Tuesday, July 21, 2015

Normal Ke Alahan Semasa Mengandung Sampai Muntah 10 Kali Sehari?

Saya langsung tak ada alahan semasa mengandungkan Iman Nasuha dulu. Bersyukur sangat, sebab tengok ada kawan lain yang mengandung jugak masa tu Ya Allah alahan dia teruk sangat.. kadang-kadang sampai lembik terlantar dekat surau office..



Hampir 80% wanita sebenarnya akan mengalami alahan semasa mengandung, cuma bezanya teruk atau tak teruk sahaja.

Ada yang hanya berasa loya di waktu pagi.

Ada yang loya di waktu petang dan malam.

Ada yang loya sepanjang masa, tapi tak muntah-muntah.

Ada yang loya sikit, tapi muntah berkali-kali sampai lembik.


Ada yang kata loya lagi teruk dari muntah berkali-kali, sebab lepas muntah akan rasa lebih lega, tapi loya ni…. macam jadi tak selesa dan moody sepanjang hari lah sebab tak tahan (nak muntah ke taknak muntah ni?) lebih kurang persoalan dalam kepala..

Walaupun mak-mak mungkin rasa muntah lagi elok dari loya, BabyCentre cakap muntah berlebihan lebih membahayakan.

Muntah berlebihan boleh menyebabkan:

  1. Tekanan pada kandungan bila perut asyik kecut kendur nak keluarkan isi perut
  2. Orang yang selalu muntah dah tak lalu atau takut nak makan, sebab asal makan je akan keluar lagi dengan penuh terseksa. Jadi badan kurang khasiat dan zat, terus jadi lemah longlai tak bermaya
  3. Muntah berlebihan (kalau dah sampai 10 kali sehari tu…) boleh menyebabkan badan kurang air. Ada yang sampai terpaksa masuk wad supaya boleh pasang “drip” air sebab badan dah terlalu terhidrat.


Selalunya kalau ibu mengandung muntah-muntah, tak perlu tunggu sampai 10 kali sehari pun dah disarankan untuk berjumpa dengan doktor supaya keadaan tak jadi lebih teruk.

Selalunya doktor akan berikan “Oral hydration salt” untuk retain air dalam badan, dan mungkin prescribe vitamin2 yang boleh membantu.

Selain itu, ibu yang tahu diri sedang mengandung peringkat awal pun dah boleh ambil langkah berjaga-jaga di bawah kalau ada rasa loya atau nak muntah supaya tak melarat-larat:

Tips Atasi Muntah dan Alahan Semasa Mengandung 


#1 Makan dalam kuantiti sedikit, tetapi kerap


Memang serik kalau asal makan aja terus muntah atau loya, tapi tahu tak perut kosong lebih mudah untuk buatkan ibu mengandung rasa lebih teruk? 

Perut yang kosong buatkan angin gastrik lebih banyak keluar dan badan terasa lebih berangin, dan boleh buatkan rasa loya yang melebih-lebih.

Tak perlu tunggu waktu lunch atau dinner, sediakan biskut kering atau kudapan ringan berkhasiat untuk gigit-gigit ber”snek” sementara tunggu nak menghadap hidangan lengkap.

#2 Cuba kenalpasti punca ataupun “trigger” kepada alahan


Kebanyakan ibu akan mempunyai “trigger” tersendiri yang boleh sebabkan alahan tiba-tiba. Ada yang alahan sekitar 2-3 jam sebelum makan tengah hari, ada yang alahan disebabkan bau tertentu, etc.

Dengan tahu punca alahan, lebih mudah untuk ibu cuba untuk elakkan atau kurangkan potensi alahan dari berlaku..

#3 Bau lemon boleh membantu


Sesetengah ibu berkongsi yang alahan lebih terkawal bila cium bau lemon banyak-banyak, hehe. Ibu boleh cuba untuk letakkan hirisan lemon ke dalam air minuman untuk cuba membantu mengawal alahan

#4 Vitamin B6 boleh membantu



Pastikan Doktor anda dah berikan “go signal” untuk ambil vitamin, dan sekiranya anda amalkan set Kehamilan Shaklee, tak perlu risau sebab #4 ni dah buat. B Complex Shaklee memang salah satu vitamin wajib untuk ibu mengandung, siap dengan asid folik yang penting untuk bayi

#5 Rehat yang mencukupi


Stress dan rehat yang tak mencukupi boleh menyebabkan ibu diserang alahan dan kepenatan yang melampau. Ambil cuti dari ekerja untuk dapatkan rehat yang sepatutnya sekiranya perlu.

#6 Legakan perut dari asid


Salah satu sebab yang buatkan “ombak” mual menyerang kerap (terutamanya ibu mengandung) adalah angin badan yang melampau. Untuk legakan angin, ibu boleh ambil makanan berhalia, minum air halia, atau kalau malas sangat atau tak suka dengan halia (macam saya), boleh cuba amalkan Peppermint Ginger Plus yang berfungsi untuk legakan angin. 

Saya baru cuba amalkan lately and Alhamdulillah, lepas makan memang sendawa bersungguh-sungguh

#7 Tarik nafas panjang


Tak pasti apa saintifiknya, tapi ada juga ibu yang berkongsi beberapa nafas panjang sewaktu alahan menyerang boleh memberi “kelegaan” terhadap rasa nak termuntah tu..


 Apa-apapun, selalunya alahan akan hilang sewaktu masuk trimester kedua. Hanya 15% ibu sahaja yang akan mengalami alahan sepanjang 9 bulan mengandung, itu pun tak berterusan.

Anggap lah alahan ni antara pahit manis proses mengandung - no pain, no gain kata orang. Cuma tak perlu lah terlalu biarkan badan terseksa sampai boleh membayakan kandungan.

Semoga tips-tips di atas berguna untuk ibu, dan untuk ibu yang belum tahu lagi vitamin mana nak diambil sepanjang tempoh hamil ni, saya syorkan cuba Set Mengandung Shaklee - saya dah guna dan sangat berpuas hati - boleh baca benefit yang saya pernah rasa di coretan saya dulu..

Jangan tunggu-tunggu lagi untuk hubungi saya dan dapatkan vitamin anda hari ini. 

Mana lah tahu boleh bantu dengan alahan pulak kan....

Boleh juga terus beli dengan Shaklee dengan klik butang di atas..


Putri Zulaikha Amin,
SID 917819
017-6021189



4 comments:

  1. nasib baik dua kali pregnant pn tak kena alahan yg teruk..alhamdulilah...btw..nice tips.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi sama la kita, cuma saya yang kedua ni ada sikit-sikit, tu pun dah tak tahan hoho..

      Delete
  2. nice entry. tapii... eh eh.. nama anak kita sama laa.. Iman Nasuha. btw, berapa dah umur dia sekarang?
    My Iman Nasuha dah masuk 3 tahun 2 bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ke? Wahh harap nama bapak tak samaa ;p Mine baru setahun 8 bulan :))

      Delete

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com