Tuesday, November 17, 2015

Pertama Kali Iman Nasuha Makan Minyak Ikan Omega Guard - Memercik!



Dulu waktu saya kecil, mak berikan Scott's Emulsion perisa oren.

Tapi malangnya, Iman Nasuha tak kongsi kesukaan saya terhadap minyak ikan ni. 

Walaupun perasa oren yang saya ingatkan semua orang suka?

Hmmph.



Disebabkan saya baca di Baby Centre cakap - budak yang tak makan "fatty fish" sekurang-kurangnya sekali seminggu elok diberikan suplemen minyak ikan supaya beliau dapat DHA dan EPA yang mencukupi, saya pun mula terfikir untuk cari alternative untuk sumbatkan jugak minyak ikan pada Iman.

Sebenarnya Iman Dah Dapat DHA dan EPA Sejak Dalam Kandungan

Oh sebelum saya terlupa, sewaktu mengandung saya memang makan Omega Guard Shaklee bermula trimester kedua sehinggalah 9 bulan mengandung.

Satu sebab doktor memang cadangkan makan suplemen yang kaya DHA and EPA untuk bantu bina neuron janin - dan saya yang memang tengah konsisten amalkan set mengandung Shaklee, tak perlu susah-susah nak cari.

Omega Guard memang salah satu suplemen yang digalakkan dalam set mengandung.

Nasib baik hehe

Iman pun dapat DHA dan EPA bila lahir dan menyusu badan

Oh tidak..

Saya tak sumbat beliau dengan suplemen minyak ikan sewaktu masih baby.

Exclusive breastfreeding, okay..

Saya cuma pastikan saya terus konsisten ambil Omega Guard sewaktu menyusu.

Sama macam konsep "kalau mak makan panas-panas, nanti anak kembung" yang maksudnya apa jugak makanan ibu, anak akan dapat,

saya yakin Iman Nasuha dapat all the goodness from the fish oil capsule dari pemakanan saya.

Bonus nya : Omega Guard bantu turunkan berat badan hehe.. Saya kongsikan pengalaman saya makan Omega Guard waktu menyusu di sini

Masalahnya sekarang..

Iman Nasuha dah tak menyusu badan!

Dan beliau juga tak makan ikan sangat.. asyik nak "ciken, ciken, ciken" atau "telur..telurr" hehe so semestinya kalau ikut Baby Centre tu, mesti berikan suplemen.

Pilihan saya?

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Why not use the same supplement, kan? Sharing ibu dan anak, gitewww 




Pengalaman Pertama Kali Berikan Omega Guard 


Saya mula nak berikan Iman makan omega guard ni bila beliau dah berumur setahun 7 bulan, lepas buat research tentang kebaikan-kebaikan Omega Guard untuk kanak-kanak:
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan
Tapi kerisauan yang saya ada waktu tu adalah:

  • Minyak ikan tu berbau (sebab perlu dipecahkan dulu kapsulnya memandangkan saya tak percaya Iman boleh kunyah kapsul tu hehe)... nak ke beliau telan?
Tapi... tak cuba tak tahu, kan?

So hari untuk cuba beri makan pun tiba...

Saya biarkan beliau bermain-main dengan botol Omega Guard tu sekejap dan tanya "Iman nak makan omega tak?"

Fuh anakku memang boleh ikut jejak langkah mak dia.

Melompat dia terkinja-kinja nak makan "omeda"

Saya ambil sebijik kapsul (selepas biarkan beliau tinjau-tinjau kapsul omega dalam botol, kasi excited lebeyh sikit hohoho) dan gigit hujung kapsul biar minyak ikan tu boleh dipicit ke dalam mulut Iman Nasuha.

Saya yang hampir muntah rasa kehanyiran nya.

OK Imannnn, bukak mulut besar-besar tau, Umi nak picit omega dalam mulut Iman..

Beliau nganga.

Saya baru masukkan kapsul dalam mulutnya , dan tak sempat nak picit beliau dan gelojoh terus tutup mulut dan nak gigit.

Habis terpancut Omega - separuh masuk dalam mulut beliau dan separuh lagi..

terpercik kat muka mak.

Anak sengih-sengih, mak loya rasa nak muntah!


Hehe.

Tu pengalaman pertama kali suapkan Omega Guard pada Iman.

Alhamdulillah walaupun mula-mulanya cuak rasa hanyir Iman tak suka, tapi surprisingly "Omeda" lah vitamin favouritenya.

Setiap hari tanya nak makan "omeda".

Sampai sekarang terpaksa sorok atau letak botol Omega jauh-jauh dari capaian beliau.



Selain Omega Guard, saya turut berikan Iman Vitalea for Children dan Chewable Vita-C untuk pertumbuhan dan imun badannya.

Kalau anda belum berikan sebarang makanan tambahan pada anak-anak dan sedang mencari, boleh lah cuba 3 vitamin yang best ni.

Iya lah, budak-budak kadang-kadang memilih makanan sikit kan jadi untuk pastikan badan sihat dan berkembang elok, boleh aja tambah.


SMS / Whatsapp saya di 017-6021189 untuk pesanan, atau anda boleh terus beli dari Shaklee Corporation dengan menekan butang "Order Sekarang" di bawah.

Cuma perlu letakkan kuantiti vitamin, alamat penghantaran dan buat pembayaran dan dalam masa 1 - 4 hari bekerja, Shaklee sendiri yang akan poskan vitamin ke rumah anda. Mudah!

Selepas beli di bawah, boleh hubungi saya untuk dapatkan cara makan yang betul dan konsultasi. 




Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp 017-6021189





2 comments:

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com