Thursday, November 12, 2015

Anak, Gajet dan Tips Supaya Tak Ketagih (Berlebihan..)

Dengan lambakan artikel "Ketagihan Gadjet atau Ketagihan Teknologi" yang menceritakan keburukan gadjet kepada kanak-kanak, saya yakin kebanyakan ibu-bapa mesti ada rasa sikit "guilty" lah kalau biar anak lama-lama dengan gajet.

Saya pun sama. Hoho..

Sebelum anak lahir, memang keazaman jitu tak mahu anak didedahkan dengan Gajet / TV seawal usia.

Anak lahir, perlahan-demi-perlahan...

Hmm, reality mengetuk pintu. Hehe.

Sebenarnya elok jugak ada gajet ni, sebabnya:

  • Mudah nak pujuk kalau anak tengah agak-agak nak tantrum. "Siapa nak tengok Humpty Dumpty sat on the wall angkat tangan??" can save the day...
  • Ibu bapa tak ada pembantu. Jadi gajet boleh bantu lekakan anak sebentar sementara nak masak, angkat kain, mandi, buang air dan sebagainya.
  • Bahan buat idea apa nak bercakap dengan anak. Percaya atau tak, tak semua ibu bapa pandai "berkomunikasi" dengan anaknya secara kasual jadi dengan adanya video, boleh lah tolong beri idea..

Walau macam mana pun, ramai ibu bapa yang salah-guna gajet sebagai pengganti, bukannya pembantu.

Walau disogokkan dengan berdas-das video yang kononnya membina otak, dan diberikan makanan-makanan yang membantu pertumbuhan anak fizikal dan mental, tahu tak yang gajet berlebihan tanpa pantauan hanya akan memberi impak negatif untuk kanak-kanak?


Sebab tu saya masih cuba untuk limitkan "exposure" atau jadikan screen-time lebih interactive, contohnya :


PERTAMA
Screen-time hanya limit kepada 10 minit sekali


KEDUA
Kalau lebih 10 minit, mesti ada adult-supervision untuk tolong terangkan apa yang ada dalam video tu dan ajak beliau "describe". Contohnya:
- Kenapa Humpty Dumpty jatuh dari dinding (sebab ada orang tolak, dan buat gaya tolak-tolak supaya beliau tiru)
- Galakkan beliau nyanyi sama dan buat gaya / berjoget
- Johnny Johnny Yes Papa suka makan gula malam-malam, tapi kalau makan gula malam tak gosok gigi, semut cari. (dan geletik beliau seolah-olah semut datang)

Defeat sikit tujuan nak screen-time (iaitu supaya mak pun boleh screen-time update Insta / Facebook / Consult Customer), tapi berbaloi sebab lepas tu tak rasa bersalah sangat. Hehe


KETIGA
Terangkan yang "Handphone" umi tak boleh pakai waktu tidur sebab sebelum tidur kena cerita Sang Kancil, atau baca doa. Humpty-Dumpty boleh tengok besok.

Ulang-ulang sampai beliau faham dan berhenti mintak gajet sebelum tidur.

Penting sebab salah satu keburukan screen-time berlebihan adalah gangguan waktu tidur anak yang melampau,


KEEMPAT
Cuba alihkan perhatian setiap kali anak minta untuk tengok video di gajet. 

Kalau perlu, gunakan gajet untuk main sorok-sorok Peek-a-Boo atau Cak-Cak, yang walaupun memerlukan tenaga lebih sikit (terutamanya bila ibu bapa baru pulang kerja atau tengah rush nak mandi), tapi tentunya lebih berbaloi untuk perkembangan anak-anak.


KELIMA
Untuk anak yang dah addicted, lagi satu masalah adalah bila nak suruh berhenti.

Saya cuba atih anak bersabar dengan gajet.

Wah, boleh ke? Macam mana?

Saya terangkan kepada anak yang kadang-kadang tak boleh tengok video, sebab internet slow.

Dan tetapkan "last video" untuk manage expectation anak dan elakkan beliau melalak bila kita nak tutup video. 

Beritahu anak yang "OK ni last video sebab lepas ni kita kena mandi, atau makan nasik, etc etc". 

Mula-mula memang dia akan mengamuk, tapi lama-kelamaan anak akan faham dan dia sendiri yang akan ambil henpon dari tangan dan simpan!



Tu aja trick yang saya guna setakat ini.

Iman Nasuha masih jugak terkinja-kinja nak tengok video setiap kali beliau nampak iPad, tablet atau henpon, tapi alhamdulillah masih terkawal (saya rasalah) dan mudah nak suruh beliau berhenti.

Saya yakin gajet atau no gajet, kebaikan atau keburukannya terpulang kepada cara ibu bapa handle.

Kalau gunakan gajet sebagai bahan bantuan nak jaga anak dan sentiasa aware untuk mengehadkan kegunaannya, saya rasa tak ada masalah.

Kalau nak beli gajet sebab malas nak layan atau spend time dengan anak, pikir sendiri la ya.



Putri Zulaikha 
Shaklee Independent Distributor (917819)
SMS / Whatsapp : 017-6021189


1 comment:

  1. terima kasih atas tips diatas. adik ni ha asyik main laptop + phone susah betul

    http://hostingmalaya.com

    ReplyDelete

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com