Friday, July 3, 2015

3 Cabaran Ibu Bekerja Yang Confirm Gagalkan Niat Nak Menyusu Badan

So...

Dah melahirkan anak, dah habis berpantang, now it's time to go back to work.

Takut? Risau? Semangat? Sekarang dah bertukar status jadi seorang ibu, apa agaknya cabaran ibu bekerja yang mungkin akan kita hadapi?


Masalah #1 : Bos yang Tak Berapa Memahami


Cabaran ibu bekerja yang pertama adalah jenis bos yang bila kita hilang seminit, dia cari.

Kita duduk tercongok kat meja berjam-jam tu, tak ada pulak dia kacau. Alih-alih bangun nak pergi pam susu sekejap, aik terus bunyi telefon cakap ada urgent things to discuss.


Solusi: Talk to your boss dan fahamkan dia.


Mungkin bos tak tahu rutin seorang ibu menyusu? Tak tahu yang perlu mengepam kalau tak breast akan bengkak dan sakit dan mungkin kena infection, akhirnya MUNGKIN terpaksa ambik MC?

Mungkin bos pun sebenarnya bukannya kisah sangat kita keluar sekejap, tapi takut apa pulak kata orang lain?

Mungkin bos nervous, tak tahu nak expect berapa lama kita akan pergi mengepam, berapa kerap (setiap jam akan hilang ke atau macam mana).. Kalau bos kita seorang yang control-freak, berada dalam keadaan "tak tahu" adalah agak stress so dia pun kacau lah kita.

So talk to your boss, dan fahamkan dia.

Fahamkan dia yang:

1. Kita sedang cuba berikan yang terbaik untuk bayi dan diri sendiri. Dengan breastfeeding, pakar sependapat yang kesihatan imunisasi bayi akan lebih baik, so bayi akan kurang jatuh sakit so anda tak perlu lah sentiasa dalam keadaan risau dan terpaksa ambil cuti untuk jaga anak sakit.

Win-win for both.

2. Penyusuan bayi tanpa bayi (iaitu melalui pengepaman susu) memerlukan kita untuk sentiasa beritahu breast yang "demand" masih ada. Jadi memang perlu untuk kita keluar pam susu dalam jangka waktu yang tertentu dan boleh kata agak "fixed" setiap hari.

Bincang dengannya waktu-waktu yang kita have in mind, dan tanya pendapat sekiranya waktu tersebut tak sesuai.

3. Beritahu juga jangkamasa mengepam supaya beliau tahu dan boleh agak-agak kita ni sebenarnya pergi mengepam susu ataupun pergi mengulor..

Kebanyakan Bos akan memahami selepas difahamkan.. Sekiranya anda memang memiliki Bos yang pro-breastfeeding, tahniah. Lebih mudah lah urusan anda nak pergi mengepam.

Tapi, kalau dah diterangkan Bos masih jugak muka masam tak setuju kita ambil masa pergi pam, apa nak buat?

Invest dalam Pam Susu Canggih, Mudah Bergerak dan Ringan dan Pakaian Mesra-Breastfeeding


Untuk apa?

Supaya senang nak pam susu di tempat kerja.

Sewaktu mengandung, kita dah boleh assess dah Bos jenis macam mana, dan keperluan kerja sama ada boleh tak kita nak menyelit keluar sekejap.

Kalau kerja jenis meeting terus-menerus, gap cuma setengah jam untuk tulis nota, then mungkin kita akan ada masalah untuk keluar mengepam, bukan?

Banyak pam susu yang tujuannya untuk memudahkan pergerakan ibu sewaktu mengepam.

Ada yang designnya kecil, tak perlu disambungkan pada plug, seperti Freestyle.

Ada yang designnya tidak berbunyi dengan kuat. Ada yang "collection cup" seperti brand Freemie yang boleh terus selit dalam bra, tak perlu guna botol.

Baju menyusu yang hanya perlu selak sedikit sahaja pun dah berlambak-lambak sekarang supaya ibu tak perlu selak sampai nampak perut dan pusat kalau nak mengepam.

Semuanya untuk memudahkan ibu pam secara "discreet" tanpa perlu bangun dari meja.

Cuba explore dan kumpul wang sedikit-demi-sedikit untuk invest dalam peralatan-peralatan di atas.

InshaAllah tak rugi sebab boleh digunakan untuk anak-anak yang akan datang (ecewah) but the point is, tak perlu terlalu kedekut untuk berikan yang terbaik untuk anak kita.

Tahu kan penghasilan susu ibu berkait rapat dengan emosi dan tahap stress?

Jadi bayangkan kalau setiap kali nak pam susu kat office je ibu dah stress takut kena marah, pam cuma sebelah so instead of 20 minit, terpaksa ambil 40 minit untuk dua belah breast.... susu pun malu-malu nak keluar.

Bertambah-tambah stress.

Not very good, kan?

Masalah #2 : Orang Lain yang Dok Perli


So sekarang peralatan mengepam dah canggih, bos dah understanding..... senanglah hidup.

Yes?

Urm... mungkin tak.




Pengalaman saya sendiri yang sedang menyusukan anak berumur 1 tahun 5 bulan ni adalah... mak-mak lain pulak yang dengki ke apa entah tengok kita dok mengepam dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

Alah, akak dulu menyusukan 6 bulan je..lepas tu malas.

Eh, masih menyusu ke? Tak elok tau, nanti dia tak belajar tidur malam..anak akak 3 bulan dah tidur malam..

Rajinnya.. (sinis)

Orang cakap lepas setahun dah okay dah kalau nak berhenti... takkan nak jadi lembu forever?


Untuk ibu yang memang teguh pendirian, memang komen-komen macam ni masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Tapi saya pernah dengar perbualan macam ni di surau, dan ya Allah kesian tengok ibu yang diserang tu terkebil-kebil dan akhirnya terpaksa keluarkan kenyataan yang dia pun tengah "plan" nak berhenti..

Solusi : Jauhi mak-mak ni


Senyum, cakap terima kasih dan beritahu anda memang tak menyusukan sampai XX bulan / tahun.

Kalau tak tahan, tolong cuba jauhkan diri dari berbual dengan mak-mak jenis macam ni.

Salah satu faktor kejayaan penyusuan ibu adalah persekitaran yang menyokong, dan kita yang mungkin berada dalam lingkungan mak-mak negatif ni sangat tak membantu.



Masalah #3 : Nampak susu macam sikit... dah tak cukup kot? Topup Lah


Antara perbezaan ibu yang duduk rumah dan direct feeding versus ibu bekerja yang mengepam sangat-sangat mempengaruhi mindset ibu:


  • Direct feeding tak perlu buat stok. Bila bayi nak, suapkan aja sampai dia kenyang. Ibu bekerja sudahlah kena pam, kena buat stok jadi agak stress bila stok nampak macam makin berkurangan.
  • Pam susu adalah kurang efektif jika nak dibandingkan dengan hisapan bayi. Bayi hisap akan dapat lebih banyak susu, tapi bila pam, kuantiti susu bergantung pada saiz corong, berapa efektif pam kita dan sebagainya. 

Kadang-kadang, bila pam nampak macam sikit, tapi bayi menyusu "direct" cukup aja.. 

Tapi sebabkan kita bekerja, terpaksa buat stok so yang sikit tu seolah-olah tak cukup.

Bila tak cukup....kebanyakan ibu yang tak tahu akan terus campur dengan susu formula.

Campur susu formula = less demand untuk breast = makin kurang susu = lama-lama tak ada susu!

Niat nak menyusukan pun gagal.

Solusi: Pejam mata pada hasil pam, buat masa ini. Buat pelbagai perkara yang boleh meningkatkan kuantiti susu.

Jangan skip jadual mengepam. Agak-agak nampak macam bila pam macam berkurangan, kalau boleh tambahkan kekerapan mengepam. Makin banyak pam, makin banyak susu sebab breast ingat bayi mintak lebeh.. hewhew jom tipu breast kita

Buatkan power pumping. Baca macam mana nak buat power pumping di sini. Untuk yang beli peralatan menyusu canggih macam freemie dan freestyle, boleh power pumping sambil kerja pun. No problem.

Pastikan badan sihat dan bertenaga dan tidak stress. Kesihatan badan ibu mempengaruhi kerajinan ibu mengepam susu, dan emosi ibu akan signal pada badan berapa banyak susu nak dihasilkan. banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran, dan kudapan yang sihat.

Jika mempunyai duit lebih, boleh belanjakan pada makanan tambahan supaya kalau tak terasa macam rutin makanan adalah sihat, suplemen ni boleh topup mana yang patut. Kita adalah wanita on a mission, so buat segala yang patut supaya misi berjaya. Saya makan Shaklee, semulajadi dan berkesan untuk saya alhamdulillah so far masih okay..

Kenali milk-booster yang sesuai dengan badan. Ada orang susu bertambah bila ambil halba, orang lain mungkin tak. Know your body.




Tu je Top 3 cabaran ibu bekerja yang saya dengar sepanjang menyusukan Iman Nasuha ni...

Doa saya untuk ibu-ibu supaya tak mudah menyerah kalah, sebab penyusuan ibu walaupun tak mudah, tapi sangat-sangat dituntut dan inshaAllah bermanfaat untuk ibu dan bayi sekali.

Kalau teringin nak cuba set menyusu Shaklee atau pun nak tanya-tanya dulu tengok perlu atau tak, jangan segan nak whatsapp / call saya di 017-6021189. Jom kita sama-sama jayakan misi penyusuan kita, jom!

Putri Zulaikha Amin
SID 917819
017-6021189






0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com