Sunday, November 15, 2015

Design Poster Guna PowerPoint - Mudah Kalau Tahu Tekniknya (Kata Cikgu)





Hari ni pergi sertai Workshop Design Poster Menggunakan Powerpoint anjuran salwasaleh.com.

Untuk yang tak berapa rajin nak bereksperimen macam saya ni, pergi kelas tentunya lebih mudah..

Ada cikgu nak berikan tips-tips yang best.

Kongsi short-cut

Kongsi jugak apa yang tak sepatutnya buat, hehe


Nak catat kat sini beberapa point penting supaya tak lupa:

Sebelum design poster, mesti tahu Tujuan, Target Audience dan Konsep.

Tiga benda ni boleh tentukan poster nak gunakan tema apa - minimalist ke, profesional ke, kanak-kanak riang ke etc etc dan seterusnya akan membantu pemilihan warna dan tulisan.

Jangan takut eksperimen dengan tulisan

Sebelum ke kelas, saya paling tak suka pakai tulisan yang berkelok2 atau cursive. Rimas saya menengoknya.

Rupanya ada teknik dan masa yang mana tulisan jenis beralun ni buatkan poster nampak lebih menarik dan melekat di hati!

Cuma, kena rajin eksperimen lah.. hehe

Warna hitam dan putih untuk font mungkin senang nampak "sesuai", tapi selalunya ada warna yang lebih cun untuk poster kita.

Haaaa... ni awal2 lagi saya dah silap. Tak hitam, putihhhh la pilihan hati.

Tadi belajar cara nak kenal pasti warna yang sesuai supaya poster nampak "blend" cantik.. kui3 bye2 putih hitam, kita mungkin akan jarang jumpa lopeh ni

Teknik yang paling saya suka skali belajar hari ni - teknik layering!

Rasa macam nak layer semua benda.. tapi oppsss. Tak semua sesuai rupanya. Kena pandai pilih.

Tahu macam mana nak cari ikon dan background cantik - cantik,  dan copyright free..

Hihi ni paling best. Selalu tengok orang guna background cantik-cantik, gambar macam "wow", kita pun tertanya-tanya adakah semua orang photographer hebat?

Rupanya hanya perlu tahu mana nak carik sumbernya.

Boleh lah kalau nak google cari info, tapi macam saya katakan tadi.. lebih mudah berguru dna tanya pada yang tahu, ye dak?

Jack Canfield pun cakap - apa lah salahnya TANYA. Orang hebat selalunya tak kedekut nak kongsi ilmunya.

Ada banyak lagi, tapi hmm hmm dah lupa. Adeh. Kena bukak balik nota..

Kesimpulannya,


Kak Salwa pesan, dengan tahu basic ni, pakai lah software apa pun inshaAllah okay.

Malangnya kalau tak tahu basic, software beribu-ribu ringgit pun takkan menjamin poster yang cun dan meletops.

Belajar basic design ni pun tak akan terus jadi wow mantapnya aku!

No..no..

Untuk jadi master shifu, kenalah melalui proses design beratus2 jam.

Maksudnya kena terus cuba dan cuba dan cuba sampai lah jadi Master shifu  - tahap 10 minit dah dapat hasilkan poster yang mantap dan hebat.

Kena usaha lebih gigih la ni.. sayang kalau ilmu yang ada dibiarkan berkarat sebab letakkk aja tak guna kan. 


Semoga anda semua pun mempunyai hari minggu yang aktif dan produktif!



Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS/Whatsapp 0176021189




0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com