Thursday, July 2, 2015

7 Tips Elak Gugur Kandungan Yang Tak Boleh Dipandang Remeh

Kegembiraan sewaktu disahkan hamil sangat tak terkata.. happy! Cahaya mata yang dinantikan setelah sekian lama dan doa yang dipanjatkan tak putus-putus akhirnya berhasil.. anda mengandung!

Tapi kegembiraan musnah apabila kandungan gugur. Tak tahu di mana silapnya, dah bermacam cara anda lakukan untuk elak gugur kandungan, tapi begini pula jadinya.

Sudahlah susah nak lekat, ni gugur pulak.

Muram dan mendung.

Tahu tak?


Statistik menunjukkan dalam setiap 5 wanita yang mengandung, satu kandungan akan keguguran. 20%.

Dari ini, 60% keguguran adalah disebabkan kecacatan genetik, yang tidak boleh dielakkan.

Walaupun keguguran selalunya bukan dalam kawalan ibu mengandung, pakar perubatan wanita dari Massachusette, Henry Lerner, seorang pengarang buku Miscarriage: Why it Happens and How Best toReduce Your Risks--A Doctor's Guide to the Facts menyatakan yang ibu-ibu boleh meningkatkan kejayaan kandungan dengan menjaga kualiti kesihatan badan.

Bagaimana?


PERTAMA: Bersenam dalam kadar yang sederhana 


Ramai yang percaya, bila mengandung aje dah tak boleh berjalan laju, bermain bola dengan anak kecil, jogging dan sebagainya.

Well, nak sertai marathon atau triathlon mungkin perlu fikir dua kali buat masa ni, tapi aktiviti senaman ringan yang lain seperti yoga, pilates dan sebagainya sebenarnya membantu melegakan simptoom-simptom ketidak-selesaan yang dialami seperti sakit pinggang.

Ahli perubatan berpendapat yang aktiviti senaman yang melampau (contohnya larian yang melampau) boleh meningkatkan suhu badan dan mengurangkan kadar aliran darah kepada fetus.

Untuk langkah berjaga-jaga, pilih senaman yang ringan dan tidak terlalu memberikan tekanan pada badan dan cuba elakkan senaman yang menyebabkan badan mungkin terhentak, terutamanya di bahagian abdomen (contohnya sukan terjun papan berenang atau menunggang kuda)

Tak payahlah nak menunggang kuda masa mengandung... bahaya!

KEDUA : Kurangkan, atau lebih baik lagi, tinggalkan alkohol dan rokok


Nampak macam perkara yang paling logik nak dielakkan sewaktu mengandung, kan? Tapi tau tak ramai ibu mengandung yang menganggap rokok sebatang sehari tidak akan memberi sebarang kesan pada kandungan.

Rokok, alkohol dan kafein bukan sahaja memberi kesan buruk kepada kandungan, tapi boleh menyebabkan keguguran. Dr Lerner mencadangkan tidak lebih dari 2 cawan kopi sehari untuk menjaga kandungan kafein yang diambil di awal kandungan.


KETIGA : Lakukan pemeriksaan doktor (sekiranya telah keguguran lebih dari 2 atau 3 kali)


Laporan dari American Society for Productive Medicine (ASRM) menyatakan walaupun dalam kes keguguran berturut-turut, 50% wanita akan berjaya mengandung semula dan melahirkan dengan selamat.

Maksudnya sekiranya ibu keguguran dua atau tiga kali berturut-turut selepas 20 minggu kandungan, cepart-cepat berjumpa dengan doktor untuk mengadakan pemeriksaan sebelum mencuba untuk hamil lagi.

Mungkin anda mempunyai masalah genetik dan sebagainya yang memerlukan pendapat dan bantuan perubatan professional.

KEEMPAT : Kekal Positif


Ingat statistic di atas dan laporan dari ASRM? Keguguran kandungan tidak bermakna ibu akan terus-menerus gugur dan gagal mendapatkan zuriat.

Emosi ibu turut mempengaruhi kesihatan bayi jadi bayangkan kalau ibu stress dan risau sebaik sahaja dapat berita tentang kehamilan dek risau mungkin gugur? Not good.

KELIMA : Sediakan “medium” yang sihat untuk fetus sebelum mengandung


Asid folik dinyatakan membantu menyediakanzat dan nutrisi yang sihat untuk perkembangan fetus. Ibu disarankan untuk mula ambil sekurang-kurangnya 400mg asid folik dua bulan sebelum mengandung.

Maksudnya… ambil saja asid folik mulai dari sekarang, walaupun anda belum kahwin pon! Bersedia lebih baik daripada mengubati later. Pilih asid folik yang selamat dan semulajadi.

KEENAM : Amalkan makan seimbang dan berkhasiat


Walaupun mungkin di awal kehamilan banyak loya-loya dan alahan, ibu tak boleh terlalu menurutkan hati dengan tak makan langsung. Fetus memerlukan zat untuk berkembang dengan sihat.

Ibu yang mempunyai masalah rahim lemah juga memerlukan protein untuk bantu dinding rahim kuat dan janin tidak “gugur” dari dinding.

Apatah lagi yang mempunyai sejarah keguguran hingga dua tiga kali – sangat penting untuk pastikan badan sihat dan optimum.

Sebaik sahaja disahkan mengandung, doktor akan berikan pil asid folik dan obimin (multivitamin) serta pil kalsium.

Makan semua.

Jangan skip supplemen-supplemen ini walaupun anda rasa anda dah makan berkhasiat. Ibu mengandung memerlukansesetengah nutrient dalam kadar yang lebih dari biasa.

Jika anda lebih suka untuk ambil suplemen yang dibuat dari bahan semulajadi, boleh cari alternatif tapi bottom line, don’t skip your supplements.

KETUJUH : Hati-hati sewaktu bersama suami di awal kehamilan


Walaupun tidak terdapat banyak kajian yang mengesahkan hubungan seksual di awal kehamilan boleh menyebabkan keguguran, ramai juga yang mengadu mereka keguguran selepas melakukan hubungan seksual.

Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan hubungan seks di awal kehamilan sehinggalah kandungan stabil.



Memang perit perasannya kalau tak mampu elak gugur kandungan setelah sekian lama menanti. Sudahlah sedih, kadang-kadang orang sekeliling pun tidak menunjukkan sokongan yang sepatutnya.

Saya doakan semoga ibu-ibu di luar sana berjaya mendapatkan zuriat dan semoga tips-tips di atas memberi manfaat.

Semoga dikurniakan kesabaran dan jangan berhenti berusaha dan berdoa.


Putri Zulaikha Amin,
SID 917819
0176021189










0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com