Wednesday, July 8, 2015

Ada Ke Tanda Penyakit Gout Untuk Berjaga-Jaga dan Elak Sebelum Teruk?

Bila tanya kawan-kawan yang masih dalam lingkungan 30 tahun dan kena gout, mereka feedback memang tak sangka kena gout terlalu awal.

Iya lah, dulu tengok orang tua-tua aja yang kena gout kan..

Mereka cakap, kalau lah tahu ada tanda-tanda penyakit gout supaya boleh terus ambik langkah-langkah yang sepatutnya supaya gout tak jadi lebih teruk.

Kalau lah tahu..

Persoalannya, ada ke tanda-tanda penyakit gout peringkat awal?



Malangnya, menurut WebMD, penyakit gout yang disebabkan oleh mendapan asid urik di sendi kadang-kadang tak dapat dijangka sehinggalah “serangan” berlaku.

Pelbagai Variasi Tanda Penyakit Gout

Kebanyakan orang akan rasa kesakitan yang amat setiap kali serangan gout berlaku. Selepas fasa “serangan” tamat, dah tak sakit dah sampai la “serangan” seterusnya.

Ada orang sakit gout hamper sepanjang masa, bukan ikut masa serangan. Kesakitan mungkin tak berapa teruk, tapi berpanjangan, sampaikan orang ingat hanya sakit sendi biasa saja.

Gout pula menyerang sendi-sendi yang berbeza pada setiap orang. Ramai yang kena serangan di sendi kaki, tapi ada juga yang di jari tangan, siku, lutut, pergelangan tangan, dan sebagainya.

Macam kisah kawan saya ni, ayahnya menderita gout teruk yang setiap kali serangan, sampai tak mampu bangun dari katil. Alhamdulillah sekarang dah lebih baik keadaannya.

Kenapa Ramai Nak Tahu Langkah Awal Untuk Cegah Gout


  • Sekiranya ibu bapa kita ada sejarah gout, kita pulak ada risiko 20% untuk lebih terdedah kepada serangan gout
  • Kalau sebelum ni gout lebih kerap menyerang golongan tua, trend sekarang ni dah lain. Disebabkan pelbagai faktor seperti masalah obesiti di kalangan orang muda-mudi, pengambilan alkohol dan tekanan darah tinggi buatkan lebih ramai orang muda yang mendapat serangan gout.
  • Wanita lebih mudah diserang gout selepas menopaus.

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati


Bila dah lebih faham tentang sebab-sebabterjadinya gout, sebenarnya ada langkah-langkah mudah untuk sediakan badan kita supaya tak terjerumus pada kancah gout yang teruk.

Antaranya:

#1 : Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 3L sehari. Bila badan kurang air, proses perkumuhan akan terganggu dan asid urik dari badan mungkin tak dapat dikeluarkan dengan efektif. Lama-kelamaan, jika asid urik ni terus-terusan tak dibuang, mungkin mendapan akan mula terbentuk dan menyebabkan gout satu hari nanti, kan?

#2 : Sekiranya berat badan berlebihan, boleh cuba untuk kurangkan berat supaya BMI kembali pada paras sihat. Kajian dah sahkan yang orang yang BMI obese lebih berisiko untuk kena serangan gout.

Untuk kuruskan badan dengan sihat supaya tak kena yo-yo efek, boleh tengok tips sihat kurangkan berat yang saya pernah kongsikan dulu.

Shaklee pun ada offer set Kurus Badan yang inshaAllah bukan sahaja buat berat jadi lebih sihat, tapi beri banyak lagi kesan baik yang lain yang tak disangka-sangka!

#3 : Bagi yang pernah terkena serangan gout, boleh cuba amalkan set Gout Shaklee yang berfungsi untuk:

  • Kekalkan paras air dalam badan supaya asid urik dapat disingkirkan dengan elok;dan
  • Kurangkan radang sendi supaya sakit tak begitu teruk

Kalau ada bajet lebih, boleh cuba Vivix, atau cuba set Gout untuk yang mungkin ada masalah kekangan wang. Baca lebih lanjut berkenaan Vivix dan set gout di sini.

Untuk yang berminat untuk membeli Vivix / Set Gout menggunakan kredit kad (tak perlu lagi bank-in kepada agen), boleh klik dan beli terus dari Shaklee dengan tekan link di bawah:







Jangan tunggu lama sampai tiba-tiba dah kena gout! Hubungi saya sekarang untuk dapatkan set gout anda..

Putri Zulaikha Amin
SID 917819
0176921189












0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com