Friday, October 30, 2015

6 Cara Mudah Kurangkan Sakit Badan Supaya Cergas dan Rasa Muda


Sakit badan memang salah satu sakit yang merimaskan.

Muda-muda dah sakit-sakit badan.

Belum lagi tua... alahai..

Sudahlah tak nampak macam sakit, orang lain tengok macam sihattttt aje tapi kita tuan punya badan yang mengalami sakit badan ni ya Allah, tahu-tahu je lah betapa rimas dan seksanya!

1. Diet Seimbang


Semestinya, kan?

Kalau badan disumbat dengan entah hapa-hapa, mana tak sakit badan, ya tak

Untuk jaga kesihatan badan, pastikan makan makanan seimbang bak yang disarankan oleh piramid makanan.

Kalau memang sejak azali mudah nak sakit badan, mungkin perlu pertimbangkan pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk baiki kesihatan badan - contohnya kalsium Ostematrix untuk tulang sihat, atau mudah cuba saja set sendi yang lengkap untuk jaga kesihatan tulang dan rawan.

Sekiranya sakit badan berterusan, cuba lawati doktor berhampiran anda dan dapatkan nasihat. Doktor mungkin boleh mencadangkan ubat sakit badan yang sesuai sekiranya perlu.





2. Hiruplah cahaya matahari!





Kekurangan Vitamin D yang datang dari matahari boleh menjadi punca sakit badan.

Dalam satu-satu kajian, lebih 80% peserta berumur antara 15 hingga 52 yang menghidapi sakit badan yang teruk menunjukkan simptom kekurangan vitamin D.

Jadi dalam zaman-zaman dah kurang jerebu ni, rajin-rajin kan lah diri keluar pagi


3. Kurangkan angkat barang berat lebih dari kemampuan anda


Bawak barang berat terutamanya menggunakan sbeelah badan boleh memberi tekanan kepada struktur tulang dan juga otot.

Selalu sakit badan belakang? Tips mudah - pastikan berat begpack, atau briefcase kurang 10% dari berat badan anda. Jika lebih, cuba untuk ringankannya.



4. Duduk di atas wallet yang tebal (Jangan!)


Haaaa yang ni khas untuk lelaki, sebab perempuan selalunya akan bawak henbeg

Lelaki selalunya letak wallet di poket belakang - sudahlah wallet tebal sebab duit berkepuk-kepuk, kalau duduk terus macam hmmpphhh bontot senget sebelah.

Duduk atas wallet gemok macam tu sepanjang hari akan menekan saraf di bahagian bontot, dan menyebabkan "sciatica" - saraf bengkak.

Masalah ni sangat sangat la common di kalangan lelaki sampai siap ada nama khas - wallet neuropathy. Hehe.



Setiap kali sebelum duduk, keluarkan wallet dari poket dan letak la kat tempat yang sesuai - atas meja ke, atau tumpang beg kawan perempuan.

And ladies, another thumbs up for the creation of handbag!

5. Postur yang betul sewaktu duduk


Memandangkan ramai yang sakit belakang ni adalah pekerja office, salah satu punca utama adalah cara duduk yang silap.

Silang kaki 8 jam? No no..

Duduk tegak kaki tergantung? Also no no..

Sebaiknya, sekiranya tergolong dalam golongan kaki pendek, letakkan sesuatu seperti bangku kecil di bawah kaki supaya kedudukan lutut lebih tinggi seidkit daripada pinggang.

Pastikan juga betis tak tegang - betis tegang adalah salah satu punca sakit belakang.

Bangun berjalan-jalan melawat kawan-kawan, ke tandas, atau buat regangan-regangan untuk melonggarkan otot betis.

6. Jadi lah seekor kucing dan lembu..


Salah satu pergerakan atau posisi yang berkesan untuk melegakan sakit belakang adalah posisi yoga The Cat Cow (atau nama bahasa melayunya... Sang Kucing Lembu kehkeh)

Untuk yang sakit badan sebelah kanan ke, sakit badan sebelah kiri ke, semua sesuai. Tak semestinya perlu sakit satu badan baru perlu buat senaman yoga mudah ni tau..

Caranya:


  • Duduk dalam posisi merangkak (tangan dan lutut di atas lantai), dan relakskan badan. Luruskan pinggang.
  • Mula dengan pose Lembu : tarik nafas sambil gerakkan perut ke bawah menghampiri tikar yoga, sambil mata pandang ke siling. Rasakan tulang belakang meregang dalam kedudukan lembu ni
  • Tahan selama beberapa saat
  • Hembuskan nafas dan pergi ke posisi Kucing pulak : hembuskan nafas dan lengkungkan badan ke atas. Mata memandang bahagian perut. 
  • Ulang 5-10 kali dengan bertukar-tukar posisi dari lembu ke kucing, lembu ke kucing, lembu ke kucing....

Kalau yang lebih mudah belajar secara visual, boleh rujuk di link Youtube ni


Harap-harap boleh membantu kurangkan sakit badan (jika ada). Iya lah, tak mahu lah pulak aktiviti harian terganggu akibat sengal-sengal badan yang berterusan.

Lagi tak best kalau sakit badan sampai jadi moody.. semua orang sekeliling pun terkena sama. Kalau nak cuba ostematrix atau set sendi, jangan segan-segan hubungi Putri di 0176021189 ya. Semua pembelian akan disertakan dengan konsultasi berterusan inshaAllah.


Putri Zulaikha Amin
SID 917819
Whatsapp : 017-6021189



0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com