Monday, October 26, 2015

Pengalaman Makan Vitamin Untuk Dalam Pantang Bersalin, Langsung Tak Serik Berpantang Tau

Salam Semua!

Hari ni seronok berborak dengan 2 kakak yang tanya tentang vitamin untuk dalam pantang. Mulanya, cuma tanya pengalaman saya berpantang anak sulung, jadi saya kongsikan cerita saya berpantang guna Set Berpantang Shaklee.

Dari perbualan kami tu, saya simpulkan :
  • Ibu ramai yang agak cuak nak ambil jamu dan herba atas alasan takut efek susu dan bayi, tapi taktau ape lagi yang selamat untuk diambil jadi akhirnya tak ambil apa-apa
  • Beranggapan vitamin mahal
  • Dan beranggapan vitamin tak berkesan.. baik makan makanan segar dari makan pil, katenye
Saya yang dengar pun makin bersemangat lah nak kongsi pengalaman pantang saya hehe


Kisah Pantang Anak Sulung


Kalau baca cerita saya yang hampir tertidur waktu memandu pulang kerja, memang akan tahu kenapa saya tiba-tiba konsisten makan vitamin. Saya cuba Shaklee dan memang sangat serasi dengan badan kot, sebab vitaminnya semulajadi.

Sejak dari situ, saya memang dah tahu saya akan consume Shaklee as vitamin untuk apa-apa sahajalah.

Termasuklah berpantang.

Saya memang guna Set Kehamilan Shaklee sepanjang 9 bulan mengandung, saya ceritakan pengalaman mengandung saya yang sembelit-free dulu kat sini.

Anyway, pengalaman berpantang saya.

Saya amalkan Set Premium Berpantang yang terdiri daripada:

  • ESP
  • Vitalea Iron Formula
  • B Complex with Acid Folic
  • Sustained Release Vitamin C
  • Lecithin 
  • Zinc Complex
  • Ostematrix
  • Alfalfa

Set ni ambil masa hampir 4 bulan untuk habis, jadi lepas tamat pantang saya sambung terus sebagai suplemen menyusu sebab kebaikannya memang serupa.

Lepas dah habis pantang dan dengar cerita-cerita mak-mak lain yang pantang cara mereka, saya baru perasan apa yang best-nye makan vitamin ni:

a) Tak lesu walaupun tak tidur malam

Iman Nasuha susah sangat nak tidur malam sebab badan berangin. Asyik nak dituam aja. So maksudnya saya pun... hmm tak berapa nak tidur jugak lah hehe,. 

Tapi alhamdulillah, saya tak ada pulak rasa letih, lemah dan lesu yang melampau.

Setiap pagi selepas sarapan, saya akan ambil Vitalea, B Complex dan Vita C untuk berikan badan saya tenaga yang tak dapat dari makanan pantang.

Agak-agak terasa lapar, suami akan bancuhkan ESP buat alas perut.

b) Tak ada masalah sembelit langsung!

Yang ni paling best, sebab saya memang sebelum mula Shaklee memang ada masalah susah nak membuang.

Alhamdulillah dengan Ostematrix, setiap hari membuang lancarrr aje. Pil "membuang" yang doktor berikan waktu discharge hospital tu pun sampai hari ni masih ada dalam laci, tak terusik.

Best sangat. Sangat-sangat best. Bayangkan kalau sembelit lepas bersalin, dengan luka jahitan kat bawah tu lagi dengan nak buang air lagi? Seriau tauuu, silap hari bulan boleh jadi serik nak mengandung lagi sebab taknak lalui pantang macam kakak ni! 



c) Luka jahitan sembuh cantik

Salah satu vitamin dalam set pantang adalah Zinc Complex.

Ikan haruan yang tradisional mak-mak kita suruh makan tu, sebenarnya ada kandungan zinc yang tinggi sebab tu ikan haruan sangat digalakkan untuk bantu sembuhkan luka.

Zinc complex Shaklee pun fungsinya lebih kurang sama - untuk bantu sembuhkan luka ibu dari dalam.

Masa saya check-up seminggu bersalin, doktor kata jahitan kemas dan cantik sembuhan luka. Ni penangan Zinc ni rasenye ni... hehe

d) Susu badan banyak (cuma saya yang tak reti nak bersabar dengar baby menangis hehe)

Bila badan tak stress emosi stabil, susu pun terhasil dengan cepat. Tukang urut yang datang urut pun siap cakap susu banyak.

Tapi kalau baca pengalaman saya menyusukan Iman Nasuha, tiga hari pertama tak dapat breastfeed jugak sebab beliau tak pandai latch dan saya... tak pandai pegang budak. Hoho.

Tapi alhamdulillah tak ada masalah susu tak cukup ke ape selepas tu berkat consistently ambil vitamin.


Kalau nak tahu fungsi setiap vitamin, saya listkan kat sini:

Fungsi ESP

Sumber tenaga tambahan untuk ibu. Waktu berpantang ibu akan cepat lepar sekiranya menyusu dan juga waktu tidur yang tak teratur jadi ESP bantu ibu kekal cergas bertenaga dan tahan lapar dengan lebih lama (protein buatkan badan tahan lapar lebih lama berbanding karbohidrat)

Membantu kulit anjal dan berseri

Membantu merawat luka dalaman dan luaran

Fungsi Vitalea with Iron Formula

Multivitamin yang sangat membantu untuk top-up kekurangan nutrisi akibat cara masakan, penanaman dan juga kekurangan makan. Tambah lagi waktu pantang, pemakanan amatlah terhad kepada makanan-makanan tertentu sahaja jadi Vitalea boleh bantu untuk "supply" zat-zat yang kekurangan tu.

Mengandungi zat besi yang sangat penting untuk kekalkan paras HB ibu di tahap yang cantik dan elok, untuk elakkan pening-pening dan lesu semasa berpantang

Fungsi B-Complex

Mengandungi vitamin B6 yang merangsang hormon serotonin - hormon gembira yang membantu mengawal perasaan stress, murung dan sedih ibu

Hormon gembira ni jugak penting untuk membantu penghasilan susu badan yang lancar!

Fungsi Vitamin C

Bantu baik pulih luka dengan merangsang penghasilan kolagen

Meningkatkan sistem imun badan,, iyalah tengah berpantang dengan tak cukup rehat, sistem imun perlu kuat supaya ibu tak jatuh sakit atau demam..

Membantu memulihkan seri dan keanjalan kulit

Fungsi Ostematrix

Mengelakkan sakit pinggang

Mengelakkan sembelit dengan kandungan magnesium yang berfungsi melembutkan najis. Nak membuang pun akan lebih lawas dan mudah. Dan tahu tak suplemen kalsium tanpa magnesium boleh menyebabkan osteoporosis dalam jangka masa panjang? Tak perlu risau dengan Ostematrix sebab memang dah ada magnesium..

Mengurangkan lenguh-lenguh badan, dan bantu dapatkan tidur yang berkualiti

Fungsi Zinc 

Membantu merawat luka dalaman dan luaran, termasuklah luka caesarean

Membantu mengawal keguguran rambut

Lecithin

Bantu memecahkan lemak makanan dan mengembalikan berat badan ibu kepada pre-pregnancy

Mempunyai kolina,yang penting untuk fungsi memori jadi membantu menguatkan memori ibu berpantang

Akan disalurkan melalui susu badan kepada bayi, dan membantu perkembangan memori dan otak bayi

Berfungsi membantu mengatasi masalah bengkak susu yang sering dialami oleh ibu-ibu yang baru melahirkan


Jadi bila orang tanya pantang anak kedua nanti nak pakai apa,

Saya tentulah akan terus dengan Shaklee hehe sebab memang dah terasa kesannya yang sangat memberangsangkan.

Tak fobia nak berpantang kali kedua, harap-harap Allah mudahkan segalanya. Tambah-tambah lagi berpantang anak kedua mesti lebih mencabar sebab ada anak sulung yang turut perlukan perhatian, kan..

Saya perlulah pastikan badan saya sihat dan cergas bertenaga.

Harga

Set berpantang Shaklee ni lengkap dengan (tak termasuk GST):

  1. Vitalea with Iron – 120 Biji (RM 88.75)
  2. B-Complex with acid folic – 120 Biji (RM 53.75)
  3. Sustained Release Vitamin C – 180 Biji (RM92.50)
  4. Ostematrix – 120 Biji (RM 61)
  5. ESP – 850 g (RM 150)
  6. Zinc Complex - 120 biji (RM 33.75)
  7. Lecithin - 180 biji (RM 52.50)
  8. Alfalfa - 330 biji (RM 53.75)

menjadikannya total RM 596.31 (sebelum GST) atau total RM621.16 dengan GST.

Namun begitu,

anda boleh dapatkan set Berpantang Premium ni pada harga ahli yang jauh lebih murah (diskaun hampir 20%...) sekiranya anda daftar menjadi ahli. Boleh tanya saya bagaimana.

Khas untuk bulan May - October 2015, anda juga boleh mendapat free Vitalea dengan setiap pendaftaran ahli dan belian produk... untung sangat ni!

Ibu-ibu mesti tertanya-tanya dan nak juga rasa pengalaman berpantang yang tak menakutkan kan?

Pantang tanpa sembelit?

Pantang dengan lebih cergas...

Tak ada masalah susu..

Just give Shaklee a try.. inshaAllah berbaloi dan jatuh cinta..


Jika ibu pernah mengalami sakit badan, sembelit atau lemah lemah waktu berpantang, jangan tunggu lama-lama, hubungi saya di 017-6021189 supaya boleh saya cadangkan suplemen yang sesuai untuk ibu.

Tak mahu beli penuh full set Premium pun tak apa, saya boleh kongsikan vitamin yang sesuai supaya masalah pantang ibu dapat diatasi dengan segera.

Badan kena jaga.. bukan nak pakai setahun dua aja tu..


Putri Zulaikha Amin
ID 917819
Whatsapp : 0176021189




0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com