Tuesday, November 24, 2015

8 Cara Dapatkan Kehamilan Menyeronokkan Sampai Tak Sabar Nak Pregnant Lagi

Tempoh 9 bulan hamil perlu dirancang dan dimanfaatkan dengan baik supaya ibu memperolehi pengalaman mengandung yang menyeronokkan.

Trauma atau pengalaman hamil yang tak seronok mungkin menyebabkan ibu serik dan fobia nak mengandung lagi. 

Apa yang boleh ibu lakukan ya?



Ambil Seberapa Banyak Gambar (Atau Video) Sebagai Kenangan

Walaupun sewaktu hamil mungkin terasa “Ya Allah, lamanyaaa”, tempoh 9 bulan kehamilan akan berlalu dengan pantas.

Selepas bersalin pula, memori waktu mengandung akan lebih cepat pudar bila ibubapa mula sibuk melayan kerenah anak-anak yang membesar pula!

Gambar dan video sewaktu mengandung akan menjadi kenangan yang tak ternilai.

Kalau bukan anda yang berminat nak tengok, anak anda pasti teruja nak tengok dirinya (di dalam perut ibu.. hehe)

Watch your back!

Literally, jaga belakang anda.

Semakin lewat kehamilan, tekanan kepada bahagian belakang badan anda akan tinggi jadi penting untuk anda jaga kesihatannya awal-awal lagi.

Kehamilan tentunya kurang menyeronokkan sekiranya asyik sakit belakang aja, kan?

Tips 1: Letakkan “stool” atau bangku. Ini khas untuk anda yang bekerja ofis dan agak pendek. Dengan meletakkan bangku untuk merehatkan kaki sewaktu bekerja, postur badan akan lebih terjaga.

Tips 2: Melabur dalam “side pillow” yang selesa. Pakar dan doktor menyarankan tidur mengiring di sisi kiri untuk meningkatkan aliran darah kepada bayi – dan anda juga akan dapati yang tidur mengiring adalah satu-satunya posisi yang membolehkan anda tidur dengan selesa (selesa definisi mengandung lah, ya) bila perut dah mula membesar!

Jadi tak salah sekiranya membelanjakan sedikit wang untuk membeli “pregnancy pillow” yang boleh berikan postur tidur yang selesa. Anda boleh lihat pelbagai variasi bantal online, atau sekiranya rajin, anda boleh DIY bantal sendiri. Anda boleh lihat pregnancy pillow yang saya beli sewaktu mengandungkan anak sulung dalam entri saya disini.

Tips 3: Berurut dengan tukang urut yang bertauliah. Ini terbukti boleh memberi kelegaan terhadap belakang badan yang sengal-sengal sewaktu mengandung. Untuk yang mencari tukang urut di sekitarShah Alam, boleh rujuk di sini.

Tips 4: Pastikan jumlah kalsium harian mencukupi. Doktor berpendapat wanita mengandung memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium setiap hari untuk mengelakkan osteoporosis.

Pastikan ambil kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk penyerapan yang optimum. Anda boleh cuba kalsium jenama ostematrix dari shaklee yang semulajadi dan beli terus di sini.

Hebahkan Kegembiran Anda

Brasner, penulis buku Advice from a Pregnant Obstetrician: An Insider's Guide menulis yang berkongsi kegembiraan dengan orang terdekat boleh membantu memberikan pengalaman hamil yang menyenangkan.

Tips 1: Jangan pergi ke appointment doktor seorang diri. Seelok-eloknya pergi dengan suami, ibu atau orang-orang yang rapat seperti adik-beradik atau teman rapat.

Tips 2: Sekiranya anda jenis yang suka majlis, raikan kehamilan dengan majlis makan-makan. Sekiranya anda bernasib baik, teman rapat mungkin akan mengadakan majlis “baby shower” untuk anda.

Pastikan Anak Lain Tidak Merasa Ketinggalan

Salah satu masalah nak menikmati tempoh kehamilan adalah anak lain yang asyik menyempit dan kadang-kadang melelahkan.

Kita nak rehat, dia nak main

Kita nak tidur mengiring, dia nak panjat perut

Hehe

Cuba masukkan anak-anak dalam proses dan tempoh kehamilan anda.

Tanya pendapatnya untuk memilih nama adik, ketika membeli persiapan kelahiran, dan boleh juga minta anak-anak usap-usap dan bercakap dengan perut.

Anak tak cranky, anda pun lebih gembira dan tenang dengan kehamilan baru ini. Cubalah!

Berhenti Risau Tentang Benda-Benda Remeh

Cuba untuk bertenang dan nikmati tempoh kehamilan.

Elakkan membaca pelbagai buku kehamilan, persediaan hamil dan sebagainya. 

Satu atau dua rujukan adalah normal, tapi sekiranya anda terlalu risau sampaikan nak beli semua buku panduan kehamilan dan bersalin dan berpantang yang ada dipasaran, anda sedang menghancurkan kemanisan hamil itu sendiri!

Terlalu banyak informasi hanya akan mengelirukan dan merisaukan – kata Debra Edwards, guru Antenatal dari Bristol

Buatkan Senarai Barangan Yang Perlu Disediakan

Salah satu kesalahan adalah tidak mempunyai senarai dan akhirnya jadi (1) langsung tak bersedia untuk terima baby ataupun (2) berbelanja berlebihan sampai mungkin berhutang.

Kedua-duanya boleh menyebabkan stress dan kerisauan kepada ibu.

Seelok-eloknya, buat inventori di rumah untuk kenal pasti barang-barang yang perlu disediakan sebelum bayi lahir dan beli sedikit-sedikit.

Beli pakaian yang selesa dan sesuai untuk ibu mengandung

Kenapa?

Lumrah wanita - berpakaian yang elok, cantik dan kena gaya akan memberikan keyakinan dan rasa cantik. 

Bayangkan perut dah besar dan pusat terjojol, tapi masih memakai pakaian lama sebelum mengandung sehingga nampak lemak-lemak yang tak sepatutnya?

Mesti anda akan rasa hodoh dan rendah diri. Seterusnya mungkin akan datang di fikiran yang "alah, tak mahulah mengandung lagi! Badan dah buruk"

Memang akan terdapat perubahan badan sewaktu hamil untuk tempatkan bayi yang membesar, tapi dengan pakaian yang bersesuaian, tempoh kehamilan bukanlah sesuatu yang akan membuatkan anda menjadi hodoh!

Dan akhir sekali..

Connect dengan pregnancy anda

Tak ada yang lebih menggembirakan sekiranya anda sendiri mampu mendidik hati untuk ikhlas dengan setiap jerih perih mengandung.

Saat melihat badan yang makin membesar, ingatlah bahawa anda sedang membesarkan satu lagi nyawa.

Saat kaki dan pinggul terasa lenguh, tahulah yang bayi sedang stretching dengan nyaman dan sangat berterima kasih untuk ruang yang anda sediakan.

Usap-usap perut dan berbuallah dengan bayi. Ceritakan harapan anda, kesakitan yang sedang dialami dan sebagainya. Anda boleh rujuk 5 tips mudah untuk berbual dengan bayi sejak dari dalam kandungan lagi.

Percayalah, berlaku seolah-olah bayi boleh mendengar dan memahami setiap patah akan memudahkan anda menikmati tempoh kehamilan dengan lebih lebih lagi.

Selamat hamil ibu-ibu sekalian!


Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp : 017-6021189















1 comment:

  1. bestnya bila abca entri ni. rasa macam nak tambah anak lagi je.. hihi.. =)

    ReplyDelete

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com