Monday, November 30, 2015

5 Aspek Kewangan Yang Perlu Difikirkan Bila Nak Terima Bayi Baru

Dalam kegembiraan nak menerima ahli keluarga baru, semestinya anda perlu memikirkan tentang perbelanjaan yang kian meningkat.

Maklumlah, tambah lagi satu kepala, tambah lagi keperluan yang unik untuk bayi tersebut.

Samalah macam saya.

Anak nak masuk dua ni perlu consider macam-macam, terutamanya nak beli barang-barang keperluan yang harganya haa segedebuk mahal!



Kenapa Perlu Nak Consider Dan Fikir?

Perancangan itu penting.

Dengan tahu dan mengagak perbelanjaan-perbelanjaan yang akan bertambah nanti, kita boleh lah mula mengasingkan wang dan menabung.

Tak adalah terasa berat bila waktunya tiba nanti.

Ala-ala sediakan payung sebelum hujan, gitewww..

Saya kongsikan beberapa aspek yang saya dan suami fikirkan sebelum nak dapat bayi (tak kisahlah bayi pertama, kedua atau kesepuluh sekalipun..)..

#0 : Hospital Swasta vs Hospital Kerajaan?

Kos besar pertama dalam menerima ahli keluarga bayi tentulah kos nak melahirkannya nanti.

Doktor saya beritahu untuk kelahiran pertama, elok sekiranya bersalin di hospital yang lengkap kemudahan untuk sebarang kecemasan, seperti bayi lemas, ibu tumpah darah dan sebagainya.

Untuk kelahiran seterusnya, sekiranya kelahiran pertama tak berisiko dan agak-agak yang seterusnya pun normal, tak kisah sangat bersalin di hospital mana.

Tips pilih hospital yang saya guna:

  • Jarak berpatutan dari rumah, kot-kot nak bersalin secara emergency ke ape, tak perlu nak risau kena pecut 100km/h untuk sampai ke hospital
  • Untuk yang particular dengan doktor (jantina ke, keramahan doktor ke, etc), selalunya ada kos tambahan untuk "book" doktor kegemaran kita tu. Check siap-siap dan masukkan dalam budget bersalin nanti
  • Tanya sekiranya suami dibenarkan untuk masuk bersama ke "labour room". Sesetengah hospital kerajaan tak benarkan bawak teman dan sekiranya anda NAK JUGAK ada kawan, tak boleh lah pilih hospital tu..
  • Cuba check sekiranya syarikat akan tanggung kos untuk bersalin


#1 : Susu Badan Atau Susu Formula

Walaupun world-wide dah diketahui dan di-promote bahawa susu badan / susu ibu adalah terbaik untuk bayi dan digalakkan untuk bayi menyusu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan pertama, ada juga sesetengah ibu yang tak mampu memberi susu badan atas sebab-sebab kesihatan dan sebagainya lah.

Coretan saya hari ni bukanlah nak bandingkan mana yang lebih elok, tapi mindset untuk menyusu badan atau susu formula perlu difikirkan sebelum bayi lahir supaya ibu boleh merancang kewangan.

Sekiranya ibu memilih untuk menyusu badan, soalan-soalan di bawah boleh membantu kick-start pemikiran dan persediaan:

  • Adakah ibu akan bekerja selepas berpantang? Perlukan ibu membeli pam susu untuk menyimpan stok?
  • Sekiranya bekerja, apakah keadaan kerja ibu - perlu beli pam susu yang mobile dan tak perlukan charger atau pun lebih kepada kerja ofis yang membolehkan ibu mencuri sedikit masa untuk ke bilik mengepam?
  • Ibu bercadang nak ambil sebarang makanan tambahan atau suplemen?
Sekiranya ibu memilih untuk memberikan susu formula, ibu boleh mula untuk survey pelbagai susu formula yang ada di pasaran dan membuat perbandingan dari segi kualiti, kuantiti dan harga. 

Boleh juga buat unjuran untuk agak berapa banyak susu yang anak akan minum.

#2 Child-Care

Sekiranya ibu bekerja dan perlu menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak, boleh mula survey tempat jagaan atau pengasuh.

Kadang-kadang, walaupun harganya sedikit mahal tapi mungkin anda mahu pertimbangkan juga kerana kualiti jagaan yang sangat baik.

Sekiranya tak mampu nak hantar di tempat yang mahal, perlu survey dengan lebih teliti untuk pastikan kualiti jagaan tak teruk walaupun harga nya murah.

Mana tahu dengan survey lebih awal - anda ada lebih banyak masa dan dapat jumpa pilihan jagaan kanak-kanak yang berpatutan (atau murah) dengan kualiti yang tinggi!

Tambahan kalau ini adalah anak kedua atau ketiga atau kelima, kos jagaan anak-anak mestilah didarab dengan sepatutnya, jangan lupa!


#3 Travel Gear - Stroller atau Baby Carrier?

Gambar anak saya dalam Boba 4G - nyenyak tidur! Hehe

Trend sekarang dah nampak ramai ibu-bapa yang baby wear, macam kat bawah ni

Memang best aje carry bayi macam ni sebab rasa macam selamat ajaa, tapi awas.

Sekiranya anda ingin mencuba, pastikan anda memilih baby carrier yang selamat untuk bayi dan juga pinggang dan belakang anda.

Ada banyak baby-carrier di luar sana yang murah dan nampak seperti bagus, tapi sebenarnya tidak bagus untuk perkembangan pinggang bayi dan jugak untuk pinggang mak bapak yang angkat!

Kriteria yang anda perlu lihat sewaktu memilih termasuklah:

  • Umur bayi - soft-structured carrier (SSC) seperti yang anda lihat di gambar di atas lebih sesuai untuk bayi berumur 5 bulan ke atas. Kalau mahu gunakan pun, ada tekniknya supaya kaki bayi tak terkangkang dengan over. Ketahui jenis-jenis carrier yang sesuai untuk umur bayi anda
  • Saiz - sesetengah baby carrier mempunyai saiz yang agak "bulky", manakala ada juga yang boleh dilipat-lipat untuk muat dalam handbag. 
  • Nilai Astetik - hehe, ini terpulang nak tengok atau tak. Ada yang suka warna polos, ada yang minat bercorak-corak. Terpulang pada anda.
  • Berapa lama nak baby-wear? Sesetengah baby-carrier cuma boleh bawak anak sampai berat tertentu saja jadi sekiranya nak baby-wear lama, cari carrier yang sesuai dan boleh tampung anak sampai umur yang kita agak-agak tu
  • Siapa yang nak guna carrier? Kalau nak tukar-tukar ibu dan ayah yang carry anak, carrier yang easily adjustable lebih mesra alam berbanding carrier yang susah nak tukar setting nya. Saiz badan ayah dan ibu kan berbeza (macam saya, suami lebih tinggi dan kurus) jadi carrier yang boleh adjust dengan cepat memang sangat membantu
  • Budget - semestinya. Buat survey sikit nak tengok berapa harga carrier idaman anda, dan lepas tu boleh lah mula menabung. 
Mak saya pula lebih gemarkan Sling Wrap untuk carry cucunya..


Sekiranya anak dah lebih dari dua (ya lah, dua orang boleh lah carry sorang satu), perlu juga fikirkan sama ada nak beli stroller yang boleh bawa lebih dari seorang anak.

Ataupun ayah nak carry dua - depan satu belakang satu!

#4 Car Seat untuk Bayi

Hoh ni pun penting.

Walaupun mak-mak zaman saya kecik dulu semua pegang bayi dengan tangan dalam kereta, zaman sekarang dah ramai yang sedar kegunaan kereta bayi untuk bergerak.

Terutamanya untuk ibu yang perlu bawa bayi seorang diri untuk ke taska / pengasuh.

Ada pelbagai car seat yang dijual di pasaran.

Sekali lagi, gunakan kemahiran kita sebagai pengguna untuk survey dulu dan cari harga yang sesuai dengan budget dan kemampuan.


Tu saja antara perkara yang saya dan suami consider sebelum bersalin.

Semuanya yang berikan kos besar.

Tak masuk lagi kos kecik-kecik yang mungkin kalau tak di rancang dengan betul pun akan jadi besar jugak!

Saya akan kongsikan yang kecik-kecik tu dalam entri akan datang ya. Semoga bermanfaat!


Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp : 017-6021189



1 comment:

  1. zaman skrg nie, bertambah anak.. bertambahlah kos sara hidup kan..
    sbb tu skrg nie, org tak ramai anak dibandingkan zaman mak bapak kita dulu..

    ReplyDelete

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com