki, tapi tak salah kita berusaha dan tarik rezeki supaya datang lebih dekat dengan cepat.

Sekiranya anda

  • Sering sakit senggugut yang melampau
  • Kitaran haid tak teratur – kadang-kadang datang, kadang-kadang tak datang. Pernah datang untuk tempoh lama, dan pernah juga keluar cuma setitik dua
  • Mengalami cyst atau ketumbuhan

Saya boleh bantu cadangkan bagaimana vitamin boleh membantu menyelesaikan masalah di atas.
Setiap pembelian dari putrizulaikha.com akan menerima servis konsultasi seumur hidup.

Ambil tindakan untuk kesihatan dan kesuburan anda sekarang – SMS / WA saya di 017-6021189.

Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / WA 017-6021189

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com