Thursday, October 22, 2015

4 Cara Suami Boleh Bantu Penyusuan Ibu di Awal Kelahiran.. Fasa Kritikal Nih!

Tengok poster di bawah ni, teringat saat-saat pertama kali “terpaksa” menyusukan Iman Nasuha dan macam mana suami banyak bantu jayakan penyusuan susu ibu untuk Iman.





Geli pulak hati.

Saya cakap “terpaksa” sebab walaupun dari saat mengandung saya dah bersiap-sedia dengan segala macam ilmu supaya berjaya “exclusive breastfeeding”, keadaan jadi kelam-kabut semacam aje bila bayi dah keluar hehehe 

Persediaan Sebelum Melahirkan

Saya seorang yang tak sukakan surprises. Pada saya, persediaan sangat penting supaya semua expectation saya boleh tercapai tanpa banyak aral melintang.

Jadi sebelum melahirkan, sebab saya memang dah tahu saya nak breastfeed baby, saya:
  • Pergi kelas penyusuan dengan lactation consultant yang bertauliah. Sangat banyak ilmu yang saya perolehi dari Gina Yong, and together I am grateful for her existence in this world.
  • Beli pam susu yang elok dan sesuai dengan nature kerja saya yang tak berapa suka berlama-lama nak pam. Suami belikan Medela Freestyle yang harganya cecah ribuan ringgit tanpa berkira-kira
  • Gajet nak menyusukan badan? Checked! Ape aje yang awak terfikir, semua saya beli. Breastfeeding blouse, breastfeeding bra, nursing cover, etc etc..
  • Tak beli pun susu formula, sebab… ye la nak breastfeed kan?


Oh so ready. Pada saya lah, dah cukup sedia dah tu.. 

Baby pun lahir...

dan saya tak bersedia dengan:

1. Bayi yang tak reti nak latch. Dalam kelas dah cakap cara latch yang betul penting supaya breastfeed tak sakit, tapi well, yang belajarnya mak tapi yang nak kena latch adalah bayi hoho

2. First time mom yang tak reti nak pegang bayi… saya lah tu. Kekok sangat rasanya nak pegang bayi football hold ke cradle hold ke, rasa macam bayi boleh patah tengkuk bila-bila masa

Bayi sibuk menangis pulak tu haha

3. Confinement lady a.k.a mak yang strict.. bukak kipas mesti slow, badan penuh minyak panas jadinya peluh mencurah-curah dengan bengkung lagi… nak pegang baby pun rasa macam akan ter’slip’ jatuh jaaa

4. Perasaan panic setiap kali bayi cuba menyusu dan menangis dan saya tak tahu kenapa.. lapar ke? Susu takde ke? Takut dengan umi ke?

Hampir.
Berputus.
Asa.

In fact, sebab maknya yang tersangat kelam kabut, Iman Nasuha minum susu formula selama 3 hari.

Selama 3 hari saya tengok Iman Nasuha puas hati minum susu formula, saya rasa mungkin breastfeed tak adalah keperluan sangat..

Nasib baiklah ada suami..

Saya bersyukur ada suami yang turut sama cuba memahami kepentingan susu ibu dan tak berputus asa macam saya hampir jadi.

Jadi saya nak kongsikan jenis-jenis bantuan yang suami boleh hulur untuk bantu jayakan penyusuan ibu untuk manfaat bapak-bapak kat luar sana..

Peranan Suami Bantu Penyusuan Susu Ibu Di Awal Kelahiran

Sokongan Moral Ketika Isteri Stress Dan Tertekan Bayi tak Pandai Latch


Bayangkan isteri yang tengah sakit bersalin dan “struggle” nak menyusukan badan. Paling penting dan berharga adalah kasih sayang suami yang tak berbelah bahagi dalam memberikan sokongan moral.

Waktu-waktu saya stress dan hampir menjerit marah dekat bayi sebab tak pandai-pandai nak menyusu, suami saya tak pulak nampak marah atau tak puas hati atau menyampah. (walaupun saya tahu dia cuak saya hempas anak tu hehe)

Sebaliknya diusap-usap belakang saya dengan penuh sabar sambil memberikan sokongan moral.

Sokongan dari suami akan membuatkan isteri lebih teguh untuk terus cuba menjayakan penyusuan badan.

And that is whats important, isn’t it? Cuba hingga berjaya.

Sokongan Moral Untuk Rangsang Penghasilan Susu 

Dalam kes saya, sebab tak tahan Iman Nasuha menangis, saya kasi susu formula.

Tapi, susu saya masih perlu dirangsang supaya penghasilannya tak terbantut. Ingat konsep demand vs supply?

Makin banyak permintaan susu, makin banyak susu yang dihasilkan oleh payudara.

Jadinya saya terpaksa mengepam dengan kerap. Di saat Iman Nasuha Menyusu botol, saya terbongkok-bongkok mengepam susu guna medela freestyle..

Walaupun hasilnya tak banyak.

pun stress.. pam sikit punya lama tapi alamak keluar seciput je..

Suami berperanan untuk berikan sokongan dan terus Galakkan isteri untuk mengepam / menyusukan bayi, walaupun nampak macam susu tak banyak atau tak ada langsung.

Suami saya, bangun setiap malam teman saya mengepam.

Beliau yang basuh pump parts (masa ni masih noob, setiap kali guna setiap kali tu terus basuh)

Beliau yang lap dan pastikan pump sedia untuk next pump session.

Susu saya yang seciput seciput tu, beliau yang uruskan untuk simpan dan kumpul.

Jadi bayangkan kegembiraan beliau bila hari ketiga, Iman Nasuha minum susu ibunya penuh walaupun dari botol!

Dia lagi happy dari saya kot rasanya.. sebab saya masih ada peperangan untuk “direct feeding” untuk dimenangi.. hehe

Tapi point nya, kalau lah nak mencuci botol sediakan parts semuanya saya yang kena buat dan suami hanya tahu suruh aje, mungkin lagi cepat saya putus asa?

Sokongan Modal Untuk Pastikan Isteri Cergas Bertenaga

Iman Nasuha was not an easy sleeper. Dengan masalah kembung perut lagi, dia memang asyik menangis-nangis aje kalau waktu malam.

Jadi kalau ikutkan, memang tak larat nak jaga anak dengan stress dan pantang lagi dengan menangis lagi dengan nak pam susu lagi... like hello, kan?

Nasib baik suami tak kedekut belikan supplemen pantang yang sangat bagus.

Saya guna penuh set Pantang Shaklee, dan lagi best sebab suami rajin siap tolong bancuh ESP siap-siap untuk minum lepas pam susu untuk bantu susu jadi banyak. Saya pernah tulis pengalaman saya berpantang dengan Shaklee dulu yang sangat-sangat lah berbaloi..

Disebabkan suami tak kedekut nak belanjakan duit belikan suplemen pantang saya, alhamdulillah saya tak alami kepenatan yang melampau waktu pantang. Rasa cergas bertenaga aje.

Pun membantu saya untuk rajin mengepam dan terus cuba untuk menyusukan badan.

Sokongan Tenaga untuk Uruskan Bayi 

Untuk isteri yang perlu mengepam untuk buat stok, suami boleh bantu ambil alih tugas nak "burp" kan baby selepas menyusu.

Isteri boleh terus sambung mengepam tanpa perlu pause.

Suami saya memang bersungguh-sungguh nak tolong burp baby.. tengok ni:


Pukul 2 pagi tolong burpkan baby, saya yang pakai kain batik tu pantau dari atas kerusi macam bos, hehe...

Sejak hari ketiga tu alhamdulillah, Iman Nasuha menyusu badan sepenuhnya dengan saya.

Saya beri kredit kepada suami yang banyak membantu untuk pastikan saya tak berputus asa di awal-awal perjalanan..

Saya tuliskan juga 9 tips jayakan penyusuan badan yang saya kumpul dan amalkan, terutamanya untuk ibu-ibu bekerja macam saya. 

Harap tulisan memberi manfaat pada semua, dan jika ada nak kongsi cerita penyusuan / nak tanya pengalaman saya lebih lanjut, boleh la whatsapp saya di 017-6021189.

Kita ibu-ibu menyusu perlukan sokongan satu sama lain. :)


Salam sayang,

Putri Zulaikha
Shaklee Independent Distributor 
ID 917819
Email : putrizulaikha89@gmail.com
Whatsapp : 017-6021189






1 comment:

  1. Mmg betul tu. semua org kene berkerjasama utk jayakan penyusuan! :D

    ReplyDelete

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com