Thursday, July 2, 2015

Kejang Kaki Semasa Mengandung Sampai Bangun Tidur Malam Menangis..Ini Mungkin Membantu

Kejang kaki semasa mengandung (atau tak mengandung sekalipun) adalah salah satu benda yang mengerikan dan let's be honest, tak ada siapa yang mahu tengah syok-syok tidur, sekali kaki macam ada orang sentap dan terus jadi keras dan rasa sakit kalau bergerak sikit sakit berganda-ganda.

Tak ada.

Tapi ni lah masalah yang sering dihadapi, terutamanya untuk ibu-ibu yang sedang hamil.



Apa Sebenarnya Kejang Kaki Ni?


Kejang kaki boleh terjadi bila otot pada kaki menjadi tegang, yang boleh disebabkan oleh kekurangan air, ketegangan otot, kecederaan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, penyebab kepada kejang kaki semasa mengandung tak dapat dikenalpasti dengan jelas, tapi menurut website ini, wanita mengandung lebih kerap mengalami masalah kejang kaki kerana:


  1. Perubahan aliran darah sewaktu hamil
  2. Berat badan yang meningkat sewaktu mengandung memberikan lebih tekanan kepada otot kaki
  3. Kandungan yang makin membesar menekan salur darah dan urat ke arah kaki

Bila Kejang Kaki Sering Menyerang?


Bila-bila masa, tapi lebih kerap pada waktu malam atau waktu tidur, dan lebih menyakitkan di trimester akhir kandungan.

Apa Nak Buat Untuk Elakkan Kejang Kaki?


Sadly, kita tak akan tahu bila kejang kaki akan menyerang jadi untuk totally prevent, mungkin tak berapa logik.

Langkah untuk mengelakkan dan mengurangkan kekerapan kejang kaki, however, are available.


1) Regangan Otot


Sebelum tidur, boleh buat senaman ringan untuk meregangkan otot-otot kaki dan betis. Berdiri satu meter dari dinding dan hulurkan tangan ke depan sehingga menyentuh dinding, dan sandarkan berat badan kepada tangan. Pastikan tapak kaki rapat ke lantai. Anda akan dapat rasakan sedikit regangan di bahagian otot kaki. Tahan selama 10 saat, dan ulang selama 5 minit.

2) Kekal Aktif


Kalau boleh, cuba elakkan daripada duduk atau tidak bergerak dalam jangka masa yang lama. Ini menyebabkan darah terkumpul di kaki dan boleh menyebabkan otot menjadi tegang.

Kalau bekerja di ofis, setiap setengah jam boleh lah ke tandas atau pun bangun dan buat regangan ringan.

Kalau di rumah, tak perlu asyik tidur. Saya percaya ada banyak juga perkara yang boleh dibuat kan? Kurang-kurang, pusing-pusing rumah untuk mengagumi kebersihannya pun boleh menambahkan pergerakan, hehe

Tak perlu lah sampai nak check atap cantik atau tak untuk kekal aktif pulak... 

3) Ambil suplemen kalsium yang mengandungi magnesium


Sesetengah kajian mencadangkan pengambilan magnesium bagi mengelakkan kejang kaki. Kebanyakan suplemen kalsium dah dilengkapi dengan magnesium, tapi awas ada juga yang tidak jadi anda perlu memilih dengan bijak. Boleh tanyakan kepada doktor suplemen yang sesuai untuk masalah ini.

Dulu, waktu saya mengandung, saya amalkan Ostematrix dari Shaklee, sejenis suplemen kalsium yang dilengkapi dengan magnesium. Alhamdulillah memang kejang kaki sangat kurang, dan ada satu minggu yang saya tak amalkan suplemen ni (sebab malas), kejang kaki memang jadi banyak kali. Boleh baca pengalaman saya di sini. Saya cadangkan kalau tak tahu sangat mana nak cari kalsium-magnesium yang elok, boleh cuba ambil yang saya pernah cuba ni. Alhamdulillah berkesan.

4) Minum air 3L


Maksudnya, jangan biarkan badan dehidrat. Pastikan bendalir cukup dalam badan supaya otot pun tak kurang air. Minimum sekurang-kurangnya 3L air sehari, jadi tips paling senang nak minum air adalah dengan pastikan kita sentiasa bawak botol air ke mana-mana. Kalau boleh, botol air biar bertanda berapa kapasitinya (ie. 1L ke, 2L ke) so bila kita dah habis minum rasa motivated dan tahu berapa liter lagi nak kena minum untuk cukupkan kuota harian.

Saya sharekan jugak tips mudah untuk minum air 3L dalam badan di bawah:


5) Mandi air suam sebelum tidur / sapu lotion panas ke kaki


Dua-dua saranan ni adalah untuk bantu otot kaki lebih relaks sebelum tidur. Boleh cuba.


Itu sahaja. Saya yang pernah rasa kejang kaki semasa hamil ni memang kalau boleh serik tak mahu dah kena lagi.. sakit sangat sangat tau, boleh meraung kalau salah cara kena. Syok kan kalau next time kita mengandung, tak kena cramp kaki lagi? Hubungi saya kalau anda rasa macam nak cuba ostematrix ni, ya (017-6021189). Saya boleh cadangkan juga suplemen lain yang turut sesuai untuk atasi sembelit, rahim lemah dan sebagainya.

Putri Zulaikha
SID 917819
017-6021189





0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com