Friday, October 30, 2015

4 Jenis Mak-Mak di Bilik Pam Susu Yang Menghiburkan Hati (Gelak)

Salam Sabtu!

Kalau anda seorang ibu menyusu yang perlu mengepam susu - tak kisahlah di bilik khas atau pun di surau yang mana anda perlu jumpa mak-mak lain yang pun sama nak mengepam susu, mesti akan jumpa sekurang-kurangnya salah satu kategori mak ni:



1. Mak Yang Suka Banding-Bandingkan Susu


Mak ni beliau tak akan tegur kuantiti susu depan-depan, tapi anda akan perasan bila anda tutup pam susu dan nak pindahkan susu masuk botol / tutup botol susu, mata mak ni akan juling semacam.

Beliau dok "spy" tengok susu hang la tu weh!

Lepas tu kalau nampak susu anda macam melimpah ruah (mungkin sebab makan set menyusu premium sampai susu mengalir laju), beliau akan bukak mulut dan tanya "Anak dah umur berapa susu banyak melimpah camni nih?"

Mak macam ni ada dua kemungkinan:

- Susu dia selalu tak cukup so dia nak tau yang dia tak keseorangan
- Dia memang pendengki dan nak ambil peluang untuk berlagak kalau tengok susu anda seciput aje dan susunya banyok. Haha!


2. Mak yang Anaknya Dah Boleh Berlari Walaupun Baru Berumur 2 Bulan


Hah tak ke terkojut?

Hiperbola je tu.

Golongan mak #2 ni adalah mak yang belum apa-apa dah menceritakan kecemerlangan anaknya yang sangat hebat.

Dua bulan dah pandai berjalan.

Lima bulan boleh bersajak.

Setahun? Apeadehal, dah boleh masuk sekolah rendah.

Hihihihi

Untuk mak macam ni, sabar sajalah ya. Berdoalah waktu 30 minit untuk mengepam berjalan pantas. Anda mungkin sedang membantu mak ni melepaskan tensyen dan rindu terhadap anaknya dengan dengar kisah-kisah beliau.

Kalau anda dalam mood untuk sama berceloteh, ape lagi, ceritakan lah kisah anak anda yang sejak kecil pandai ke tandas tu?

3. Mak Senyap Anti-Social


Ni satu jenis lagi ni.

Mak ni akan masuk, pilih sudut yang paling sepi sekali dalam bilik tu, switch on pam susu dannn tenggelam dalam dunia buku / handphonenya.

Not a very bad mum to be around when pumping - waktu mengepam akan lebih tenang dan berjalan lancar.

Mak ni pun mungkin akan menjeling tajam kalau anda terkentut dan sebagainya sewaktu mengepam sebab dah merosakkan ketenangan mereka, hati-hati!

4. Mak yang Dok Mengepam Tak Sudah-Sudah


Anda masuk bilik mengepam jam 10 pagi, mak ni tengah mengepam.

Anda keluar, mak ni masih mengepam.

Anda datang lagi jam 12 tengah hari, aik masih ada kat sini.

Anda keluar lunch pukul 12:30 tengah hari, mak tu masihhhh jugak tak habis-habis.

Banyak susu ke banyak lemak?

Penyelesaian :

Cuba datang lagi pukul 1 tengah hari dan check tengok ada atau tak. Kalau ada tu..... hmm....


Rahsia Nursing Room...,


Jangan marah ya, suka-suka aje!

Ape-apepun, semua ibu yang decide untuk CUBA menyusukan badan have my respect - bukan senang tau!

Untuk ibu-ibu yang sering lesu tak bermaya akibat sering bangun malam menyusukan bayi atau mengepam, boleh cuba set penyusuan shaklee yang lengkap untuk bantu pastikan badan ibu kekal bernutrisi dan segar serta bertenaga nak terus mengepam. Hubungi Putri sekarang di 01-6021189 untuk sebarang pertanyaan.


Putri Zulaikha
Whatsapp 0176021189
SID 917819



0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com