Thursday, October 22, 2015

Tu Sindiket Peminta Sedekah Tu... Jangan Beri, Hati-Hati!

Salam semua.

Dua hari lepas, ketika saya sedang enak menikmati hidangan pasta karbonara lemak berkrim di Secret Recipe, datang seorang kanak-kanak lelaki. Berkopiah.

Tak payah angkat muka pun saya dah tahu, mesti budak sekolah tahfiz entah mana-mana nak mintak sumbangan 'ikhlas'.

Dah lali sangat, kan?

Selalunya, saya buat bodoh aja sambil geleng-geleng kepala sebelum sempat budak tu nak bukak mulut pun.

Ala-ala "talk to the hand", giteww..

Tapi hari tu, entah kenapa belum pun budak tu bukak mulut, saya dah bersungguh-sungguh rogoh beg tangan cari dompet nak keluarkan duit.

Pressure dengan orang sebelah, agaknya. Sebab orang sebelah bagi duit. Agaknya lah. Hehehe..

Well, kesimpulannya, hari tu budak tu ada rezeki nya, dan saya pun, entah tertipu, entah tak. Entahlah.

Sindiket Peminta Sedekah Malaysia



Memang betul Malaysia sekarang seolah-olah diserang virus sindiket peminta sedekah ni. Lebih teruk lagi, agama yang digunakan sebagai senjata untuk meraih simpati orang ramai.

Ramai yang tertipu, tapi rasanya lepas terlalu banyak liputan media berkenaan penipuan ni, mata orang ramai dah pun terbukak. Tak lagi sesuka hati nak berikan 'sumbangan' kepada kanak-kanak ni.

Ok sambung balik cerita saya.

Selepas budak tersebut beredar, saya sambung makan tapi kali ini, pasta dah tak terasa seenak tadi kerana kepala dah mula berpusing berfikir.

Macam mana nak pastikan sedekah saya.. sedekah yang betul-betul memberi manfaat?

Persoalannya, manfaat dalam bentuk apa? Dan manfaat kepada siapa?

Selalu ramai yang tak lalu nak sedekah untuk budak-budak "tahfiz" macam ni sebab fikirkan wang sedekah tu bukannya dapat bantu diorang pun.

Mesti kena ambil dengan bos sindiket tu.

Takkan nak kayakan sindiket tu kan? Selagi ada yang beri sedekah, selagi itulah sindiket akan terus hidup.

Ada pendapatan, maa

Kan?

Tapi looking at a different angle, mana kita tahu apa nasib budak-budak sekiranya mereka pulang tanpa berjaya bawak balik sebarang duit.

Mungkin kena pukul. Mungkin tak diberi makan. Mungkin dipaksa bekerja lebih masa waktu malam pulak mintak sedekah entah dimana-mana.

Bila fikir macam ni, mungkin sedekah kita yang tak seberapa tu mampu me"layak"kan budak tadi untuk makan malam, atau tidur tanpa disebat.

Entah lah, saya pun tak pasti betul atau tak.

Jadi, patut beri atau tak?

Beri atau tak, depends la... rugi atau tak kalau beri?

Sebagai manusia yang mementingkan diri, mesti nak tahu investment ada return atau tak.. iye?

Barangsiapa meringankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini, nescaya Allah akan meringankan dirinya di dunia mahupun di akhirat (Riwayat Muslim)

Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseiorang yang member maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambahkan kehormatan kepada dirinya (Riwayat Muslim dan Tirmidzi)

Banyak lagi, boleh rujuk buku-buku berkaitan atau google aje, tak satupun cakap sedekah akan merugikan pemberi sedekah.

Sedekah pada pencuri pun tak merugikan.



Jadi saya nak ingatkan diri saya, dan diri semua yang membaca..

Kalau tak mahu beri, tak apa. Jangan kutuk dan koemn berlebih-lebih sebab kita tak tahu apa yang kita rugi dengan tak beri.

Kalau nak beri, beri lah seikhlas hati tanpa perlu persoalkan sama ada sedekah kita itu pada yang layak atau tak.

Kerja Allah biar Allah yang buat.

Kita buat kerja kita.

Salam Jumaat!



Putri Zulaikha Amin,
Shaklee ID 917819
Whatsapp : 0176021189
Email : putrizulaikha89@gmail.com





0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com