Monday, November 30, 2015

5 Aspek Kewangan Yang Perlu Difikirkan Bila Nak Terima Bayi Baru

Dalam kegembiraan nak menerima ahli keluarga baru, semestinya anda perlu memikirkan tentang perbelanjaan yang kian meningkat.

Maklumlah, tambah lagi satu kepala, tambah lagi keperluan yang unik untuk bayi tersebut.

Samalah macam saya.

Anak nak masuk dua ni perlu consider macam-macam, terutamanya nak beli barang-barang keperluan yang harganya haa segedebuk mahal!



Kenapa Perlu Nak Consider Dan Fikir?

Perancangan itu penting.

Dengan tahu dan mengagak perbelanjaan-perbelanjaan yang akan bertambah nanti, kita boleh lah mula mengasingkan wang dan menabung.

Tak adalah terasa berat bila waktunya tiba nanti.

Ala-ala sediakan payung sebelum hujan, gitewww..

Saya kongsikan beberapa aspek yang saya dan suami fikirkan sebelum nak dapat bayi (tak kisahlah bayi pertama, kedua atau kesepuluh sekalipun..)..

#0 : Hospital Swasta vs Hospital Kerajaan?

Kos besar pertama dalam menerima ahli keluarga bayi tentulah kos nak melahirkannya nanti.

Doktor saya beritahu untuk kelahiran pertama, elok sekiranya bersalin di hospital yang lengkap kemudahan untuk sebarang kecemasan, seperti bayi lemas, ibu tumpah darah dan sebagainya.

Untuk kelahiran seterusnya, sekiranya kelahiran pertama tak berisiko dan agak-agak yang seterusnya pun normal, tak kisah sangat bersalin di hospital mana.

Tips pilih hospital yang saya guna:

  • Jarak berpatutan dari rumah, kot-kot nak bersalin secara emergency ke ape, tak perlu nak risau kena pecut 100km/h untuk sampai ke hospital
  • Untuk yang particular dengan doktor (jantina ke, keramahan doktor ke, etc), selalunya ada kos tambahan untuk "book" doktor kegemaran kita tu. Check siap-siap dan masukkan dalam budget bersalin nanti
  • Tanya sekiranya suami dibenarkan untuk masuk bersama ke "labour room". Sesetengah hospital kerajaan tak benarkan bawak teman dan sekiranya anda NAK JUGAK ada kawan, tak boleh lah pilih hospital tu..
  • Cuba check sekiranya syarikat akan tanggung kos untuk bersalin


#1 : Susu Badan Atau Susu Formula

Walaupun world-wide dah diketahui dan di-promote bahawa susu badan / susu ibu adalah terbaik untuk bayi dan digalakkan untuk bayi menyusu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan pertama, ada juga sesetengah ibu yang tak mampu memberi susu badan atas sebab-sebab kesihatan dan sebagainya lah.

Coretan saya hari ni bukanlah nak bandingkan mana yang lebih elok, tapi mindset untuk menyusu badan atau susu formula perlu difikirkan sebelum bayi lahir supaya ibu boleh merancang kewangan.

Sekiranya ibu memilih untuk menyusu badan, soalan-soalan di bawah boleh membantu kick-start pemikiran dan persediaan:

  • Adakah ibu akan bekerja selepas berpantang? Perlukan ibu membeli pam susu untuk menyimpan stok?
  • Sekiranya bekerja, apakah keadaan kerja ibu - perlu beli pam susu yang mobile dan tak perlukan charger atau pun lebih kepada kerja ofis yang membolehkan ibu mencuri sedikit masa untuk ke bilik mengepam?
  • Ibu bercadang nak ambil sebarang makanan tambahan atau suplemen?
Sekiranya ibu memilih untuk memberikan susu formula, ibu boleh mula untuk survey pelbagai susu formula yang ada di pasaran dan membuat perbandingan dari segi kualiti, kuantiti dan harga. 

Boleh juga buat unjuran untuk agak berapa banyak susu yang anak akan minum.

#2 Child-Care

Sekiranya ibu bekerja dan perlu menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak, boleh mula survey tempat jagaan atau pengasuh.

Kadang-kadang, walaupun harganya sedikit mahal tapi mungkin anda mahu pertimbangkan juga kerana kualiti jagaan yang sangat baik.

Sekiranya tak mampu nak hantar di tempat yang mahal, perlu survey dengan lebih teliti untuk pastikan kualiti jagaan tak teruk walaupun harga nya murah.

Mana tahu dengan survey lebih awal - anda ada lebih banyak masa dan dapat jumpa pilihan jagaan kanak-kanak yang berpatutan (atau murah) dengan kualiti yang tinggi!

Tambahan kalau ini adalah anak kedua atau ketiga atau kelima, kos jagaan anak-anak mestilah didarab dengan sepatutnya, jangan lupa!


#3 Travel Gear - Stroller atau Baby Carrier?

Gambar anak saya dalam Boba 4G - nyenyak tidur! Hehe

Trend sekarang dah nampak ramai ibu-bapa yang baby wear, macam kat bawah ni

Memang best aje carry bayi macam ni sebab rasa macam selamat ajaa, tapi awas.

Sekiranya anda ingin mencuba, pastikan anda memilih baby carrier yang selamat untuk bayi dan juga pinggang dan belakang anda.

Ada banyak baby-carrier di luar sana yang murah dan nampak seperti bagus, tapi sebenarnya tidak bagus untuk perkembangan pinggang bayi dan jugak untuk pinggang mak bapak yang angkat!

Kriteria yang anda perlu lihat sewaktu memilih termasuklah:

  • Umur bayi - soft-structured carrier (SSC) seperti yang anda lihat di gambar di atas lebih sesuai untuk bayi berumur 5 bulan ke atas. Kalau mahu gunakan pun, ada tekniknya supaya kaki bayi tak terkangkang dengan over. Ketahui jenis-jenis carrier yang sesuai untuk umur bayi anda
  • Saiz - sesetengah baby carrier mempunyai saiz yang agak "bulky", manakala ada juga yang boleh dilipat-lipat untuk muat dalam handbag. 
  • Nilai Astetik - hehe, ini terpulang nak tengok atau tak. Ada yang suka warna polos, ada yang minat bercorak-corak. Terpulang pada anda.
  • Berapa lama nak baby-wear? Sesetengah baby-carrier cuma boleh bawak anak sampai berat tertentu saja jadi sekiranya nak baby-wear lama, cari carrier yang sesuai dan boleh tampung anak sampai umur yang kita agak-agak tu
  • Siapa yang nak guna carrier? Kalau nak tukar-tukar ibu dan ayah yang carry anak, carrier yang easily adjustable lebih mesra alam berbanding carrier yang susah nak tukar setting nya. Saiz badan ayah dan ibu kan berbeza (macam saya, suami lebih tinggi dan kurus) jadi carrier yang boleh adjust dengan cepat memang sangat membantu
  • Budget - semestinya. Buat survey sikit nak tengok berapa harga carrier idaman anda, dan lepas tu boleh lah mula menabung. 
Mak saya pula lebih gemarkan Sling Wrap untuk carry cucunya..


Sekiranya anak dah lebih dari dua (ya lah, dua orang boleh lah carry sorang satu), perlu juga fikirkan sama ada nak beli stroller yang boleh bawa lebih dari seorang anak.

Ataupun ayah nak carry dua - depan satu belakang satu!

#4 Car Seat untuk Bayi

Hoh ni pun penting.

Walaupun mak-mak zaman saya kecik dulu semua pegang bayi dengan tangan dalam kereta, zaman sekarang dah ramai yang sedar kegunaan kereta bayi untuk bergerak.

Terutamanya untuk ibu yang perlu bawa bayi seorang diri untuk ke taska / pengasuh.

Ada pelbagai car seat yang dijual di pasaran.

Sekali lagi, gunakan kemahiran kita sebagai pengguna untuk survey dulu dan cari harga yang sesuai dengan budget dan kemampuan.


Tu saja antara perkara yang saya dan suami consider sebelum bersalin.

Semuanya yang berikan kos besar.

Tak masuk lagi kos kecik-kecik yang mungkin kalau tak di rancang dengan betul pun akan jadi besar jugak!

Saya akan kongsikan yang kecik-kecik tu dalam entri akan datang ya. Semoga bermanfaat!


Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp : 017-6021189



Kebaikan Vivix Shaklee Yang Buatkan Harganya Berbaloi-Baloi


Untuk yang menghidapi penyakit kronik, atau mempunyai teman rapat atau ahli keluarga yang disahkan mempunyai penyakit kronik seperti strok, kanser, kencing manis sampai nak potong kaki dan sebagainya, perkara yang paling menakutkan adalah the uncertainty of the future.

Untuk pesakit kanser rahim.. boleh beranak kah?
Untuk pesakit jantung.. 
Bagi yang menghidapi diabetes.. adakah kaki akan kudung?

Bayangan-bayangan yang menakutkan.

Dan lebih menakutkan lagi adalah mereka tak tahu apakah yang boleh dilakukan untuk kembali menyihatkan badan!

Hari ni, saya nak kongsikan tentang rawatan alternatif yang boleh dicuba untuk membantu memperbaiki kualiti kesihatan, walaupun telah didiagnos dengan penyakit kronik.

Vivix Produk Premium Shaklee

Shaklee yang mempunyai tagline "Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam" telah mengeluarkan satu lagi produk premium selepas hampir 100 tahun menjalankan kajian dan ujian.

Terhasillah Vivix.

Apa yang best sangat tentang khasiat Vivix Shaklee ni?



Istimewanya Vivix adalah kemampuannya untuk membantu melambatkan proses penuaan pada tahap selular.

Dalam kajian klinikal, Vivix membantu dalam 4 mekanisme di bawah:





Mengurangkan Kerosakan DNA
DNA yang rosak akibat radikal bebas, merokok dan lain-lain lagi boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik. Vivix membantu melindungi sel-sel pada tahap selular untuk membantu DNA kekal sihat dan juga memperbaiki sel yang rosak.

Pengawalan Genetik
Sesetengah sel secara genetiknya akan rosak. Vivix membantu melambatkan proses penuaan dan juga terjadinya penyakit kronik dengan melambatkan tahap deteriorasi sel berkenaan.

Penghasilan Tenaga
Mitokondria merupakan penjana tenaga di dalam sel yang berfungsi menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Vivix menggalakkan penghasilan mitokondria baru untuk menjana tenaga secukupnya.

Melambatkan Penimbunan Protein AGE
Protein AGE (Advanced Glycation End)  boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Kandungan resveratrol dalam Vivix telah dikaji untuk membantu melambatkan proses penimbunan protein ni.

Selain itu, Vivix juga bagus untuk:
  • membantu mencegah kanser
  • mengurangkan komplikasi pesakit diabetes seperti potong kaki, dan sebagainya
  • menyokong kesihatan sendi
  • mengurangkan insiden bagi pesakit Alzheimer, dan juga melambatkannya dari menjadi lebih teruk
  • membantu meningkatkan sistem imun
  • menyokong kesihatan secara menyeluruh

Kandungan Vivix yang Premium

Vivix mempunyai kandungan polifenol yang sangat berkualiti dan telah melalui proses saringan khas untuk pastikan manfaatnya dapat diektrak dengan tahap ketulenan yang tinggi.

Malah menurut kajian, kandungan resveratrol dalam Vivix adalah paling tulen di pasaran, mencecah 98%.

4 bahan utama dalam Vivix adalah :
  1. Anggur muscadine
  2. Elderberry
  3. Purple carrot
  4. Polygonum Cuspidatum

Saya akan ceritakan dengan lebih lanjut kelebihan setiap bahan utama Vivix ni dalam entri yang akan datang sehingga menjadikannya suplemen anti-penuaan terbaik di dunia!

Sebelum tu, saya kongsikan beberapa testimoni dari pengguna Vivix yang dah merasai sendiri kesannya:

Testimoni #1 : Vivix bantu kurangkan efek Angin Ahmar


Testimoni #2 : Vivix Bantu Pulihkan Kanser Tahap 3


Testimoni #3 : Vivix berikan Kesan Positif Untuk Pesakit Strok Selepas 7 Hari




Anda juga boleh rujuk testimoni lain dalam entri-entri lepas di sini:



Anda berminat untuk mencuba Vivix?

Sekiranya anda mempunyai kenalan atau ahli keluarga yang sedap menghidap penyakit kronik seperti di atas, jangan berlengah untuk kongsikan artikel ini kepada mereka dan sebarkan potensi Vivix untuk membantu.

Penyakit kronik ni tak boleh dibiarkan lama-lama kerana kelak akan menjadi lebih teruk!

Sebotol Vivix berharga RM 475 dan sebotol boleh tahan sehingga dua bulan. 

Belian 2 botol Vivix akan melayakkan anda untuk mendapatkan keahlian Shaklee percuma, dan dapat membuat belian lain dengan harga ahli dengan diskaun sehingga 30% dan juga bonus wang tunai.

Anda boleh beli dengan order terus dengan klik butang di bawah dan ikut sahaja arahannya (pihak Shaklee akan pos selepas menerima bayaran) atau boleh pesan melalui saya di 017-6021189.



Putri Zulaikha Amin
SID 917819
017-6021189




Tuesday, November 24, 2015

8 Cara Dapatkan Kehamilan Menyeronokkan Sampai Tak Sabar Nak Pregnant Lagi

Tempoh 9 bulan hamil perlu dirancang dan dimanfaatkan dengan baik supaya ibu memperolehi pengalaman mengandung yang menyeronokkan.

Trauma atau pengalaman hamil yang tak seronok mungkin menyebabkan ibu serik dan fobia nak mengandung lagi. 

Apa yang boleh ibu lakukan ya?



Ambil Seberapa Banyak Gambar (Atau Video) Sebagai Kenangan

Walaupun sewaktu hamil mungkin terasa “Ya Allah, lamanyaaa”, tempoh 9 bulan kehamilan akan berlalu dengan pantas.

Selepas bersalin pula, memori waktu mengandung akan lebih cepat pudar bila ibubapa mula sibuk melayan kerenah anak-anak yang membesar pula!

Gambar dan video sewaktu mengandung akan menjadi kenangan yang tak ternilai.

Kalau bukan anda yang berminat nak tengok, anak anda pasti teruja nak tengok dirinya (di dalam perut ibu.. hehe)

Watch your back!

Literally, jaga belakang anda.

Semakin lewat kehamilan, tekanan kepada bahagian belakang badan anda akan tinggi jadi penting untuk anda jaga kesihatannya awal-awal lagi.

Kehamilan tentunya kurang menyeronokkan sekiranya asyik sakit belakang aja, kan?

Tips 1: Letakkan “stool” atau bangku. Ini khas untuk anda yang bekerja ofis dan agak pendek. Dengan meletakkan bangku untuk merehatkan kaki sewaktu bekerja, postur badan akan lebih terjaga.

Tips 2: Melabur dalam “side pillow” yang selesa. Pakar dan doktor menyarankan tidur mengiring di sisi kiri untuk meningkatkan aliran darah kepada bayi – dan anda juga akan dapati yang tidur mengiring adalah satu-satunya posisi yang membolehkan anda tidur dengan selesa (selesa definisi mengandung lah, ya) bila perut dah mula membesar!

Jadi tak salah sekiranya membelanjakan sedikit wang untuk membeli “pregnancy pillow” yang boleh berikan postur tidur yang selesa. Anda boleh lihat pelbagai variasi bantal online, atau sekiranya rajin, anda boleh DIY bantal sendiri. Anda boleh lihat pregnancy pillow yang saya beli sewaktu mengandungkan anak sulung dalam entri saya disini.

Tips 3: Berurut dengan tukang urut yang bertauliah. Ini terbukti boleh memberi kelegaan terhadap belakang badan yang sengal-sengal sewaktu mengandung. Untuk yang mencari tukang urut di sekitarShah Alam, boleh rujuk di sini.

Tips 4: Pastikan jumlah kalsium harian mencukupi. Doktor berpendapat wanita mengandung memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium setiap hari untuk mengelakkan osteoporosis.

Pastikan ambil kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk penyerapan yang optimum. Anda boleh cuba kalsium jenama ostematrix dari shaklee yang semulajadi dan beli terus di sini.

Hebahkan Kegembiran Anda

Brasner, penulis buku Advice from a Pregnant Obstetrician: An Insider's Guide menulis yang berkongsi kegembiraan dengan orang terdekat boleh membantu memberikan pengalaman hamil yang menyenangkan.

Tips 1: Jangan pergi ke appointment doktor seorang diri. Seelok-eloknya pergi dengan suami, ibu atau orang-orang yang rapat seperti adik-beradik atau teman rapat.

Tips 2: Sekiranya anda jenis yang suka majlis, raikan kehamilan dengan majlis makan-makan. Sekiranya anda bernasib baik, teman rapat mungkin akan mengadakan majlis “baby shower” untuk anda.

Pastikan Anak Lain Tidak Merasa Ketinggalan

Salah satu masalah nak menikmati tempoh kehamilan adalah anak lain yang asyik menyempit dan kadang-kadang melelahkan.

Kita nak rehat, dia nak main

Kita nak tidur mengiring, dia nak panjat perut

Hehe

Cuba masukkan anak-anak dalam proses dan tempoh kehamilan anda.

Tanya pendapatnya untuk memilih nama adik, ketika membeli persiapan kelahiran, dan boleh juga minta anak-anak usap-usap dan bercakap dengan perut.

Anak tak cranky, anda pun lebih gembira dan tenang dengan kehamilan baru ini. Cubalah!

Berhenti Risau Tentang Benda-Benda Remeh

Cuba untuk bertenang dan nikmati tempoh kehamilan.

Elakkan membaca pelbagai buku kehamilan, persediaan hamil dan sebagainya. 

Satu atau dua rujukan adalah normal, tapi sekiranya anda terlalu risau sampaikan nak beli semua buku panduan kehamilan dan bersalin dan berpantang yang ada dipasaran, anda sedang menghancurkan kemanisan hamil itu sendiri!

Terlalu banyak informasi hanya akan mengelirukan dan merisaukan – kata Debra Edwards, guru Antenatal dari Bristol

Buatkan Senarai Barangan Yang Perlu Disediakan

Salah satu kesalahan adalah tidak mempunyai senarai dan akhirnya jadi (1) langsung tak bersedia untuk terima baby ataupun (2) berbelanja berlebihan sampai mungkin berhutang.

Kedua-duanya boleh menyebabkan stress dan kerisauan kepada ibu.

Seelok-eloknya, buat inventori di rumah untuk kenal pasti barang-barang yang perlu disediakan sebelum bayi lahir dan beli sedikit-sedikit.

Beli pakaian yang selesa dan sesuai untuk ibu mengandung

Kenapa?

Lumrah wanita - berpakaian yang elok, cantik dan kena gaya akan memberikan keyakinan dan rasa cantik. 

Bayangkan perut dah besar dan pusat terjojol, tapi masih memakai pakaian lama sebelum mengandung sehingga nampak lemak-lemak yang tak sepatutnya?

Mesti anda akan rasa hodoh dan rendah diri. Seterusnya mungkin akan datang di fikiran yang "alah, tak mahulah mengandung lagi! Badan dah buruk"

Memang akan terdapat perubahan badan sewaktu hamil untuk tempatkan bayi yang membesar, tapi dengan pakaian yang bersesuaian, tempoh kehamilan bukanlah sesuatu yang akan membuatkan anda menjadi hodoh!

Dan akhir sekali..

Connect dengan pregnancy anda

Tak ada yang lebih menggembirakan sekiranya anda sendiri mampu mendidik hati untuk ikhlas dengan setiap jerih perih mengandung.

Saat melihat badan yang makin membesar, ingatlah bahawa anda sedang membesarkan satu lagi nyawa.

Saat kaki dan pinggul terasa lenguh, tahulah yang bayi sedang stretching dengan nyaman dan sangat berterima kasih untuk ruang yang anda sediakan.

Usap-usap perut dan berbuallah dengan bayi. Ceritakan harapan anda, kesakitan yang sedang dialami dan sebagainya. Anda boleh rujuk 5 tips mudah untuk berbual dengan bayi sejak dari dalam kandungan lagi.

Percayalah, berlaku seolah-olah bayi boleh mendengar dan memahami setiap patah akan memudahkan anda menikmati tempoh kehamilan dengan lebih lebih lagi.

Selamat hamil ibu-ibu sekalian!


Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp : 017-6021189















Friday, November 20, 2015

Buang Angin Badan Guna Pudina dan Jintan untuk Orang Nak Cepat



Suami saya dua hari lepas asyik mengadu tak sedap perut.

Hehe.. general betul. Apa yang tak sedap?

Katanya rasa macam sebu, senak dan berangin. Dia tanya ada tak vitamin untuk buang angin, sebab diteran-teran tapi tak mahu kentut. Hoho.

Saya pun kongsikan lah Peppermint Ginger Plus yang saya memang ambil setiap kali perut mula berangin.

Masalah saya.. kalau makan lambat ha siaplah perut. Macam ada angin taufan.

Bestnya, lepas ambil PGP ni, suami beri feedback
  • Perut rasa berangin sejuk yang selesa
  • Perlahan-lahan perut yang rasa kembung sebab penuh angin, rasa kembali normal
  • Kentut dan sendawa!

Keistimewaan Peppermint Ginger Plus

  • Mempunyai herba asli pudina, jintan hitam dan jintan manis yang berikan rasa nyaman dan lega pada perut. Bayangkan kalau makan sup panas yang penuh jintan, sedap dan selesaaa aje perut, kan?
  • Datang dalam bentuk pil. Boleh juga dihancurkan atau dilarutkan dalam air panas untuk jadikan minuman herba. Sedap hirup suam-suam. Nyamann
  • Semestinya semulajadi. Tiada perasa, pewarna atau pemanis tiruan. Tiada juga bahan pengawet tambahan. 

Fungsi Peppermint Ginger Plus

  • Melegakan dan menyamankan perut
  • Menjaga dan memelihara saluran penghadaman
  • Bantu membuang angin dalam badan
  • Mengelakkan ketidak-hadaman
  • Mengelakkan perut kembung

Siapa yang patut makan Peppermint Ginger Plus?

  • Orang mengandung yang sering muntah dan loya
  • Orang yang kerap diserang masalah perut / badan berangin
  • Orang yang sering kembung perut
  • Orang yang kembung tapi susah nak keluarkan angin dari badan
  • Orang yang ingin jaga kesihatan saluran penghadaman


Boleh klik ikon di bawah untuk beli secara online dengan Shaklee, atau hubungi saya di 017-6021189 untuk pesanan.



Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp : 017-6021189

Susu Badan Kurang Semasa Period – 5 Langkah Yang Ibu Boleh Ambil SEKARANG Untuk Elak Merudum

Ada ibu yang beranggapan bila beliau menyusu badan, period takkan datang. Benar sekiranya penyusuan ibu adalah eksklusif dan menepati beberapa lagi syarat lain seperti yang ditulis di website Parenting.com.

Sekiranya tak cukup syarat, kebanyakan ibu akan didatangi haid sewaktu masih menyusukan bayi dan satu masalah yang sering dihadapi adalah susu badan kurang semasa period menjengah.



Maka ibu-ibu mungkin panik tergagau-gagau nak pastikan bekalan susu masih cukup untuk bayi tersayang.

Iyalah, takkan nak duduk termenung biarkan aja susu kurang semasa period kan?

Sudahlah period akan datang setiap bulan.

Mahu menangis kalau setiap bulan susu makin kurang, dan kurang, dan kurang..

Lain wanita lain pola berkurangnya susu. Ada yang:
  • Susu mula berkurang beberapa hari sebelum period, dan kembali meningkat ke normal selepas 1-2 hari period datang
  • Susu mula berkurang sebaik sahaja hari pertama period, sehingga 3-4 hari period
  • Susu kurang sepanjang tempoh period

Tak kisah lah bila-bila pun, kebanyakan ibu akan mengalami susu yang “drop” waktu period dan ada beberapa langkah yang ibu boleh ambil dalam waktu ni untuk elakkan susu lebih jatuh dengan teruk.

Ini mengikut pengalaman saya dan perkongsian dari mak-mak dibilik pam susu lah.. (kami turut berkongsi pengalaman-pengalaman yang baik tau selain perhatikan ragam-ragam mak di bilik menyusu je hehe), jom tengok!

Ambil Kalsium / Magnesium Suplemen

Kalau tengok di forum-forum ibu menyusu dan juga cakap-cakap mak di bilik menyusu, mereka ambil suplemen kalsium/magnesium waktu period. 

Mostly cakap susu tak merudum dengan teruk dan kembali ke tahap normal cepat sikit berbanding kalau tak makan suplemen.

Ada yang memang ambil sepanjang tempoh menyusu sebab beliau tak tahu bila nak mai period tu

Sebenarnya, tahap kalsium dalam darah akan berkurang sekitar waktu ovulasi, menyebabkan adanya perkaitan antara period dengan kurangnya supply susu.

Suplemen kalsium / magnesium boleh bantu menaikkan semula paras kalsium dalam darah.

Sekiranya ibu nak cuba, pastikan juga suplemen kalsium yang dipilih mempunyai kandungan magnesium dan Vitamin D bersamanya, sebab penyerapan kalsium lebih optimum dengan adanya dua kawan baik dia ni.

Waktu makan?

Terpulang ibu. Boleh dimakan sekitar dua minggu sebelum period, sekiranya ibu tahu bila akan period.

Kalau tak pun, ambil aja for the whole month. Ibu menyusu memang perlukan kalsium extra.. J

Untuk saya, dalam set penyusuan yang saya ambil memang dah lengkap dengan suplemen kalsium lengkap magnesium dan vitamin D jadi tips ni memang dah buat hehe

Pam Lebih Lama untuk Dapatkan “Let Down” extra

Kesalahan ibu bila tengok susu makin sikit adalah berhenti pam.

Ibu ingat – alah perlu ke pam lagi ni? Susu macam dah habis aje.. stop lah..

Oh no no...

Perasan tak kalau kita pam lebih lama, ada masa yang tiba-tiba “breast” akan rasa kembang dan tiba-tiba ehhhh laju pulak susu ni mengalir?

Tu namanya “Let Down”

Salah satu tips untuk kumpul susu lebih waktu-waktu period ni adalah dengan test tengok badan kita boleh “Let Down” lagi tak.

Tips nya : Selepas sesi pam biasa dan bila tengok susu macam dah berhenti mengalir, rehat 5 minit dan sambung pam. Badan berkemungkinan boleh ada “let down” lagi sekali jadi ibu boleh simpan stok lebih sikit.

Minum Nursing Tea

Kalau survey di kedai-kedai bayi, ada jual nursing tea.

Nursing tea ni ada kandungan “galactagogue” yang boleh banyakkan susu badan ibu. Contoh “galactagogue” termasuklah fenugreek, thistle dan alfalfa.

Kandungan “galactagogue” dalam nursing tea ni selalunya tak banyak, jadi ibu perlu minum setiap hari untuk nampak kesannya.

Again, elok kalau minum seminggu dua sebelum waktu period.

Ada juga tablet-tablet galactagogue yang ibu boleh cuba ambil – contohnya alfalfa shaklee yang dibuat dalam bentuk tablet untuk ibu yang tak berapa rajin nak membancuh.

Minum Air Yang Banyak (Lebih Banyak Dari Kebiasaan)

Memang ibu menyusu memerlukan air yang banyak, sekurang-kurangnya 3L pada hari-hari biasa.

Ketika waktu period, cecair badan ibu akan berkurang melalui keluarnya darah haid dan boleh menyebabkan dehidrasi dan badan kurang air.

Maka,

Waktu period perlu minum air lebih dari 3L untuk gantikan cecair badan yang hilang tu.

Ada ibu di forum BabyCentre cakap beliau minum gatorade dan supply meningkat dengan cepat. 

Tahu tak gatorade sebenarnya minuman yang tinggi elektrolit, selalunya atlet-atlet akan minum untuk kurangkan dehidrasi badan bila berpeluh-peluh akibat bersukan?

Sama lah tu konsepnya. Elakkan badan dari terhidrasi dan inshaAllah kuantiti susu akan meningkat sedikit demi sedikit.

Makan Oat

Banyak ibu yang kongsi – mereka perasan hari yang mereka ambil oat sebagai sarapan, kuantiti susu yang diperah banyaknya lain macam.

Saya tak berapa suka oat, tapi saya pernahlah makan oat dan memang perasan kuantiti susu untuk sesi pagi tu lebih dari biasa.

Tiada bukti saintifik, tapi apa salahnya mencuba kan? Mana tahu boleh bantu dengan kuantiti susu yang “drop” waktu period ni!


Yang penting, ibu jangan rasa "down" pulak bila tengok susu tiba-tiba sikit bila period / haid datang.

Semua tu adalah kitaran badan yang Allah dah buat untuk kesihatan badan kita, dan ibu boleh cuba tips2 mudah di atas supaya susu tak terus menerus drop.

Selamat mencuba!

P/S: Sekiranya ibu berminat nak cuba suplemen kalsium / magnesium semulajadi yang saya guna dan amalkan ni, boleh whatsapp / sms saya di 017-6021189. Harganya RM61 sebotol dan lengkap dengan kawan-kawan dia si magnesium dan vitamin D tu.

Nak lagi best, boleh try set menyusu lengkap terus - badan sihat baby pun happy :)


Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp : 017-6021189


Thursday, November 19, 2015

Sebab Sukar Hamil Bagi Wanita Yang Dah Cuba Bertahun-Tahun




Sesetengah pasangan, walaupun dah cuba bersungguh-sungguh untuk dapatkan zuriat, masih tak berjaya.

Ada yang cuba satu bulan, 6 bulan, setahun, malah ada yang mencecah bertahun-tahun.

Tengok orang lain macam senang je nak dapat anak, jadi di mana silapnya? Masalah sukar hamil ni agak "common" pada pasangan-pasangan yang sedang cuba mendapatkan zuriat.

Walaupun kajian menunjukkan ketidaksuburan boleh datang dari suami dan isteri (kedua-dua pihak), tapi dah normal kalau tak subur tu orang akan terus tuding jari pada perempuan dulu.

Tak tahu lah kenapa.

Untuk membolehkan kehamilan, perkara di bawah perlu berlaku:

  • Salah satu dari dua ovari mestilah mengeluarkan ovum yang sihat
  • Ovum sihat perlu melalui tiub fallopio
  • Persenyawaan antara ovum dan sperma akan berlaku di tiub fallopio, dan telur yang disenyawakan akan melekat di uterus dan terus membesar.
Jadi untuk kaum wanita, penting untuk kita faham faktor-faktor yang boleh memberi sebab sukar hamil kepada wanita supaya boleh cari jalan untuk kurangkannya.

Faktor Berat Badan


Berat badan yang tidak ideal adalah salah satu sebab masalah sukar untuk dapat anak.

Sekiranya pasangan pergi check di klinik, salah satu saranan doktor bagi wanita yang mempunyai berat badan berlebihan adalah untuk “slim down” sikit.

Berat badan pada BMI yang elok boleh menaikkan peratusan kejayaan untuk mengandung.

Anda boleh check BMI anda menggunakan kalkulator online ini. Hanya perlu isikan berat dan tinggi sekarang.

Faktor Usia


Umur sekitar 35 tahun ke atas merupakan tempoh “berisiko tinggi” untuk hamil.

Dan badan secara semulajadi akan cuba untuk mengurangkan risiko ini untuk berlaku.

Namun, masih tak mustahil untuk mengandung sekiranya badan masih sihat dan tiada masalah lain.

Masalah Tiub Fallopio


Tiub Fallopio adalah tempat persenyawaan antara ovum (telur wanita) dengan sperma.

Sekiranya terdapat masalah di tiub fallopio seperti tiub tersumbat, ovum akan terhalang dari persenyawaan dengan sperma.

Tiub fallopio boleh bermasalah disebabkan masalah seperti fibroid (ketumbuhan), endometriosis dan sebagainya.

Masalah tiub fallopio tersumbat ini juga salah satu punca utama perempuan tak mampu hamil – kajian menunjukkan 25% ketidaksuburan wanita adalah berpunca dari masalah ini.

Masalah Ovulasi 


Menurut BabyCentre, masalah ovulasi selalunya disebabkan ovum yang tidak matang atau ovari gagal mengeluarkan telur matang pada waktu yang sepatutnya.

Masalah ovulasi selalunya akan dapat dikesan melalui simptom haid yang tidak teratur atau tidak datang haid sama sekali.

Menghidap PCOS


Pesakit PCOS mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan kehamilan menjadi sukar.

Endometriosis


Endometriosis adalah satu keadaan di mana tisu di dinding uterus menebal dan ditemui di luar uterus.

Tisu yang sepatutnya keluar setiap kali datang haid ini akan tinggal di dalam badan dan membengkak, menyebabkan pendarahan dalaman, kesakitan pelvik dan juga menyumbang kepada ketidak-suburan wanita.

Boleh rujuk di Persatuan Endometriosis Online untuk maklumat lanjut berkenaan endometriosis.



Bagi punca-punca yang disebabkan masalah biologi dan ketumbuhan, kaum wanita disarankan untuk segera berjumpa doktor pakar untuk mendapatkan rawatan.

Selain itu, setelah mengetahui kemungkinan penyebab seperti di atas, pasangan boleh cuba amalkan bantuan alternatif untuk meningkatkan kesuburan.

Menurut website Bidanku, salah satu usaha untuk meningkatkan kehamilan adalah dengan mengambil makanan tambahan / suplemen.

Wanita yang mengambil asid folik sebelum kehamilan akan lebih bersedia untuk hamil

Pengambilan vitamin E akan meningkat kesuburan lelaki dan wanita.

Boleh rujuk perkongsian saya sebelum ni untuk tahu bagaimana vitamin shaklee untuk kesuburan boleh membantu membetulkan hormon, kembalikan haid pada kitar yang normal.

Ada juga pesakit PCOS yang berjaya hamil setelah konsisten mengamalkan vitamin shaklee!


Semestinya zuriat adalah rezeki, tapi tak salah kita berusaha dan tarik rezeki supaya datang lebih dekat dengan cepat.

Sekiranya anda

  • Sering sakit senggugut yang melampau
  • Kitaran haid tak teratur – kadang-kadang datang, kadang-kadang tak datang. Pernah datang untuk tempoh lama, dan pernah juga keluar cuma setitik dua
  • Mengalami cyst atau ketumbuhan

Saya boleh bantu cadangkan bagaimana vitamin boleh membantu menyelesaikan masalah di atas.
Setiap pembelian dari putrizulaikha.com akan menerima servis konsultasi seumur hidup.

Ambil tindakan untuk kesihatan dan kesuburan anda sekarang – SMS / WA saya di 017-6021189.

Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / WA 017-6021189

Wednesday, November 18, 2015

5 Tips Kurangkan Masalah Lenguh Badan Bila Perut Dah Boyot Trimester Ketiga




Satu masalah yang akan menyerang ibu-ibu hamil, terutamanya waktu trimester ketiga adalah masalah lenguh badan.

Saya pun sama, seringkali lenguh badan dan belakang sewaktu hamil di trimester ketiga ni.

Paling tak best kalau bangun-bangun pagi dah sakit badan!

Nak mulakan hari pun macam malassss aje.. aduhai

Hasil pembacaan saya di buku-buku dan internet, saya kumpul dan kongsikan beberapa tips yang ibu-ibu sekalian boleh guna atau amalkan untuk kurangkan (atau kalau bernasib baik, hilangkan terus!) masalah lenguh badan ketika mengandung ni.

Kurangkan Angkat Berat




Sewaktu hampir melahirkan, ligamen sendi ibu akan menjadi lembut untuk membolehkan bayi keluar dengan mudah saat kelahiran nanti.

Sebab tu, angkat barang yang sebelum ni mungkin dikira ringan atau “biasa-biasa aje beratnya” mungkin berikan tekanan berlebihan pada sendi ibu dan sebabkan masalah lenguh ni terjadi!

Untuk menyelesaikannya, ibu boleh
  • Minta tolong suami atau rakan-rakan untuk mengangkat barang yang agak berat
  • Bagi yang kerja office dan perlu bawak laptop berat kehulu-kehilir, boleh pertimbangkan penggunaan beg troli supaya tak perlu angkut beg di bahu
  • Bagi ibu yang mempunyai anak kecil tapi dah boleh berjalan, galakkan anak untuk jalan dan bukannya didukung. Selain membantu anak praktis jalan, sendi ibu pun tak terlalu tertekan!

Amalkan “stretching” ringkas 



....setiap kali selepas bangun tidur, dan juga apabila terlalu lama tak bergerak (sekiranya kerja yang perlu duduk lama di depan laptop / meja).

Boleh rujuk di FitPregnancy atau BabyCentre untuk senaman ringkas khas untuk ibu mengandung.

Pastikan Kalsium yang Mencukupi




Jika ibu tak minum susu dan tak ambil sebarang suplemen kalsium, kebarangkalian untuk ibu dapat lenguh badan (dan pelbagai komplikasi lain yang berkaitan dengan kurangnya kalsium dalam badan) adalah tinggi!

Bayangkan bayi yang membesar dalam badan sedang tarik kalsium badan, dan tiada sebarang kalsium intake.

Ibu mengandung memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari, tak kiralah dari susu, suplemen atau makanan berkalsium.

Boleh rujuk di Parenting.com dan BabyCentre untuk maklumat yang lebih terperinci.

Jika tak cukup kalsium, mula lah nak sengal badan, kejang kaki, sakit gigi dan sebagainya.

Taknak lah pulak lepas mengandung badan jadi “slim”, tapi gigi rongak.

Untuk elakkan masalah ni, ibu mestilah minum susu atau ambil produk-produk tenusu untuk pastikan bekalan kalsium yang cukup dalam badan.

Jika tak mahu minum susu, boleh pilih untuk amalkan suplemen kalsium yang banyak dijual di pasaran.

Cadangan saya tentunya ambil yang semulajadi supaya kesannya elok untuk badan, seperti ostematrix dari shaklee.

Selain dari mengurangkan masalah kejang kaki (baca pengalaman saya makan ostematrix sepanjang kehamilan dan tiada kejang kaki!), ostematrix pun bantu elakkan masalah sembelit.

Pastikan Posisi Tidur yang Selesa




Pernah tak bangun pagi dengan pinggang yang sengal semacam?

Sakit pinggang ketika mengandung adalah disebabkan pusat graviti badan yang dah teralih dan tekanan yang lebih diberikan pada pinggang.

Terutamanya waktu tidur tu.. perut dah lah besar tapi tak boleh jejak tilam. Hehe.

Untuk atasi sakit pinggang yang melampau, ibu mengandung disarankan tidur dalam posisi mengiring.

Jika perut semakin membesar, boleh alaskan dengan bantal di bawah perut supaya ibu dapat mengiring dalam keadaan lurus.

Jika ada budget lebih, boleh jenguk-jenguk pelbagai “pregnancy pillow” yang dijual di pasaran.

Pregnancy pillow ni designnya khas untuk ibu mengandung supaya bila dipeluk waktu tidur, akan memberi sokongan pada perut dan bahagian belakang badan.

Memang sangat selesa!

Saya pun ada satu – brand Genii yang dibeli sewaktu mengandungkan anak sulung dulu.

Masih pakai sampai sekarang hehe.

Contoh pregnancy pillow kepunyaan saya. Lena tidur macam kena peluk.. hehe

Pergi Berurut




Tapi awas! Ibu mengandung di fasa-fasa akhir perlu pandai memilih tukang urut yang benar-benar pandai dan tahu cara mengurut ketika mengandung.

Urat orang mengandung akan mengembang dan cara berurut yang salah akan menyebabkan lenguh dan sakit yang lebih banyak, bukannya beri kelegaan!

Orang mengandung pun tak boleh diurut dengan terlalu kuat, dan sesetengah kawasan badan perlu dielakkan supaya tidak menyebabkan kontraksi.

Tapi jika bernasib baik dapat tukang urut yang pandai dan bertauliah, memang urut boleh melegakan sengal-sengal badan.

Bangun pagi pun rasa sedapp aje hehe

Saya kongsikan beberapa tukang urut yang memang mahir dalam seni urutan orang mengandung.

Saya dah cuba dan alhamdulillah urutannya memang terasa dan melegakan.

 1) Blessed Beauty Confinement Lady

BBC di bawah naungan Kak Ice – boleh rujuk Facebook mereka untuk maklumat tentang pakej-pakej yang ada. Ada pakej rawatan seri pengantin, rawatan sengkak selepas bersalin, paket pantang dan sebagainya.

Untuk urutan mengandung, saya pergi ke pusat rawatan mereka berhampiran KTM Seksyen 13, Shah Alam.

2) Kak Nizam Tukang Urut – Contact Number +6013-288 3678 (Shah Alam)

Kak Nizam buat rawatan urut tradisional, urut ibu mengandung dan juga pakej penjagaan pantang.

Tukang urut pantang anak pertama saya ambil dengan kakak ni. Sangat puas hati. Beliau memang murah hati berkongsi tips-tips penjagaan pantang, kepentingan bengkung dan sebagainya.

Urutan mengandung dari beliau pun sangat melegakan lenguh-lenguh badan saya.

Agak special – Kak Nizam akan hidangkan air halia yang beliau bawa sendiri setiap kali lepas berurut untuk lancarkan lagi pembuangan angin. Rasa special tau!

Boleh hubungi beliau di contact number di atas untuk pertanyaan servis dan harga untuk pakej-pakej yang beliau tawarkan.


Sekian saja perkongsian saya.

Alhamdulillah sejak amalkan tips-tips di atas, kurang sikit sakit badan saya.

Tak adalah langsung tak sakit, tapi kurang.

Cuba kongsikan tips yang anda amalkan untuk kurangkan lenguh badan sewaktu sarat hamil di ruangan komen.

Dan sesiapa yang ingin mencuba suplemen kalsium semulajadi yang kurangkan kejang kaki dan elak sembelit ni, boleh whatsapp saya di 017-6021189.

Penghantaran terus ke muka pintu anda!


Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp : 017-6021189

Anak Ibarat Kain Putih - Betulkan Cara Warnanya



Selalu dengar kata-kata hikmat yang cakap "Anak ibarat kain putih, kita lah yang mencorakkannya"..

Kan?

Kajian menunjukkan umur sehingga 10 tahun adalah waktu yang paling mudah untuk membentuk peribadi anak.

Selepas 10 tahun, tentunya masih boleh, tapi apa-apa sikapnya akan menjadi tabiat yang akan lebih sukar untuk dikikis.

Alah, zaman kita remaja lepas-lepas period tu... mana makan saman ye tak?

Sama lah macam Iman Nasuha sekarang. 

Beliau sekarang di fasa meniru.

Kadang-kadang tak terfikir pun dia akan tiru tapi makkkk rupanya masuk dalam kepala.

Contoh baik:


Pergi dapur nak isi air dalam botol dan kak Iman, macam biasa akan terkedek-kedek follow mak dia.

Selalunya memang ada bangku kecik dekat sebelah water filter tu supaya senang ambik air dan boleh duduk untuk minum (walaupun tak berapa nak diamalkan.. ambik air togok je sambil berdiri adeyh)

Umi pun risau sebab kak Iman sambil jalan sambil cakap " Kak Iman duduk aje, teman umi.."

Jadi Umi pun tanye lah.. "Kak Iman pandai tak duduk? Hati-hati nanti jatuh"

Dan paling sejuk perut omak kau mengandung ni nak bila dengar jawapan

Iman pandai. (Panjat) Iman baca bishmilah aje. Shmillah hoyim..

Pandai hoh? Ni sebab asyik nak makan "omeda" la ni..

(Omeda = Slang Iman untuk Omega Guard kapsul kegemarannya. Lagi gemar bila Umi cakap nanti kak Iman jadi pandai kalau makan omeda)

Contoh tak berapa nak baik:


Walid: Iman, hari ni Iman pergi sekolah tak?

Iman : Tak.. tak naik bash

Walid : Ha? Umi tak hantar kak Iman naik bas ke?

Jawapannya..

Tak. Umi cakap umi malash. Ye. Umi malash.

Errr...

Lagi contoh tak baik langsung:


Tengah-tengah nak tidur malam, tiba-tiba Iman ambil patung kambing dia, bangun duduk dan..

Ha tido cepat. Tutop mata. Nanti Kak Iman marah. Kak Iman cubit. Ha. Ha. Tutup mata.

Tercekik omak eh

Tercekik!



Mama papa sekalian, pilih warna yang betul ya! 


Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp 0176021189




Tuesday, November 17, 2015

Pertama Kali Iman Nasuha Makan Minyak Ikan Omega Guard - Memercik!



Dulu waktu saya kecil, mak berikan Scott's Emulsion perisa oren.

Tapi malangnya, Iman Nasuha tak kongsi kesukaan saya terhadap minyak ikan ni. 

Walaupun perasa oren yang saya ingatkan semua orang suka?

Hmmph.



Disebabkan saya baca di Baby Centre cakap - budak yang tak makan "fatty fish" sekurang-kurangnya sekali seminggu elok diberikan suplemen minyak ikan supaya beliau dapat DHA dan EPA yang mencukupi, saya pun mula terfikir untuk cari alternative untuk sumbatkan jugak minyak ikan pada Iman.

Sebenarnya Iman Dah Dapat DHA dan EPA Sejak Dalam Kandungan

Oh sebelum saya terlupa, sewaktu mengandung saya memang makan Omega Guard Shaklee bermula trimester kedua sehinggalah 9 bulan mengandung.

Satu sebab doktor memang cadangkan makan suplemen yang kaya DHA and EPA untuk bantu bina neuron janin - dan saya yang memang tengah konsisten amalkan set mengandung Shaklee, tak perlu susah-susah nak cari.

Omega Guard memang salah satu suplemen yang digalakkan dalam set mengandung.

Nasib baik hehe

Iman pun dapat DHA dan EPA bila lahir dan menyusu badan

Oh tidak..

Saya tak sumbat beliau dengan suplemen minyak ikan sewaktu masih baby.

Exclusive breastfreeding, okay..

Saya cuma pastikan saya terus konsisten ambil Omega Guard sewaktu menyusu.

Sama macam konsep "kalau mak makan panas-panas, nanti anak kembung" yang maksudnya apa jugak makanan ibu, anak akan dapat,

saya yakin Iman Nasuha dapat all the goodness from the fish oil capsule dari pemakanan saya.

Bonus nya : Omega Guard bantu turunkan berat badan hehe.. Saya kongsikan pengalaman saya makan Omega Guard waktu menyusu di sini

Masalahnya sekarang..

Iman Nasuha dah tak menyusu badan!

Dan beliau juga tak makan ikan sangat.. asyik nak "ciken, ciken, ciken" atau "telur..telurr" hehe so semestinya kalau ikut Baby Centre tu, mesti berikan suplemen.

Pilihan saya?

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Why not use the same supplement, kan? Sharing ibu dan anak, gitewww 




Pengalaman Pertama Kali Berikan Omega Guard 


Saya mula nak berikan Iman makan omega guard ni bila beliau dah berumur setahun 7 bulan, lepas buat research tentang kebaikan-kebaikan Omega Guard untuk kanak-kanak:
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan
Tapi kerisauan yang saya ada waktu tu adalah:

  • Minyak ikan tu berbau (sebab perlu dipecahkan dulu kapsulnya memandangkan saya tak percaya Iman boleh kunyah kapsul tu hehe)... nak ke beliau telan?
Tapi... tak cuba tak tahu, kan?

So hari untuk cuba beri makan pun tiba...

Saya biarkan beliau bermain-main dengan botol Omega Guard tu sekejap dan tanya "Iman nak makan omega tak?"

Fuh anakku memang boleh ikut jejak langkah mak dia.

Melompat dia terkinja-kinja nak makan "omeda"

Saya ambil sebijik kapsul (selepas biarkan beliau tinjau-tinjau kapsul omega dalam botol, kasi excited lebeyh sikit hohoho) dan gigit hujung kapsul biar minyak ikan tu boleh dipicit ke dalam mulut Iman Nasuha.

Saya yang hampir muntah rasa kehanyiran nya.

OK Imannnn, bukak mulut besar-besar tau, Umi nak picit omega dalam mulut Iman..

Beliau nganga.

Saya baru masukkan kapsul dalam mulutnya , dan tak sempat nak picit beliau dan gelojoh terus tutup mulut dan nak gigit.

Habis terpancut Omega - separuh masuk dalam mulut beliau dan separuh lagi..

terpercik kat muka mak.

Anak sengih-sengih, mak loya rasa nak muntah!


Hehe.

Tu pengalaman pertama kali suapkan Omega Guard pada Iman.

Alhamdulillah walaupun mula-mulanya cuak rasa hanyir Iman tak suka, tapi surprisingly "Omeda" lah vitamin favouritenya.

Setiap hari tanya nak makan "omeda".

Sampai sekarang terpaksa sorok atau letak botol Omega jauh-jauh dari capaian beliau.



Selain Omega Guard, saya turut berikan Iman Vitalea for Children dan Chewable Vita-C untuk pertumbuhan dan imun badannya.

Kalau anda belum berikan sebarang makanan tambahan pada anak-anak dan sedang mencari, boleh lah cuba 3 vitamin yang best ni.

Iya lah, budak-budak kadang-kadang memilih makanan sikit kan jadi untuk pastikan badan sihat dan berkembang elok, boleh aja tambah.


SMS / Whatsapp saya di 017-6021189 untuk pesanan, atau anda boleh terus beli dari Shaklee Corporation dengan menekan butang "Order Sekarang" di bawah.

Cuma perlu letakkan kuantiti vitamin, alamat penghantaran dan buat pembayaran dan dalam masa 1 - 4 hari bekerja, Shaklee sendiri yang akan poskan vitamin ke rumah anda. Mudah!

Selepas beli di bawah, boleh hubungi saya untuk dapatkan cara makan yang betul dan konsultasi. 




Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS / Whatsapp 017-6021189





Sunday, November 15, 2015

Design Poster Guna PowerPoint - Mudah Kalau Tahu Tekniknya (Kata Cikgu)





Hari ni pergi sertai Workshop Design Poster Menggunakan Powerpoint anjuran salwasaleh.com.

Untuk yang tak berapa rajin nak bereksperimen macam saya ni, pergi kelas tentunya lebih mudah..

Ada cikgu nak berikan tips-tips yang best.

Kongsi short-cut

Kongsi jugak apa yang tak sepatutnya buat, hehe


Nak catat kat sini beberapa point penting supaya tak lupa:

Sebelum design poster, mesti tahu Tujuan, Target Audience dan Konsep.

Tiga benda ni boleh tentukan poster nak gunakan tema apa - minimalist ke, profesional ke, kanak-kanak riang ke etc etc dan seterusnya akan membantu pemilihan warna dan tulisan.

Jangan takut eksperimen dengan tulisan

Sebelum ke kelas, saya paling tak suka pakai tulisan yang berkelok2 atau cursive. Rimas saya menengoknya.

Rupanya ada teknik dan masa yang mana tulisan jenis beralun ni buatkan poster nampak lebih menarik dan melekat di hati!

Cuma, kena rajin eksperimen lah.. hehe

Warna hitam dan putih untuk font mungkin senang nampak "sesuai", tapi selalunya ada warna yang lebih cun untuk poster kita.

Haaaa... ni awal2 lagi saya dah silap. Tak hitam, putihhhh la pilihan hati.

Tadi belajar cara nak kenal pasti warna yang sesuai supaya poster nampak "blend" cantik.. kui3 bye2 putih hitam, kita mungkin akan jarang jumpa lopeh ni

Teknik yang paling saya suka skali belajar hari ni - teknik layering!

Rasa macam nak layer semua benda.. tapi oppsss. Tak semua sesuai rupanya. Kena pandai pilih.

Tahu macam mana nak cari ikon dan background cantik - cantik,  dan copyright free..

Hihi ni paling best. Selalu tengok orang guna background cantik-cantik, gambar macam "wow", kita pun tertanya-tanya adakah semua orang photographer hebat?

Rupanya hanya perlu tahu mana nak carik sumbernya.

Boleh lah kalau nak google cari info, tapi macam saya katakan tadi.. lebih mudah berguru dna tanya pada yang tahu, ye dak?

Jack Canfield pun cakap - apa lah salahnya TANYA. Orang hebat selalunya tak kedekut nak kongsi ilmunya.

Ada banyak lagi, tapi hmm hmm dah lupa. Adeh. Kena bukak balik nota..

Kesimpulannya,


Kak Salwa pesan, dengan tahu basic ni, pakai lah software apa pun inshaAllah okay.

Malangnya kalau tak tahu basic, software beribu-ribu ringgit pun takkan menjamin poster yang cun dan meletops.

Belajar basic design ni pun tak akan terus jadi wow mantapnya aku!

No..no..

Untuk jadi master shifu, kenalah melalui proses design beratus2 jam.

Maksudnya kena terus cuba dan cuba dan cuba sampai lah jadi Master shifu  - tahap 10 minit dah dapat hasilkan poster yang mantap dan hebat.

Kena usaha lebih gigih la ni.. sayang kalau ilmu yang ada dibiarkan berkarat sebab letakkk aja tak guna kan. 


Semoga anda semua pun mempunyai hari minggu yang aktif dan produktif!



Putri Zulaikha Amin
SID 917819
SMS/Whatsapp 0176021189




Friday, November 13, 2015

Vitamin Untuk Kesuburan Untuk Pasangan Yang Belum Dapat Zuriat

Setiap pasangan tentunya mengimpikan zuriat sebagai penyeri rumah.

Walaupun sesetengah pasangan pada mulanya mungkin ingin merancang, lambat-laun apabila umur meningkat tentunya gelak tawa kanak-kanak menjadi dambaan.

Siapa yang tak mahukan zuriat sendiri, kan?

Namun untuk sesetengah pasangan, ada yang bermasalah dari segi kesihatan untuk hamil, tak kiralah sumbernya dari pasangan lelaki atau pun wanita.



Jadi hari ni saya nak kongsikan Set Kesuburan Shaklee dan vitamin kesuburan yang berkaitan untuk membantu membetulkan fungsi badan dan hormon agar proses persenyawaan lebih optimum.

Semoga bermanfaat, ya.

Keadaan Optimum untuk Hamil


Badan wanita perlu sihat dan berada dalam keadaan optimum untuk mengandung. Antara keadaan optimum yang penting termasuklah:


  • Rahim yang sihat dan kuat
  • Kitaran haid yang teratur - tanda hormon yang stabil dan penghasilan ovum yang konsisten setiap bulan
  • Berat badan yang optimum
  • Sperma yang sihat dalam kuantiti yang mencukupi

Sekiranya salah satu sebab di atas terkompromi, peluang untuk hamil akan menjadi lebih rendah.

Bagaimana Vitamin Kesuburan Shaklee Membantu

Sebelum saya teruskan kepada vitamin yang spesifik untuk meningkat kesuburan, penting untuk kita pastikan badan sihat secara am-nya supaya lebih bersedia untuk menjadi ibu bapa. 4 vitamin asas yang penting untuk kesihatan am adalah Vitalea, B Complex  dan Vitamin C.




Selain vitamin asas tu, disarankan jugak untuk ambil vitamin yang boleh membantu meningkatkan kesuburan secara spesifik ni:


1. Vita-E Complex

Bagaimana ia membantu kesuburan:




2. Zinc Complex




Bagaimana ia membantu kesuburan:
  • Zinc membantu pembentukan hormon testosterone di paras yang optimum (untuk hubungan seksual yang berterusan) dan mengekalkan kuantiti sperma 
  • Kekurangan zink boleh menyebabkan masalah seperti sperma abnormal, low count sperm dan masalah prostat



3. GLA Complex

Bagaimana ia membantu kesuburan:
  • GLA atau Gamma-Linolenic-Acid adalah sejenis asid lemak omega-6 yang sangat penting untuk kesihatan wanita
  • Ia membantu menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid yang teratur
  • Serviks wanita mempunyai cairan mukus untuk memudahkan pergerakan sperma ke uterus dan tiub fallopio untuk persenyawaan. GLA membantu memastikan cairan mukus ini mencukupi.
  • Cecair mukus yang subur membolehkan sperma hidup sehingga 5 hari di tiub fallopio untuk meningkatkan proses persenyawaan. 

4. Energizing Soy Protein (ESP)





Bagaimana ia membantu kesuburan:
  • ESP adalah soya non-gmo yang penting untuk kekuatan rahim.
  • Terutamanya untuk wanita yang pernah keguguran, ESP boleh membantu membina sel-sel rahim yang sihat dan bersedia untuk persenyawaan seterusnya


Setiap Vitamin Ada Fungsinya!


Seperti yang saya tulis di atas, nampak kan setiap vitamin ada fungsi tersendiri untuk membantu meningkatkan kesuburan?

Ada juga yang tak sanggup makan terlalu banyak vitamin atas alasan-alasan tersendiri - untuk kes begini, selalunya saya perlu adakan sesi konsultasi dahulu untuk memahami masalah utama yang mungkin menyumbang pada ketidak-suburan.

Barulah saya boleh cadangkan vitamin yang sesuai untuk atasi masalah tersebut. :)

Saya kongsikan satu testimoni kredit dari blog celikvitamin berkenaan kejayaan seorang ibu memperoleh zuriat selepas mengamalkan set kesuburan shaklee ni:


Terlebih dahulu terima kasih untuk adik ipar saya Adilah Manaf Celikvitamin kerana memperkenalkan produk shaklee kepada saya. Dalam hidup ini kita diberi dugaan & ujian yang berbeza dan pastinya setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Saya dan suami menunggu selama enam tahun untuk menimang cahayamata dan hanya yang melaluinya sahaja faham, perasaan kami. Saya mula mengamalkan set kesuburan shaklee pada Jan 2012, selepas 6 bulan mengamalkannya saya telah disahkan hamil. Semasa hamil dan didalam pantang saya juga menggunakan set yang berkaitan. Lebih membanggakan sebagai seorang ibu sehingga ke saat ini bayi saya sudah berusia 5 bulan menikmati susu ibu sepenuhnya dimana saya langsung tidak mengalami masalah kekurangan susu walaupun di dalam bulan puasa. Selain itu, bayi saya mempunyai kulit yang gebu dan badan yang tegap. Kesimpulannya saya mendapat pelbagai manfaat dengan produk shaklee bermula dengan set kesuburan, set kehamilan,set berpantang dan set menyusu. Bukan kemenangan yang saya harapkan cukuplah sekadar berkongsi secebis pengalaman. Nama bayi saya Nur Damia Najiha Binti Ismadi. Sekian…


Pendek kata, tak salah mencuba.

Sekurang-kurangnya dengan usaha, kita akan rasa lebih positif.

Sekiranya anda ingin mencuba vitamin kesuburan ni, saya cadangkan cepat-cepat hubungi saya di 017-6021189 supaya senang saya tolong dan pastikan produk sampai ke tangan anda secepat mungkin.

Fast action, fast result, kata pujangga. 

Kalau anda survey-survey tengok apa ni pengedar lain pun jual produk yang sama, hehe pastikan anda membeli dari SID yang benar-benar kisah tentang keberkesanan produk dan juga mampu guide anda cara makan yang betul,

dan seterusnya berikan bantuan sekiranya anda ada apa-apa pertanyaan selepas pembelian.

Cara makan vitamin yang betul pun boleh membantu keberkesanan vitamin, tau.

Sekiranya anda membaca artikel ini dan mengetahui rakan, ahli keluarga atau kenalan yang memerlukan, jangan segan-segan untuk berkongsi.

Semoga mereka turut mendapat manfaatnya.

Tak ada yang lebih menggembirakan saya melainkan dapat membantu anda mendapatkan zuriat yang dinanti-nantikan. 

Hubungi saya hari ini di 017-6021189 untuk saya bantu anda!


Putri Zulaikha Amin,
SID 917819
SMS / Whatsapp : 0176021189


Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com