Wednesday, November 18, 2015

5 Tips Kurangkan Masalah Lenguh Badan Bila Perut Dah Boyot Trimester Ketiga




Satu masalah yang akan menyerang ibu-ibu hamil, terutamanya waktu trimester ketiga adalah masalah lenguh badan.

Saya pun sama, seringkali lenguh badan dan belakang sewaktu hamil di trimester ketiga ni.

Paling tak best kalau bangun-bangun pagi dah sakit badan!

Nak mulakan hari pun macam malassss aje.. aduhai

Hasil pembacaan saya di buku-buku dan internet, saya kumpul dan kongsikan beberapa tips yang ibu-ibu sekalian boleh guna atau amalkan untuk kurangkan (atau kalau bernasib baik, hilangkan terus!) masalah lenguh badan ketika mengandung ni.

Kurangkan Angkat Berat




Sewaktu hampir melahirkan, ligamen sendi ibu akan menjadi lembut untuk membolehkan bayi keluar dengan mudah saat kelahiran nanti.

Sebab tu, angkat barang yang sebelum ni mungkin dikira ringan atau “biasa-biasa aje beratnya” mungkin berikan tekanan berlebihan pada sendi ibu dan sebabkan masalah lenguh ni terjadi!

Untuk menyelesaikannya, ibu boleh
  • Minta tolong suami atau rakan-rakan untuk mengangkat barang yang agak berat
  • Bagi yang kerja office dan perlu bawak laptop berat kehulu-kehilir, boleh pertimbangkan penggunaan beg troli supaya tak perlu angkut beg di bahu
  • Bagi ibu yang mempunyai anak kecil tapi dah boleh berjalan, galakkan anak untuk jalan dan bukannya didukung. Selain membantu anak praktis jalan, sendi ibu pun tak terlalu tertekan!

Amalkan “stretching” ringkas 



....setiap kali selepas bangun tidur, dan juga apabila terlalu lama tak bergerak (sekiranya kerja yang perlu duduk lama di depan laptop / meja).

Boleh rujuk di FitPregnancy atau BabyCentre untuk senaman ringkas khas untuk ibu mengandung.

Pastikan Kalsium yang Mencukupi




Jika ibu tak minum susu dan tak ambil sebarang suplemen kalsium, kebarangkalian untuk ibu dapat lenguh badan (dan pelbagai komplikasi lain yang berkaitan dengan kurangnya kalsium dalam badan) adalah tinggi!

Bayangkan bayi yang membesar dalam badan sedang tarik kalsium badan, dan tiada sebarang kalsium intake.

Ibu mengandung memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari, tak kiralah dari susu, suplemen atau makanan berkalsium.

Boleh rujuk di Parenting.com dan BabyCentre untuk maklumat yang lebih terperinci.

Jika tak cukup kalsium, mula lah nak sengal badan, kejang kaki, sakit gigi dan sebagainya.

Taknak lah pulak lepas mengandung badan jadi “slim”, tapi gigi rongak.

Untuk elakkan masalah ni, ibu mestilah minum susu atau ambil produk-produk tenusu untuk pastikan bekalan kalsium yang cukup dalam badan.

Jika tak mahu minum susu, boleh pilih untuk amalkan suplemen kalsium yang banyak dijual di pasaran.

Cadangan saya tentunya ambil yang semulajadi supaya kesannya elok untuk badan, seperti ostematrix dari shaklee.

Selain dari mengurangkan masalah kejang kaki (baca pengalaman saya makan ostematrix sepanjang kehamilan dan tiada kejang kaki!), ostematrix pun bantu elakkan masalah sembelit.

Pastikan Posisi Tidur yang Selesa




Pernah tak bangun pagi dengan pinggang yang sengal semacam?

Sakit pinggang ketika mengandung adalah disebabkan pusat graviti badan yang dah teralih dan tekanan yang lebih diberikan pada pinggang.

Terutamanya waktu tidur tu.. perut dah lah besar tapi tak boleh jejak tilam. Hehe.

Untuk atasi sakit pinggang yang melampau, ibu mengandung disarankan tidur dalam posisi mengiring.

Jika perut semakin membesar, boleh alaskan dengan bantal di bawah perut supaya ibu dapat mengiring dalam keadaan lurus.

Jika ada budget lebih, boleh jenguk-jenguk pelbagai “pregnancy pillow” yang dijual di pasaran.

Pregnancy pillow ni designnya khas untuk ibu mengandung supaya bila dipeluk waktu tidur, akan memberi sokongan pada perut dan bahagian belakang badan.

Memang sangat selesa!

Saya pun ada satu – brand Genii yang dibeli sewaktu mengandungkan anak sulung dulu.

Masih pakai sampai sekarang hehe.

Contoh pregnancy pillow kepunyaan saya. Lena tidur macam kena peluk.. hehe

Pergi Berurut




Tapi awas! Ibu mengandung di fasa-fasa akhir perlu pandai memilih tukang urut yang benar-benar pandai dan tahu cara mengurut ketika mengandung.

Urat orang mengandung akan mengembang dan cara berurut yang salah akan menyebabkan lenguh dan sakit yang lebih banyak, bukannya beri kelegaan!

Orang mengandung pun tak boleh diurut dengan terlalu kuat, dan sesetengah kawasan badan perlu dielakkan supaya tidak menyebabkan kontraksi.

Tapi jika bernasib baik dapat tukang urut yang pandai dan bertauliah, memang urut boleh melegakan sengal-sengal badan.

Bangun pagi pun rasa sedapp aje hehe

Saya kongsikan beberapa tukang urut yang memang mahir dalam seni urutan orang mengandung.

Saya dah cuba dan alhamdulillah urutannya memang terasa dan melegakan.

 1) Blessed Beauty Confinement Lady

BBC di bawah naungan Kak Ice – boleh rujuk Facebook mereka untuk maklumat tentang pakej-pakej yang ada. Ada pakej rawatan seri pengantin, rawatan sengkak selepas bersalin, paket pantang dan sebagainya.

Untuk urutan mengandung, saya pergi ke pusat rawatan mereka berhampiran KTM Seksyen 13, Shah Alam.

2) Kak Nizam Tukang Urut – Contact Number +6013-288 3678 (Shah Alam)

Kak Nizam buat rawatan urut tradisional, urut ibu mengandung dan juga pakej penjagaan pantang.

Tukang urut pantang anak pertama saya ambil dengan kakak ni. Sangat puas hati. Beliau memang murah hati berkongsi tips-tips penjagaan pantang, kepentingan bengkung dan sebagainya.

Urutan mengandung dari beliau pun sangat melegakan lenguh-lenguh badan saya.

Agak special – Kak Nizam akan hidangkan air halia yang beliau bawa sendiri setiap kali lepas berurut untuk lancarkan lagi pembuangan angin. Rasa special tau!

Boleh hubungi beliau di contact number di atas untuk pertanyaan servis dan harga untuk pakej-pakej yang beliau tawarkan.


Sekian saja perkongsian saya.

Alhamdulillah sejak amalkan tips-tips di atas, kurang sikit sakit badan saya.

Tak adalah langsung tak sakit, tapi kurang.

Cuba kongsikan tips yang anda amalkan untuk kurangkan lenguh badan sewaktu sarat hamil di ruangan komen.

Dan sesiapa yang ingin mencuba suplemen kalsium semulajadi yang kurangkan kejang kaki dan elak sembelit ni, boleh whatsapp saya di 017-6021189.

Penghantaran terus ke muka pintu anda!


Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp : 017-6021189

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com